Thursday, August 16, 2007

Merdeka ...

14 hari lagi negara akan sambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-50.

Kenapa aku tidak merasakan apa-apa semangat atau keinginan untuk menyambutnya?
Kenapa aku merasakan mereka-mereka yang begitu gah mengibarkan "Jalur Gemilang" yang namanya di'ciplak' dari "Stripes of Glory" negara orang putih yang satu itu, sebenarnya tidak merdeka?
Adakah aku tiada semangat patriotik?
Apakah aku sudah kehilangan jati diri sebagai rakyat Malaysia?
Benarkah aku tidak sayang akan negara tumpah darahku ini?

Ahhhh!!! Persetankan itu semua. Aku SAYANG negara ini. Tapi dengan caraku sendiri.

Dengan tidak mengibarkan bendera semata-mata kerana bulan kemerdekaan.
Dengan tidak pergi ke perarakan hari kemerdekaan yang menyesakkan.
Dengan duduk di rumah melayan anak-anak kerana aku SUKA cuti!

Nota kecik-kenot:
Masa sekolah menengah dulu, budak tingkatan 4 selalunya join perarakan kemerdekaan. Seronok sebab dapat RM, baju berarak percuma, makan minum percuma dan juga dibenarkan tidak menghadiri kelas sebab latihan. dan bagi sesetengah pelajar perempuan, menyertai perarakan bermakna peluang untuk "bermain mata" dan berkenalan dengan pelajar2 lelaki dari sekolah2 lain. maklumlah .. kami ni sekolah perempuan! huhuhuhuhu .. kecik2 dah makan rasuah dan mengerenyam! adehhhh ....

22 comments:

  1. tulung jugak kibar bendera neh.. ari tu tokey kedai kupi tu mintak tulung aku angkat buluh untuk letak bendera bola pingpong tu.. dia nak letak atas pokok.. kekekeke....
    kira, belum merdeka lagi lah...

    aku.. tak penah ikut ektiviti sambut merdeka neh.. malam ke pagi ke... rimas nak bersesak-sesak neh...

    ReplyDelete
  2. sambut merdeka depan tv lagi best.. tido lagi best.. :)

    ReplyDelete
  3. errr... merdeka tu menatang apa?

    ReplyDelete
  4. pa'chik,
    sidai kain pun kekadang aku tak sempat .. ni kan nak 'sidai' bendera! hehehehhe

    achik,
    ya ya. bangun lewat. makan-makan. best.

    najmudin,
    merdeka tu menatang takde mata, idung, mulut, ekor dan sebagainya. makhluk asing ler kiranya tu. eh! alien pun ada mata bulat kan kan kan huhuhuhu .. menatang hantu kot

    ReplyDelete
  5. hahak.
    dulu selalu kena pergi [dipaksa/dikerah] untuk pergi meramaikan sambutan merdeka kat sekolah dalam hutan.
    ni hal ehwal KO-K la ni.
    kalau tak pi.
    kena repeat blk ppr KO-K yang 1 jam kredit je tu.
    cis!!
    ha ha ha.

    erk!
    merdeka berfikir lagi bagus dari merdeka pada nama tapi masih mengikut telunjuk kan :)

    ReplyDelete
  6. Huhuhu, saya hanya sambut dengan rasa bersyukur.... Alhamdulillah, saya masih hidup di bumi bertuah ini... Aminnn....

    ReplyDelete
  7. salam izinni,
    saya dan keluarga belum merdeka kerana dijajah oleh bangsa sendiri.

    ReplyDelete
  8. kat kampung aku neh, ada la sebuah rumah neh.. penuh ngan bendera dari minggu lepas lagi.. maklumlah, dio orang partai keris, mesti la patriotik, kami orang pembangkang ni, pengkhianat negara...

    ReplyDelete
  9. isk isk.

    kak has.

    camtu upernyer taem mude2.hehe.

    ryn lau ade sambutan kat skola,slalu x dtg :P

    ReplyDelete
  10. akira san,
    selalunya budak2 sekolah la yang jadi mangsa sebab depa tahu budak2 sekolah tak boleh nak reject bila dikerah. kan kan kan ...

    Azhar,
    Amin ...

    accia,
    w'salam. ya ya. dijajah bangsa sendiri lagi menyesakkan.

    pa'chik,
    sebab tu ramai tak nak tunjuk sangat sebab sambut merdeka ni macam sambut harijadi partai tu la plak. gambor2 yang terpampang semua gambor2 pemimpin depa. padahal yang betui2 berjuang tak dihargai langsung.

    ryn,
    errr .. bukan aku la! hahahahaha kawan2 aku. aku time tu tak reti apa pun pasal boipren2.
    pandai time form six .. hehehehe pastu terus kekal dengan yang sorang tu sampai sekarang .. dah anak 4 pun.

    ReplyDelete
  11. saya juga tidak merasa semangat kemerdekaan. so what?!

    ReplyDelete
  12. aku dapat byk bendera kecik2 tuh....
    nak buat hapa pun tatau....

    ReplyDelete
  13. mak su pun tak beria-ia, tapi tetap sayangkan Malaysia

    ReplyDelete
  14. king,
    ya. so what?!

    ahmay,
    ko bagi la kat anak2 buah ko. heheheh

    Mak Su,
    ya. sayang kekadang tak perlu ditunjuk. kan kan kan.

    ReplyDelete
  15. Patriotisme bukan setakat bendera tapi di dalam jiwa dan minda.. :)

    ReplyDelete
  16. maceh mengalukan kedatangan saya. Saya sihat.. kiut miut cam biasa hehehe.saya x sambut merdeka & apa saja yang melibatkan keadaan sesak.. tidak mungkin.. apalah yang dikatakan menyambut merdeka jika masa tu saya takut2 sebab takut diraba, diseluk poket & pengsan. Selepas sambutan pakcik2 dewan bandaraya/majlis perbandaran serta alam flora kena overtime bersihkan kawasan..tapi kalau suruh join kutip sampah tu nk kot... bez uat keje camtu.. ;) pelik tapi benar.. itulah merdeka jika kita sayang negara kita.. (peh patriotiknya ayat).

    ReplyDelete
  17. hehehehe our
    errr datang umah kita tebas rumput lalang nak?! semangat patriotik gak tu ... hehehhe

    ReplyDelete
  18. ya ya. setuju sesangat dengan bicara jowopinter itu :)

    ReplyDelete
  19. aku rasa, kalau lah negara ni perang... geng yang dok suruh kibar bendera tu yang lari dulu..mereka dah siap rumah kat negara orang dah...

    ReplyDelete
  20. kenapa aku bulan ni tetiba datang mood nak pancung orang??

    Aku rasa aku dah macam nisa la iz.

    ReplyDelete
  21. salam singgah.
    saya berminat pada nota kecik kenot akak tu. akak dulu sekolah menengah kat mana eh? sebab sekolah menengah saya dulu pun macam tu jugak. budak2 f4 masuk kawad perbarisan (kami gelar 38 budak hitam). dan kami2 sekolah perempuan. errr...adakah kita ni sekolah di sekolah yang sama?

    ReplyDelete
  22. pa'chik,
    ya ya .. terutamanya orang yang kat paling atas nun.

    khairyn,
    jadi macam nisa takpe. maknanya jatidiri hang masih kuat.

    eisraa,
    salam singgah disambut.
    sekolah menengah kat pj. sekolah tepi tasik. ada satu tu je sekolah tepi tasik kat PJ. warna rasmi sekolah tu purple. hehehhe

    ReplyDelete