Saturday, July 25, 2009

Layan gambar ...










































































































(Dari kiri ke kanan)

1) Zinnirah dapat telekung baru

2) Cucu-cucu Ayah (Ali, Irfan, Nisaa', Widad)

3)Nisaa' tumpang sekaki tayang hadiah harijadi kakak Zinnirah.

4) Nisaa' & Ali tengah tangkap lentok!

5) Ali senyum control macho.

6) "Henshemnya baby achik ni." Suka achik dengar Nisaa' puji anak bujang dia yang sorang ni.

7) Syabil bangga dapat pingat sukan yang pertama.

8) Syabil dan bestfriend Danny

9) Syabil & The Gang

10) Syabil - Sprint to the finish line ...

11) Jambangan bunga dari anak-anak & suami sempena Hari Ibu yang lalu

12) Sempat jugak Syabil dok melayan Ali masa sukan sekolah hari tu.

Thursday, July 23, 2009

7 tahun laaa ...

Syabil masa 8 bulan. Pakai baju baby MU yang Auntie Khairyn belikan masa dok merayap backpacking Europe dulu.

Hari ni ulangtahun kelahiran Syabil Iman yang ke-7. Kejap je masa berlalu. Dia paling rapat dengan aku banding yang 3 lagi, sebab aku dapat Nisaa' lepas 4 tahun aku dapat dia. Sebelum Nisaa' lahir, ke mana je aku pergi dia mesti ikut. Bila tido mesti atas lengan lengan aku. Main gentel-gentel cuping telinga aku sebelum tido. Masa tu ada masanya aku panggil dia baby. Ya la .. time tu kira dia bongsu la kan.

Bila dapat Nisaa' dan Ali, Syabil dah pandai berdikari walaupun ada masanya nak baring peluk-peluk dengan aku, nak tido berpangku dan nak makan bersuap. Ada masanya jugak mintak didukung. Macamlah aku larat sangat.

Dari kelima-lima anak aku, Syabil yang paling hyper dan paling banyak soal. Dia memang special. Kalau aku pergi ke rumah makcik-makcik atau pakcik-pakcik aku, kalau depa tak ingat nama dia ... otomatik depa akan refer pada Syabil as 'yang lasak lebih tu', 'yang tak reti duduk diam tu'. Itulah Syabil.
Syabil masa setahun lebih. On way nak ke Zoo. Tak nak duduk.
Berdiri all the way ke Zoo. Kalau sekarang buat gini, melayang RM300 aku!


Syabil jugak istimewa sebab dia rapat dengan arwah nenek dia. Paling suka kalau balik rumah nenek kat Bukit Beruntung. Sebab tu dia mudah terasa sangat kalau atok atau nenek tegur kalau dia nakal sangat. Bergenang air mata. Sampai sekarang kalau sebut pasal nenek, air muka dia berubah.
Atok, Nenek dan cucu-cucu. Ada 3 ni je la cucu depa masa raya 2004. Sekarang dah 9.

Atok pun sejak tahu cucu dia yang sorang ni istimewa (dyslexia), dah lebih faham kenapa kenakalan dan kelasakan Syabil tu lebih dari cucu-cucu yang lain. Malah, ada sekali katanya dia ada menonton sebuah filem hindustan kalau tak silap .. cerita pasal macamana seorang guru handle murid yang ada masalah macam Syabil. Atok kata, bila dia tengok cerita tu terus teringat kat Syabil. Alhamdulillah Atok dah faham kenapa Syabil adalah Syabil.

Syabil sebenarnya terasa sebab tarikh lahirnya jauh dari adik-beradik yang lain. Irfan dan Zinnirah berkongsi bulan Mei. Nisaa' bulan April. Ali pula bulan Februari. Ayah pun bulan Mei. Yang lain semua back-to-back. Dia sorang ala-ala 'terpelanting' jauh macam ibu dia ni. Tiap kali yang lain-lain sambut ulang tahun, dia mesti akan tanya bulan Julai bila nak sampai. Dia akan hitung sampai tiba bulan Julai. Bila tiba Julai, dihitung pula tarikhnya.

Tarikhnya datang juga hari ini. 23 Julai. Bangun lambat seperti biasa. Tapi bila aku kejutkan dengan panggilan 'birthday boy' terus bersemangat bangun mandi bersiap ke sekolah. Memandangkan aku keluar siang tadi berjumpa teman di Central Market yang bertahun-tahun tidak aku jejak, aku carikan hadiah sedikit untuk dia. Alhamdulillah jumpa juga yang sesuai. Jam tangan Upin&Ipin yang berharga RM10. Oklah tu untuk dia. Kalau bertahan seminggu, kira dah bagus sangat dah tu. Jam dia yang terakhir, tahan 3 jam je.

Kemudian aku belikan kek biasa-biasa dan cup cake comel tiap sorang. Semuanya RM12 je. Balik aku masak kegemaran dia. Tomyam dan Ayam BBQ. Specifically mintak drumstick besar. Jarang dia dapat makan drumstick sebab selalunya semua bahagian ayam akan aku potong dalam ketul2 kecik. Kalau sorang dapat drumstick, maknanya yang 3 kali pun nak drumstick jugak. Untuk adil, biar semua tak dapat! hehehehe ... maklumlah ramai umat kan. Belum Ali besar lagi tu. huh!

Lepas makan malam, aku letak lilin lebih harijadi ayah dia. Ada 6 batang je tapi ok lah tu kan dari takde. Lepas nyanyi 'Happy Birthday', Syabil doa dan tiup lilin .. Nisaa' punn sama (dia la yang paling excited sampai tak nak makan nasi sebab nak makan kek!)

Yang paling aku tak boleh lupa .. senyum lebar Syabil masa semua nyanyikan lagu ulangtahun untuk dia. Nampak sungguh kegembiraan dia. Bercahaya mata. Pastu, achik dia call wish happy birthday dan janji nak belanja McD. Lagilah dia seronok sebab jarang2 orang lain selain kami dalam rumah ni yang wish dia. Pakcik dan makcik-makcik anak-anak aku memang tak pernah ingat pun harijadi anak-anak aku. hehehehe ... achik dia call wish tu pun sebab aku tinggal pesan kat FB dia suruh call to cheer up Syabil. adehhh ...

Itulah Syabil. Anak manja aku. Anak istimewa aku. Semoga Allah melindungi Syabil dunia dan akhirat. Moga jadi anak yang soleh dan berguna pada agama dan umat. Amin.

Gambar ni Syabil snap sendiri. Sebab tu muka 'gebe' je.
('Gebe' = tah apa-apa : Ni salah satu perkataan slanga rekaan kakak aku masa dia kecik. Tah mana dia dapat entah. Dia memang reka banyak perkataan yang hanya family kami yang faham. Sekarang menantu-menantu pun dah tahu. Dulu semua blur bila kitaorang guna perkataan-perkataan pelik ni. Sekarang kroang-korang pun dah tahu la sebab aku dah bagitau kan :P)

Tuesday, July 21, 2009

Cerita ku ...

Hati Indera membuku. Dia mesti cari Nur Hussin. Dia tahu dimana Nur Hussin selalu berada setiap hari selepas sekolah. Pasti Nur Hussin sibuk berlatih di padang futsal di hujung padang sekolah. Jika Indera jaguh olahraga, Nur Hussin bintang futsal yang sering membantu sekolah memenangi sebarang pertandingan futsal antara sekolah atau di peringkat daerah. Siapa tidak tahu penangan tendangan kaki kiri Nur Hussin? Kalau bola sudah dapat di kakinya, tidak boleh tidak, pasti kesudahannya di gawang gol. Nur Hussin memang handal di gelanggang futsal.

“Hoi! Budak celup! Keluar sini!” teriak Indera dari luar sangkar gelanggang futsal.

Nur Hussin yang sedang menggelecek bola menuju ke gawang gol lawan terus berpaling ke arah suara nyaring yang memanggilnya dengan gelaran ‘budak celup’. Bola di hujung kaki terlepas pada pihak lawan. Nur Hussin tahu gelaran itu ditujukan buatnya. Memang sekali sekala dia diejek ‘budak celup’ disebabkan keturunannya yang bercampur-baur itu. Dia tidak ambil hati, cuma kurang selesa dengan panggilan itu. Apa pun pada Nur Hussin, biarlah dia dipanggil ‘budak celup’ disebabkan keturunannya, dari dipanggil ‘Melayu celup’ disebabkan dia masuk Islam.

Selepas memaklumi Cikgu Ilham, jurulatih futsal sekolah, Nur Hussin keluar dari gelanggang menuju tenang ke arah Indera. Riak wajah Indera masam mencuka. Telinga Indera kemerah-merahan. Nampak jelas ada ketidaksabaran di raut wajah rakan sekelasnya itu. Nur Hussin mengagak pasti ada kena mengena dengan apa yang terjadi pagi tadi. Memang kesalahan Indera nampak kecil tapi peraturan tetap peraturan. Apa yang dilakukannya pagi tadi adalah yang pertama kali. Nur Hussin seorang yang benar-benar mengikut buku. Mungkin sebab itu dia amat sesuai menjadi pengawas sekolah. Jadi apa yang diabaikannya pagi tadi membuatnya tidak keruan juga. Padanya peraturan mesti dipatuhi, namun entah kenapa nalurinya pagi tadi mendesaknya untuk tidak menulis nama Indera ke dalam buku rekod pintu utama. Apatah lagi apabila Cikgu Kamal sudah menangkapnya tidak menjalankan tugas mencatat nama murid yang lewat tiba ke sekolah. Lagilah tidak keruan hatinya. Antara hati nurani dan tanggungjawab, Nur Hussin berbelah bagi. Satu perasaan yang jarang-jarang dia alami sejak dia memeluk Islam.


“Kau ada masalah dengan aku ke budak celup,” dengus Indera sejurus dia sudah dekat.

“Aku tak faham kenapa kau nak menyusahkan aku. Aku tak pernah kacau kau. Sebab kau, Cikgu Kamal gantung aku dari ikut buat latihan.”

Nur Hussin masih mendiamkan diri. Entah kenapa dia kehilangan kata-kata. Dia tahu dia ada jawapan pada tuduhan-tuduhan Indera itu, tapi entah kenapa mulutnya terkunci. Matanya terus merenung wajah Indera yang marah dengan satu perasaan yang sangat sukar untuk dia jelaskan.

“Hei! Kenapa kau diam?! Dah bisu ke?” Indera sudah mengenggam tangannya. Bibir diketap menahan marah.

Dush! Satu tumbukan padu mengena tulang pipi bawah mata kiri Nur Hussin. Nur Hussin tidak sempat mengelak. Dia terjatuh ke belakang, terbaring atas rumput. Perit. Sakit. Terasa seperti baru terlanggar dinding batu atau tiang besi bila mana tidak melihat kearah mana kaki melangkah. Nur Hussin menekup pipi kirinya dengan tangan.

Monday, July 20, 2009

SIAP! ...

4.29am, 20 Julai 2009 - SIAP semua kerja. 1MB text file siap diterjemah. Esok akan buat kerja-kerja proof read secara sendirian berhad. Selesai proof read, terjemahan akan dihantar.

Alhamdulillah. Lepas ni boleh tido puas-puas. 2 minggu tak cukup tido.

ZZZzzzzzzZZZZZZZzzzZZzzzzzzz ....

Friday, July 17, 2009

Aku dah pandai ikut jadual ...

Selesai 110 mukasurat. 20 pages more to go. InsyaAllah boleh selesai dalam 2 hari lagi. GANBATE!

Minggu depan bebas sepenuhnya. Boleh goyang kaki. Tidur awal (kononnya). Boleh buat kerja lain termasuk sambung tulis buku yang dah terbengkalai sejak sebulan lalu.

Setakat ni, jadual bekerja sedia ada sangat berkesan.
3 hari bekerja sepenuh masa (hari Selasa, Rabu dan Khamis, Nisaa' dan Ali hantar pada pengasuh).
4 hari bekerja separuh masa (malam sahaja bermula jam 10 sampai pukul-pukul berapa yang larat).

Itu rutin untuk 2 minggu pertama setiap bulan - khas untuk menyelesaikan 130 muka terjemahan yang telah ditugaskan tiap bulan.

2 minggu berikutnya, aktiviti bebas tapi 3 hari dalam seminggu tetap hantar si askar-askar kecik pada pengasuh.

Dan begitulah untuk bulan-bulan seterusnya, insyaAllah.

Jadi kalau 2 minggu pertama tiap bulan aku tak sempat baca je tapi sempat nak singgah tinggal jejak blog korang, faham-faham je la ya. hehehehhe

Bliss! :))

Tuesday, July 14, 2009

Berita Esok ...

Kuala Lumpur : Kemenangan tipis PAS dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Kelantan menunjukkan sokongan rakyat terutamanya orang Melayu terhadap parti itu dan pakatan pembangkang semakin merudum.

Calon PAS Fauzi Abdullah hanya berjaya menang dengan 65 majoriti. Jumlah ini jauh lebih kecil berbanding majoriti 1352 undi yang diperolehi Allahyarham Ismail Yaacob ketika pilihan raya umum 2008 lalu.

"Kita percaya rakyat sudah membuka mata dan melihat bahawa PAS tidak mampu memperjuangkan nasib mereka biarpun sudah bertahun-tahun memerintah negeri Kelantan," kata Ketua Parti Paling Sempurna Di Dunia Alam Semesta.

Para pemerhati politik berpendapat, pertelingkahan serta perpecahan dalam PAS jelas kelihatan dengan ketidakhadiran Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa di awal kempen.

Namun begitu, ketidakhadiran Presiden Parti Paling Sempurna Di Dunia Alam Semesta ke Manek Urai dilihat sebagai langkah bijak kerana jentera parti berkenaan di lihat berupaya menepis segala kempen-kempen parti pembangkang sehingga berjaya menidakkan majoriti yang lebih besar terhadap PAS.

"Ini satu referendum rakyat. Rakyat sudah bersuara. Ini menandakan yang Parti Paling Sempurna Di Dunia Alam Semesta masih lagi relevan dalam memperjuangkan nasib rakyat," jelas Ketua itu lagi.

Laporan oleh Si Pemberita Cabok.

Kalau ...

Aku ngantuk tapi tak berani nak tido ... kalau tido nanti terlajak .. kalau terlajak nanti tak solat subuh ... kalau terlajak tak solat subuh, maknanya anak-anak aku pun terlajak jugak ... kalau depa terlajak tido, maknanya depa tak gi sekolah esok ... kalau depa tak gi sekolah esok, aku tak boleh buat kerja ...


hahahhahahahaa