Apa cerita?
Tak ada yang istimewa mana. Seperti biasa sibuk dengan kerja. Dah rasa macam kerja sepenuh masa balik walaupun tak ada pejabat yang betul. Pejabat aku buat masa sekarang adalah di cafe Perpustakaan Negeri Selangor. Wi-Fi percuma. Disinilah aku dari jam 9pagi hingga 3.30ptg. Bila banyak kerja, aku akan disini dari Isnin membawa ke Jumaat. Kalau tak berapa nak sibuk, selang sehari atau awal minggu sahaja. Masa tu Nisaa' dan Ali paling seronok sebab tak perlu ke rumah pengasuh.
Apa yang ada di balik mindaku ini ... sepintas lalu:
1) Sedang baca buku "The Memoirs of Shamsiah Fakeh". Memang best sangat. amno memang jahat! hahahahaa ...
Sepatutnya dah dipulangkan pada Khairyn sebab Atiqah dah chop nak baca katanya. Entah kenapa aku boleh terlupa sungguh nak pulangkan sebelum dia balik kampung di Glasgow. Akan diposkan ke yang empunya bila dah habis baca, insyaAllah.
2) Tengah tunggu keputusan MB Perak yang SAH hari ini. Mahkamah Persekutuan tengah bersidang ni. Aku ikuti live update dari blog YB Idham Lim (idhamlim.blogspot.com). Biarlah hakim yang 5 tu terang mata dan hati untuk menentukan yang benar-benar sah dan layak. Dengan itu, bolehlah DUN dibubarkan.
Cuma sedikit terkilan .. err banyak sebenarnya .. takde sorang pun pimpinan tinggi PAS Pusat (baca: yang top-top 5,6 orang tu i.e presiden, timbalan, naib2, s/u) yang nak 'buang masa' sikit ke Mahkamah nun untuk beri sokongan moral pada Nizar. Orang tu dapat undi paling tinggi wo masa pemilihan muktamar bandingkan dengan yang lelain tu!!
3) Sebenarnya aku tak berapa nak sihat tapi aku dok bagitau diri sendiri yang aku sihat. Dah dua hari muntah2, cirit-birit. Bukan aku sorang. Abih Irfan, Zinnirah, Nisaa' dengan Syabil kena sama. Cuma depa tak cirit-birit. Alhamdulillah depa dah ok. Aku la lembek lagi ni. Tak berapa lalu nak makan. hmmm ... ada can la aku kurus kan kan kan .. hahahahaha
4) Ada pungguk bagitau semalam .. BBC Selangor dah buat resolusi pasal Hassan Ali dan akan serahkan resolusi tu secara bertulis kat Anwar dengan Hadi. Jeng Jeng Jeng ... hmmmm ... ada gak yang terpaksa let go Sorento nanti ni .. hahahahaha
5) 6 hari berturut-turut dengarnya buat 'roadshow' ... huh!! macam artis!! kesian dia .. habis 10juta. Tak boleh bercuti-cuti dengan keluarga ke luar negara. Nak ke langkawi pun tak mampu. isk isk isk ... terharu sungguh aku. macam nak mengalir air mata ni ha!
6) Minggu depan berura-ura nak gi dating tengok wayang dengan Zauj. Sebenornya plan minggu ni tapi jadual aku tersangatlah padat. Terpaksa cancel. Kebetulan aku dan anak2 pun down sebab keracunan makanan. Hmmm ... nak nengok citer apa ya? dah lebih 10 tahun tak tengok wayang sama-sama ni. hahahahahaha .. rasa macam baru first time nak gi dating la pulak .. huhuhuhu
7) Oh ya! JAIS tu sebenarnya nak sabotaj Hasan Ali ke ... atau Hasan Ali nak sabotaj Saari Sungip yang kena hi hi bye bye dari Dewan Harian Selangor sebab attend kuliah Dr Asri. hahahaha ... lawak-lawak!! Yang paling menakjubkan .. sepanjang kecoh-kecoh isu Selangor ni, Khir Toyolah manusia paling sengap sekali .. tak berdetik langsung bagi komen. hehehehe .. maklumlah dah ada wakil. Kurang sikit kerja .. ekekekekek
8) Ada lagi? cukuplah kot .... 2,3 minggu lagi kalau ada idea baru update. hahahaha .. MELAMPAU!
5 comments:
pehal lak saari sungib leh kena buang dari dewan harian weh??
asan ali ni... memang kebab itik betul la...
isyyy .. citer lama la wei. dia dengan khalid samad. hehehehe ... ayat sopan .. 'diminta meletakkan jawatan'. pada aku .. kena buang la tu sebab dua2 tak sekufu dengan HA tu.
sekarang pas selangor kena alau je mamat dua ekor tu... benci gila... kikik... :P
Banyak ceritanya, tapi mahallah. Sejam mencecah beribu-ribu. Sanggup ke nak bayar untuk dengar cerita basi?
:D
Cerita yg tak sedap dan menyebabkan geng umnu beronggeng sakan. Er... saya pon kadang2 dah jadik terkonpius dgn semua ini. Kenapakahhhhhhhhhh??????
*amik bantal, tepuk2, tido!*
Post a Comment