Sunday, August 31, 2008

Ramadhan .. bertemu jua kita ...

Sambil bersiap ni ...teman nak ucapkan Salam Ramadhan buat semua. Tak sangka bersua semula dengan Ramadhan yang sangat dirindui. Syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan sekali lagi untuk bertemu Ramadhan.

Kamu-kamu semua .. selamat puasa kita ya. Selamat berterawih malam ni. Selamat bersahur. Jangan malas-malas bangun sahur.

Bye .. nak gi surau berterawih sekeluarga. Ramadhan pertama buat Ali Qa'id :)

Apa itu Merdeka?


Aku masih mencari erti sebenar MERDEKA ...

Friday, August 29, 2008

1+1=11

Sekejap benar masa berlalu. Diam tak diam, sedar tak sedar ... dah masuk angka belasan.
Moga ke puluhan pula. InsyaAllah.

Monday, August 25, 2008

Aku, anak-anak dan hiburan ...

Boleh dikatakan aku dibesarkan tanpa banyak sekatan terutama dalam aspek pergaulan dan hiburan. Aku boleh tengok apa juga cerita di tv dan dibenarkan menonton wayang. Malah aku amat suka menonton wayang. Aku juga boleh berkawan dengan sesiapa sahaja. Boleh ada kawan lelaki. Mungkin mak dan ayah yakin yang aku tahu membezakan antara buruk dan baik. Aku cuma ada teman lelaki ketika aku dalam Form 6 dan teman itu akhirnya menjadi suami aku dan ayah kepada 5 orang anak kami. Alhamdulillah.

Cara pemikiran aku dulu mungkin berbeza dengan budak-budak sekarang yang sangat 'up-to-date' dan complicated. Waktu remaja pada aku, teman lelaki bukan pilihan. Apatah lagi aku bersekolah di sekolah menengah perempuan.

Untuk berlibur ... aku tidak ke konsert walaupun aku pernah teringin sangat nak pergi ke konsert "Dekat tapi Jauh" artis2 Roslan Aziz masa tu. Aku hanya sekali dua menjejakkan kaki ke tempat yang bernama disco di PJ. Itu pun atas dasar ingin tahu kenapa budak-budak kat sekolah aku gedik sangat nak ke sana hampir setiap minggu. Bila dah tahu ... hmmm tiada keistimewaan pun. Sebuah tempat yang gelap dengan lampu samar, bau asap rokok yang menusuk dan kumpulan2 budak sekolah yang 'high' minum Coke yang baru nak belajar bersosial. Jadi, disco bukan tempat aku.

Aku lebih selesa mendengar radio, melekap dengan walkman dengan berpuluh tape yang aku beli, tonton tv dan sekali sekala bila ada duit dan jika diizinkan ayah dan mak, aku dan kakak atau dengan kawan-kawan akan tengok wayang di panggung state di PJ. Hiburan sebegitu sudah memadai untuk aku. Mungkin ada yang akan kata ... dah zaman 80-an ... apa lagi yang ada kan. hehehhe .. but again I feel that was more than enough for me. Kiranya sifat ingin tahu aku tidak melampau. ehhehehhe ... aku ni mesti membosankan untuk remaja zaman sekarang kan kan kan ...

Kini aku sudah menjadi ibu. Bila tiba soal hiburan untuk anak-anak, aku dan suami amat particular. Dunia hiburan dan sosial zaman sekarang amat menakutkan. Tidak salah rasanya sebagai ibu aku berhati-hati demi keselamatan anak-anak aku dunia dan akhirat.

Aku izinkan mereka tonton kartun. Drama Melayu aku akan tapis tengok mana yang sesuai. Drama orang putih pun. Filem pun sama. Kami akan beli VCD dan tonton sama-sama dirumah. Aku lebih suka mereka tonton filem2 adventure atau sci-fi. Belum tiba masanya untuk bawa mereka ke panggung. InsyaAllah, mungkin apabila mereka sudah sedikit dewasa, aku akan bawa mereka juga nanti ... sebab aku pun mula-mula dibawa oleh mak dan ayah. Sekurangnya mereka tidak tahu dari orang lain.

Rancangan menyanyi amat tidak digalakkan ditonton, walaupun rancangan Akademi Nasyid. Sebabnya rancangan tu pada dah lebih kurang rancangan lain juga. Nyanyi nasyid tapi penontonnya aduhhh .. ala-ala jerit juga. Jadi rancangan menyanyi berbentuk realiti memang tiada tempat di rumah aku. Amazing Race tak apa. Ada unsur-unsur positif di situ. Lagipun aku tidak melanggan tv satelit itu. Anak-anak yang sudah faham selalunya tahu segala jenis rancangan itu dari sekolah. Dari kawan-kawan. Jadi tugas aku adalah menjelaskan kenapa rancangan sedemikian tidak sesuai untuk mereka.

Jadi apabila seorang guru mengatakan tidak mengapa untuk menonton High School Musical Ice Tour show di Bukit Jalil kerana yang tidak menutup aurat adalah mereka-mereka yang terbabit dalam persembahan itu, apa agaknya reaksi aku? Mestilah aku bengangkan ... apa teladan yang cuba cikgu tu tanamkan pada minda budak-budak setahun jagung?





Balik sekolah tadi Zinnirah bercerita dengan Irfan tentang kisah guru bahasa melayunya yang bertanya di kelas tentang siapa yang sudah menonton persembahan musikal itu. Ramai juga yang mengangkat tangan dan semuanya pelajar perempuan.

Seorang pelajar lelaki bangun dan memberi komen. "Eh .. mana boleh tengok cikgu. Tak bagus sebab seksi dan sentuh bukan muhrim." Itu kata-kata seorang budak yang belum akil baligh berusia 8 tahun.

Si polan yang berjawatan guru itu dengan yakin berkata, "Tak apa tengok. Yang tak tutup aurat orang tu, bukan kita."

Kenapa nak kelirukan fakta pada anak-anak? Maknanya kita boleh nengok orang berbogel asalkan kita sendiri menutup aurat? Itu yang cikgu itu cuba katakan? Tanya aku pada Zinnirah. Zinnirah kata mana boleh macam tu. Mana boleh tengok aurat orang lain.

Jadi .. kesimpulannya. Aku tidak akan confront guru itu. Aku akan tunggu. Kalau ada lagi kata-kata yang mengelirukan keluar dari mulut cikgu tu lagi ... aku sah-sah akan bersemuka dan tanya apa sebenarnya yang dia nak ajar budak-budak di sekolah agama tu.

Aku tanya Zinnirah .. dia nak tengok ke musikal tu sebab ramai kawan dia dah tengok. Dia kata, tak nak sebab takat menari-nari apa yang best sangat pun.

Untuk Zinnirah ... hujung minggu ni ibu dan ayah akan cari VCD pirated filem yang kakak nak tengok sangat tu. Kita boleh tonton 'Pirates of Carribean' sama-sama. Ya .. hiburan dibawah pengawasan. hehehhee ... Ahhhh ... Johnny Depp ....

Sunday, August 24, 2008

Polan nak jadi Perdana Menteri ...

Perdana Menteri.

Jawatan paling tinggi dalam negara. Menteri paling besar. Dia boss kepada semua boss. Perdana Menteri adalah Bendahara. Jika Bendahara orang paling kanan dan kedua paling berkuasa dalam negara selepas Sultan, Perdana Menteri di zaman sekarang pula adalah paling berkuasa.

Apa reaksi kita bila seorang kanak-kanak baik lelaki atau perempuan mengatakan yang cita-cita mereka apabila besar nanti adalah untuk menjadi Perdana Menteri?

Mesti kita akan tersenyum kan. Mesti mak bapak kanak-kanak tu senyum lebar bangga.

Tapi jika seorang manusia dewasa mencanangkan dengan jelas dan penuh semangat yang dia mahu jadi Perdana Menteri ... apa agaknya reaksi kita?

Mungkin ada yang senyum sinis. Mungkin ada yang kata berangan mat jenin.

Kalau manusia dewasa itu dari parti A ... ramai yang mungkin kata tiada salahnya sebab ... ehh ... kesemua 5 Perdana Menteri dari parti tu apa ... jadi tidak mustahil kan kan kan ... jawatan itu kan hak turun temurun yang diperturunkan pada yang 'berhak' apabila tiba 'masanya'. Kan kan kan ...

Tapi jika yang bercita-cita besar itu dari parti lain selain dari parti A ... manusia itu dikatakan gila kuasa, tamak, too ambitious, tidak sabar, tidak layak, akan hancurkan negara, agen negara itu, agen negara ini dan macam-macam lagi gelaran.

Secara peribadi ... I am NOT a big fan of that person ... alahaiiii ... macam susah benar nak taip nama si polan tu. Korang paham la siapa polan tu kan kan kan ...

Pada aku polan tu bukannya bagus mana. Banyak tak betul pun. But again those from the other side are not that super great, right? Pokoknya semua tak bagus dan tak sesempurna mana.

Polan tu nak jadi Perdana Menteri. So? Lantak la dia. Salah ke dia nak jadi Perdana Menteri? Nak kena sopan santun konon macam mamat pekan kecik tu yang Allah je tau betapa menggelitiknya dia dan bini dia nak naik takhta. Sekurangnya Polan tu cakap terang dia nak jadi Perdana Menteri. Tak selindung. Takde konon-konon sopan santun.

Tak paham aku dengan perangai yang nak jatuhkan orang sampai macam tu sekali. Overkill sungguh. Pastu yang bertandingnya manusia lain .. yang beria kempen hari2 masuk tv orang lain pulak. Baik budak pekan tu yang bertanding je ... baru anak jantan.

Dalam aku malas nak tulis pasal politik ni ... tapi tulis jugak ... susah benar nak stop dari tulis. hehehhehe ...

Nota kecik-kenot:
Suami aku gi permatang pauh esok. Aku tak sabar nak dengar cerita. Hmmm ... nak ke dia bercerita? hahhahahah ...

Saturday, August 23, 2008

Campak lagi ...

Rumah aku dah jadi mini hospital. Ada 4 orang pesakit. Semuanya mempunyai simptom yang sama. Bintat berair kemerahan merata badan dan muka. Demam malam. Gatal-gatal seluruh badan. Meragam power punya.

Nisaa', Syabil dan Ali ... seperti Irfan semuanya dijangkiti chicken pox. Campak bermaharajalela. Alhamdulillah Irfan dah ok ... minggu dah depan dah boleh mula sekolah. Muka, tangan dan kaki aku sapu krim vitamin E bagi hilang cepat parut tompok2 bulat keputih-putihan bak parut kurap itu.

Nisaa' dah kebah demam. Cuma tunggu semua bintat tu kering. Gejala gatal masih lagi kronik. Masalahnya dia tak bagi letak krim nappy rash tu terutama kat muka dia. So, satu je cara nak elak dia dari menggaru. Kalau dia start garu je aku kata aku nak sapu ubat .. terus tak jadi garu. hehehhee ... tapi dia tukar menggaru dengan merengek. adehhhh ... itulah part yang paling aku tak tahan ...

Syabil dan Ali dah masuk hari kedua. Muka dan badan masing2 dah penuh dengan bintat merah. Kesian Ali. Muka yang debab dan licin tu dah penuh dengan campak. Tapi masih aktif melingkar ke sana sini dan gelak ketawa bila diagah. Cuma bila badan panas je dia mula merengek mintak dukung.
Syabil pulak lemah je. Bila tengok dia lemah macam tu ... sedih pulak hati. Sebabnya dia la yang paling aktif kat rumah ni. Tak tau duduk diam. Dia pernah kata kalau duduk diam dia bosan. So bila tak sihat ni .. dia duduk diam je. Mesti bosan gila. Makan pun tak lalu.
Maknanya dia tak bersekolahnya minggu depan. Sian Syabil ...

Tinggal Zinnirah je yang takde gejala macam nak kena. Hopefully she's spared of it. InsyaAllah. Dia la jadi nurse bantu aku dengan adik2 dia yang tak sihat. Kesian, cuti sekolah tak dapat kemana-mana, padahal aku dah plan nak bawak depa pergi mandi-mandi kat Wetworld shah alam nun. Tapi mandi je la kat bilik air rumah. hehehhe
Bagus anak dara aku ni. Tolong sidai kain, angkat kain, menyapu, mop lantai, mandikan Nisaa', buatkan susu, sediakan diapers, baju adik-adik, jagakan adik bila aku tengah masak, mandi, makan, solat. Muka tu kekadang kemek gak ler tapi dia buat gak .... hehhehehe
So, esok aku suruh dia ikut pakcik dan atuk dia pergi kenduri kahwin kat Sendayan, N9. Sepupu aku belah arwah mak kawin. Anak Pak Long, abang mak. Biar dia rehat sehari jalan-jalan.

Jadi bila takde apa2 update tu maknanya aku sibuk jadi doktor dan jururawat untuk pesakit-pesakit aku ya. Penat wooo ... tak tido malam dibuatnya .... hehehehhe

Wednesday, August 20, 2008

Campak

Aku dapat chicken pox @ campak masa umur aku 23 kalau tak silap. Bayangkan orang 'tua' kena penyakit tu. Punyalah seksa. Sakitnya berkali ganda. Campaknya pun berganda banyak dan besar. Bintat-bintat bulat besar warna merah dan penuh dengan cecair. Aku perasan masa tengah makan malam dengan tunang aku yang sekarang dah jadi suami aku, lepas balik kerja. Ada bintat besar macam jerawat kat kening kiri. Aku jarang berjerawat. Kalau ada pun cinonit je. Dah ler besor, sakit pulak. Aku suspect campak ler sebab badan pun sengal sakit semacam. Aku call mak tanya aku pernah kena campak tak masa kecik. Mak kata dah pernah kena. So, takan kena lagi kan kan kan.

Untuk kepastian aku gi klinik. Doktor confirm chicken pox. Dapat MC 2 minggu. YIEHAAAA!!! Namun seronok sekejap je la. Punyalah sengsara. Dari 2 minggu membawak ke 1 bulan .. baru betul-betul clear segala gejala campak. Parut kemerah-merahan kat muka jangan cakap la kan. Nasib tak hitam. Masa tu Vitamin E cream jadi teman setia. Tempek kat parut bekas campak.

Alhamdulillah ... licin kulit I balik youuu .... hehehhe

Dan kini ... aku ditakdirkan berdepan dengan penyakit ni lagi. Adehhhh ... seksa. Tak boleh nak kemana!

Opppsss .. bukan aku .. tapi Irfan. Dah 2 minggu lebih. Nak beransur baik pun. Tunggu semua kudis yang dah kering tanggal dari kulit. Kat muka dah clear .. tinggal kat kaki je lagi. Sepanjang 2 minggu aku penjarakan dia dalam bilik. Jadi boss .. makan minum dihantar dalam bilik. Sampai menangis dia .. bukan sebab sakit tapi sebab bosan dan rindu nak main dengan Ali.

Nasib tak baik ... dah 2 hari Nisaa' pulak kena campak. Berjangkit dengan Irfan. Dalam aku dok kuarantinkan yang sulung tu .. yang nombor 4 tu kekadang hilang jugak masuk bilik cari abang dia. Sepanjang hari ni melekap je dengan aku. Merengek menangis gatal. Kesian dia. Macamana nak kuarantin budak kecik macam tu? Aku sekarang doa hari-hari jangan Ali pulak dapat.

Oh ya .. aku ada petua bagus untuk kurangkan gatal dan nak bagu campak cepat kering. Daun bambu yang dikisar campur bedak sejuk dah tak berkesan. Nangis-nangis Irfan tak nak pakai sebab pedih dan makin gatal.

So aku experiment pakai Nappy Rash Cream. Ya ... cream ruam lampin baby. hehehe .. SANGAT mustajab! Tak gatal dan sangat cepat mengeringkan bintat-bintat berair tu. Sungguh. Tatak bohong punya ...

Begitulah cuti sekolah kali ni .. terperangkap dirumah dan aku tak benarkan sesiapa pun termasuk adik-beradik aku datang ke rumah .....