Thursday, April 01, 2010

4 tahun laa ...

Fuiyoooo ... lagi 7 hari genap sebulan blog ini gagal dikemaskini. Banyak sungguh sawangnya.

Sebenarnya tetiba pulak nak mengupdate ni sebab nak abadikan kenangan ulangtahun Nisaa' yang ke - 4. Macam baru je dia lahir ke dunia. Hari ni genap 4 tahun laaa ...

Nisaa' dah baca Iqra' sampai huruf 'ro'. Alhamdulillah lancar pembacaan dia setakat ni. Cakap pun makin petah dan banyak jugak permintaan nak itu, nak ini. Alhamdulillah, dia tak mintak suruh bawak party pack macam kawan2 lain ke sekolah. Kalau tak jenuh wei nak menurut. Aku bukan suka sangat dok layan kerenah gitu.

Jadi petang tadi aku pun masuklah dapur buatkan kek cekelat milo kukus sejibik untuk dia. Suka sangat la dia. Yang lain pun seronok sama sebab dapat makan kek. Lepas tu masing2 hyper semacam sebab terlebih gula la kot .. huhuhuhuhu ...

Meh la layan gambar besday si Nisaa' tadi.






5 comments:

Pa'chik said...

aku kata dahhhh... nak tunggu anak dia besdei baru nak wat entri baru... kehkhekeh....

achik said...

hepi besday Nisaa'..

nak resepi kek boleh tak.. :)

izinni said...

pa'chik,
hahahaha kalau gitu .. mu datang balik bulan depan pulak. pastu bulan 7 ... pastu tahun depan bulan 2 balik. ekekekeke

achik,

boleh aje. :)
btw ini kek kukus, bukan bakar. ;)

3/4 cawan butter atau marjerin
1 cawan gula
1/2 tin susu cair
2 biji telur (pukul sikit)
1 cawan tepung
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh esen vanilla

- campur gula, susu, esen vanila, butter/marjerin dalam periuk. cairkan guna api kecil sampai gula cair. ketepikan sampai suam2.

- bila dah suam, masukkan telur, kacau rata

- campurkan tepung, serbuk koko. baking soda/powder dalam bekas.

- masukkan campuran tepung dalam campuran butter cair sikit demi sikit. kacau sampai sebati. masukkan dalam bekas.

- panaskan pengukus. kukus sampai masak dalam 45min ke satu jam.

- masa steam tu, letak aluminium foil atas bekas untuk elakkan air kukusan jatuh atas kek.

buttercream icing

1 cawan butter/marjerin atau minyak jagung + esen vanila = pukul sampai kembang/ringan

pastu masukkan 2 cawan gula icing. pukul sampai kembang. masukkan susu dalam 4-6 sudu makan. pukul sampai adunan buttercream tu ringan dan gebu. lagi lama pukul lagi gebu la creamnya.

achik dah buat nanti silalah tayang kat blog ya ;)

achik said...

makasih..

dah pesan gitu, nampak gaya kena buat ni.. [pesen suka simpan resepi].. hehehe.. ;p

achik said...

salam kak,

saya dah cuba resepi akak.. suka bangatttt.. senang & sedapppp!

err cuma malas nak buat icing.. ;p

thanks for the recipe..