Moh kita kempen ...
errr yang bold tu .. kiranya aku suka sesangat la tu! hehehhee
Urus tadbir
- memastikan semua pemimpin bersih daripada rasuah
- menyiasat penyelewengan pentadbiran tanah dan sumber negeri
- menghentikan projek-projek membazir dan rugi
- ketelusan pentadbiran negeri
- menghentikan campur tangan politik dalam perniagaan
- melarang ahli2 exco terlibat dalam perniagaan
Sosial dan kebajikan (semua aku suka!)
- membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor
- bantuan RM75 sebulan bagi anak yang dihantar ke nurseri
- bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah
- hadiah RM1000 kepada setiap anak Selangor yang dapat tawaran ke U
- bantuan dan biasiswa pelajaran untuk anak Selangor
- bantuan untuk anak2 muda mendirikan rumahtangga
- membuka pusat sukan dan rekreasi bagi belia
- caruman takaful bernilai RM2500 untuk warga emas, OKU dan anak yatim
- elaun untuk ibu tunggal yang layak
- elaun khas untuk surirumah yang memilih untuk menjaga anak2 kecil mereka sepenuh masa
- bantuan untuk setiap rakyat Selangor memiliki kediaman sendiri
- mewujudkan institusi selaras hal ehwal agama selain Islam
Kesihatan
- cuti bersalin 90 hari bagi wanita bekerja
- 14 hari cuti (paternity leave) kepada suami yang isterinya bersalin
- cuti sebulan buat isteri yang kematian suami
- perubatan percuma untuk warga 65 tahun ke atas
Ekonomi
- menyediakan premis perniagaan yang cukup
- bimbingan kepada belia dan wanita muda berniaga
- galakan kepada belia dan wanita muda berniaga dengan sewa minima atau hanya perlu membayar air dan elektrik untuk 2 tahun pertama
- pengurangan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai premis komersil sebanyak 10%
- bekalan air kegunaan domestik secara percuma bagi 20meter padu pertama setiap bulan
- menjalankan program membolehkan rakyat miskin terutama petani dan nelayan mendapatkan pendapatan lebih tinggi di atas garis kemiskinan
Keselamatan
- penguatkuasaan syarat perlindungan alam sekitar bagi mengelakkan bencana alam seperti tanah runtuh dan banjir
- menggantikan sistem rukun tetangga dengan sistem baru yang lebih berkesan
- mewujudkan pusat khidmat serenti bagi menangani kes jenayah dan keganasan terhadap wanita
Itu JANJI BA Selangor yang mengujakan terutama yang berkaitan dengan ekonomi, keselamatan, kebajikan dan kesihatan untuk rakyat tu. Aku sebagai surirumah yang 'bodoh' dan tak tau apa-apa bak kata si zam bongok tu ... amat tertarik dengan janji-janji yang merangkumi pelbagai aspek tu. Kalau orang-orang Selangor masih tidak mahu memberi peluang pada pembangkang untuk meringankan beban hidup yang mencanak kat negeri maju ni ... aku tak tau nak cakap apa lagi.
Jika pembangkang diberi peluang aku yakin banyak sumber negeri ni yang jutaan ringgit tu akan terselamat dari penyelewengan. Duit2 tu boleh digunakan untuk kesejahteraan rakyat. Disebabkan rasuah berleluasa, harga barang dan perkhidmatan kat selangor ni naik mencanak-canak sebab nak tampung poket manusia-manusia yang kononnya berkhidmat untuk rakyat. Jadi dari mana nak datangnya berkat untuk terus selamat, aman dan makmur kalau kat selangor ni je ada 2 KILANG ARAK!
Nota kecik-kenot: Semalam dalam berita tb3 kalau tak silap .. buat lintas lansung kempen pilihanraya seripah noli. lawak gila baboon sungguh. wartawan tu lepas abih bercakap terus la nak interview seripah ni .. camera fokus kat dia yang dah standby kat pintu rumah makhluk india mic (of course tak cakap depa orang mic) kat area seri setia .. terus je si seripah tu cakap "oh dah boleh .." dan terus berlakon ketuk pintu rumah, beri salam dan terus bersalaman dengan semua isi rumah yang penuh sebelum diinterbiu. HAHAHAHAHAH ... aku ketawa besor. Nampak sangat berlakon. Bagi jugak si seripah sombong tu menang, tak tau ler apa aku nak cakap. kat area tu je sepanjang tahun lepas ada banyak kes budak2 hilang dan kena cabul. Sharlinie dalam kawasan seripah. kes budak kena rogol kat flat tu pun dalam kawasan si seripah ni jugak. Bila kat DUN, tak pernah aktif pun turut serta .. dok kutip elaun hadir sidang je pandai. peranan exco tapi takde pun buat2 apa untuk kesejahteraan rakyat mengikut apa yang digariskan dalam portfolio dia.
Undi la lagi BeEnd tu yaaaa :p lalalalallalalalalala