Saturday, August 28, 2010

PRU sudah dekat!

Kamus Pelajar Edisi Kedua & Kamus Dewan Edisi Keempat menakrifkan kata TAZKIRAH sebagai satu ceramah ringkas (tentang agama Islam) sebagai peringatan.

Nampak sangat Utusan Malaysia tidak memahaminya, malah berbangga pula mengapi-apikan dalam bulan yang mulia ini.
Dalam 'isu' ini satu sahaja kesalahan yang nampak dimataku ini. YB itu gagal memakai pakaian yang sesuai i.e tidak menutup auratnya. Sekurangnya berselendanglah. Jadi, dia salah disitu. Menjadi kewajiban kita untuk membetulkannya sebab d...ia bukan Islam dan tidak tahu adab2 ketika memasuki masjid. Semudah itu. Ini habis ditempelak. Elok orang itu hendak berjinak-jinak dengan Islam, terus lari tunggang langgang. Tidak pandai berdakwah langsung!!

Islam itu mudah, KENAPA hendak menyusahkan dengan 'larangan-larangan' yang tidak masuk diakal?

Kalau iya pun hendak keluarkan kenyataan, semaklah dulu fatwa-fatwa yang telah dikeluarkan. Semaklah hadis. Semaklah segala ilmu yang ada. Bukan sesuka hati keluar kenyataan semata-mata hendak menyedapkan hati orang di atas sana yang belum tentu ikut 100% perintah Allah yang ada dalam Qur'an dan Sunnah Nabi s.a.w.

Apa susah? Google sahaja. Melambak-lambak link yang membicarakan tentang perkara ini dan yang menjawabnya pun autoriti dalam bidang agama di negara ini.

Ini yang aku dapat hasil carian di Google!

1)
Aisyah mengatakan Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku Maksudnya :

Berikan aku sejadah (tikar) daripada masjid. Maka aku menjawab, “Aku sekarang sedang haid”. Lantas Nabi bersabda, “Sesungguhnya haid engkau bukan terletak pada tangan engkau”.

2)
Golongan ulama’ Syafii dan Hanbali mengharuskan bagi orang yang haid dan nifas lalu dalam masjid jika diyakini tidak mencemarkan masjid kerana masjid haram dicemari oleh najis dan kotoran lain.

3)
FATWA NEGERI PULAU PINANG:
i) Surau adalah tempat melakukan 'ibadat sembahyang yang tidak didirikan sembahyang Jumaat di dalamnya.

ii) Tidak ada sembahyang sunat tahiyyatul-masjid di surau dan tidak ada i'tiqaf di dalamnya dan tidak dilarang wanita-wanita yang sedang di dalam keadaan haid berada di dalamnya. Nas dari kitab إعانة الطالبينI juzuk 2, m/s 259. وأعلم أن الجامع وهو ما تقام فيه الجمعة. Bermaksud: "Dan ketahuilah bahawa yang di namakan masjid itu, ialah tempat yang didirikan padanya sembahyang Jumaat.

4)
S: Apakah hukum bagi seseorang wanita masuk surau jika wanita tersebut dalam keadaan haid.

J: Harus bagi wanita dalam haid masuk surau tetapi tidak boleh masuk dan duduk di tempat orang sedang solat..WASSALAM

Nombor Rujukan : PANEL SJAI 290208
Tarikh Selesai : 29/02/2008 08:22 AM
Panel Kemusykilan Agama, JAKIM


5)
Di dalam kitab I’lam as Sajid bi Ahkam al-Masajid karangan Muhammad Abdullah az-Zarkasyi ada dibahaskan tentang hukum orang musyrik masuk ke masjid selain Masjidil Haram.

Menurut kitab tersebut, orang kafir dibolehkan masuk ke dalam masjid dan diam di dalamnya, sekalipun dia di dalam keadaan junub.
Ini berdasarkan hadith Baginda saw yang menjelaskan bahawa pada zaman Baginda saw orang-orang kafir masuk ke dalam masjid Baginda yang tidak diragukan lagi bahawa mereka itu dalam keadaan berjunub. (I’lam as Sajid bi Ahkam al-Masajid : 318 )

Sebab keharusan ini kerana mereka beriktiqad bahawa tidak haram hukumnya ke atas mereka masuk ke dalam masjid dalam keadaan berhadas besar. Berlainan pula halnya dengan orang Islam, mereka ditegah masuk atau berada di dalam masjid dalam keadaan berhadas besar atau berjunub sebagaimana menurut ketentuan syarak terhadap mereka.

Keharusan orang kafir masuk ke dalam masjid selain Masjidil Haram berdasarkan hadith Baginda saw yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ( yang bermaksud ) :

“Rasulullah saw telah mengutus pasukan berkuda ke Najd. Kemudian mereka datang kembali dengan membawa seorang ( tawanan ) lelaki daripada Bani Hanifah bernama Tsauban bin Utsal lalu mereka mengikatnya pada salah satu tiang masjid. ( HR al-Bukhari )


Itu baru sedikit. Banyak lagi kalau hendak.

Hmmmm ... nampak sangat PRU semakin dekat. Siaplah!! Masa untuk menganyang hampir tiba!

2 comments:

Pa'chik said...

ii) Tidak ada sembahyang sunat tahiyyatul-masjid di surau dan tidak ada i'tiqaf di dalamnya dan tidak dilarang wanita-wanita yang sedang di dalam keadaan haid berada di dalamnya. Nas dari kitab إعانة الطالبينI juzuk 2, m/s 259. وأعلم أن الجامع وهو ما تقام فيه الجمعة. Bermaksud: "Dan ketahuilah bahawa yang di namakan masjid itu, ialah tempat yang didirikan padanya sembahyang Jumaat.
=========
ni dulu aku rajin la guna... pasal surau kristal tuh... kikiki...

err... piaru sawak kan dekat dah nih... derang nak buat sekali kot.. hehehe...

13may said...

Salam...raya pun dah dekat

selamat hari raya!

:D