Wednesday, January 30, 2008

AL-FATIHAH ...

"Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Dato' Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama', macam-macam ulama' ada. Kita pun tau. Ahmad Sabu pun ulama' jugak, Mustapha Ali ulamak." Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia- inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama' jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi - pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa 'ulama' adalah waris nabi'. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih." (Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).

"Tapi Mufti Selangor (Dato' Ishak Baharom) raja pun nak suruh buang dia. Raja pun tak setuju dengan dia. I think you'd better take action. Call him up dan tell him that he has breached the government punya regulations that he must be terminated dan kita tak bagi tauliah pada dia. Walaupun dia bukan pegawai kerajaan, orang bersyarah berkenaan dengan agama tanpa tauliah, akan diambil tindakan."(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).


Hanya satu 'kesalahan' beliau. Mengharamkan pertandingan ratu cantik di Selangor Darul Ehsan. Fatwa beliau mengundang kemarahan. Tindakan jabatan agama ketika itu yang mendakwa di Mahkamah Syariah 3 perempuan Melayu yang beragama Islam seperti yang tercatat dengan jelas di kad pengenalan masing-masing rupanya mengundang kata nista dan senda. Marah sungguh memanda-memanda menteri ketika itu. Sekonyong-konyong dilihat amat wajar beliau 'dihukum' dengan setimpalnya. PECAT. Itu keputusan yang dikira paling tepat dan 'adil' untuk semua, terutama kepada 3 perempuan yang dikatakan telah dianiaya hanya kerana mereka ingin berkongsi dengan khalayak akan keindahan tubuh badan ciptaan Allah yang dipinjamkan kepada mereka.

Akhirnya, Sahibus Samahah Dato' Ishak Baharom, Mufti Selangor dilucutkan jawatan.

Hari ini, beberapa minit sebelum azan Asar berkumandang, tokoh ulamak hebat yang lemah lembut, jernih wajah itu dipanggil Allah untuk mengadapNya. Beliau telah kembali kepada Penciptanya, selepas koma di Hospital Sungai Buloh.

Sudah tentu, berita perginya beliau keRahmatullah tidak menjadi sesuatu yang diberi liputan meluas oleh media massa. Siapalah beliau jika dibandingkan dengan seorang diktator yang telah berkuasa selama lebih dari 20 tahun di negara jiran yang layak menerima liputan lebih dari 10 minit dan lebih 2 muka oleh semua media electronik dan cetak arus perdana. Mantan Mufti Selangor itu tiada apa-apa jika dibandingkan dengan seorang negarawan bernama Muhammad Suharto. Beliau hanyalah seorang hamba Allah yang telah berjuang ke jalan Allah demi menegakkan syariat dan hukum hakam agama yang dijulangnya hingga ke akhir hayat.

Biarpun beliau seorang ulama', beliau telah bertindak menyertai arena politik dengan satu tekad .. iaitu menyedarkan Melayu Islam dinegara ini yang Islam dan politik itu tidak boleh dibezakan. Beliau tahu, hanya dengan politik perubahan boleh dilakukan. Sesungguhnya makhluk Allah yang pendiam dan tenang ini tiada galang gantinya.

Sehingga kini, aku tertanya-tanya adakah 3 perempuan Melayu Islam itu : Fahyu Hanim Ahmad dari Alor Setar, Noni Mohamad dari George Town dan Sharina Shaari juga dari Alor Setar telah sedar dan sesal akan kesalahan mereka. Adakah mereka bersyukur kerana tindakan Allahyarham itu adalah untuk kebaikan mereka dunia akhirat?

Masih aku ingat ketika mereka ditangkap kerana menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997. Masa itu, aku agak baru juga bekerja dengan suratkhabar di bangunan biru di Jalan Riong itu. Aku tidak tidak terlibat dalam membuat laporan berita berkenaan 'kes' itu. Tapi agak kecoh jugalah penangan kisah berkenaan sehingga seorang Mufti telah dipecat.

Inilah antara ulasan pemimpin paling besar negara masa itu. Amat-amat menyedihkan ...

"Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa".(Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai)

"Kita hormati Mufti pasal sesuatu peraturan yang dibuatnya, tetapi kalau Mufti mengambil tindakan tidak mengikut Islam, takkan kita tak boleh tegur. Ini pegawai yang dibayar gaji oleh kerajaan yang dengan mudah menuduh orang itu murtad dan orang ini murtad" (Mahathir Mohamad, 1997, mengulas kenyataan Dato' Ishak Baharom yang menyatakan mereka yang tidak setuju dengan fatwa larangan pembabitan gadis Islam dalam pertandingan ratu cantik boleh menjadi murtad)


SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KEATAS ROH ALLAHYARHAM SAHIBUS SAMAHAH DATO' ISHAK BAHAROM.

ALFATIHAH


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
In the name of God, Most Gracious, Most Merciful.
Praise be to God, the Cherisher and Sustainer of the Worlds; Most Gracious, Most Merciful; Master of the Day of Judgment. Thee do we worship, and Thine aid we seek. Show us the straight way, The way of those on whom Thou hast bestowed Thy Grace, those whose (portion) is not wrath, and who go not astray.
Nota lecik-kenot:
Apakah akan ada lagi mufti-mufti di negara ini yang berani bertindak seperti arwah? InsyaAllah ...
Jenayah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam, sebelah kilang Panasonic Shah Alam. Suami baru je balik dari menziarahi beliau dihospital bila mendapat berita kematian arwah. Sekarang sedang dalam perjalanan ke rumah arwah di Taman Seri Andalas dan akan terus mengiringi jenayah ke tanah perkuburan sehingga selamat disemadikan, InsyaAllah.

13 comments:

Anonymous said...

AlFatihah!

Mohon izin copy paste quotenya ya? :)

izinni said...

najmudin,
no problem :)

izinni said...

RALAT : Allahyarham Dato' Ishak Baharom akan disemadikan di Makan Diraja Selangor di Seksyen 9, Shah Alam esok, bukan malam ni di Tanah Perkuburan Seksyen 21, seperti yang dikhabarkan di entri.

Penelitian terhadap paparan berita utama jam 8 tadi:

Berita RTM 1 - hanya papar berita kematian Loloq

TV3 - berita dato' ishak disiar sebelum berita loloq tapi berita loloq banyak visual beserta wawancara.

ntv7 - crawler kematian dato' ishak dan loloq.

8tv - kisah loloq.

tv9 - hanya kisah loloq

suratkhabar esok. sudah pasti ada kisah dato' ishak tapi secuit rasa bagi memenuhi mana-mana ruang yang kosong. yang pasti berita loloq lebih dominan.

Diri tertanya-tanya, adakah pemimpin negeri selangor akan turut berada di Makam Diraja Selangor ketika jenazah akan disemadi, esok. Kita tunggu dan lihat.

khairyn said...

salam

Dari Allah kita datang dan kepadaNya kita dikembalikan.

Aku ingat kisah tu. Aku rasa masa tu paper kita tak de carry citer ni besar-besaran kot. Ataupun budak Klang yang buat berita tu.

Ingat tak pasal Pope John Paul II yg mati in april 2005? Semua paper carry berita dia besar-besaran. Front page lagi. Dalam 4 bln lepas tu Allahyarham Ahmad Deedad passed away, tapi tak ramai yg tau. Berita keluar pun kecik keNOT jer. Memanglah ramai yg lebih kenal artis dari ulama dan ramai juga yg kenal pope dari the greatest Muslim orator in the world.

Sesungguhnya mereka adalah pejuang-pejuang Islam yang sudah menempah tempat yang tinggi di 'sana'. Kita??

p/s - check ko punya nota kecik kenot. Aku tau kau nak taip 'jenazah' err tapi yang kubaca adalah 'jenayah' hehehe - jauh letaknya aksara z ngan y tu, madam!

Azhar Ahmad said...

Biar nampak kecil di mata manusia. Insyaallah di akhirat sana ada tempatnya.

Pa'chik said...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

achik said...

Alfatihah..

akirasuri said...

:|
Sebak saya baca entri ni :|
Moga rohnya di tempatkan dikalangan yang beriman..

Anonymous said...

salam izinni,

AlFatehah untuk kedua-dua mereka.

amni said...

doakan agar ada ulama pewaris seperti beliau yang berani dan berterusan memimpin kita ke jalan ALLAH

MakcikMuda said...

alfatihah.

sebak rynn bace.

moge arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.

dunia akhir zaman.

DeeN said...

Memang terkejut yg amat bila mendengar berita ini. Jasa beliau mungkin tidak dikenang oleh orang2 itu. Tp segala asuhan dan nasihat yg berguna akan tetap terpahat di hati ini. Dan sangat yakin, beliau adalah insan yg diiktiraf olehNYA. Dan mohon dariNYA agar roh Almarhum di tempatkan di kalangan para syuhada!

:|

Kemat said...

Entri ini betul2 menyentuh hati. patut keluar dalam paper biar semua orang baca.

Dari Allah kita datang dan kepadaNya kita dikembalikan.


Moga rohnya di tempatkan dikalangan yang beriman..