Thursday, April 15, 2010

Ikrar Nisaa'



I am content that Allah is my God and Islam is my Religion and Muhammad s.a.w is My prophet and Messenger and Quran is my Imam and Ka'abah is my Qiblat and Muslims are my Brothers. I am the Muslim. I am the Khalifah of Allah. I must make myself become a good person. I must make other people become a good person.

Friday, April 09, 2010

Bumi Hijau ...

Ya kawan-kawan. Hutan rimba di depan dan di belakang sudah dibersihkan. hehehehehe .. Daku merasa sungguh gembira dan teruja.



Setelah dibersihkan ... akhirnya barulah jelas di mata akan hasil2 'kebun' yang tidak seberapa ini. Tidak perlu lagi mereka berkongsi nutrien-nutrien tanah dengan saudara tiri berlainan gen ... si lalang!

Menunggu masa ...

Namun begitu, pokok betik ini akan ditebang tidak lama lagi kerana tumbuh dan membesar betul-betul di tepi pintu pagar. Tapi tidak mengapa ya ... masih ada 2 lagi saudaranya yang akan mengambil alih peranannya sebagai pembekal betik segar.

Thursday, April 01, 2010

4 tahun laa ...

Fuiyoooo ... lagi 7 hari genap sebulan blog ini gagal dikemaskini. Banyak sungguh sawangnya.

Sebenarnya tetiba pulak nak mengupdate ni sebab nak abadikan kenangan ulangtahun Nisaa' yang ke - 4. Macam baru je dia lahir ke dunia. Hari ni genap 4 tahun laaa ...

Nisaa' dah baca Iqra' sampai huruf 'ro'. Alhamdulillah lancar pembacaan dia setakat ni. Cakap pun makin petah dan banyak jugak permintaan nak itu, nak ini. Alhamdulillah, dia tak mintak suruh bawak party pack macam kawan2 lain ke sekolah. Kalau tak jenuh wei nak menurut. Aku bukan suka sangat dok layan kerenah gitu.

Jadi petang tadi aku pun masuklah dapur buatkan kek cekelat milo kukus sejibik untuk dia. Suka sangat la dia. Yang lain pun seronok sama sebab dapat makan kek. Lepas tu masing2 hyper semacam sebab terlebih gula la kot .. huhuhuhuhu ...

Meh la layan gambar besday si Nisaa' tadi.