Friday, November 13, 2009

Aku yang busy macam bee

Alhamdulillah. Dah secure another 'fixed' job sebagai freelance translator dengan Perempuan Belanda. Mula bulan Januari nanti. Maknanya dah ada 2 secured job. Tapi dalam waktu yang sama kena buat job-job yang lain jugak. Semuanya untuk meneruskan kehidupan. Tahun depan, insyaAllah Nisaa' akan mula masuk tadika. Maknanya dia dah masuk 4 tahun. Awal sangat? Sengaja nak dia mulakan hidup baru sebab dah terlampau attached dengan aku sampai kalau boleh masuk bilik air pun nak ikut sama. adehhh ...

Sekarang dah boleh nak online malam-malam balik. Sebabnya orang kampung Glasgow sudah menyuruh aku guna berodben dia sampailah dia balik sini. Katanya sebab senang nak berkomunikasi pada bila-bila masa dan di mana jua. Boleh? Ada udang, sotong dan kepah di sebalik meehoon goreng basah tu ... hahahahhaa

Sekarang aku dok memecahkan kepala memikirkan pendekatan terbaik untuk dia approach dissertation dia. Boleh? Macamlah terer benor aku ni. Itu pun sebab tajuk dissertation dia ala-ala ada sedikit persamaan dengan tajuk dissertation aku dulu. Cuma dia punya lebih detailed dan critical la. Boleh la aku menyumbang apa yang boleh ... untuk mengelakkan stress levelnya melangkau alang rumah lagi. hahahhaha

Sekarang ni pun tengah dok suggest soalan-soalan terbaik yang mungkin boleh ditanyakan dalam sesi interview melalui email antara dia dan bekas lecturer aku nanti. Aku pun blur jugak ni. Dah bertahun tak belajor. Pastu nanti kena buat sesi jejak kasih pulak dengan mantan editor tempat keroje lama kami. hahahahaa ...

So dah faham la kot apa yang ada di balik meehoon goreng basah tu kan kan kan? hehehhehehe

Sememangnya aku busy macam bee sekarang sampai buku aku terbengkalai lama sangat. Entah bila nak jumpa penamatnya. Kesian Nur Hussin dan Indera, terkapai-kapai, tergantung-gantung. Apa pun itulah antara satu azam aku tahun depan ... nak langsaikan buku cerita aku tu. Pastu nak jaja kat sesiapa yang sudi nak terbitkan jadi buku. Irfan dan Zinnirah yang paling tak sabar ... asyik suruh aku siapkan cepat. Masalahnya aku kurang masa dan idea. Masuk tang konflik je aku terus buntu. Macam mana tu? Adakah cuba menunjukkan aku tak boleh nak uruskan konflik dengan baik? hahahhahahaha ...

Hujung minggu ni pun penuh. Sabtu ada meeting petang. Ahad ada bengkel seharian. Penat laa nanti ni. Minggu depan mungkin kena jumpa orang lagi. Aku tak puas hati dengan terjemahan aku. Jadi kena jumpa penulisnya untuk berbincang bagi menghasilkan terjemahan yang terbaik.

Dalam sibuk2 ni ... nak kena pastikan pasal sekolah anak-anak. Ada kemungkinan besar, Irfan dan Zinnirah kena ditukarkan sekolah sebab prestasi merosot sangat. Banyak main. Irfan UPSR tahun depan. Tapi bak aku kata kat suami. Tukar sekolah pun kalau sikap tak tukar, tak akan tunjuk hasil. Betul? So nak kena tarbiyahlah budak2 dua orang tu.

Sampai nanti ....

Thursday, November 05, 2009

Apa cerita?

Tak ada yang istimewa mana. Seperti biasa sibuk dengan kerja. Dah rasa macam kerja sepenuh masa balik walaupun tak ada pejabat yang betul. Pejabat aku buat masa sekarang adalah di cafe Perpustakaan Negeri Selangor. Wi-Fi percuma. Disinilah aku dari jam 9pagi hingga 3.30ptg. Bila banyak kerja, aku akan disini dari Isnin membawa ke Jumaat. Kalau tak berapa nak sibuk, selang sehari atau awal minggu sahaja. Masa tu Nisaa' dan Ali paling seronok sebab tak perlu ke rumah pengasuh.

Apa yang ada di balik mindaku ini ... sepintas lalu:

1) Sedang baca buku "The Memoirs of Shamsiah Fakeh". Memang best sangat. amno memang jahat! hahahahaa ...
Sepatutnya dah dipulangkan pada Khairyn sebab Atiqah dah chop nak baca katanya. Entah kenapa aku boleh terlupa sungguh nak pulangkan sebelum dia balik kampung di Glasgow. Akan diposkan ke yang empunya bila dah habis baca, insyaAllah.

2) Tengah tunggu keputusan MB Perak yang SAH hari ini. Mahkamah Persekutuan tengah bersidang ni. Aku ikuti live update dari blog YB Idham Lim (idhamlim.blogspot.com). Biarlah hakim yang 5 tu terang mata dan hati untuk menentukan yang benar-benar sah dan layak. Dengan itu, bolehlah DUN dibubarkan.
Cuma sedikit terkilan .. err banyak sebenarnya .. takde sorang pun pimpinan tinggi PAS Pusat (baca: yang top-top 5,6 orang tu i.e presiden, timbalan, naib2, s/u) yang nak 'buang masa' sikit ke Mahkamah nun untuk beri sokongan moral pada Nizar. Orang tu dapat undi paling tinggi wo masa pemilihan muktamar bandingkan dengan yang lelain tu!!

3) Sebenarnya aku tak berapa nak sihat tapi aku dok bagitau diri sendiri yang aku sihat. Dah dua hari muntah2, cirit-birit. Bukan aku sorang. Abih Irfan, Zinnirah, Nisaa' dengan Syabil kena sama. Cuma depa tak cirit-birit. Alhamdulillah depa dah ok. Aku la lembek lagi ni. Tak berapa lalu nak makan. hmmm ... ada can la aku kurus kan kan kan .. hahahahaha

4) Ada pungguk bagitau semalam .. BBC Selangor dah buat resolusi pasal Hassan Ali dan akan serahkan resolusi tu secara bertulis kat Anwar dengan Hadi. Jeng Jeng Jeng ... hmmmm ... ada gak yang terpaksa let go Sorento nanti ni .. hahahahaha

5) 6 hari berturut-turut dengarnya buat 'roadshow' ... huh!! macam artis!! kesian dia .. habis 10juta. Tak boleh bercuti-cuti dengan keluarga ke luar negara. Nak ke langkawi pun tak mampu. isk isk isk ... terharu sungguh aku. macam nak mengalir air mata ni ha!

6) Minggu depan berura-ura nak gi dating tengok wayang dengan Zauj. Sebenornya plan minggu ni tapi jadual aku tersangatlah padat. Terpaksa cancel. Kebetulan aku dan anak2 pun down sebab keracunan makanan. Hmmm ... nak nengok citer apa ya? dah lebih 10 tahun tak tengok wayang sama-sama ni. hahahahahaha .. rasa macam baru first time nak gi dating la pulak .. huhuhuhu

7) Oh ya! JAIS tu sebenarnya nak sabotaj Hasan Ali ke ... atau Hasan Ali nak sabotaj Saari Sungip yang kena hi hi bye bye dari Dewan Harian Selangor sebab attend kuliah Dr Asri. hahahaha ... lawak-lawak!! Yang paling menakjubkan .. sepanjang kecoh-kecoh isu Selangor ni, Khir Toyolah manusia paling sengap sekali .. tak berdetik langsung bagi komen. hehehehe .. maklumlah dah ada wakil. Kurang sikit kerja .. ekekekekek

8) Ada lagi? cukuplah kot .... 2,3 minggu lagi kalau ada idea baru update. hahahaha .. MELAMPAU!