Friday, September 05, 2008

Buat Tokoh Wartawan Ulung ... Al-Fatihah

Selalunya aku jalan-jalan dulu sebelum singgah blog ni. Tapi tadi aku sapu sawang dan tambah 'perabut' dulu sebelum pergi jalan-jalan. Dan disebabkan itu, aku terlewat tahu mengenai berita ini. Aku singgah kat Jalan Sudin. Ohhh ... tersentak sebentar. Pak Samad dah tak ada. Baru je semalam aku baca coretan Kak Ena tentang keadaan Pak Samad. Saling tak tumpah seperti apa yang arwah mak alami sepanjang 2 minggu di CCU, HKL. Aku dapat rasakan apa yang Kak Ena rasakan melalui tulisannya itu. Cuma aku tidak seperti Kak Ena yang boleh menulis tentangnya. Aku tidak sanggup. Membaca coretan Kak Ena pun air mata dah tergenang di mata. Kalau aku tulis tentang saat2 arwah mak di CCU, pasti tak akan habis sebab ....

Aku tak pernah bekerja dibawah Pak Samad. Aku hanya memandang beliau dari jauh dengan penuh rasa kagum dan hormat. Masakan tidak. Dia tokoh Wartawan Negara, pejuang kemerdekaan dan pernah diISAkan. Namun untuk pergi dekat dan menyapa ... aku sangat2 segan dan rasa rendah diri. Rasa amat kerdil sekali. Jadi aku hanya memuja tokoh dari kejauhan. Itu pun tak selalu sebab beliau jarang ada di pejabat. Lagipun, ruang kerja aku agak ke belakang dari ruang utama akhbar 'besar' itu.

Rupanya aku mula 'kenal' dengan salah seorang keluarga Samad masa sekolah menengah. Cucu Pak Samad. Jasmine atau lebih dikenali disekolah sebagai Mamin. Kami tak rapat. Nak dikatakan berkawan pun tidak. Mungkin dia tak kenal aku pun. Kiranya aku bukan dalam 'kumpulan' mereka yang popular itu. Aku ni ... ya .. I am just ME! ;-)
Bila keje kat bangunan biru tu baru aku tau pasal Mamin bila jumpa Kak Ena lepas dia cakap anak saudara dia pun satu sekolah dengan aku.

Itulah antara kenangan aku .. walaupun tidak secara langsung terlibat dengan Allahyarham.

Untuk arwah Tan Sri A.Samad Ismail. Aku sedekahkan Al-Fatihah. Moga rohmu dicucuri rahmat. Untuk keluarganya, takziah. Allah lebih menyayanginya.


Di petik dari blog Kak Ena:
Bapak Has Left Us
Alfatihah. My dad passed away at 5.58 pm today.Thank you for all your prayers for him.May God Bless You.We are taking Bapak's body back from the hospital to the house at 2, Lorong 16/7C, Petaling Jaya now.The kebumi will be at Bukit Kiara after Friday prayers tomorrow.



Sindrom ...

Sindrom I:
Setelah diteliti, aku buat keputusan untuk buat job translation tu. It's a training course manual about something ultrasonic. I don't really remember the exact title, though. It's an interesting topic. And that's one of the reason i've decided to do it. To translate, I have to read. When I read, I learn. Learning something new. A new subject.

Besides, the English is not that complicated as I've expected. It's quite simple and straight forward. Takde banyak bunga-bunga bahasa. The best part is, I don't have to translate the technical and science terms and jargons. Kira ok la tu kan kan kan.

170 pages ... hmmmm ... tengah mencongak dan ternampak warna-warni yang indah dan wangi! hahahahha .. aku suka sindrom orang kat glasgow. huhuhuhu .. I LIKEEEE ...

Sindrom II:
Van poslaju sampai depan pintu pagar rumah. Ohhh ... berdebar-debar juga. Aku dapat satu sampul surat agak besar juga ... berukuran separuh kertas A4. Aku tandatangan dan lihat siapa pengirimnya dari cetakan di bahagian atas belah kiri. Ohhh ... dari satu entiti yang aku dah hampir lupa. Sebab aku tak harapkan apa-apa pun dari entiti ni sejak aku ambil keputusan untuk tidak meneruskan job yang diberi. Aku buat dalam 70-80% je. Aku tak mampu nak langsaikan permintaan mereka yang sangat membebankan aku ketika itu. Mana taknya, kerja yang sudah selesai dikatakan tidak selesai. Siap cakap tak ikut format lagi padahal masa aku bagi proposal depa bagi green light. Kemudian mintak aku datang lagi selepas pantang bersalin. Mana boleh .. siapa nak jaga anak aku. Lagipun masa tu arwah mak tengah sakit. Jadi, aku tak layan permintaan depa. Dan aku anggap semuanya hangus.

Jadi bila dapat sampul surat tu aku dah musykil. Depa nak saman aku ke sebab kononnya langgar kontrak?! Maklumlah urusan aku dah 'selesai' sejak sebelum aku bersalin. Ali pun dah masuk 7 bulan.

Bila dibuka sampul ... sepucuk surat dan sekeping cek. Surat yang mengatakan mereka ambil keputusan untuk bayar juga 'khidmat' aku menulis laporan 100 muka lebih tu walaupun hanya 75% dari bayaran yang aku minta dan seperti yang tertera dalam kontrak.

Dan di cek itu terpampang angka-angka yang sangat menarik. Cuba bayangkan apa yang berlegar dalam kepala aku ... hahahhahaha ... makcik kayooooooo .. sekejap je la kot. ekekekke sebab dah terbayang macam-macam dalam kepala ni ... hmmmmm

Sindrom III:
Semalam terlajak bangun 6.11am sebab tido lambat hampir jam 3am. Maknanya tak sempat bersahur. Padahal aku dah masak lauk dan nasi sebelum masuk tido. Bukan aku sengaja tak bangun sahur .. dah terlajak nak buat macamana kan. Kejut anak-anak bangun sebab bulan puasa ni depa masuk 7.30am. Masing2 ingat dikejutkan untuk bersahur. Bila kata tak sedar untuk sahur Irfan dah masam. Kira expected la tu.

Zinnirah lagi 'menarik' reaksi dia. Terus menangis dengan sepenuh jiwa dan emosi. Bukan takat menangis, siap membentak-bentak atas katil sambil hentak kaki kat dinding. Pastu meraung, "Ibuuu .. kakak nak sahur .. kakak nak sahur ..." berulang-ulang kali. Drama "Tak Puas Hati sebab Tak Bersahur" berlarutan hampir 20 minit. Pastu baru dia berhenti dan masuk mandi. Mungkin sebab penat dan takut lambat ke sekolah.

Aku? Uhhh .. tak kuasa nak melayan. Aku buat tak tau je sepanjang dia mengamuk tunjuk perasaan tu. Aku gosok baju sekolah depa, aku mandi, aku solat, aku bersiap, basuh berak Ali, tukar diaper Nisaa' ... pastu aku baring balik tidurkan Ali semula. hehehe .. baguskan aku kan kan kan ...

Ada kalanya ragam anak perlu dilayan dan dipujuk. Tapi sindrom meragam yang lebih kepada cerekarama mengada-ngada tidak perlu dilayan. Masa jemput dari sekolah petang tadi ... dia minta maaf sebab overeact pasal tak bangun sahur. hehhehehe .. tau tak pe!

Tuesday, September 02, 2008

Mata duitan

Puasa mula ... aku pun mula la takde masa dan idea nak menulis. Balik je dari surau terus kepenatan yang amat sangat. Siang pulak banyak kerja. Ni pun tulis dengan syarat je ...

Apa nak tulis ek?

Ohhh ... aku baru je terima translation job yang aku tak pasti aku mampu melunaskannya. Technical jargon yang sangat banyak dan complicated. Since aku dah janji nak baca dulu sebelum buat keputusan terima amanah orang ni atau tidak ... so kenalah baca ... esok. Malam ni tak larat ler teman.

Irfan bila tau ibu dia dapat 'job' baru terus tepuk tangan. Bila ditanya kenapa seronok sangat ... dia kata, "Best .. nanti ibu dapat duit." Ha ha ha ha ... aku faham sangat tu. Kalau aku dapat duit anak-anak la seronok. Hari tu dapat habuan sikit aku belanja pizza yang dah lama depa mintak. Punyalah seronok. 3 keping pizza yang besar habis tak sampai 1/2 jam.

Ohhh ... anak-anakku mata duitan ke? ekekekekeke ... berjangkit sindrom orang gelasgo.

Sunday, August 31, 2008

Ramadhan .. bertemu jua kita ...

Sambil bersiap ni ...teman nak ucapkan Salam Ramadhan buat semua. Tak sangka bersua semula dengan Ramadhan yang sangat dirindui. Syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan sekali lagi untuk bertemu Ramadhan.

Kamu-kamu semua .. selamat puasa kita ya. Selamat berterawih malam ni. Selamat bersahur. Jangan malas-malas bangun sahur.

Bye .. nak gi surau berterawih sekeluarga. Ramadhan pertama buat Ali Qa'id :)

Apa itu Merdeka?


Aku masih mencari erti sebenar MERDEKA ...

Friday, August 29, 2008

1+1=11

Sekejap benar masa berlalu. Diam tak diam, sedar tak sedar ... dah masuk angka belasan.
Moga ke puluhan pula. InsyaAllah.

Monday, August 25, 2008

Aku, anak-anak dan hiburan ...

Boleh dikatakan aku dibesarkan tanpa banyak sekatan terutama dalam aspek pergaulan dan hiburan. Aku boleh tengok apa juga cerita di tv dan dibenarkan menonton wayang. Malah aku amat suka menonton wayang. Aku juga boleh berkawan dengan sesiapa sahaja. Boleh ada kawan lelaki. Mungkin mak dan ayah yakin yang aku tahu membezakan antara buruk dan baik. Aku cuma ada teman lelaki ketika aku dalam Form 6 dan teman itu akhirnya menjadi suami aku dan ayah kepada 5 orang anak kami. Alhamdulillah.

Cara pemikiran aku dulu mungkin berbeza dengan budak-budak sekarang yang sangat 'up-to-date' dan complicated. Waktu remaja pada aku, teman lelaki bukan pilihan. Apatah lagi aku bersekolah di sekolah menengah perempuan.

Untuk berlibur ... aku tidak ke konsert walaupun aku pernah teringin sangat nak pergi ke konsert "Dekat tapi Jauh" artis2 Roslan Aziz masa tu. Aku hanya sekali dua menjejakkan kaki ke tempat yang bernama disco di PJ. Itu pun atas dasar ingin tahu kenapa budak-budak kat sekolah aku gedik sangat nak ke sana hampir setiap minggu. Bila dah tahu ... hmmm tiada keistimewaan pun. Sebuah tempat yang gelap dengan lampu samar, bau asap rokok yang menusuk dan kumpulan2 budak sekolah yang 'high' minum Coke yang baru nak belajar bersosial. Jadi, disco bukan tempat aku.

Aku lebih selesa mendengar radio, melekap dengan walkman dengan berpuluh tape yang aku beli, tonton tv dan sekali sekala bila ada duit dan jika diizinkan ayah dan mak, aku dan kakak atau dengan kawan-kawan akan tengok wayang di panggung state di PJ. Hiburan sebegitu sudah memadai untuk aku. Mungkin ada yang akan kata ... dah zaman 80-an ... apa lagi yang ada kan. hehehhe .. but again I feel that was more than enough for me. Kiranya sifat ingin tahu aku tidak melampau. ehhehehhe ... aku ni mesti membosankan untuk remaja zaman sekarang kan kan kan ...

Kini aku sudah menjadi ibu. Bila tiba soal hiburan untuk anak-anak, aku dan suami amat particular. Dunia hiburan dan sosial zaman sekarang amat menakutkan. Tidak salah rasanya sebagai ibu aku berhati-hati demi keselamatan anak-anak aku dunia dan akhirat.

Aku izinkan mereka tonton kartun. Drama Melayu aku akan tapis tengok mana yang sesuai. Drama orang putih pun. Filem pun sama. Kami akan beli VCD dan tonton sama-sama dirumah. Aku lebih suka mereka tonton filem2 adventure atau sci-fi. Belum tiba masanya untuk bawa mereka ke panggung. InsyaAllah, mungkin apabila mereka sudah sedikit dewasa, aku akan bawa mereka juga nanti ... sebab aku pun mula-mula dibawa oleh mak dan ayah. Sekurangnya mereka tidak tahu dari orang lain.

Rancangan menyanyi amat tidak digalakkan ditonton, walaupun rancangan Akademi Nasyid. Sebabnya rancangan tu pada dah lebih kurang rancangan lain juga. Nyanyi nasyid tapi penontonnya aduhhh .. ala-ala jerit juga. Jadi rancangan menyanyi berbentuk realiti memang tiada tempat di rumah aku. Amazing Race tak apa. Ada unsur-unsur positif di situ. Lagipun aku tidak melanggan tv satelit itu. Anak-anak yang sudah faham selalunya tahu segala jenis rancangan itu dari sekolah. Dari kawan-kawan. Jadi tugas aku adalah menjelaskan kenapa rancangan sedemikian tidak sesuai untuk mereka.

Jadi apabila seorang guru mengatakan tidak mengapa untuk menonton High School Musical Ice Tour show di Bukit Jalil kerana yang tidak menutup aurat adalah mereka-mereka yang terbabit dalam persembahan itu, apa agaknya reaksi aku? Mestilah aku bengangkan ... apa teladan yang cuba cikgu tu tanamkan pada minda budak-budak setahun jagung?





Balik sekolah tadi Zinnirah bercerita dengan Irfan tentang kisah guru bahasa melayunya yang bertanya di kelas tentang siapa yang sudah menonton persembahan musikal itu. Ramai juga yang mengangkat tangan dan semuanya pelajar perempuan.

Seorang pelajar lelaki bangun dan memberi komen. "Eh .. mana boleh tengok cikgu. Tak bagus sebab seksi dan sentuh bukan muhrim." Itu kata-kata seorang budak yang belum akil baligh berusia 8 tahun.

Si polan yang berjawatan guru itu dengan yakin berkata, "Tak apa tengok. Yang tak tutup aurat orang tu, bukan kita."

Kenapa nak kelirukan fakta pada anak-anak? Maknanya kita boleh nengok orang berbogel asalkan kita sendiri menutup aurat? Itu yang cikgu itu cuba katakan? Tanya aku pada Zinnirah. Zinnirah kata mana boleh macam tu. Mana boleh tengok aurat orang lain.

Jadi .. kesimpulannya. Aku tidak akan confront guru itu. Aku akan tunggu. Kalau ada lagi kata-kata yang mengelirukan keluar dari mulut cikgu tu lagi ... aku sah-sah akan bersemuka dan tanya apa sebenarnya yang dia nak ajar budak-budak di sekolah agama tu.

Aku tanya Zinnirah .. dia nak tengok ke musikal tu sebab ramai kawan dia dah tengok. Dia kata, tak nak sebab takat menari-nari apa yang best sangat pun.

Untuk Zinnirah ... hujung minggu ni ibu dan ayah akan cari VCD pirated filem yang kakak nak tengok sangat tu. Kita boleh tonton 'Pirates of Carribean' sama-sama. Ya .. hiburan dibawah pengawasan. hehehhee ... Ahhhh ... Johnny Depp ....