Thursday, May 03, 2007

Rawat (updated)

Cara izinni merawat jiwa kacau.

MASAK!

Hari Selasa 24/4/07. Hari jiwa kacau semakin serabut. Call suami yang dah sedia ada dirumah untuk keluarkan ayam dari dalam peti sejuk. Dalam kepala dah terbayang-bayang nak masak apa. Sampai je kat rumah, lepas menggelek anak-anak .. terus ke dapur memulakan operasi terapi jiwa kacau. Dan ini hasilnya .... hainanese chicken rice.



Hari Rabu 25/4/07. Penat sangat selepas seharian di Ijok. Memang kalau diikutkan tak larat nak masak atau makan apa-apa. Tapi terapi mesti diteruskan. Memandangkan dah beberapa hari juga tekak dok teringin sangat nak makan laksam, jadi projek buat laksam disetkan dalam kepala. Dah lama tak buat. Masalahnya tak reti la pulak nak buat laksamnya. Tahu buat kuahnya aje. Jadi alternatifnya, gunakan laksa je la. Yang penting kuahnya.


Hari Khamis 26/4/07. Bos dok cerita dia masak lamb biryani kat rumah. Alahaiiiii sedapnya. Call cik abang mintak tolong belikan daging kambing dengan beras basmathi. Diturutkan je la .. sebab dia tahu isteri tengah tak betui! hehehhee




Hari Jumaat 27/4/07. Hari "mogok" sedunia. Aku dan bos buat keputusan untuk protes! 3pm dah balik! hahahhaha ... So aku singgah ke pasaraya besor dan beli bahan-bahan untuk buat PIZZA! Pastu singgah rumah kakak untuk songlap oven dia sebab aku takde oven. huhuhuhuhu .... 6 keping pizza!



Hari Sabtu 28/4/07. Hari "Ijok" Sedunia. Satu famili ke Ijok sebab aku terpaksa bekerja dan suami sudi menemankan aku dan bantu jagakan anak-anak ketika aku sibuk "menjaga" anak2 teruna orang yang bengong!! Aku buat spaghetti bolognese, boiled potatoes, meehoon goreng, garden salad.


Hari Ahad 29/4/07. Sekolah anak-anak ada karnival. So terpaksa perabih duit kat situ tapi makkkk aiiiii meehoon sup utara satu mangkuk kecik kenot RM4!!! Sabor je lah! So petang tu pergi beli tulang untuk buat sup. Blend cili padi dengan kicap. Hulalala!



Hari Isnin 30/4/07. CUTI!!! Teringin nak makan ayam adobo. Ayam Adobo ni lauk jenis stew yang popular kat Filipina. Simple tapi amat sedap. Sesuai untuk anak-anak.



Hari Selasa 1/4/07. Hari Pekerja! Tapi ibu tak berhenti bekerja! :) Buat Nasi Daging resipi ayahanda. Siap dengan sup daging, papadom dan jelatah tomato. HMMMM YUMMYYYY!!



Hari Rabu 2/4/07. Semalam la tu ek?! Goreng kueteow je! hehehhe



Nota kecik-kenot: Gambar-gambar yang dipaparkan bukan hakmilik tuan punya rumah yaaa .. heheheheh suruh miss google songlapkan! hehehe
Nota enot-enot: Izinni dah kebah dari jiwa kacau? Belummmmm .. hehehehe jiwa kacau kerja masih belum selesai. ni nak gi meeting ni .. hehehhehe ...nanti2 aku balas komen2 korang ek!

24 comments:

  1. salam kak izinni..

    mmm ketam... sedap tp malas skit nak makan.. leceh ;p

    ReplyDelete
  2. salam....

    tapau sikit boleh????

    ReplyDelete
  3. dah ader tukang masang kne la ada yg tukang makannya..err saya suka dan rela jadi yg tukang makan boleh..lapar nie..

    ReplyDelete
  4. tak ape lah izinni. tenang-tenang saje, inshaAllah semuanya akan selesai. kalau saya datang sini dan tak ada posting baru, saya mainlah sudoku!

    ReplyDelete
  5. isk, alangkah untungnya kalau kita berjiran dan izinni plak kerap berjiwa kacau...
    mana tau kot-kot bernasib baik :) hehe

    ReplyDelete
  6. izzinni bila jiwa kacau akan memasak tapi...bile izinni masak, kenapa tak ajak achik makan sekali. jiwa achik lak yang kacau...

    ReplyDelete
  7. wah! nampak menyelerakan. he he he.

    nak minta sikit :p

    ReplyDelete
  8. aku tolong makan bolehlah!

    ReplyDelete
  9. laa apasal tak bilang ko ada di Ijok sepanjang hari mengundi? kalau tak leh aku jumpa ko

    ReplyDelete
  10. ini jalan-jalan cari makan ke?
    kalau tak ada idea nak masak ape,saya
    pasti ke blog kamu izinni.

    ReplyDelete
  11. entah kenapa, gambar yang no 1 tetap menggiurkan. Seksih!!

    ReplyDelete
  12. fuh... kenduri betul cmni...

    kalau cmni, hari2 la jiwa kacau... bahagia...

    ReplyDelete
  13. la...patut nampak sedapje...songlap gambar orang. tapi kalau ajak achik makan...achik hentamje...( menguji iman betulla msk blog nie, lapar perut achik dibuatnye..)

    ReplyDelete
  14. Kak bagi resepi ayam adobo tu macam best je bunyinya..nasi daging resepi ayahanda tu sekali eh.

    ReplyDelete
  15. wah! lapaq lapaq!!!!

    eerrr...umah kat mana hah???
    nak pi makan nih...heheh

    ReplyDelete
  16. kecur air liur... plg tergoda ngan nasi ayam hainan tu... :D

    ReplyDelete
  17. achik,
    salam kembali :)
    kalau dah sedap tu .. leceh macamana pun tetap godek gak! macam terubuk la kan .. banyak tulang tu la yang buat makin teruja.

    ah may,
    salam kembali. buleh tapi kena bawak bekas sindri lorr!

    kemat,
    errr tukang makan ramai ... anak2, suami, jiran2 hehehhe ...

    accia,
    masalah makin terungkai, insyaAllah. telah diselidiki hingga ke akar umbi. sangat menarik apa yang ditemui. banyak selut berlumpur busuk.

    BaYu,
    meh ler beli umah kat sini. huh! hang doa aku jiwa kacau selalu ek! chit! ;P


    Achik_Sufi,
    Salam. Selamat bertandang :) bertambah lagi teman sembang kat rumah yang dah naik bersawang ni.
    buleh .. jemput datang. tau ke pinggiran usj kat mana? :D

    akira san,
    nampak je menyelerakan .. rasanya tak tau lagi ... hehhehee

    najmudin,
    tolong makan yang paling mudah! hehehhee

    ReplyDelete
  18. div,
    alahaiii ... ala2 kecoh sikit kat sana. dengan anak2. dengan staf2 yang tak mendengar kata. macamana nak dating ngan ko? kita tunggu orang lain mati plak ek? ehehhehe

    accia,
    jom kita kongsi resipi.

    khairyn,
    masa aku masak ayam seksis tu .. aku ingat kat hang! teringat di suatu waktu dahulu kala kita sama2 "memperkosa" ayam2 sedap hingga ke tulang kering! huhuhuhu

    T-rex,
    yang penting orang yang tukang masak kena jiwa kacau! kalau orang tukang makan yang jiwa kacau .. pedulik! ekekekkee

    Achik Sufi,
    hehehhee songlap gambor je .. bukan songlap benda makannya! lebih baik iman kamu diuji dengan makanan dari diuji dengan hiburan dan keseksian yang melampau. :)

    Iman,
    insyaAllah akan diusahakan ... buat entri lain ek? tapi kena try la .. jangan jadi macam pa'chik .. pandai mintak tapi sampai sekarang tak masak pun! hehehhe

    Azhar,
    kamu kena diet! hahahhaha

    king,
    cooking theraphy. tukang masak makan sikit je sebab gembira nengok orang lain makan.

    ah may said,
    hari ni aku malas nak masak! hahahahha ... aku nak masak maggi kari je! ekekekkee

    achik,
    kegemaran saya dan khairyn tuh! :D

    ReplyDelete
  19. Salam...

    Terror sungguh lah Izzinni masak.

    Bukak lah satu blog, boh semua resepi tu...

    Nak mintak resepi nasi ayam hainan dan nasi daging ....boleh ker??

    ReplyDelete
  20. aku nak mintak.... err... malu la nak cakap.. nasib baik piBi mintak dah.. heheh...

    ReplyDelete
  21. salam kehidupan,
    x jemput makan sekali ke?.....
    leh tau tak dari pakar psiko mana terapi ni?...

    ReplyDelete
  22. pb,
    idak ler terer mana pun. takat makan sendiri2 je.
    blog yang satu ni pun tak terlarat nak jaga .. ni nak bukak satu lagi? hehehhehe ...
    insyaAllah akan buat entri lain kongsi resipi yang pb nak tu ya.

    pa'chik,
    mee kari dah masak? susah benor gamaknya nak cari serbuk kari kat sana kot. hehehhee

    cermin,
    Alhamdulillah masih lagi dikurniakan nikmat untuk meneruskan kehidupan :)
    meh ler kalau sudi. pakar psiko mana? diri sendiri ni pun dah cukup psiko ... hehehhee

    ReplyDelete