Saturday, August 08, 2009

Makan-makan-makan

Akhirnya. Selepas hampir setahun. Berjumpa jua bertentang mata. Makin comel si dia. Hampir tidak perasan kalau tidak ditegur dulu. Kali akhir bersua bertentang mata, ketika bertandang ke singgahsananya sempena lebaran. Masa itu, si dia masak Soto ayam kalau tak silap.

Berjumpa kali ini di luar sahaja. Agenda adalah makan-makan dan sembang-sembang. Si dia hendak bersedekah. Belanja lima kanak-kanak yang kuat makan. Sudah dimaklumi awal-awal lagi akan kekuatan mereka menjamu selera. Jika tidak dimaklumi, pasti terkejut kingkong si dia melihat keasyikan kanak-kanak yang lima makan.

Memang licin juadah yang dibelanja. Besar selera kanak-kanak. Selera pun bukan main lagi. Mulanya rambang mata. Hendak ayam atau lempeng berlauk orang Itali. Akhirnya, lempeng yang dipilih walaupun ayam tetap bertakhta di hati. Dipujuk yang di kedai menjual lempeng turut ada menu ayam. Cuma bahagian ayam hanya kepaknya. Tiada paha yang montok.


Kanak-kanak yang kelaparan terus berdoa dan menerpa lempeng dan ayam di depan mata. Hingga lupa hendak menyemadikan potret lempeng dan rakan-rakannya yang lain sebelum dilicinkan kanak-kanak. Akhirnya, hanya dulang dan pinggan kosong yang tinggal. Itulah gambar yang boleh diambil.



Dan kerana tangan tidak stabil kerana sibuk memangku dan menggelek kanak-kanak yang paling kecil, banyak gambar 'blur', tidak fokus. Maaflah ya. Tapi sebagai imbuhan, sebuah gabungan foto-foto yang lebih cantik hasilnya telah diculik dari blog si dia. Lihatlah dibawah. Pencahayaan lebih cantik kan. Si kecil berbaju merah lebih jelas imejnya.


Terima Kasih. Lain kali ibu kanak-kanak pula belanja makan ya. Kanak-kanak adalah sangat gembira. Ibu pula suka hati sebab tidak perlu masak malam ini. :D

Update:
Gambar paling terbaru. Diambil tidak sampai 30 minit tadi. Jangan ditanya kenapa si Ali menyelak bajunya .... buat-buat faham aje lah ya ... hahahahaha

Makan-makan ...

Petang nanti ada acara jalan-jalan dan makan-makan dengan anak-anak dengan orang TJ. Bila dicongak-congak, sudah hampir setahun tidak berjumpa sua. Yang akhir, berhari raya ke rumahnya. Lepas itu berdating-dating dalam talian telefon dan talian internet semata.

Ada rezeki, akan upload gambar-gambar kanak-kanak 5 orang makan-makan. Tapi gambar ibu dan orang TJ yang baik hati dan comel, berkemungkinan besar tidak akan diuploadkan. hehehhee

Pagi ini, bersarapan cekodok cempedak. Malam kelmarin, bermakan malam Spagetti Chicken Bolognese. Malam semalam, nasi berlaukkan sambal tumis ikan bilis, telur dadar dan sup kentang dengan so'on. (Gambar tiada sebab lupa nak snap. hehehe)


Jemput makan jemput-jemput cempedak :D


Bolognese yang kurang berseri warnanya tapi sedappp .. hehehehehe


Nota kecik-kenot:
Baru perasan, tarikh dan waktu di gambar-gambar adalah tidak tepat.

Friday, August 07, 2009

Buat wartawan kosmo yang hampir maut di laut ...

'Misi Royalti Misi Maut?'

Assalamualaikum.

Sebagai rakyat Malaysia dan bekas seorang wartawan, saya terkilan dengan cara pemberitaan saudara dalam membuat liputan 'Misi Royalti' di Kelantan baru-baru ini. Jika tugasan sebegini saudara labelkan sebagai sebuah misi maut, saya tidak tahu apa yang akan saudara labelkan jika diberi peluang membuat liputan di Palestin atau tempat-tempat bergolak seumpamanya. Sepatutnya saudara melihatnya sebagai satu peluang untuk mendalami hidup para nelayan laut dalam yang bertungkus lumus mencari rezeki demi keluarga. Merekalah yang membolehkan kita dapat menjamah produk-produk ikan segar dari laut. Alangkah baiknya jika saudara membuat 'side story' mengenai pengalaman saudara itu, yang bagi saya adalah satu pengalaman yang sangat berharga. Bukan semua wartawan berpeluang mendapat tugasan sebegitu.

Mungkin saudara terkilan kerana menyangkakan saudara dan kumpulan media serta blogger akan dibawa menaiki kapal persiaran berhawa dingin dengan kemudahan makan minum serta tempat tidur yang selesa. Jika itu yang saudara dambakan, eloklah saudara jangan bertugas sebagai wartawan. Eloklah saudara bertugas di hotel-hotel sahaja.

Tugas seorang wartawan adalah untuk memberi maklumat dan memberitahu orang ramai mengenai apa yang berlaku. Sedikit sebanyak boleh diceritakan pengalaman wartawan sendiri untuk menyedapkan lagi pemberitaan, bukan menokok tambah 'cerita' sebegitu. Itulah yang saya lihat pada berita tulisan saudara.

Saya berpengalaman sebagai seorang wartawan selama 10 tahun. Saya sedih dan malu dengan mutu pemberitaan saudara.

Ikhlas,
Izinni
(dalam surat nama betul laa .. hehehe)

Sunday, August 02, 2009

JB PD

Bosan sebenarnya nak update blog ni. Macam dah kehilangan punca nak menulis merapu meraban. Merayap kat blog orang pun .. takat baca, baca, baca ... malas nak tinggal jejak. Buku cerita pun dah lebih seminggu tanpa sebarang tambahan baru. Semua dalam kepala. Nur Hussin nak buat apa, Indera nak buat apa. Apa akan jadi seterusnya. Semua dalam kepala. Tapi tangan malas hendak mengetuk papan kekunci untuk menurunkan apa yang ada dalam kepala.

Kepala sebenarnya 3,4 hari ni dok fikir pasal nak gi bawak anak-anak bercuti. Yang dekat-dekat. Yang murah-murah. Dalam kepala terfikir dua tempat. Janda Baik atau Port Dickson. Janda Baik kurang sikit tol dia kot. Port Dickson lebih sikit kot. Janda Baik, mungkin murah sikit kot kalau bercuti 3 hari 2 malam. Port Dickson .. hmmmm hampir semua tempat menginap, harga RM150 ke atas. Murah untuk orang lain, tapi agak mahal untuk aku. Susah sungguh aku ni .. nak bercuti pun terpaksa congak habis-habis :P

Cuba bagi cadangan sikit kat aku ni. Janda Baik? Port Dickson? Janda Baik .. takat ada sungai, suasana alam semulajadi. Anak-anak dah selalu mandi sungai dan tengok hutan. Port Dickson .. ada pantai, pasir, laut. Anak-anak tak pernah mandi laut dan bermain di tepian pantai. Masa bawak gi Kelantan dulu pun ... depa boleh kata Laut China Selatan tu SUNGAI!! Kesiannnn ...

So macamana?? JB or PD? hmmmm ....

Saturday, July 25, 2009

Layan gambar ...










































































































(Dari kiri ke kanan)

1) Zinnirah dapat telekung baru

2) Cucu-cucu Ayah (Ali, Irfan, Nisaa', Widad)

3)Nisaa' tumpang sekaki tayang hadiah harijadi kakak Zinnirah.

4) Nisaa' & Ali tengah tangkap lentok!

5) Ali senyum control macho.

6) "Henshemnya baby achik ni." Suka achik dengar Nisaa' puji anak bujang dia yang sorang ni.

7) Syabil bangga dapat pingat sukan yang pertama.

8) Syabil dan bestfriend Danny

9) Syabil & The Gang

10) Syabil - Sprint to the finish line ...

11) Jambangan bunga dari anak-anak & suami sempena Hari Ibu yang lalu

12) Sempat jugak Syabil dok melayan Ali masa sukan sekolah hari tu.

Thursday, July 23, 2009

7 tahun laaa ...

Syabil masa 8 bulan. Pakai baju baby MU yang Auntie Khairyn belikan masa dok merayap backpacking Europe dulu.

Hari ni ulangtahun kelahiran Syabil Iman yang ke-7. Kejap je masa berlalu. Dia paling rapat dengan aku banding yang 3 lagi, sebab aku dapat Nisaa' lepas 4 tahun aku dapat dia. Sebelum Nisaa' lahir, ke mana je aku pergi dia mesti ikut. Bila tido mesti atas lengan lengan aku. Main gentel-gentel cuping telinga aku sebelum tido. Masa tu ada masanya aku panggil dia baby. Ya la .. time tu kira dia bongsu la kan.

Bila dapat Nisaa' dan Ali, Syabil dah pandai berdikari walaupun ada masanya nak baring peluk-peluk dengan aku, nak tido berpangku dan nak makan bersuap. Ada masanya jugak mintak didukung. Macamlah aku larat sangat.

Dari kelima-lima anak aku, Syabil yang paling hyper dan paling banyak soal. Dia memang special. Kalau aku pergi ke rumah makcik-makcik atau pakcik-pakcik aku, kalau depa tak ingat nama dia ... otomatik depa akan refer pada Syabil as 'yang lasak lebih tu', 'yang tak reti duduk diam tu'. Itulah Syabil.
Syabil masa setahun lebih. On way nak ke Zoo. Tak nak duduk.
Berdiri all the way ke Zoo. Kalau sekarang buat gini, melayang RM300 aku!


Syabil jugak istimewa sebab dia rapat dengan arwah nenek dia. Paling suka kalau balik rumah nenek kat Bukit Beruntung. Sebab tu dia mudah terasa sangat kalau atok atau nenek tegur kalau dia nakal sangat. Bergenang air mata. Sampai sekarang kalau sebut pasal nenek, air muka dia berubah.
Atok, Nenek dan cucu-cucu. Ada 3 ni je la cucu depa masa raya 2004. Sekarang dah 9.

Atok pun sejak tahu cucu dia yang sorang ni istimewa (dyslexia), dah lebih faham kenapa kenakalan dan kelasakan Syabil tu lebih dari cucu-cucu yang lain. Malah, ada sekali katanya dia ada menonton sebuah filem hindustan kalau tak silap .. cerita pasal macamana seorang guru handle murid yang ada masalah macam Syabil. Atok kata, bila dia tengok cerita tu terus teringat kat Syabil. Alhamdulillah Atok dah faham kenapa Syabil adalah Syabil.

Syabil sebenarnya terasa sebab tarikh lahirnya jauh dari adik-beradik yang lain. Irfan dan Zinnirah berkongsi bulan Mei. Nisaa' bulan April. Ali pula bulan Februari. Ayah pun bulan Mei. Yang lain semua back-to-back. Dia sorang ala-ala 'terpelanting' jauh macam ibu dia ni. Tiap kali yang lain-lain sambut ulang tahun, dia mesti akan tanya bulan Julai bila nak sampai. Dia akan hitung sampai tiba bulan Julai. Bila tiba Julai, dihitung pula tarikhnya.

Tarikhnya datang juga hari ini. 23 Julai. Bangun lambat seperti biasa. Tapi bila aku kejutkan dengan panggilan 'birthday boy' terus bersemangat bangun mandi bersiap ke sekolah. Memandangkan aku keluar siang tadi berjumpa teman di Central Market yang bertahun-tahun tidak aku jejak, aku carikan hadiah sedikit untuk dia. Alhamdulillah jumpa juga yang sesuai. Jam tangan Upin&Ipin yang berharga RM10. Oklah tu untuk dia. Kalau bertahan seminggu, kira dah bagus sangat dah tu. Jam dia yang terakhir, tahan 3 jam je.

Kemudian aku belikan kek biasa-biasa dan cup cake comel tiap sorang. Semuanya RM12 je. Balik aku masak kegemaran dia. Tomyam dan Ayam BBQ. Specifically mintak drumstick besar. Jarang dia dapat makan drumstick sebab selalunya semua bahagian ayam akan aku potong dalam ketul2 kecik. Kalau sorang dapat drumstick, maknanya yang 3 kali pun nak drumstick jugak. Untuk adil, biar semua tak dapat! hehehehe ... maklumlah ramai umat kan. Belum Ali besar lagi tu. huh!

Lepas makan malam, aku letak lilin lebih harijadi ayah dia. Ada 6 batang je tapi ok lah tu kan dari takde. Lepas nyanyi 'Happy Birthday', Syabil doa dan tiup lilin .. Nisaa' punn sama (dia la yang paling excited sampai tak nak makan nasi sebab nak makan kek!)

Yang paling aku tak boleh lupa .. senyum lebar Syabil masa semua nyanyikan lagu ulangtahun untuk dia. Nampak sungguh kegembiraan dia. Bercahaya mata. Pastu, achik dia call wish happy birthday dan janji nak belanja McD. Lagilah dia seronok sebab jarang2 orang lain selain kami dalam rumah ni yang wish dia. Pakcik dan makcik-makcik anak-anak aku memang tak pernah ingat pun harijadi anak-anak aku. hehehehe ... achik dia call wish tu pun sebab aku tinggal pesan kat FB dia suruh call to cheer up Syabil. adehhh ...

Itulah Syabil. Anak manja aku. Anak istimewa aku. Semoga Allah melindungi Syabil dunia dan akhirat. Moga jadi anak yang soleh dan berguna pada agama dan umat. Amin.

Gambar ni Syabil snap sendiri. Sebab tu muka 'gebe' je.
('Gebe' = tah apa-apa : Ni salah satu perkataan slanga rekaan kakak aku masa dia kecik. Tah mana dia dapat entah. Dia memang reka banyak perkataan yang hanya family kami yang faham. Sekarang menantu-menantu pun dah tahu. Dulu semua blur bila kitaorang guna perkataan-perkataan pelik ni. Sekarang kroang-korang pun dah tahu la sebab aku dah bagitau kan :P)

Tuesday, July 21, 2009

Cerita ku ...

Hati Indera membuku. Dia mesti cari Nur Hussin. Dia tahu dimana Nur Hussin selalu berada setiap hari selepas sekolah. Pasti Nur Hussin sibuk berlatih di padang futsal di hujung padang sekolah. Jika Indera jaguh olahraga, Nur Hussin bintang futsal yang sering membantu sekolah memenangi sebarang pertandingan futsal antara sekolah atau di peringkat daerah. Siapa tidak tahu penangan tendangan kaki kiri Nur Hussin? Kalau bola sudah dapat di kakinya, tidak boleh tidak, pasti kesudahannya di gawang gol. Nur Hussin memang handal di gelanggang futsal.

“Hoi! Budak celup! Keluar sini!” teriak Indera dari luar sangkar gelanggang futsal.

Nur Hussin yang sedang menggelecek bola menuju ke gawang gol lawan terus berpaling ke arah suara nyaring yang memanggilnya dengan gelaran ‘budak celup’. Bola di hujung kaki terlepas pada pihak lawan. Nur Hussin tahu gelaran itu ditujukan buatnya. Memang sekali sekala dia diejek ‘budak celup’ disebabkan keturunannya yang bercampur-baur itu. Dia tidak ambil hati, cuma kurang selesa dengan panggilan itu. Apa pun pada Nur Hussin, biarlah dia dipanggil ‘budak celup’ disebabkan keturunannya, dari dipanggil ‘Melayu celup’ disebabkan dia masuk Islam.

Selepas memaklumi Cikgu Ilham, jurulatih futsal sekolah, Nur Hussin keluar dari gelanggang menuju tenang ke arah Indera. Riak wajah Indera masam mencuka. Telinga Indera kemerah-merahan. Nampak jelas ada ketidaksabaran di raut wajah rakan sekelasnya itu. Nur Hussin mengagak pasti ada kena mengena dengan apa yang terjadi pagi tadi. Memang kesalahan Indera nampak kecil tapi peraturan tetap peraturan. Apa yang dilakukannya pagi tadi adalah yang pertama kali. Nur Hussin seorang yang benar-benar mengikut buku. Mungkin sebab itu dia amat sesuai menjadi pengawas sekolah. Jadi apa yang diabaikannya pagi tadi membuatnya tidak keruan juga. Padanya peraturan mesti dipatuhi, namun entah kenapa nalurinya pagi tadi mendesaknya untuk tidak menulis nama Indera ke dalam buku rekod pintu utama. Apatah lagi apabila Cikgu Kamal sudah menangkapnya tidak menjalankan tugas mencatat nama murid yang lewat tiba ke sekolah. Lagilah tidak keruan hatinya. Antara hati nurani dan tanggungjawab, Nur Hussin berbelah bagi. Satu perasaan yang jarang-jarang dia alami sejak dia memeluk Islam.


“Kau ada masalah dengan aku ke budak celup,” dengus Indera sejurus dia sudah dekat.

“Aku tak faham kenapa kau nak menyusahkan aku. Aku tak pernah kacau kau. Sebab kau, Cikgu Kamal gantung aku dari ikut buat latihan.”

Nur Hussin masih mendiamkan diri. Entah kenapa dia kehilangan kata-kata. Dia tahu dia ada jawapan pada tuduhan-tuduhan Indera itu, tapi entah kenapa mulutnya terkunci. Matanya terus merenung wajah Indera yang marah dengan satu perasaan yang sangat sukar untuk dia jelaskan.

“Hei! Kenapa kau diam?! Dah bisu ke?” Indera sudah mengenggam tangannya. Bibir diketap menahan marah.

Dush! Satu tumbukan padu mengena tulang pipi bawah mata kiri Nur Hussin. Nur Hussin tidak sempat mengelak. Dia terjatuh ke belakang, terbaring atas rumput. Perit. Sakit. Terasa seperti baru terlanggar dinding batu atau tiang besi bila mana tidak melihat kearah mana kaki melangkah. Nur Hussin menekup pipi kirinya dengan tangan.