Wednesday, January 30, 2008

AL-FATIHAH ...

"Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Dato' Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama', macam-macam ulama' ada. Kita pun tau. Ahmad Sabu pun ulama' jugak, Mustapha Ali ulamak." Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia- inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama' jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi - pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa 'ulama' adalah waris nabi'. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih." (Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).

"Tapi Mufti Selangor (Dato' Ishak Baharom) raja pun nak suruh buang dia. Raja pun tak setuju dengan dia. I think you'd better take action. Call him up dan tell him that he has breached the government punya regulations that he must be terminated dan kita tak bagi tauliah pada dia. Walaupun dia bukan pegawai kerajaan, orang bersyarah berkenaan dengan agama tanpa tauliah, akan diambil tindakan."(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).


Hanya satu 'kesalahan' beliau. Mengharamkan pertandingan ratu cantik di Selangor Darul Ehsan. Fatwa beliau mengundang kemarahan. Tindakan jabatan agama ketika itu yang mendakwa di Mahkamah Syariah 3 perempuan Melayu yang beragama Islam seperti yang tercatat dengan jelas di kad pengenalan masing-masing rupanya mengundang kata nista dan senda. Marah sungguh memanda-memanda menteri ketika itu. Sekonyong-konyong dilihat amat wajar beliau 'dihukum' dengan setimpalnya. PECAT. Itu keputusan yang dikira paling tepat dan 'adil' untuk semua, terutama kepada 3 perempuan yang dikatakan telah dianiaya hanya kerana mereka ingin berkongsi dengan khalayak akan keindahan tubuh badan ciptaan Allah yang dipinjamkan kepada mereka.

Akhirnya, Sahibus Samahah Dato' Ishak Baharom, Mufti Selangor dilucutkan jawatan.

Hari ini, beberapa minit sebelum azan Asar berkumandang, tokoh ulamak hebat yang lemah lembut, jernih wajah itu dipanggil Allah untuk mengadapNya. Beliau telah kembali kepada Penciptanya, selepas koma di Hospital Sungai Buloh.

Sudah tentu, berita perginya beliau keRahmatullah tidak menjadi sesuatu yang diberi liputan meluas oleh media massa. Siapalah beliau jika dibandingkan dengan seorang diktator yang telah berkuasa selama lebih dari 20 tahun di negara jiran yang layak menerima liputan lebih dari 10 minit dan lebih 2 muka oleh semua media electronik dan cetak arus perdana. Mantan Mufti Selangor itu tiada apa-apa jika dibandingkan dengan seorang negarawan bernama Muhammad Suharto. Beliau hanyalah seorang hamba Allah yang telah berjuang ke jalan Allah demi menegakkan syariat dan hukum hakam agama yang dijulangnya hingga ke akhir hayat.

Biarpun beliau seorang ulama', beliau telah bertindak menyertai arena politik dengan satu tekad .. iaitu menyedarkan Melayu Islam dinegara ini yang Islam dan politik itu tidak boleh dibezakan. Beliau tahu, hanya dengan politik perubahan boleh dilakukan. Sesungguhnya makhluk Allah yang pendiam dan tenang ini tiada galang gantinya.

Sehingga kini, aku tertanya-tanya adakah 3 perempuan Melayu Islam itu : Fahyu Hanim Ahmad dari Alor Setar, Noni Mohamad dari George Town dan Sharina Shaari juga dari Alor Setar telah sedar dan sesal akan kesalahan mereka. Adakah mereka bersyukur kerana tindakan Allahyarham itu adalah untuk kebaikan mereka dunia akhirat?

Masih aku ingat ketika mereka ditangkap kerana menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997. Masa itu, aku agak baru juga bekerja dengan suratkhabar di bangunan biru di Jalan Riong itu. Aku tidak tidak terlibat dalam membuat laporan berita berkenaan 'kes' itu. Tapi agak kecoh jugalah penangan kisah berkenaan sehingga seorang Mufti telah dipecat.

Inilah antara ulasan pemimpin paling besar negara masa itu. Amat-amat menyedihkan ...

"Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa".(Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai)

"Kita hormati Mufti pasal sesuatu peraturan yang dibuatnya, tetapi kalau Mufti mengambil tindakan tidak mengikut Islam, takkan kita tak boleh tegur. Ini pegawai yang dibayar gaji oleh kerajaan yang dengan mudah menuduh orang itu murtad dan orang ini murtad" (Mahathir Mohamad, 1997, mengulas kenyataan Dato' Ishak Baharom yang menyatakan mereka yang tidak setuju dengan fatwa larangan pembabitan gadis Islam dalam pertandingan ratu cantik boleh menjadi murtad)


SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KEATAS ROH ALLAHYARHAM SAHIBUS SAMAHAH DATO' ISHAK BAHAROM.

ALFATIHAH


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
In the name of God, Most Gracious, Most Merciful.
Praise be to God, the Cherisher and Sustainer of the Worlds; Most Gracious, Most Merciful; Master of the Day of Judgment. Thee do we worship, and Thine aid we seek. Show us the straight way, The way of those on whom Thou hast bestowed Thy Grace, those whose (portion) is not wrath, and who go not astray.
Nota lecik-kenot:
Apakah akan ada lagi mufti-mufti di negara ini yang berani bertindak seperti arwah? InsyaAllah ...
Jenayah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam, sebelah kilang Panasonic Shah Alam. Suami baru je balik dari menziarahi beliau dihospital bila mendapat berita kematian arwah. Sekarang sedang dalam perjalanan ke rumah arwah di Taman Seri Andalas dan akan terus mengiringi jenayah ke tanah perkuburan sehingga selamat disemadikan, InsyaAllah.

Friday, January 25, 2008

Cahayamata ...

Muhammad Irfan:

Tahun ni darjah 4. Minggu kedua bersekolah dia dah kena denda berdiri luar kelas. Irfan kata sebenarnya Irfan memang nakal kat sekolah. Cikgu-cikgu memang suka Irfan sebab Irfan pandai tapi Irfan nakal. Itu kata anak teruna aku yang sulung ni.
Dia kena denda berdiri luar kelas bukan kesalahan dia seratus peratus. Lebihnya salah ibu dia ni, rasanya. Irfan ada homework English Language which required him to paste a family photo in his exercise book. He had asked for a copy of our family photo. Honestly, we NEVER had a family photo. Memang tak pernah kitaorang amik gambar keluarga. The first time was during raya few years back. Itu ada atuk, nenek, pakcik, makcik segala la. Nisaa' pun masa tu dalam perut lagi. But keluarga Izinni dan KB beserta kesemua offsprings memang takde. Kenapa? Sebab izinni tak suka ambik gambar. Tak photogenic. I'll always look somehow weird in pictures.
Disebabkan tu, Irfan kena denda. Kesian dia.

Zinnirah:

Tahun ni darjah 2. Teruja dia sebab masuk first class in Year 2. She did well last year. Dapat nombor 3. Terbaik dikalangan pelajar perempuan. Jadi tahun ni dia berazam nak maintain performance.
Hari Selasa, masa aku jemput balik dari sekolah .. muka dia masam mencuka. Sangat moody. Bila ditanya tak dijawab. Sepanjang perjalanan balik sepanjang 15minit tu dia diam seribu bahasa. Tak bergurau senda langsung pun dengan Nisaa' yang asyik dok tegur 'kakak, kakak."
So, I just left her alone. After dinner, she looked rather okay, so I asked why she was so moody after school earlier that day.
Mula-mula tak nak cakap. Tapi lepas dipujuk, dibisik la ditelinga. "Kakak kena buli lagi." Aku dah agak, mesti kena buli dengan budak yang sama. Dia mengiyakan. Budak lelaki yang sorang ni memang selalu buli, kacau anak dara aku dari darjah 1 lagi. Ada je diusik, dikacaunya. Ambil pensil, pemadam, sorok buku, sorok botol air, sorok kain sekolah time PE. Ada sekali tu Zinnirah menangis sebab baju sekolah dia kena sorok .. time PE. Kawan-kawan dia dah pergi tolong ngadu kat Irfan. Apa lagi, Irfan sebab dah diamanahkan jaga adik kat sekolah ... cepat-cepat came to the rescue. Budak lelaki tu kena warning jangan usik Zinnirah lagi. Since then usikan dan bulian dah berkurangan. Tak sangka tahun ni mula balik. Kali ni kertas lukisan Zinnirah diambil dan diconteng. Terpaksalah Zinnirah mintak ehsan kawan lain. Kesian.
Another reason that made her all moody that day was ... she hasn't eaten anything at school. Breakfast menu was laksa and she doesn't like the canteen's laksa which she said made her stomach ache. So, she skipped breakfast. Later at noon, the menu was rice and masak kicap. She said she doesn't like the masak kicap, which I found weird. Kalau aku buat masak kicap kat rumah selalunya memang licin. Sejak bila pulak tak suka masak kicap. Macam-macam. Jadi kelaparan la dia seharian. Untuk pengetahuan, kitaorang memang tak bekalkan belanja harian untuk anak-anak ke sekolah sebab makan dah disediakan kat sekolah. Bayaran makanan termasuk dalam bayaran bulanan.

Syabil Iman:

Pagi tadi dia lambat sikit bangun. Selalunya bila abang dan kakak bangun nak bersiap ke sekolah, dia pun bangun sekali. Hari ni dia lambat. Jam 8 lebih baru jaga. Tak kisahlah sebab dia sekolah tengahari. Selalunya dia kecoh bila dah jaga. Kacau Nisaa', lari sana sini, lompat sana sini. Pagi tadi senyap semacam pulak.
"Ibu. Malam tadi Syabil nampak ibu. Ibu amik tangga katil Syabil letak kat dinding pastu ibu panjat duduk kat dinding. Ibu pandang je Syabil. Ibu cakap kat Syabil 'Tido'. Syabil tidolah balik. Tapi Syabil terjaga, nampak Nisaa' baring kat sebelah Syabil. Pastu Syabil tido lagi."
Huhuhuhuhu .. That was really spooky. Mana ada aku masuk bilik dia malam semalam. Bila aku tanya Ibu senyum ke tidak masa tengok tu, Syabil cakap tak senyum pun tapi asyik pandang Syabil je. Mata tak pejam (berkelip).
Huhuhuhuhu .. Aku bagitau dia mungkin dia mimpi je tu. Tapi beria-ia kata dia tak mimpi. Pasal dia kata dia nampak Nisaa' sama. Memang Nisaa' suka naik atas katil Syabil bila dia bangun pagi ... suka menyakat budak kecik tu.

Nisaa' Az-Zahraa:

Alahaiiii yang sorang ni. Makin manja dan mengada-ngada. Suka meleweh-leweh, jalan macam itik serama terkedek-kedek. Macam anak jepun terkedek-kedek pakai kimono sendat pun ada. Maklumlah tak lama sangat lagi nak dapat adik. Asyik melekap je 24jam. Tido nak berpegangan tangan bagai. Dah tido pun .. kalau aku hilang sat dalam 5minit, dia dah terjaga menangis mencari. Ada sekali tu aku turun nak minum kat dapur, bila aku naik .. dia dah duduk kat tangga nangis sedih. Alahaiii ....
Petah bercakap .. walaupun kekadang aku tak faham apa yang dicakapnya. Iyakan je la. Itu pun dah cukup buat dia senyum lebar. Sesiapa je lepas mandi dan bertukar baju terus ditegurnya .. "Abam omei .. Kakak omei .. Abin omei ... Ibu omei ... Ayah omei ..." Semuanya comel pada dia. Sebelum tido suka cubit2 pipi sendiri ... "Icha' omei tatik" ... boleh?! Tapi dia sedar diri. Bila ditanya mana hidung mek-mek ... terus dia picit-picit hidung dia sambil lompat-lompat seronok. hahahhahaa ... Yang pasti dia kesayangan semua dirumah. Irfan manjakan dia sungguh and she really adores Irfan. Kalau aku marah atau tegur dia sebab nakal ... dia carik 'Abam' dia mintak dipujuk. Kalau Irfan takde, baru cari Kakak atau Syabil.
Dalam 2 bulan lagi genap dia 2 tahun. Kejap je dah besar ... will miss my baby deeply ...

Yang-dalam-perut:

Selalu buat aku tak boleh tido malam. Masa ni la dia paling aktif buat lompatan junam, sommersault, kuak lentang dan macam-macam lagi. Sangat aktif. Buat aku sakit pinggang dan punggung selalu. Dah survey beberapa nama menarik untuk dia. Nama lelaki dan perempuan. Tapi satu pun tak confirm lagi. Kena buat pilihanraya. Nama yang dapat majoriti akan menjadi namanya.

Hmmmm diam tak diam .. dalam tempoh 10 tahun, aku dah ada 5 orang cahayamata. WOW! that's what one friend of mine exclaimed when she read my sms few weeks ago. Dia kata dia tak sangka yang aku akan ada anak sampai 5. Katanya aku dulu masa sekolah atas bukit bukan aku yang dia kenal sekarang. Mungkin sebab aku ni brutal dan laser masa sekolah dulu, so ramai yang tak sangka aku akan jadi seorang ibu beranak 5. hehehehehhe .. Welllll .... rezeki Allah. Errr ... kawan aku tu sampai sekarang belum berpunya. Entah bila la nak kawin ....

Nota kecik-kenot:
Ibu doa selalu semoga anak-anak ibu sentiasa bahagia dan dilindungiNya selalu, ditunjukkan jalan yang lurus dan benar sepanjang kehidupan, sentiasa mengingatiNya dan menghambakan diri padaNya ... Aminn ...

Saturday, January 12, 2008

Apa khabar semua? ...

Assalamualaikum ... Apa khabar semua?

Tengah asyik mendengar alunan tarannum surah Al-Baqarah dari Quran Explorer. Tenang hati. Yang dalam perut ni pun elok tak meragam buat sommersault macam selalu. Sat lagi masuk maghrib. Lama tak kemaskini blog ni. Malas, tak ada idea, malas. Nak on komputer pun macam satu beban besar sekarang. Kalau cik abang on komputer, baru la tumpang sekaki. Kalau tak, tak kuasa.

Pertama nak ucap Tahniah tak terhingga buat Najmudin atas kehadiran orang baru dalam keluarga. Tahu pun dari khairyn sebab tak bertandang ke blog sesiapa pun sekarang. Jadi idak ler tau Adam atau Hawa dan nama yang dimahkotakan pada si kecil itu.

Kedua. Takziah buat King dan Queen atas kehilangan. Moga tabah menghadapi dugaanNya. InsyaAllah, ada rezeki si abang akan dapat adik juga tak lama lagi. Salam buat Queen. Pasti hiba hatinya kehilangan si jantung hati yang tak sempat melihat dunia.

Berhenti sat. Nak lunaskan tanggungjawab dulu ....

Bersambung .....

Ketiga. Salam Maal Hijrah buat semua. Moga tahun baru 1429 Hijriah ini akan menambah iman dan amal kita semua, InsyaAllah.

Keempat. Ada 2,3 minggu lagi nak melahirkan. Kali ni terasa lama pula. Doktor kata kedudukan dan lokasi dah strategik. Tengah sibuk mengemas rumah. Dari dapur, ke bilik-bilik, ke ruang tamu, ke bilik air, ke laman rumah depan dan belakang. Nak sambut ahli baru, rumah kenalah bersih dan tidak kecah sana sini. Seperti biasa lepas mengemas, badan jadi lembik. Semuanya sakit. Salah satu sebab kuat untuk tidak melayari internet macam selalu.

Kelima. Sungguh kurang idea dan mungkin penyakit malas makin mencengkam. Ada banyak perkara yang terjadi dalam sebulan dua ni tapi berat sungguh jari ni nak menaip. Mana yang tersalah gi kenduri kawin, mak mertua masuk hospital, adik lelaki tunggal tamatkan zaman bujang dan macam-macam lagi. Rasanya kalau kalian semua nak tau perkembangan atau apa2 cerita, tanya je la ek. InsyaAllah akan dijawab. Rasanya cara tu lagi mudah. Itupun kalau belum meletup la ek. Bila dah meletup tu mungkin berminggu balik blog ni senyap. Apa2 perkembangan sila bertanyakan pada khairyn ya. (macam yang pa'chik buat. hehehhehe ....)

Nota kecik-kenot:
Pa'chik... hang buat apa kat ipoh?
Khairyn ... hang suka buat aku sebak. Menci.

Wednesday, December 12, 2007

Heboh! ...

"Assalamualaikum Dato'. Diharap dato' sedang berehat dengan tenang di malam Ahad ini kerana sebagai penduduk, saya kesal dengan gangguan dari konsert di stadium malam ini. Saya menetap di Jalan Batu 3, berhampiran sekolah teknik. Bunyi dari konsert boleh didengar hingga ke dalam rumah walaupun semua tingkap dan pintu tertutup rapat. Amat menyedihkan kerajaan negeri membenarkan kacau ganggu sebegini atas nama 'hiburan' keluarga. Tahniah buat kerajaan negeri maju - Puan H*****a"

Itu isi kandungan sms yang aku kirimkan khas untuk Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Dato' Ramli Mahmud.

Mulanya nak berkirim sms terus pada Pak Menteri Besar tapi nombor handphone dia aku dah usirkan jauh-jauh dari memori sim card aku. Yang ada cuma nombor abang Ramli aku dengan Khairyn yang sorang ni. hehehhee

Begitulah ... Negari Maju ni sekarang dah semakin maju dan makmur dengan pelbagai hiburan untuk keluarga. Heboh dan kecoh. Sampaikan aku yang kat dalam bilik dengan tingkap tertutup rapat, boleh dengar biji butir lirik yang dinyanyikan si penyanyi kumpulan Slam tu. Belum lagi terasa gegaran dentuman sound system ... memang canggih la sampai aku rasa dinding rumah bergegar sama. Mula-mula aku ingatkan jiran sebelah pasang radio kuat-kuat. Tapi dah 3 tahun aku duduk sini, tak pernah sekali pun jiran aku yang bujang dan beragama Kristian tu membuat onar bising dan maksiat lain. Jadi, untuk kepastian aku tukar la siaran televisyen ke saluran yang dok taja bendalah heboh tu. SAH! memang ler si slam tu tengah nyanyi!

Jarak stadium shah alam dari rumah aku adalah dalam 6 kilometer. Bayangkan orang-orang yang duduk dekat dengan stadium. Kat TTDI, kat seksyen 13. Mesti lagi bingit. Kalau sampai ke rumah aku boleh dengar, kat Masjid Negeri pun mesti boleh dengar gak kan. Tapi, Ahad malam Isnin, mesti masjid tutup awal kot.

Aku sms suami cerita pasal kacau ganggu tu. Suami aku kata, kalau berlaku gempa betul pun depa yang gebang kat situ tak perasan sebab ingat gegar dari sound system. Aduhhh ....

Nota kecik-kenot:
Sampai sekarang abang Ramli tak balas sms tu. hehehhehehe

Friday, December 07, 2007

Peristiwa ...

Banyak peristiwa yang berlaku dalam negara sekarang ni. Yang paling hangat tentunya tentang Hindraf. Begitu hebatnya penangan Hindraff sampaikan semua media-media utama negara masih tidak habis modal memperkatakannya. Ramai yang mahu beri pandangan dan pendapat. Dan sudah tentu, kesemuanya menghentam kumpulan berkenaan.
Peribadinya, aku sendiri tidak setuju dengan dakwaan-dakwaan yang dibuat kumpulan tu walaupun sedikit sebanyak kebenaran dibeberapa sudut, cuma diperbesar-besarkan Hindraf untuk menarik perhatian, terutamanya perhatian masyarakat antarabangsa. Aku paling tidak setuju mereka mahukan sokongan India dan Britain. Jika mereka masih di India, aku pasti mereka tidak seadanya sekarang. Entah apa jadi mereka disana. Britain? Bukankah penjajah ini yang bawa mereka masuk Tanah Melayu untuk dijadikan buruh estet? Dasar pecah dan perintah penjajah inilah yang menyebabkan susur galur mereka di sini menjadi seperti adanya sekarang. Dan itulah dasar yang diwarisi pemerintah hari ini. Dasar yang terus-menerus dipertahankan. Dasar yang akhirnya memakan diri sendiri tapi masih lagi terlalu angkuh untuk mengakui kesilapan.

Dalam sibuk satu negara memperkatakan tentang Hindraf, aku rasa ramai yang pandang sebelah mata dan dengar sebelah telinga tentang apa yang berlaku di Bukit Tinggi dalam tempoh 2 minggu ini.
Masih aku teringat kata-kata ramai pembesar negara akan kemakmuran negara ini yang wajib disyukuri rakyat. Betapa negara ini tidak seperti negara jiran yang ditimpa pelbagai musibah banjir besar, gempa bumi, tsunami dan macam-macam lagi. Ketika itu, amat kedengaran angkuh serta riak sekali kata-kata mereka.
Bila banjir besar melanda negeri yang tidak pernah ditimpa musibah itu sebelum ini, terkedu seribu bahasa sampai terpaksa pergi makan nasi kandar di negara orang.
Baru-baru ini, Bukit Tinggi pula dilanda sesuatu yang tidak disangka akan terjadi walaupun tidak membawa maut pada penghuni atau kerugian pada harta benda. Dalam tempoh 2 minggu, 4 gempa melanda tanah tinggi berkenaan. Kesemua gempa dibawah 4 skala Ritcher. Siapa sangka? Siapa menduga gempa walau sekelumit pun akan terjadi di Tanah Malaya? Bukankah kita terletak di kawasan bukan berisiko gempa .. tidak seperti negara jiran Indonesia dan Filipina, mahupun Jepun.
Tapi sehingga hari ini tiada satu pun kedengaran kata-kata dari pembesar-pembesar negara mengenai perkara ini. Diam seribu bahasa. Hilang kata-kata.

Tanda amaran merah sudah dikeluarkan Jabatan Meteorologi tapi hanya diwar-warkan untuk 3 negeri pantai timur tapi tidak mengenai hakikat yang sebenar di Johor juga. Kenapa? Isu banjir pun ada pilih kasih.

RM650juta. Aduhhhhhh!!! Sakit hati mendengarnya. Tidakkah ada satu pun kumpulan yang mahu protes? Semua mahu mengiyakan sahaja? Atas dasar itu hak manusia yang satu itu dan tiada siapa pun yang berhak mempertikai? Derhaka nanti dikata?
AKU PROTES!!!
Manusia-manusia itu seronok menasihatkan rakyat bersatu padu mengekalkan perpaduan dan keharmonian kaum. Aku rasa rakyat tiada masalah setakat ini. Jika ada pun ketidakharmonian, selalunya berpunca dari orang-orang diatas sana.
Macamana rakyat nak harmoni kalau harga barang naik? Macamana nak makmur dan padu kalau ada dikalangan yang tidak cukup makan?
Cukuplah apa yang ada tu. Tidak perlulah nak dibina yang baru. Duit yang nak ditabur tu bukan duit kamu!!

Satu lagi. Samada ada yang perasan atau tidak, aku tidak pasti. Tapi yang pasti, aku tidak nampak ada usaha media untuk merungkai atau sekurang-kurang menyelidik dan bertanya lebih lanjut mengenai perkara yang satu ni.
REHDA (korang carilah nama penuhnya sendiri ek! hehehe) buat pengumuman beberapa minggu lalu yang harga rumah akan dinaikkan dari 10% hingga 15%. Alasannya, harga bahan binaan naik ... apatah lagi harga bahan bakar pun naik.
Aduhhhhh!!! Kenapa aku rasa alasan diaorang tak munasabah? Kenapa pulak diaorang pulak yang pandai-pandai buat pengumuman tu? Kenapa tidak kerajaan?
Setahu aku ada sesetengah bahan binaan ditentukan oleh kerajaan. Maknanya ada harga siling. Kalau harga dah ditetapkan macam harga ayam tu .. macamana depa boleh suka-suka naikkan harga rumah tanpa merujuk pada Kementerian yang berkenaan dulu.
Kalau harga ikan, ayam, sayur .. bolehlah pengguna pantau dan lapor pada pihak yang berwajib tapi ini harga bahan binaan... bukan semua tahu harga sebenar. Rasanya sudah tiba masanya pihak yang berkuasa bagitau pengguna harga bahan-bahan binaan ni. Mana yang ada harga siling dan yang mana tak ada harga siling. Kemudian, beri juga harga bahan yang sama di negara jiran supaya boleh dibuat perbandingan supaya pengguna boleh "justify" alasan REHDA nak naikkan harga rumah.
Pada aku, REHDA yang ahlinya merupakan tokeh-tokeh besar semacam nak duga kerajaan. Kalau tak benarkan naik harga rumah, depa akan buat dalih stok bahan binaan tak ada, jadi banyak projek mungkin tergendala. Padahal, kerajaan tengah nak bangunkan segala jenis 'kakilima' pembangunan yang memerlukan banyak bahan binaan. Kalau pembekal, pengeluar bahan binaan buat hal, macamana 'kakilima-kakilima' ni nak jalan .. jadi terpaksa ikut rentak tokeh-tokeh ni dan benarkan naik harga rumah. Yang jadi mangsa? KITA laaa .. siapa lagi!! Tapi takde satu akhbar pun yang korek pasal benda ni.

Lebih kurang 30% penuntut IPTA mempunyai kecenderungan melakukan rasuah. Itu hasil kajian yang dibuat BPR dan Kementerian Pengajian Tinggi. Huh!! Walaupun kalau dalam pilihanraya 30% tu kira tak boleh dan tidak akan menang, tapi dalam kajian macam ni, pada aku hasil amat memberi kesan. Macamana budak-budak ni sampai boleh nak fikir macam tu? Aku masa sekolah dulu tak terfikir pun. Maknanya budak-budak IPT 30% tu mesti buat kerja-kerja rasuah masa tengah sekolah. Rasuah kawan, rasuah pensyarah, rasuah pak guard etc ... seram memikirkan budak-budak ni la yang akan pimpin anak-anak aku. Diaorang jadi macam tu sebab penangan 'gelombang' puteri merah jambu dengan sidekick putera ke?

Yang terbaru. Jadinya semalam kat Parlimen. Bila Zam goblokkan orang, semua senyap. Bila Zam kena goblok, kecoh satu dewan suruh tarik balik. Memang BODOH GOBLOK!!!

Nota kecik-kenot:
Sesi luah perasaan di isen yang ke-100 .. hehehhehee

Monday, December 03, 2007

Manis .. Adehhh ...

Sejak dua menjak ni dok teringin makan benda manis-manis walaupun aku tau aku tak sepatutnya makan benda manis selalu. Maklumlah, dah masuk 7 bulan ... kencing manis mudah menyerang kalau tak berhati-hati. Dari minggu lepas aku dok berangan nak makan kek gula hangus. Aku reti buat tapi sangatlaaaa malas nak menggodek-godek dapur buat kek ni. Idak ler susah mana pun tapi bila dah malas tu .. biasalah macam-macam alasan la kan. Aku pun sms la kakak aku. Dia pandai gak ler buat kek gula hangus ni. Aku tau .. kalau aku mintak dia buatkan mesti dia kembang setaman sebab dia ni suka benor kalau orang suruh dia masak. Maknanya masakan dia tu sedap la. Maklumlah ... dia memang tak berapa nak pandai nak masak sejak zaman anak dara lagi. Tapi, kalau dah pompuan tu ... tetap pompuan la kan. Bila dah kawin, terpaksa memandaikan diri masuk dapur dan masak. Specialty dia masak taucu. Memang sedap.

Berbalik pada kek gula hangus tu. Aku sms dia mintak tolong buatkan kalau dia tak sibuk dan tak menyusahkan. Maklumlah ... dia dah beranak kecik. Idak ler aku macam nak desak sangat kan. Dia sms aku balik. Dia kata .. bila dah siap dia akan call aku suruh aku amik kat rumah dia. Dan nak dijadikan cerita .... sampai sekarang dia tak call. Adehhh ....
So sampai sekarang ler aku tak dapat kek gula hangus aku tu. Adehhhh sekali lagi.

Dua tiga hari lepas ... tengah malam dalam pukul 1 pagi. Tengah buat job freelance tu .. tetiba teringin nak makan bubur pulut hitam dengan ais krim cekelat. Aku sms ler suami aku. Dia kata malam takde. Kalau siang ada la kat satu restoran ni. Aku ok kan je. Bukan tak leh nak buat. Idak ler susah pun. Takat rebus pulut hitam, masuk santan ngan gula ... dah siap. Tapi sekali sekala tu apa salahnya mintak dicarikan .. iya dak?
Dan nak dijadikan cerita ... sampai sekarang aku tak dapat gak bubur pulut hitam aku tu. Restoran tu tak bukak bisnes gamaknya ... atau suami aku lupa .. dan aku seperti biasa malas nak mengingatkan ... macam hari jumaat hari tu ... malas nak ingatkan sesapa yang hari tu adalah harijadi aku .. errr yang keberapa ek? korang agak2 je la ek .. rasanya dalam 35 kot. Adehhhh lagi ...

Akhirnya ... aku makan roti sapu mentega dengan gula je la untuk langsaikan craving aku ni.

Lepas ni aku tak tau aku teringin apa pulak .. Entah dapat entah idak. Adehhh ....
Masa ni laaa aku nak mak aku. Adehhhh untuk sekian kalinya .....

Nota kecik-kenot:
Hmmm .. macam nak Coke bubuh bebanyak ais je ... hmmmmm ...

Thursday, November 15, 2007

Rahsia ...

Sebenarnya aku ni suka berahsia. Terutama tentang hal-hal peribadi. Hal-hal yang aku anggap milik aku seorang. Adakalanya sesetengah rahsia tu aku tidak suka berkongsi walaupun dengan orang paling rapat dengan aku i.e suami atau sahabat baik (khairyn, za).

Pendek kata, aku ni pandai simpan rahsia. hehehehe ... Orang takan tau rahsia orang lain dari aku. Walaupun orang kata wartawan ni kepoh dan tak pandai simpan rahsia, tapi aku ni pandai korek rahsia dan pandai pulak menyimpannya. Kalau rahsia orang aku boleh simpan, inikan pulak rahsia senditi. Lagilah aku pandai kambus ... baik punya kambus. I might be a serial-killer, you know! hahahhahahha

Pada aku, ada perkara yang bukan untuk dikongsi. Ada perkara yang hanya milik aku seorang. Sampaikan ada seorang teman merasa terpinggir semata-mata aku tidak pernah bercerita tentang siapa 'crush' terbesar aku masa sekolah kat atas bukit tu. Sampai sekarang aku tak bagitau dia walaupun selalu jugak dia mendesak. Pada aku, itu kisah silam. Tidak perlu diberitahu. Biar jadi rahsia sampai bila-bila.

Hari ini aku rasa aku nak berkongsi rahsia. Lama juga aku simpan rahsia ni. Berbulan-bulan. Hanya seketul dua manusia dalam dunia blog je yang tau pasal rahsia aku ni. hehehehhe

Mula-mula rasa macam tak nak bagitau. Tunggu bila dah 'jadi' baru nak war-warkan pada semua. Tapi, hati menggelitik pulak nak berkongsi. Apa orang kata .... berkongsi gembira dan duka.

Untuk pengetahuan semua, harta aku akan bertambah tidak lama lagi.

Ya. Harta dunia dan akhirat.

InsyaAllah, jika tiada aral melintang .... dipenghujung Januari atau awal Februari (minggu pertama), keluarga aku akan bertambah seorang lagi ahli.

Ya. Aku sekarang hamil. Habis November, genap 7 bulan kandungan ke-5 ni. Muhammad Irfan, Zinnirah, Syabil Iman dan Nisaa' Az-Zahraa bakal mendapat adik.

Doktor meramalkan 8 Februari. Tapi sejarah membuktikan zuriat-zuriat aku mahu melihat dunia lebih awal dari ramalan. Seminggu atau 2 minggu lebih awal.

Bin atau Binti tidaklah aku ketahui. Hanya Dia yang tahu. Jika yang dulu-dulu instict aku kuat, kali ini instict tu kurang melekat. Tak tau pulak kenapa. Mungkin belum sampai seru kot. Nama pun tak dipilih lagi. Nanti-nantilah ... yang penting selamat. Tentang nama ... aku, suami dan anak-anak ada 2 minggu selepas melahirkan untuk memilih yang sesuai.

Jadi ... ada lebih kurang 2 bulan lebih je lagi ya. hehehehhe ....

Nota kecik-kenot:
Pa'chik! Jangan harap aku nak bagi kat hang! hahhahahahaha :-P