Kita boleh menciptakan segala-galanya kerana memang pun kita boleh. Dengan kuasa ada pada kita, kita boleh. Kita boleh. Kita boleh adakan yang tiada. Kita boleh tiadakan yang ada kerana kita berkuasa dan kita boleh. Kita boleh hasilkan kebusukan baru, kalau kita mahu. Kita boleh terus kekalkan kebusukan yang sedia ada. Kalau kita mahu - S.A
Friday, February 29, 2008
Sepenggal
Najib mintak sepenggal kat Kelantan? Alamatnya jadi Serambi Maksiat la la la ...
Elok dipenggal je kepala dua-dua, terutama yang kat Rombau tu .... la la la la
Sunday, February 24, 2008
Agus
1) Faktor persekitaran - ada sekolah agama, pondok dan pola masyarakatnya
2) Faktor imej - PAS bersih dan berakhlak. Rakyat melihat ini pada PAS dan tidak kisah jika calon dari luar, yang penting bersih dan berwibawa.
Agus cakap lagi orang-orang Kelantan macam orang Penang. Depa istimewa, unik dan pandai berpolitik. Tak kisah calon dari mana asalkan bersih dan boleh suarakan pandangan depa dengan berkesan.
Orang2 negeri lain? Suka jadi biasa-biasa je kot ... takde keistimewaan.
Nota kecik-kenot:
Aku sentiasa seorang yang unik dan istimewa. hehhehhehe
Friday, February 22, 2008
Jatuh Cinta Sekali Lagi ...
Dipendekkan cerita, isteri tu bagi tempoh 30 hari kat suami dia untuk evaluate balik keputusan nak menikah lagi dan keputusan dia nak diceraikan. Jadi untuk 30 hari tu, suami tu kena ikut satu permintaan isteri tu macam balik lunch, bawak gi dinner, buatkan sarapan, belikan CD dan memacam la. Suami tu pasal nak buktikan yang dia boleh berlaku adil dan akan terus sayang kat isteri walaupun dah bernikah satu lagi, pun turutkan setiap permintaan isteri tu.
Akhirnya di hari2 terakhir menjelang berakhirnya 30 hari tu, si suami tu dah jatuh cinta sekali lagi. Dia jatuh cinta sekali lagi dengan isteri dia sebab semua permintaan isteri yang dia turuti tu secara tidak langsung dah mendekatkan dia lagi dengan isteri tu. Kiranya mengingatkan balik dia pada zaman-zaman masa memula kawin. Last2 dia tak jadi nak nikah lagi satu.
Gitulah kisahnya.
Masa tengok drama tu tak sangka pulak peristiwa sama akan terjadi pada aku. Jika dalam drama tu, suami yang jatuh cinta sekali lagi tapi situasi aku berbeza kerana yang jatuh cinta sekali lagi adalah aku. Memang aku tidak menduga ianya akan terjadi. Kebetulan pula tempoh usia perkahwinan aku dan suami pun sudah mencecah 10 tahun. InsyaAllah hujung tahun ini genap 11 tahun.
Ya. Aku mengaku yang aku pun dah JATUH CINTA SEKALI LAGI. Tapi aku mahu berpijak dibumi nyata. Aku tahu yang hampir pasti tidak akan dapat memiliki cinta ini. Tidak mustahil jika aku berusaha bersungguh-sungguh tapi aku tidak sanggup berkorban apa yang aku ada semata-mata untuk memilikinya. Cukuplah dengan hanya melihat dan menyintainya dari kejauhan. Aku sanggup biarkan dia dimiliki orang lain yang mungkin lebih berhak terhadapnya. Aku redha.
Ya! Itulah cinta kedua ku. Abang MacBook Air. Cintaku kali kedua ini tidak akan kesampaian. Mana mungkin aku sanggup membelanjakan ribuan ringgit untuk memiliki Abang Mac yang walaupun ganteng bangat namun tidak sempurna. Takde optical drive, takde ethernet. Tapi aku tetap menyinta. Memang dari dulu aku idamkan Abang Mac tapi apakan daya abang-abang lain lebih murah dan banyak kelebihannya juga. Handsome gila notebook ni ... gila bayang aku. huhuhuhuhu ...
Nota kecik-kenot: Mahal gila bendalah tu. Tapi body dia memang mengujakan. Slim and light.
Tuesday, February 19, 2008
Pilihanraya 1
Alasan terpaksa menarik kesemua anggota polis yang terlibat dalam operasi pencarian dari rumah ke rumah ialah PILIHANRAYA. Polis TERPAKSA menggembleng majoriti anggotanya untuk memantau pilihanraya.
Hmmm ... Jadi sepanjang proses ke arah pilihanraya kali ni, statistik jenayah akan terus NAIK! Yeaahhhhh ....
Samy kata sanggup undur tapi kaum dia je yang buleh buat keputusan samada nak dia lagi ke idak, orang luar yang bermaksud kaum lain yakni Melayu dan Cina tak leh sibuk nak suruh dia undur. Hmmm ... kawasan Sungai Siput dia tu 100% kaum dia ke??
Khairy plak jumpa pelajar anak-anak Kelantan kat UITM. Katanya bukan nak mempolitikkan kampus tapi nak menyedarkan pelajar-pelajar akan kepentingan untuk terus menukar kerajaan negeri yang sedia ada. Sebab katanya, Kelantan sangat mundur dan perlukan perubahan. Disebabkan kemunduran Kelantan, ramai anak-anak muda Kelantan berhijrah cari rejeki kat negeri lain.
Hmmm ... dia tu orang nogori tapi dok sibuk kat negeri aku apasal?? Balik nogori la bela kerbau!
Nota kecik-kenot:
Semalam nampak khir toyo kat tv. Muka dia cerah, tangan dia kurang cerah. Tempe dia resipi special kot ... buleh cerah dan awet mudakan area muka je. hehhehehehe
Monday, February 18, 2008
Aduhhh ...
228
278
238
250
245
237
Naik. Turun. Naik. Turun. Naik dan turun angka billirubin Ali Qa'id.
Macam harga barang. Cuma sejak kebelakangan ni lebih banyak naik dari turun.
Hari Khamis kena pergi lagi. Harap-harap turun lagi. Jangan naik lagi sudah.
Darjat
Antara 2 darjat. Antara monyet dan orang utan. Rasanya dipanggil orang utan lagi ok kot sebab pangkalnya masih "orang" dan ianya spesis dilindungi. Susah nak jumpa, hanya ada dibeberapa hutan aje di dunia ni. Monyet pulak merata-rata ada .. hatta kat tepi hi-way pun melambak dok bergayut kat pokok. Boleh dikira beruntung digelar orang utan daripada monyet.
Jahanam
Habis bendera dipunggah. Penat naikkan bendera tak hilang. Tip-tup ada pulak yang gatal tangan menjahanamkan. Aku yang duduk kat negeri maju ni pun tau siapa yang buat. Depa sendiri la ... saja nak cari pasal buat isu sampai suruh khadam polis wahid siasat.
Nota kecik-kenot:
Penat disogok propaganda murahan hari-hari. Macam orang bodoh tak buleh berfikir je layaknya depa buat kita ni.
Friday, February 15, 2008
Ali Qa'id
Ali lahir jam 10.25 pagi pada 28 Muharram 1429. Sakit bermula sebaik sahaja azan Subuh berkumandang. Kerana masih tidak merasakan perlu untuk bergegas, aku sempat lagi menunaikan tanggungjawab padaNya terlebih dahulu. Kemudian, aku khabarkan pada suami yang perut sudah mula terasa sakit walaupun turutannya tidak kerap dan sakitnya tidak begitu kuat. Aku minta dia kejutkan anak-anak dan persiapkan apa yang perlu. Pada anak-anak kami tidak memberitahu apa-apa kerana tidak mahu mereka terlalu teruja. Betapa kelam-kabutnya Irfan, Zinnirah dan Syabil semasa aku mahu melahirkan Nisaa' Az-Zahraa. Suami menyiapkan sarapan untuk anak-anak sementara aku menghitung kekerapan sakit.
Ketika kesakitan sudah kurang dari 5 minit setiap kalinya, kami pun bergegas ke hospital. Jam ketika itu lebih kurang pukul 8.30 pagi. Setibanya di Hospital Serdang kira-kira 20 minit kemudian, aku terus masuk ke dewan bersalin selepas bersalaman dengan suami memohon ampun dan maaf serta minta dihalalkan makan minum dan segalanya. Maklumlah, banyak dosa juga aku ni ;) Pada anak-anak aku berpesan supaya dengar cakap ayah mereka dan jangan tinggal solat.
Kali ini juga aku tidak mengharapkan suami berada disisi disaat hendak melahirkan walaupun jururawat yang bertugas menawarkan untuk memanggil suamiku masuk. Dengan 4 orang anak yang perlu diawasi, mustahil untuk dia berada sama denganku. Aku tahu dia sentiasa mendoakan aku. Itu sudah lebih dari cukup bagiku.
Proses melahirkan kali ini tidak seperti yang sebelum-sebelumnya. Agak payah bagiku. 'Contraction' yang tidak panjang menyebabkan aku tidak boleh meneran bagi menolak keluar bayi dengan berkesan. Beberapa kali aku hampir pitam. Ada bulan bintang!! Susah untuk bernafas. Bukan asthma. Bukan darah tinggi. Rupanya tekanan darah rendah. Puncanya ... aku tidak menjamah apa-apa pun. Walau setitik air pun tidak ku hirup pagi sebelum ke hospital. Makanan yang terakhir yang aku makan adalah pada waktu sebelum maghrib malam sebelumnya. Memang perut benar-benar kosong. Sebab itu, aku tiada kudrat hingga hampir pitam.
Pabila jururawat mengatakan jantung bayi mula lemah kerana beberapa kali hampir keluar tapi 'disedut' kembali ke dalam kerana aku tidak berupaya meneran untuk menolaknya keluar, hanya Allah sahaja yang tahu betapa takutnya aku. Jururawat terpaksa memasukkan air bagi membantu aku bertahan.
Alhamdulillah, setelah hampir 1 1/2 jam berusaha, Ali Qa'id lahir ke dunia. Tangisannya memenuhi ruang bilik bersalin. Syukur kepada Allah. Ali Qa'id ku dakap ke dada. Tangisannya terus reda. MasyaAllah, Maha Suci Allah. Sesungguhnya Kau Maha Besar. Maha Pencipta.
Setelah dibersihkan, Ali dikembalikan kepada aku untuk disusukan. Sejam yang pertama memang kritikal dalam penyusuan bagi menstimulasikan kelenjar susu dan membiasakan bayi dengan penyusuan. Ayahnya masuk untuk mengazankan. Sayu aku. Menitis air mata mendengar suara azan dan iqamah suami pada telinga Ali. Mata suami bergenang air mata tapi cuba disembunyikan.
"Terima Kasih." Sudah cukup menambah sayu dihati. Terasa amat dihargai, walaupun ucapan itu hanya 2 patah perkataan keluar dari mulutnya. He's a man with few words. Petang itu juga, Ali Qa'id pulang ke rumah. Irfan, Zinnirah, Syabil dan Nisaa' yang berkesempatan menatap wajah adik baru mereka di hospital kerana sudah tamat waktu melawat ketika aku dipindahkan ke wad, nyata begitu teruja. Ali dikerumi laksana sebutir gula.
Hari ini, di hari yang ke-9, Ali yang takut mandi dan suka berbedung itu sudah 7 kali dicucuk. Dicucuk untuk diambil darah. Tangan kanan, kiri. Tumit kanan, kiri. Semua sudah dinoda jarum. Seperti yang lain, Ali pun suka pada warna kuning. Naik turun angka billirubin dalam darahnya. Cukup merunsingkan aku. Cukup untuk membuatkan aku tidak betah untuk tidur sebab dia perlu disusui setiap 2 jam atau kurang. Kencing dan beraknya perlu dipantau. Sehari tidak berak akan menyebabkan kuningnya naik semula. Ali perlu selalu diusik dan dikejutkan dari tidur nyenyaknya. Terlalu sedap tidur tidak bagus untuknya. Dia perlu bangun dan cergas. Ada ketikanya aku akan biarkan dia menangis agak lama bagi membuatkan dia aktif. Macam bayi Jepun. Lagi kuat menangis lagi elok untuk bayi itu.
Hari Isnin perlu disusul lagi ke klinik untuk diambil darah. Begitulah rutin ibu setiap kali melahirkan. Cuma kali ini Ali masih tidak perlu dimasukkan ke wad untuk berjemur dibawah cahaya biru seperti Irfan, Zinnirah dan Nisaa'. Tidak perlu jadi Batman. Jadi aku perlu memastikan yang angka billirubinnya tidak mencecah tahap 18. Kurang dari 18, adalah angka selamat yang tidak memerlukan dia dimasukkan dalam wad.
InsyaAllah, lagi seminggu dua akan berkuranganlah kuningnya. Hatinya belum betul-betul matang untuk meneutralkan billirubin didalam darahnya. Semuanya berkaitan jaundice sudah ku selidik dan hafal dalam kepala ketika Muhammad Irfan lahir. Irfan istimewa kerana jaundicenya bertahan selama 2 bulan. Ketika doktor sudah berura-ura mahu menukar darah atau mengambil cecair dari belakangnya, seminggu kemudiannya kuning Irfan beransur turun dengan stabil hingga hilang sepenuhnya.
Kali ini dengan Ali, aku doakan jaundicenya tidak berlarutan begitu lama. Aku harap kurang dari sebulan. InsyaAllah.
Nota kecik-kenot:
Pa'chik, kingbinjai, wan, sangdiva, acciaccatura, So'od, hayad, zwitterion, azahygcomel, Rynn Cowbra, mudin001, blackpurple @ jowopinter, achik, Mak Su dan kemat.
Terima Kasih atas doa dan ucap selamat kalian. Terima Kasih sekali lagi :)
Thursday, February 07, 2008
Alhamdulillah ... syukur pada ALLAH
Anyway thanks pada doa2 dan ucap tahniah kalian. Ibu beranak 5 ni sangat2 menghargai.
errr .. pa'chik ... teruskan bermimpi ek! hehehehe ...
Monday, February 04, 2008
2 hari sahaja lagi ...
Apa pun manusia merancang, Allah jua yang menentukan. Manusia hanya menjangka. Allah jua yang memastikan. Tunggulah sahaja ... itu yang mampu dibuat ... selain berdoa agar semuanya selamat, InsyaAllah.