Sapu Sawang ...
Lama sangat tak menyapu sawang kat rumah yang satu ni. Ikutkan malas nak mengemas tapi kesian pulak. Macam rumah tinggal. Nanti ada pulak yang buat rumah singgah. Langsuir, hantu raya, toyol dan yang sewaktu dengannya.
Puasa sudah. Alhamdulillah penuh sebulan.
Aidilfitri pun makin hampir ke penghujung.
Zulkaedah dah nak masuk.
Tak lama ... pejam celik dah nak masuk Zulhijjah. Beraya lagi ...
Tahun baru Masihi pun makin nak nampak ubun-ubun.
Sekejap benar masa berlalu. Orang dulu-dulu kata kalau masa tu makin pantas habis maknanya kiamat dah nak dekat. Betul gak tu. Maksiat dan fitnah pun makin bertambah ... sampai ke tahap orang dah tak peduli. Ramai yang dah tak kisah. Asalkan tak kacau gugat hidup depa dan keluarga depa.
Kes adik Nurin Jazlin dah makin orang lupa. Sekarang ni sibuk dok bincang pasal koridor itu koridor ini. Itulah yang panas sekarang. Bicara tentang 'kakilima'. Rupanya 'kakilima' pun boleh bawa untung. Aku? Masih macam dulu. Makin hari makin tertekan. Harga barang naik .. naik .. NAIK!!! Semuanya naik!!!
Dulu dapat la anak-anak makan peha ayam sorang satu. Sekarang? Satu peha, potong 2 atau 3 bergantung pada saiz peha la. Kepak ayam pun kerat dua. Kalau teringin nak makan kepak ayam panggang/salai yang banyak orang jual sekarang tu .. adehhhh harganya satu seringgit.
Rasanya tak payahlah nak membebel pasal isu harga barang ni. Seantero Malaya dah tau. Merungut banyak pun .. kerajaan kata depa tak boleh buat apa sangat. Semuanya terpulang kepada pengguna. Kalau mahal, tak payah beli!! Hatok dia!!!
Mungkin ramai (ada la kot .. kalau takde pun pedulik apa aku!! hahahahah) yang bertanya apa jadi kat aku sekarang.
Sesungguhnya aktiviti seharian bermula dengan bangun seawal 5.30 pagi menyiapkan hal berkaitan anak-anak yang nak ke sekolah. Lepas hantar anak-anak ke sekolah masing-masing .. aku akan balik .. sidai kain, masak, kemas rumah, bagi Nisaa' makan, main dengan Nisaa' ... TIDO!! hahahahhaha ... pastu petang keluar balik jemput anak-anak. Dan teruskan kerja-kerja yang lazim dibuat seorang ibu yang bekerja dirumah sampai lewat malam. Begitulah rutin hidup sehari-hari. Mungkin ada yang akan kata .. bosannya hidup .. tapi bagi aku, amat indah. Seronok tak terkata. Sampai terlupa langsung dunia internet dan blog. Sampai khairyn merungut aku jarang online. hehehhehe ...
Tapi bermula esok, aku akan memulakan kerja baru. Kerja part-time je. Dalam tempoh sebulan aku perlu menyelesaikan satu tugasan penulisan korporat berkaitan ekonomi dan industri pembinaan. Macam nak buat tesis. Dah lama tak menulis bidang akademia, terasa risau tak terbuat. Tapi, pulangannya agak lumayan .. insyaAllah.
Jadi perancangan nak mengikuti kursus terjemahan di Institut Terjemahan Negara di minggu kedua November terpaksa dibatalkan. Nampaknya terpaksa ambil yang bulan Mac tahun depan .. itupun jika masa dan kudrat diizinkan.
Itulah perkembangan buat seketika. Mungkin lepas ni ambil masa juga nak update blog ni. Mana tau, sementelah sibuk-sibuk nak siapkan tugasan depan komputer ... ada masa dan MINAT, aku update la apa yang terlintas di minda ni.
Nota kecik-kenot:
Korang tak rindu aku ke? hehehehhee
16 comments:
tinggal rumah lelama.. ari tu aku datang siap ada antu dah... kekekeke...
kerja baru tu kat rumah ke opeh?
Huhhh, memang best kalau dok umah jaga anak.. Tapi sekali sekala updatelah ya... Rindulah dengan tulisan buk Izzi
Wah! dah kurang sikit dah habuknya..
tapi masih kena mop beberapa kali baru hilang lekit-lekit habuk ni..
he he he..
Oh! Tahniah dah bekerja semula!
:)
sambil mengiring dgn mata hampir terkatup, diri ini mampu tersenyum lagi..
:)
ngantuk daa..
best apa jadi surirumah.. keje ikut jadual sendiri.. bila2 nak tido kejap, tgk tv, ikut suka sendiri.. bestnya.. ;)
salam izinni,
oh rindunya. ingatkan dah tak nak kawan. faham dengan kesibukan surirumah tu. pernah merasainya dulu. sekarang anak-anak dah remaja, kena train dia orang buat kerja. mulut kena pok pek sikit baru kerja dia orang jalan.
wah, seronoknya jadi suri rumah sepenuh masa :)
anyway, gudluck untuk kerja baru... rajin-rajinlah update blog ya!
ciayuk, caiyuk..teruskan usaha... caiyuk!!
bahagianya hidup
rindunyer nan kak has !
sunggu2 neh .
dok tgk entry lame2 kak has.
bulan september ade sembilan,masuk oktober ade satu. itu pon 31 oktober.ahaks! akhir bulan. terakher oktober agik.
ryn doakan kak has suksess2 slalu. kem shalam nan adek2 ryn yew :p
selamat hari raya kawan ku.
Puasa sudah. Alhamdulillah penuh sebulan.
ko 'berisi' lagi ke?
eh ko dah berenti keje ke sekarang ni?
nak rindu macammana? kau pun tak rindu kat aku ha ha
rindu..rindu..:)
rindu....kalau dulu almost everyday ada entry...skrg..sebulan sekali :(
Respond pukal je la ek. heheheh
wahhhh ... terasa penting juga diri ini. hehehhe .. ramai yang merindu-rindu. disini pun rindu-rinduan jugak. hehehhe
buat yang bertanya .. ya, projek yang tengah buat ni home-based. just kekadang kena gi opis depa untuk dapatkan document dan buat review report yang dah dibuat.
Ada tinggal 2 minggu je lagi nak abis dateline. Baru siap dalam 3 muka. hahahahhaha. ada lebih 20 laporan kewangan, budget yang aku kena analisa. Tapi takat ni boleh bertahan lagi, insyaAllah.
Bukan tak nak update selalu tapi aku takde computer laaa. buat report ni pun kena gi umah abang ipar dan kekadang buat kat opis CIDB ni ha.
sekarang ni pun ada kat CIDB. punya la sejuk. kerepek pisang pulak tertinggal dalam keta. takde kudapan aku hari ni. hehehhe
ok la .. nak update blog ni sikit ...
Post a Comment