Monday, July 20, 2009

SIAP! ...

4.29am, 20 Julai 2009 - SIAP semua kerja. 1MB text file siap diterjemah. Esok akan buat kerja-kerja proof read secara sendirian berhad. Selesai proof read, terjemahan akan dihantar.

Alhamdulillah. Lepas ni boleh tido puas-puas. 2 minggu tak cukup tido.

ZZZzzzzzzZZZZZZZzzzZZzzzzzzz ....

Friday, July 17, 2009

Aku dah pandai ikut jadual ...

Selesai 110 mukasurat. 20 pages more to go. InsyaAllah boleh selesai dalam 2 hari lagi. GANBATE!

Minggu depan bebas sepenuhnya. Boleh goyang kaki. Tidur awal (kononnya). Boleh buat kerja lain termasuk sambung tulis buku yang dah terbengkalai sejak sebulan lalu.

Setakat ni, jadual bekerja sedia ada sangat berkesan.
3 hari bekerja sepenuh masa (hari Selasa, Rabu dan Khamis, Nisaa' dan Ali hantar pada pengasuh).
4 hari bekerja separuh masa (malam sahaja bermula jam 10 sampai pukul-pukul berapa yang larat).

Itu rutin untuk 2 minggu pertama setiap bulan - khas untuk menyelesaikan 130 muka terjemahan yang telah ditugaskan tiap bulan.

2 minggu berikutnya, aktiviti bebas tapi 3 hari dalam seminggu tetap hantar si askar-askar kecik pada pengasuh.

Dan begitulah untuk bulan-bulan seterusnya, insyaAllah.

Jadi kalau 2 minggu pertama tiap bulan aku tak sempat baca je tapi sempat nak singgah tinggal jejak blog korang, faham-faham je la ya. hehehehhe

Bliss! :))

Tuesday, July 14, 2009

Berita Esok ...

Kuala Lumpur : Kemenangan tipis PAS dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Kelantan menunjukkan sokongan rakyat terutamanya orang Melayu terhadap parti itu dan pakatan pembangkang semakin merudum.

Calon PAS Fauzi Abdullah hanya berjaya menang dengan 65 majoriti. Jumlah ini jauh lebih kecil berbanding majoriti 1352 undi yang diperolehi Allahyarham Ismail Yaacob ketika pilihan raya umum 2008 lalu.

"Kita percaya rakyat sudah membuka mata dan melihat bahawa PAS tidak mampu memperjuangkan nasib mereka biarpun sudah bertahun-tahun memerintah negeri Kelantan," kata Ketua Parti Paling Sempurna Di Dunia Alam Semesta.

Para pemerhati politik berpendapat, pertelingkahan serta perpecahan dalam PAS jelas kelihatan dengan ketidakhadiran Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa di awal kempen.

Namun begitu, ketidakhadiran Presiden Parti Paling Sempurna Di Dunia Alam Semesta ke Manek Urai dilihat sebagai langkah bijak kerana jentera parti berkenaan di lihat berupaya menepis segala kempen-kempen parti pembangkang sehingga berjaya menidakkan majoriti yang lebih besar terhadap PAS.

"Ini satu referendum rakyat. Rakyat sudah bersuara. Ini menandakan yang Parti Paling Sempurna Di Dunia Alam Semesta masih lagi relevan dalam memperjuangkan nasib rakyat," jelas Ketua itu lagi.

Laporan oleh Si Pemberita Cabok.

Kalau ...

Aku ngantuk tapi tak berani nak tido ... kalau tido nanti terlajak .. kalau terlajak nanti tak solat subuh ... kalau terlajak tak solat subuh, maknanya anak-anak aku pun terlajak jugak ... kalau depa terlajak tido, maknanya depa tak gi sekolah esok ... kalau depa tak gi sekolah esok, aku tak boleh buat kerja ...


hahahhahahahaa

Friday, July 10, 2009

Alhamdulillah ... Syukur sangat-sangat ke hadratNya ...

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN / EXAMINATION RESULT


1. Bahagian Amali (Bidang) / Practical (Field) - 100%

i. Teks Umum / General Text - 15.00/ 16

ii. Teks Sains Sosial / Social Science Text - 13.00/ 16

iii. Teks Komunikasi Massa / Mass Communication Text - 14.50/ 16

iv. Teks Sains dan Teknologi / Science and Technology Text - 13.00/ 16

v. Teks Sastera Kreatif / Creative Text - 15.50/ 18

vi. Teks Undang-undang / Legal Text - 10.25/ 18

Jumlah / Total - 81.25 / 100


2. a. Teori / Theory - 16.50/ 25%

b. Tugasan Amali / Practical Assignment - 4.25 / 5%

c. Bahagian Amali (Bidang) / Practical (Field) - 56.88/ 70%

Jumlah Keseluruhan / Overall Total - 78 / 100%


Jumlah Keseluruhan / Overall Total : 78%

Gred / Grade : Kepujian/ Good


*******************************************************************************

Ada ke dikalangan kawan-kawan aku yang baik hati serta budiman yang nak belanja aku makan ayam golek? heheheheh

Walaupun kurang 6 markah untuk dapat keputusan Excellent/Cemerlang, tapi aku bersyukur sangat-sangat sebab lulus. Markah aku rupanya lebih kurang sama dengan budak-budak yang baru lepas habis U. Ok la kan for a person who has left school almost 15 years ago. Not bad huh?! huhuhuhuhu ....

On serius note, kalau korang, sedara-mara, kawan-kawan atau company korang yang perlukan khidmat penterjemah sambilan, boleh email aku ya - izinnisa@gmail.com. Harga, insyaAllah boleh dirundingkan. Dulu tak berani nak promote diri, sekarang aku all out la. hehehehe

CEPAT! Mana pulut kuning dengan ayam golek aku! kekekkekekeke...

Macam ni la aku dok sengeh-sengeh dari malam tadi sejak dapat results ...kan Ali kan kan kan ...

Thursday, July 09, 2009

Apa kesudahannya acara tunggu & lihat ini?...

Kita tahu di negara China, populasi umat Islamnya lebih banyak berbanding umat Islam di Malaysia. Bezanya berjuta-juta. Islam dikatakan tiba di China seawal tahun 650 Masihi, lebih awal dari kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Risalah Islam ke China dibawa bapa saudara Rasulullah s.a.w Sa'ad ibn Abi Waqqas ketika zaman khalifah Uthman Affan. Begitulah lamanya Islam bertapak di sana.

Biarpun begitu, di China terdapat beratus-ratus kaum etnik. Kaum etnik utama China adalah kaum Han (Han Chinese) yang berpopulasi hampir 92% di negara itu. Han Chinese juga etnik majoriti di Taiwan dan Singapura.Manakala etnik utama yang menganut Islam berkurun lamanya di sana adalah dari etnik Hui dan Uyghur. Mereka ini hidup nun jauh di pelusuk tengah Asia yang bergunung-ganang dan bergurun gersang, yang kini digelar Xinjiang Uyghur Autonomous Region atau pendeknya Xinjiang. Wilayah ini memang kaya dengan hasil dalam perut buminya. Mereka mempunyai susur galur keturunan etnik Turki. Malah mereka bercakap dialek Turki. Orang-orang Uyghur juga adalah etnik utama di negara-negara seperti Khazakstan, Kyrgyzstan dan Uzbekistan.

Sebelum pemerintahan parti China komunis mengambil alih pemerintahan di Xinjiang, wilayah itu lebih dikenali sebagai Uyghurstan atau Timur Turkestan (Eastern Turkestan). Namun, pada 1759, wilayah itu ditakluk China dan di tukar namanya kepada Xinjiang yang bermaksud "new territory" atau "new frontier" dalam dialek Mandarin. Ahli sejarah menganggarkan lebih sejuta penduduk Uyghurstan dibunuh ketika wilayah itu ditakluki China, sehinggakan ia mengambil masa satu generasi untuk membina semula wilayah itu.

Ketika inilah berlakunya penghijrahan beramai-ramai kaum etnik China yang lain terutamanya dari etnik Han Chinese ke Xinjiang. Jika dahulu etnik Uyghur adalah majoriti, kini Han Chinese merangkumi lebih kurang 50% populasi wilayah itu. Boleh juga dikatakan etnik Uyghur kini adalah minoriti di dalam tanah air mereka sendiri.

Kerana mahu menggalakkan Han Chinese berhijrah ke Xinjiang, pemerintah China memberikan pelbagai insentif kepada mereka. Mereka galakkan Han Chinese membuka perniagaan di Xinjiang. Kini Han Chinese menguasai sektor ekonomi di Xinjiang walaupun sosio-ekonomi etnik Uyghur sememangnya sudah berakar umbi di wilayah itu. Banyak langkah-langkah diambil oleh pemerintah China sememangnya tidak popular dikalangan etnik asli wilayah itu. Contohnya, penutupan sebuah bazaar tradisional berdekatan sebuah masjid di bandar Kashgar. Gerai-gerai diruntuhkan. Orang Islam yang sudah berzaman-zaman bercukur di gerai-gerai ini sebelum ke masjid untuk solat. Selepas diruntuhkan, pemerintah membina sebuah bazaar moden yang hambar, lalu meletakkan rondaan askar-askar China di situ.Perasaan tidak puas hati terutamanya di pihak etnik Uyghur yang merasakan kehidupan tradisional mereka dihimpit dan diancam oleh kemasukan terlalu banyak unsur-unsur kemodenan ini menyebabkan berlakunya 'ethnic tension' di antara kedua-dua etnik ini. Sementelah lagi memang ada gerakan-gerakan dari kalangan etnik Uyghur yang mahu membebaskan wilayah itu dari cengkaman China yang mereka dakwa menindas serta menekan kebebasan beragama, berbudaya dan kehidupan mereka berkurun lamanya.

Ketika Bush mengisytiharkan 'war on terror' selepas peristiwa 9/11, pemerintah China menyokong kempen itu. Ramai pemerhati politik melihat tindakan ini ada udang di sebalik batu kerana pemerintah China memang selama ini melabel etnik Uyghur sebagai pengganas. Malah 4 orang etnik Uyghur ditahan di Guantanamo Bay atas desakan pemerintah China, biarpun mereka menekankan bahawa mereka tidak membawa apa-apa ancaman kepada Amerika dan warga mereka. Mereka hanya mahu wilayah mereka bebas dari cengkaman China. Apabila Washington menutup Guantanamo, China mendesak tahanan-tahanan itu dipulangkan ke China lalu dipenjara.

Insiden terbaru melihat 159 orang mati akibat rusuhan ganas antara etnik Uyghur, Hui dan Han di Xinjiang. Pihak berkuasa China bertindak menahan seribu lebih etnik Uyghur secara rambang. Namun begitu, media China tidak pula memberi pecahan etnik yang terbunuh itu. Malah laporan-laporan mereka mencadangkan bahawa hampir kesemua yang terbunuh adalah dari kalangan Han Chinese. Oleh itu, Han Chinese bertindak merusuh di jalanan dahagakan darah etnik Uyghur. Walaupun perintah berkurung telah dikenakan tapi belum ada tanda-tanda yang ketegangan akan reda.

Apa tindakan Malaysia? Bukankah Malaysia kawan baik China. Kalau tidak masakan masa PM sekeluarga ke sana, sambutannya sangat-sangat besar dan hebat. Dapat masuk Great Hall Forbidden City lagi! Bukan calang-calang tu. :P

Apa tindakan negara-negara penduduk Islam? Dari apa yang dilihat, negara barat pula yang beria-ia membela etnik Uyghur. Pemerintah China memang berjaya dalam propaganda mereka 'memujuk' negara-negara penduduk Islam ini. Sebuah negara pun tidak berdecik tentang apa yang berlaku di Xinjiang, setakat ini.

Akhirnya jadilah satu lagi acara 'tunggu dan lihat'. Mungkin itulah kesudahannya seperti kita tunggu dan lihat apa yang berlaku di Palestin, Selatan Thailand, Selatan Filipina, Kashmir dan banyak lagi.

Rujukan:
http://www.voanews.com/english/2009-07-07-voa6.cfm
http://english.aljazeera.net/news/asia-pacific/2009/07/20097725217198672.html
http://en.wikipedia.org/wiki/Uyghur_people
http://en.wikipedia.org/wiki/Han_Chinese
http://www.washingtonpost.com/wp-dyn/content/discussion/2009/07/07/DI2009070701491.html
(site ni bagus. Ada Q&A yang tidak memihak.)
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/7/8/mstar_berita/20090708102358&sec=mstar_berita

Imej-imej: Cik Google

Wednesday, July 08, 2009

Dua lelaki ...

Abang Jem

Aku jarang dengar radio. Satu-satunya masa aku dengar radio ialah bila aku masuk kereta. Di rumah ada radio jam kecil yang aku dapat sebagai hadiah perkahwinan. Radio yang sangat-sangat jarang dibuka dan didengar.

Jadi bila aku buka radio dalam kereta, saluran yang mesti aku dengar adalah Sinar FM. Orang kata saluran radio tu untuk orang-orang berumur sebab banyak lagu-lagu retro. Ada juga lagu-lagu baru tapi majoritinya lagu lama la kan. Tapi aku suka. Lantaklah apa orang nak kata. hehehehhe

Salah satu sebab aku suka ialah sebab ada ABANG JEM @ Salleh Yaacob. Dia bisa sahaja membuat aku tersenyum dan tertawa dengan keletahnya. Pagi tadi, sekali lagi dia buat aku ketawa besar.

Ada seorang pendengar menelefon. Lelaki. Sudah berkahwin. Seorang isteri. Dua orang anak perempuan. Dia mengadu dengan Abang Jem. Katanya bertahun-tahun dia kawin, semua kerja rumah dia kena buat. Pagi siapkan anak-anak, bagi makan sebelum pergi kerja sebab isterinya keluar awal dari dia. Bila balik kerja pulak, dia kena buat semua kerja rumah lagi. Alasan isteri dia tak buat kerja-kerja mengemas segala tu .. PENAT. Jadi, ini lelaki sudah bosan dan bengang. Dia rancang nak kawin satu lagi. Dia mahu nasihat dari Abang Jem pasal nak kawin satu lagi ni. Maklumlah Abang Jem kan banyak cawangan. hehehhehe

Penuh selamba Abang Jem dengan suara lembut meleweh dia tu kata,"Awak sorang isteri pun kena buli, kalau dua isteri lagi la teruk kena buli."

hahahahhahahahahaha ...ketawa besor aku!

So, kesimpulannya kalau sorang isteri pun tak boleh nak handle dan kemudi, baik tak payah berangan nak beristeri lebih yaaaa ... for the master has spoken!

Mesti bengang lelaki tu. Niat hati nak dapatkan sokongan orang yang ada pengalaman beristeri lebih dari satu, tapi kena tempelak baik punya. hahahahahaha

Jacko

Dari dulu sampai sekarang, tiap kali aku dengar lagu "Heal the World" MJ, air mata aku mesti tergenang. Entah kenapa? Ni dia dah takde, lagilah terkesan bila dengar lagu tu.

Ya ya .. aku minat Jacko. Cuma I never made it known to people, even my to own husband. So, when my son asked what I feel when I heard the news of his demise, I told him that I was shocked and sad. He was taken aback, naturally ... because I rarely shown my interest in music when I'm at home, with them. I listened to nasyeed and old songs, that's all. Contemporary music and songs rarely catch my attention unless the really melodious ones with good lyrics.

So I told Irfan that I like Jacko's music. His songs has good and meaningful lyrics. So I told him that it is alright to listen and appreciate good music. Cuma jangan sampai lalai.

Aku sedih sebenarnya nengok memorial service Jacko. Seksanya mayat dia diperlakukan begitu.

Oh ya ... khairyn merasa jugak nengok konsert Jacko masa dia datang sini dulu walaupun duduk nun jauh hujung Stadium. Beratur panjang kat Concorde Hotel dengan Marina kan kan kan? heheheh

Aku? Aku tengah kemaruk keje kot masa tu. hehehhee ... maklumlah orang baru kerja, fulus kurang. Berapa ek tiket konsert tu, khairyn?? hehhehe