Kita boleh menciptakan segala-galanya kerana memang pun kita boleh. Dengan kuasa ada pada kita, kita boleh. Kita boleh. Kita boleh adakan yang tiada. Kita boleh tiadakan yang ada kerana kita berkuasa dan kita boleh. Kita boleh hasilkan kebusukan baru, kalau kita mahu. Kita boleh terus kekalkan kebusukan yang sedia ada. Kalau kita mahu - S.A
Saturday, October 25, 2008
40 tahun sudah ...
25 Oktober 1968.
Tarikh itu di hari ini. 40 tahun sudah berlalu.
Mak sudah dipanggil mengadapNya.
Tinggal ayah sendiri meniti usia tua hingga ke akhir usia.
"Nahh ... tunggu abang kat sana ya ..."
Ungkapan akhir ayah dalam sebak menahan tangis sebelum kain putih meliputi wajah mak.
Usia pernikahan mereka .. aku tidak pasti bisakah aku mencontohi.
Bercerai mati ... bertemu semula di sana, insyaAllah.
Nota kecik-kenot:
Gambar diambil ketika hari pertama Syawal 2004. Mak - Rokiah Mohd Amin dan ayah - Shaari Mohd Yunus, bergambar bersama Muhammad Irfan, Zinnirah dan Syabil Iman.
Ahhhh .. rindunya pada mak ...
Moga bunda mu tenang di sana.. Aminn..
ReplyDeleteSedih jek baca ayat Ayahanda kak Has tu.. Huwaaa!! *nanes*
ati,
ReplyDeleteya ya. doa sentiasa untuknya.
mata ayah tak lekang dari wajah mak tatkala kain kapan menutupi dan diikat rapi.
ayah terkilan sebab tak mampu sama2angkat jenazah mak ... :(
nantilah .. kalau jumpa gambar2 mak ayah masa muda2 .. akak kongsi kat sini ek .. ;)
Moga mak ko tenang di sana.. Aminn..
ReplyDeleteSalam ...
ReplyDeleteAl Fatihah & doa buat arwah emak Izinni di sana, juga buat arwah emak saya ...
doakan ibumu tenang di sana.
ReplyDeletemalam tadi pun tetiba termimpi bonda. Termelankolik sekejap.
semoga rohnya dicucuri rahmat
ReplyDeleteAl-fatihah..
ReplyDeleteMoga mak kak izinni tenang di sana.. Aminn..
kita dapat separuh daripada mak dan ayah kita dapat pun cukuplah! Al-fatihah buat ibu u and mak dan ayah I. Salam
ReplyDelete