Friday, May 28, 2010

Apa?

Nak sembang apa?
Nak cerita apa?
Nak beritahu apa?
Nak kisah pasal apa?

Aku dok fikir ... kenapa dulu aku rajin benar berkisah-kisah kat blog ni. Kenapa sekarang tidak lagi? Dah habis ke segala idea dan cerita dari belakang minda aku ni?

Kemudian aku terfikir ... mungkin sebab aku dah tak bekerja. Masa aku aktif dulu, aku bekerja. Baru je start keje dengan TVPAS masa tu. Sekarang tak tau apa jadi dengan webtv tu. Dengar-dengar dah serap masuk Harakahdaily. Wallahuahlam. Aku pun tidak pulak gedik nak berhubungan dengan sesiapa di sana kecuali seorang. Itupun sekali sekala .. atau takde langsung.

Masa tu rajin dok skodeng blog si khairyn ... dok gedik bagi komen hari-hari kat blog dia. Sebab rindu la kot. hehehehe ... tup2 kena 'desak' bukak blog sendiri. Siapa lagi kalau tak pa'chik dengan khairyn yang dok suruh aku bukak blog ni. Akhirnya aku 'terjebak'. Mulalah hari-hari yang penuh dengan aktiviti penulisan dan penceritaan di sini. Macam-macam la yang aku gebangkan. Pasal radio, pasal makan, pasal makan, pasal makan, pasal politik, pasal anak-anak, pasal anak-anak, pasal anak-anak, pasal itu .. pasal ini. Bukan main lagi masa tu.

Sekarang? Hampeh!! Bak kata pa'chik .. tunggu birthday anak-anak baru la nak hapdet. hehehehe ... itupun macam malas jugak sebenarnya. Tapi buat jugak la sebaris dua mana yang kuasa.

Pa'chik dan Achik masih lagi aktif. Tabik aku!! Rajin sungguh .. walaupun yang sorang tu selalu ngelat post video je .. yang penting hapdet hari-hari. kekekeke

Khairyn pulak ... dah abih peksa ... tapi kerja haram yang dah jadi halal masih banyak tak siap. Mungkin tak boleh selalu menghapdet.

Akira pulak. Aku sekadar menjadi pembaca setia ... tidak meninggalkan jejak. Malah jarang-jarang sangat aku tinggal jejak sekarang di blog kawan-kawan yang aku singgah. Sungguh kemalasan yang teramat sangat.

Apa kesimpulannya? Tutup blog ni? Isyyyy ... sayang la pulak. Tapi asyik dok bersawang je ... ada pulak yang geram nanti dok perli-perli aku pulak ... hahahaha

Doakanlah aku supaya rajin berblog balik. Banyak sebenarnya yang boleh diceritakan tapi kadang2 masa tak mengizinkan sangat. Busy mengalahkan Menteri gitu. Sesudah subuh je dah keluar rumah ... bila balik dah menguruskan rumah, masak, Ali. pastu keluar balik untuk jemput Nisaa'. Masa depa tido siang, boleh la aku rehat sekejap layan tenet ni ... kekadang buat kerja kalau ada job. Naik petang dah sibuk balik ... sampailah ke malam. Uiskkkk ... sangat-sangat busy dan penat.

Dulu-dulu banyak kerja pun sekurangnya depan komputer ... sekarang agak terhad. Bila dah penat sangat, laju je pelupuk mata ni pejam. Kalau tak boleh tido pulak .. aku banyak habiskan masa buat kerja terjemahan aku. Itu pun satu isu jugak tu ... tak berapa banyak job yang mantap dan menguji kebolehan aku. Tension gak .. kekekeke

Oklah ... kalau ada yang baca .. terima kasih sebab masih sudi menyinggah. Kalau diizinkanNya, aku memang nak aktif balik blogging ni, InsyaAllah, cuma masa sahaja yang akan menentukan.

InsyaAllah pa'chik .... next entry tak payah tunggu birthday Syabil bulan Julai nanti :P

4 comments:

mudin001 said...

:)

achik said...

biar bersawang [at least sesekali sapu sawang] tapi jangan la tutup.. :)

Pa'chik said...

kikiki.. :P

kingbinjai said...

samalah kita