Setahun setengah meninggalkan blog ini. Jangan disangka aku sudah lupa akan gerobok minda dan hati aku ini. Tidak sama sekali. This place is always at the back of my mind ... ;)
Sebetulnya aku rindukan penulisan yang ikut sedap hati dan rasa. Rindukan saat-saat aku boleh meluahkan apa sahaja dalam hati dan otak tanpa risau ada yang mengenali aku. Tapi itu bukan bermakna aku bersembunyi dari diri sendiri. Sama sekali tidak! Aku menulis sebagai aku, cuma tanpa menggunakan namaku. Faham? Tidak faham itu bukan masalah aku!! Carilah maksud yang tersirat itu sendiri walaupun padaku tiada yang tersirat pun dari apa yang aku tulis ... hahaha
Aku kira sudah tiba masanya aku menulis di sini semula. Mungkin tidak sekerap dahulu ... waktu di mana aku mampu menulis hampir setiap hari! Tapi, akan aku usahakan untuk menulis ... tentang apa pun yang ada dalam benak aku waktu itu ...
Apakah nadaku akan berubah berbanding dahulu? Ooohhhh Sama sekali tidak!! Aku masih izinni yang dahulu walaupun aset berhargaku sudah bertambah satu digit lagi ... hehehe
Jika ada sahabat-sahabat blogger yang tiba-tiba tersinggah di sini .. tinggalkanlah jejak kalian ... aku merindukan kalian. Aku sama sekali tidak pernah melupakan kalian. Rindu tau! ;)
Sehingga nanti ... Assalamualaikum :)
Nota kecik-kenot : Inilah permata hatiku yang terbaru. Yang nombor sitatun = Hanan Khadijah :D