Monday, February 08, 2010

GEDIK!!

apasal gedik sangat kata sanggup bincang apa sahaja dengan umno? adehhhlaaaaaaaa!!! aku rasa nak jerit je. cakap la ... isu bincang dengan umno tidak timbul lagi .. tutup! tamat! sekarang hanya nak tumpu pada pakatan rakyat dan rakyat sahaja!! tak perlu nak bincang dengan umno dah sebab umno jelas sudah muflis! muflis segala-galanya!!

susah sangat ke???????????????

arrrghhhhhhhhh ..... elok 4 enjin yang hilang tu .. bila jumpa balik .. sumbat masuk dalam mulut2 depa ni!??!!!

GEDIK!!!!

Saturday, February 06, 2010

It's all about Ali

Inilah wajah-wajah Ali sejak seawal usia 4 bulan. Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan dan tahun ke tahun ... Ali membesar menjadi seorang anak yang aktif, bijak dan pelawak.






Hari ini genap Ali dua tahun. Sekejap sungguh masa berlalu. Semoga membesar menjadi anak yang soleh, InsyaAllah.

Wajah Ali hari ini, kini, waktu ini.


Video-video Ali yang sempat di rakam sepanjang dia membesar ...






Wednesday, February 03, 2010

Nak dengar lagu kanak-kanak?

heheheehe .. enjoy!


Azan Maghrib

Entri tadi panjang sangat, so aku attach video Irfan azan Maghrib yang sempat aku rakam kat entri yang ini. Eloknya baca entri sebelum entri ni sebelum baca entri yang ini. Faham? hehehhee

Ohhh sebelum ada yang tanya kenapa Irfan 'baring" .. ni jawapannya ... dia berlatih penafasan. So suara keluar dari perut, bukan dari tekak. ala-ala AF gitu ... :P hahahahah ...


"Nanti makan kfc dgn mcdonel" ...

apa-apa pun aku nak gelak dulu ... HAHAHAHHAHAHHAHAHAHAHAHAHA

sat sat ... hahahahhahahahhahahahahhahahaha

ok ok ... hehehhehehehehehheheheheheh

kenapa aku gelak? sebab baca komen pa'chik yang dulu dok sibuk nak mintak budak kecik rambut tocang yang sekarang dah sekolah tadika ni.

Pa'chik said...

ko nak tunggu anak ko naik derjah dua ke baru nak wat cerita baru?? ke nak tunggu ali masuk derjah satu?? :P

marah ke pa'chik? hehehehhehehhe

ok ok .. aku update. hari ni aku update. sabtu nanti insyaAllah aku update lagi sekali sebab hari istimewa. apa yang istimewa? ingat la balik ... kalau korang dapat teka kenapa sabtu nanti hari yang istimewa, korang memang bagus sesangat.

cerita hari ni ...



"Janganlah nangis. Mama pegi kerja. Nanti mama dapat duit, mama bawak pergi jalan-jalan makan kfc dgn mcdonel. Awak jangan nangis ya." - cerita cikgu Nisaa' pasal Nisaa' yang pujuk kawan2 yang menangis dalam kelas.

Sekarang Nisaa' dah jadi macam big sister pulak dalam kelas. Pandai pulak pujuk kawan-kawan yang nangis. Aku pun terkejut bila cikgu dia cerita. Mana laa dia dapat idea macam tu. Adehhh ... padahal aku sendiri tak pernah cakap gitu. Paling-paling aku cakap aku kena kerja sebab nanti bila ada duit aku boleh hantar dia, abang2 dan kakak pergi sekolah dan jalan-jalan sekali-sekala. Pandai pulak dia tambah-tambah kfc dengan mcdonald dalam dialog pujuk kawan-kawan. hahahahhaa

Nisaa' dengan Aisha tengah kaler-kaler.

Rupanya masih ada lagi yang nangis kat sekolah. Nisaa' pun bila angin kus-kus dia datang, dia nangis jugak tapi kejap je la. Aku suspect dia nangis tu sebab dia tak nak pergi rumah pengasuh dia lepas sekolah. Dia nak nebeng dengan aku. hehehehe

So sekarang aku buat alternate schedule. Sehari hantar pengasuh, esoknya aku jaga, lusa pengasuh jaga, tulat aku balik sampai la hujung minggu. itu pun kalau aku takde urusan. Setakat ni jadual tu berjaya. Nisaa' dah tak meragam ke sekolah. Katanya dia seronok ke sekolah sebab boleh belajar baca buku 'Adam and Dina' dan Iqra. Bila dah pandai baca dapat star banyak-banyak, icecream dengan apple. Errr .. bukan icecream dengan buah betul ya, tapi cikgu lukis gambar icecream dan macam2 jenis buah kat buku sebagai 'upah' sebab dapat membaca dengan baik. hhehehehe



Sejak bersekolah, Nisaa' paling suka menyanyi. Semua lagu dia nyanyi kat sekolah. Lagu ABC dan 'twinkle-twinkle little star' paling dia suka. Bersungguh-sungguh menyanyi walaupun pelat. Sampaikan bila dengar kakak Nisaa' nyanyi lagu-lagu ni, Ali pun tepuk-tepuk tangan sambil goyang-goyang kepala.

Meh dengar Nisaa' nyanyi! ~

abcdefghijklmnopqrstuvwxyz .. nau i no mai abc, ebibabdi sing wif me. twingkel twingkel liter setar, hau ai wan-wan cau ar, ap abof de litel setar, laik a babel twingkel setar


Yang paling sadis .. buah hatiku yang sorang .. si Ali.
Tiap kali nak hantar ke pengasuh, dia terus buat muka cebik sedih. Siap sorokkan muka kat child seat dia. Pastu geleng-geleng kepala kata "nanak! nanak!" Ini lagi sorang dok nak nebeng je dengan aku. hehehehe .. macamana nak buat keje kalau asyik nebeng je?! Dalam tak sampai hati tengok muka cebek tu .. terpaksa juga aku lepaskan. Seminggu 2,3 kali je ke pengasuh. Dulu hari-hari kena hantar.

Irfan pulak, Sabtu lepas dah buat aku bangga dan terharu. Walaupun sebenarnya aku yang paksa sebab dah takde orang ... Irfan dah buat yang terbaik pada usianya. Pertama kali Irfan melaungkan Azan Maghrib di surau. Lantang suaranya melaungkan Azan mengajak umatNya menunaikan solat. Aku temankan sebab dia takut. Nervous katanya. Kebetulan kami awal sampai ke surau Sabtu lepas. Tiada sorang pun ada. Hujan lebat. Sebab tu ramai yang kelewatan. Aku suruh Irfan azan sebab dah masuk waktu tapi tak ada orang lain kecuali aku dan anak-anak. Dalam terpaksa, dia buat juga.
Bila selesai, dia peluk aku dan kata, "Irfa n lega ibu paksa Irfan azan. Irfan rasa Irfan dah buat sesuatu yang sangat baik." Aku faham apa maksudnya.

Oh ya .. Syabil sudah membaca dengan baik walaupun agak perlahan. Few weeks back, dia membaca karangan dalam buku Bahasa Melayu dengan lancar. Aku terharu. Menangis. Akhirnya. Tak sia-sia dia korbankan pagi Sabtu dan Ahad untuk ke kelas dyslexic tu. Pembacaan Bahasa Inggeris pun makin bagus. Ejaan pun semakin baik. Aku bangga dengan Syabil. Keyakinan diri dia pun makin meningkat. Cuma satu je masalah dia ... agak malas dan suka main-main. hehehhehe

Zinnirah pulak terlalu banyak relax. Orang lain buat homework, dia terbaring tengok tv sampai kena bebel dengan aku atau ayah dia. Kalau boleh semua cerita kat tv tu dia nak tengok. Cerita melayu, indon, inggeris, cina ... kalau ada cerita bangla dengan afrika pun dia nak tengok kot. adehhhh ... pastu tiap hujung minggu je nak ajak jalan-jalan. Tapi dia rajin tolong aku kat dapur. Tolong aku buat kerja rumah walaupun ala-ala terpaksa rela. Jadi bila aku bagi dia 'cuti' sehari semalam untuk dia pergi tido kat rumah kawan sekelas dia ... punyalah seronok. isy isy isy ...
Ini masa aku dalam keadaan ta kde mood nak masak. So aku pandu Zinnirah macamana nak buat telur masak kicap. Nasi memang dah lama dia pandai masak. Seronok sangat dia bila telur masak kicap dia laku, habis licin. kekkekeke

Meh la aku share gambar2 terbaru anak-anak - Muhammad Irfan, Zinnirah, Syabil Iman, Nisaa' dan Ali.

Hari Ahad terakhir cuti sekolah sebelum sekolah bermula keesokan harinya. Aku bawak depa pergi berkelah kat Bukit Lagong, Selayang. Aku suka kat sini sebab tak ramai orang. Mungkin ramai yang tak tau lagi area ni. Harap2 kawasan ni kekal tak tercemar walaupun agak sedih sebab banyak sampah merata-rata. Bodoh betul. pandai berkelah tapi tak pandai kumpul sampah dan buang sendiri. Rasanya lain kali ke sana kena bawak plastik sampah sama .. suruh anak-anak gotong royong kutip sampah. Nak didik depa bertanggungjawab sikit pada alam sekitar.



Pagi hari di hari pertama ke sekolah. Hijau, Ungu dan Kuning. Eh eh .. ada pulak yang tak pakai seluar tapi pakai songkok! hahahahaha

Ali pun nak menulis jugak macam kakak Nisaa' ....

Nota kecik-kenot: PUAS HATI PA'CHIK!? hehehhee