Friday, June 18, 2010

Reunion BPB '93-'96

Alhamdulillah. Berjaya berada di sini semula. Kira ok la ni kan ... hehehehe

Seperti yang dijanjikan .. nak bercerita pasal reunion hujung minggu yang lalu di Teluk Batik, Lumut. Sangat-sangat happening. Seronok sangat berjumpa semula dengan kawan-kawan satu batch sekolah atas bukit. Ada yang dah banyak kali jumpa tapi tak selalu. Ada jugak yang baru berjumpa semula selepas 15 tahun meninggalkan menara gading and the feeling was good. It's like one big family reunited again after a long long long time and this time we brought along our own flesh and blood to join the big occasion. Makin besar keluarga Batch Penuh Bara (BPB) 1993-1996. Kenapa batch kami begitu gelarannya? Kejap nanti akan aku ceritakan :)

Ya. Kami seolah-olah satu keluarga besar. Semangat dan ikatan persahabatan sangat erat. Dah macam adik-beradik. Bergurau senda dan bersembang hingga ke larut malam. Namun, insyaAllah batas-batas pergaulan tetap dijaga.

Walaupun tidak sampai separuh pun yang hadir tapi yang ada pun dah cukup menggamatkan suasana. Maklumlah ... bekas-bekas pelajar komunikasi massa. Bercakap je kejenya. Bercakap, bergurau, buat lawak brutal, gelak, ketawa ... dah macam masa kat level 13 pulak rasanya. Tak terasa 15 tahun sudah berlalu. Segala perbezaan ditolak tepi, segala perubahan fizikal dipandang sepi. Semua muda remaja semula ... hehehehehe

Berbalik kepada gelaran Batch Penuh Bara. Itulah gelaran yang kami banggakan sehingga kini.

Puncanya sebab kami tidak mahu tunduk dengan karenah gila senior-senior yang buat sesi induksi yang menggila. Suruh buat bukan-bukan, ditengking, dimaki, diseranah .. macam kami ni takde mak bapak. Macam kami ni bodoh piang. Kerana geram dan marah sebab diperlakukan begitu ... kami memberontak. Tak amik signature, tak ikut regim induksi mengarut senior dan tak pulangkan kertas signature yang wajib dihantar pada senior-senior di hujung bulan induksi. Kami memberontak kaw-kaw punya. Akhirnya kami tidak di'declare'. Sejak itu kami dilihat sebagai orang asing semata2 kerana tidak di'declare'. hehehehhee ... lawak pun ada. Entah apa-apa punya tradisi bengong yang nak merencatkan orang.

Kesudahannya sekarang kami tetap berjaya sebabnya rezeki ditangan Allah .. bukan mereka. Walaupun depa siap warning lagi ... takan senang hidup kami sebab bantah senior-senior. Yeah right!!

Itulah sedikit sebanyak sejarah Batch Penuh Bara - the rebels.
hehehehe ... sebab tu persahabatan kami utuh sampai sekarang coz we looked after each other through thick and thin.

Anak-anak aku pun seronok sangat sebab dapat kawan baru dan dapat mandi laut. Ya .. depa jakun sungguh. hahahahaha ... masin sangat kata depa air laut tu. Pedih mata la .. macam-macam komen. Ali sampai tak nak mandi sebab tengok ombak agak kuat. Last2 lepak duduk tepi pantai je. Tapi yang berempat tu seronok dapat mandi laut akhirnya. Suka sangat-sangat sampai susah nak suruh naik :)

Meh aku share gambar sikit. Gambar mandi laut belum dapat upload lagi sebab tak jumpa wayar. hahahaha


Di pulau tengah-tengah tasik inilah kami berkumpul semula ... melalui jambatan ini bagi mengukuhkan lagi silaturrahim yang kami bina sejak Januari 1993.

Pemandangan indah bukit bukau dari pulau kami berkumpul sambil menyediakan BBQ untuk disantap bersama-sama selepas Maghrib.


Malam menjelma. Kami berkumpul, bersembang, bermesra bersama keluarga masing-masing sambil makan malam. Di kejauhan kelihatan chalet-chalet yang kami tempah untuk bermalam.


Inilah menu malam reunion kami. BBQ Ayam, Sosej, Lamb, Beef Patty, Udang, Sotong, Ikan. Perapan untuk ayam dan makanan laut segar yang baru naik dari laut petangnya itu, aku bawa terus dari rumah bersama black pepper sauce.


Sebelum pulang .. satu kemestian .. bergambar. Jika dulu hanya kami, kali ini anak-anak kami berkumpul pula ... itulah BPB Juniors.

Aku solo bertemankan anak-anak sebab kekandaku ke Kelantan bermuktamar. Tak cukup sorang lagi??? adaaaa tuuuuu ... dia menyorok belakang aku. hahahaha .. Syabil cukup susah nak diambil gambar ... ada sahaja cara nak sembunyi dari lensa kamera. :)

Itulah kenangan yang pasti tidak akan aku lupakan sampai bila-bila. InsyaAllah ada rezeki dan jodoh kami akan berkumpul semula Idulfitri nanti.

p/s: gambar2 anak2 mandi laut aku akan upload nanti bila dah ketemu wayar handphoneku. hehehe

Saturday, June 12, 2010

Aku tak tau la nak letak tajuk apa ...

Musim demam bola dah sampai. Aku? Minat jugak tapi takde la sampai demam-demam. Kalau terlepas beberapa game pun aku ok je. Yang paling penting semi-final dengan final MESTI tengok. hehehehhe

Pasukan mana pilihan aku? No team in particular, but I do hope Brasil win this time around. Tak menang pun takpa .. team lain dapat piala dunia warna emas tu pun aku tak kisah. Bukan ada kepentingan kat aku pun. Lain la kalau aku main judi halal ... haaaa time tu memang aku kisah la. Korang tak betting bola ke? Kan ke dah halal ... apa la korang ni ... kalau korang betting maknanya korang sama-sama beramal jugak tau sebab bos judi bola halal tu dah janji nak derma juta-juta kat orang yang tak ada-ada. Maklumlah dia orang ada-ada ... bagus betul dia tu kan kan kan ...
Lagipun dia kata kalau tengok bola tak betting mana best! haaaa .... jangan tak tau!!

Haaaa lagi satu. Esok pagi aku dengan anak-anak nak pi main air laut. Nun kat Teluk Batik, Lumut. Seronok sakan budak-budak. Maklumlah orang tak pernah tengok laut. Hari-hari dok tanya aku dan sembang sesama sendiri pasal cuti-cuti Lumut ni. Tanya aku soalan yang kalau orang dengar mesti kesian ya amat kat anak-anak aku. Peghak abih bak kata orang Perak.

"Ibu, hitam tak kalau mandi laut?"
"Ibu, air laut dalam tak?"
"Nanti kita mandi laut, kita mandi kat tepi-tepi je. Kalau tak nanti kita tenggelam."

Aku risau satu je. Jangan depa kalut bising, "EH! Air laut ni masin laaa ..." malu aku kalau depa cakap gitu nanti. hahahahhaa

Sebenarnya, aku pi Lumut tu sebab ada reunion dengan kawan-kawan sekolah atas bukit. Dah 15 tahun lebih tak jumpa sejak grad. Punyalah lama. Tahun lepas ada la buat perjumpaan tapi tak ramai yang datang. Takat pi sembang2 kedai kopi dengan perjumpaan masa Raya je. Tapi itupun dah havoc macam nak runtuh bangunan. Kali ni lebih 100 orang akan berkumpul ramai-ramai di Teluk Batik. Kira macam Hari Keluarga jugak la sebab masing-masing bawak keluarga. Aku je solo bertemankan anak-anak sebab ayah depa pi Kelantan bermuktamar. Bermalam sehari. Pegi Sabtu, balik Ahad.

Gedik jugak ni tak sabar-sabar nak jumpa kawan-kawan. Mesti aku kena kutuk kaw-kaw sebab badan dah gedebab. hahahahha ... nasib la ... depa jeles tu sebab tak mampu jadi macam aku. Badan gedebab, anak ada lima. Anak-anak depa tak ramai, jadi unsur-unsur gedebab tu kurang la. kekekekkekekeke

Tadi dok buat perapan untuk ayam BBQ dengan black pepper sauce. BerBBQ la kami nanti kat sana malam Ahad nanti. Ayam 10 ekor, sosej 150 jurai, udang 8 kilo, sotong 8 kilo, daging 8 kilo. Betul-betul melantak sakan la nanti tapi tak dapat la nengok bola sebab BBQ open door tepi tasik. Mesti anak-anak seronok sakan ni.

Satgi aku dah nak tido. Nanti nak drive jauh dalam 3 jam lebih. Bangun awal nak buat sarapan heavy sikit untuk anak-anak. Pastu nak siapkan bekal makan dalam keta kalau lapar. Air aku dah tanak nak depat 15 kali. Semua dah masuk dalam botol air 10 liter siap-siap. Pastu esok aku bekalkan air satu botol 1 liter sorang. Kiranya aku tak payah beli air la nanti. Jimat duit. Jangan depa asyik nak terkucil dalam perjalanan sudah ... jenuh la nak berhenti banyak kali. hehehehe

Esok pukul 9 bertolak dari rumah. Jumpa kawan2 yang nak berkonvoi kat R&R Sg Buloh.

InsyaAllah balik dari sana nanti aku post la gambar anak2 mandi laut dengan gambar reunion sikit.

Doakan kami semua selamat pergi dan selamat balik ya :)