Tuesday, October 13, 2009

Gambar-gambar yang belum pernah ditayang ...


Puasa tahun lepas. Nisaa' solat dengan jemaah lelaki sebab dia kata dia boy bukan girl.

Masa ni semuanya kecuali Zinnirah kena demam campak.


A little token from orang yang duduk kat Teras Jernang ;)

Konon-konon kat LONDON!

Ali masa belum ada gigi :)

Kelisaku yang kemek dilanggar minah politeknik yang tak reti nak slowkan motor time sampai roundabout. Hampeh! Sehari sebelum puasa pulak tu. Aku yang nangis sebab kereta ni kereta abang ipar aku. Sampai sekarang masih tercedera :(


Ali the Chipmunk!

Sinar pagi yang cerah damai :)

Ali masa berusia 7 bulan :)

Tuesday, September 29, 2009

Ramadhan berlalu ... Syawal datang lagi ...

Selamat Hari Raya Eidul Fitri. Maaf Zahir Batin. Maaf terkasar bahasa. Maaf tersinggung perasaan.

Hampir sebulan sepi tanpa berita. Apa khabar semua? Didoakan semuanya sihat sejahtera hendaknya. Aku alhamdulillah sihat. Anak-anak pun sihat. Oppsss .. ketika ini Nisaa' kurang sihat. Dah 3 hari dok cirit birit tapi tidak serius. Masih lalu makan dan minum. Ali sakit kaki sebab semalam buat pemeriksaan dan kena injection sedas kat peha kiri. Sebelum kena dok sengih-sengih. Masuk je jarum kat peha terus terbeliak mata pastu nangis. ahahhahaa

Alhamdulillah juga, Ramadhan sudah dilalui dengan jayanya. Diterima atau tidak, hanya Allah yang tahu. Pertama Syawal tahun ni, kami sekeluarga beraya di rumah sendiri. YA! Rumah sendiri. Tak balik Tapah atau Bukit Beruntung. Sebabnya ayah baru 4 hari keluar hospital. Jadi dia tak nak balik Bukit Beruntung. Dia stay dan beraya di rumah aku sampai raya ke-2 sebab adik-beradik yang lain balik rumah mertua. Entah kenapa aku rasa seronok beraya di rumah sendiri. Tak rasa stress dan sungguh relax. Just anak2 je yang bosan sikit sebab beraya kat sini apa yang ada pun kan. Nak beraya rumah orang pun, kebanyakan dah balik kampung. Kami balik ke Tapah petang raya ke-2. Raya kali ni, 4 hari di Tapah memang sakan berjalan merata rumah sedara-mara. Khamis sebelum balik KL semula, bawak anak-anak mandi sungai kat Batu 7. Memang dah routine. Kalau tak muka masing2 jadi sememeh je.

Oklah ... aku share gambar2 masa puasa dengan raya.

Kat surau sementara nak tunggu berbuka.


Aktiviti malam raya - Masak Rendang Ayam Pencen & Kuah Kacang Daging Cincang




Pagi Raya



Raya di Tapah - Aktiviti mandi-manda di Batu 7

Wednesday, September 02, 2009

Sembang-sembang ...

Masa baca pertanyaan-pertanyaan maut yang dilontarkan kenalan-kenalan akirasuri tentang kenapa orang Islam di Malaya perangai teruk walaupun mengaku Islam, geram pun ada. Nampak sangat duduk sahaja di Malaya tapi tidak tahu sedikit pun pasal bezanya Islam sebagai agama dan penganutnya. Yang pasti, Islam tiada cacat celanya. Yang cacat, yang cela, yang bengong ... semuanya jatuh pada penganutnya yang tidak pernah tahu dan mahu menjaga agama mereka. Akhirnya, orang bukan Islam pandang serong pada mereka, penganutnya yang soleh dan solehah dan agama Islam itu sendiri. Sangat mementingkan diri, bukan?

Alhamdulillah, dalam kekalutan pemikiran orang bukan Islam yang menjadi warganegara Malaya ini tentang Islam, rupanya masih ada melihat Islam dan penganutnya sebagai kelompok manusia yang baik dan setia pada agama.

Semalam, aku ke klinik. Semua anak-anak aku dari mereka bayi hingga sekarang, aku bawa ke klinik ini kalau mereka demam atau tidak sihat, terutamanya di waktu-waktu luar pejabat. Masa pejabat, aku bawa mereka ke klinik kerajaan sahaja. Percuma.

Pembantu klinik adalah seorang wanita warga Filipina yang sudah bertahun-tahun bekerja dengan doktor berkenaan. Dia hafal semua nama anak-anak aku. Malah, nampak sahaja muka aku, dia sudah tahu kad yang mana perlu diambil untuk diberi kepada doktor. Maknanya, aku memang tidak ada kad klinik untuk klinik yang satu ini.

Semasa menunggu doktor sampai ke klinik selepas berbuka puasa di rumah, aku bersembang-sembang dengan pembantu klinik itu. Dari sembang-sembang biasa, terus berkenaan berpuasa dan lebih lagi.

"I noticed that Malaysian Muslims are very loyal Muslims. They fast, they went to mosque for prayers. Every Friday, the Muslim men sacrifice their time and work for a while to go to the mosque to perform Friday prayer. The women wear decent clothing. They pray at the mosque, too. I like to see the Muslims here."

"In the Philippines, even here, not many Christians went to church anymore. Only women go. Men don't want to go. They busy with work only. Even the youngsters no longer follow Christianity and its tradition. They only like to celebrate festivals but don't want to pray."

Aku katakan pada dia yang setiap orang Islam mesti ikut Islam secara total, tidak boleh separuh-separuh.

"Is it difficult to be a Muslim?"

"No. Once you confirm and commit yourself to Islam, you don't find it difficult. Only those who have doubts, be it the new brothers or sisters in Islam or the existing Muslim, will find it difficult. That's why before one want to convert into Islam, they have to think hard and learn about the religion well, first because once you say the Syahadah, it means you commit yourself fully into the religion. And Islam is not forced on non-Muslims."

"I like that. It's difficult to find good Christians nowaday," kata dia.

Perbualan terhenti sebab doktor dah sampai. Ali demam 38*Celcius. Alhamdulillah, just feverish. No flu, no coughing.

Tuesday, September 01, 2009

Kenapa mesti ada tajuk? Aku amatlah lemah bila tiba bahagian ni ...

Rupanya sudah 14 hari blog ini tidak dikemaskini. Sibuk? Tidak juga. Cuma tidak tahu hendak dibicarakan tentang apa walaupun banyak yang berlaku. Orang kata blog adalah tempat luahan perasaan yang paling cocok. Ya ke? Jika blog itu dibaca oleh orang-orang asing atau 'total strangers', mungkin betullah kata orang itu. Tapi jika empunya blog itu sudah dikenali, perasaan untuk meluahkan segalanya itu secara automatik terbantut. Terasa amat tidak selesa untuk berkata apa-apa yang sensitif dan sulit mengenai diri sendiri. Akhirnya, tinggal cuma catatan sehari-hari yang adakalanya membosankan untuk ditulis dan mungkin akan bosan dibaca orang lain (ada ke yang masih baca blog ni?). Kesudahannya, gersanglah blog itu tanpa sebarang kisah dan cerita.

But life goes on.

Mungkin aku akan bercerita sedikit sebanyak apa yang berlaku terhadap diriku sepanjang 14 hari lalu. Bukan yang sulit dan sensitif.

1)
11 hari berpuasa, 9 hari berbuka di surau seperti tahun-tahun yang sudah. Makan berjemaah. Solat Maghrib, Isya' dan Terawih berjemaah. Anak-anak yang paling seronok termasuk Ali. Punya seronok, bila pulang terus tidur kepenatan dengan tangan mendepa ke belakang DAN berdengkur. Ramai juga yang datang berterawih. Ramai anak dara. Sayang kurang menutup aurat. Maksudnya, masih ada yang berseluar jeans ketat, berbaju ketat. Datang dengan ibu dan ayah. Oh ya. Nanti aku akan rakamkan gelagat anak-anak semasa di surau, insyaAllah.

2)
Aku memohon sebagai penterjemah sambilan dengan PTS Publication selepas terbaca iklan mencari penterjemah di laman sesawang syarikat penerbitan itu. Aku hadir ke taklimat ringkas PTS di pejabatnya di Batu Caves, Selasa lepas. Sesat pada mulanya mencari lokasi PTS. Rupanya alamat salah. Di laman alamat yang tertulis adalah Pusat Perindustrian Batu Caves sedangkan lokasi sebenar di Dolomite Business Centre. Melilau mencari tidak berjumpa. Rupanya bukan aku sahaja yang bermasalah sama.
Selesai taklimat ringkas, kami (ada lebih 18 orang kalau tidak silap pengiraanku) diminta mengambil salinan beberapa halaman novel berbahasa Inggeris yang perlu kami bawa pulang untuk diterjemah. Setiap buku ada 2 halaman. Kami diberi masa seminggu untuk menterjemah dan minima 3 buah terjemahan buku perlu dihantar. Aku terjemah 5 tajuk (bermakna 10 muka).
1) The Curious Incident of the Dog in the Night-Time (Mark Haddon)
2) Where Rainbows End (Cecelia Anern)
3) Remember Me? (Sophie Kinsella)
4) The Da Vinci Code (Dan Brown)
5) Snow (Orhan Pamuk)
Memang mencabar, walaupun hanya 2 halaman setiap tajuk. Membuatkan aku tertanya-tanya samada aku layak digelar penterjemah. Apa pun terima kasih tidak terhingga buat Khairyn yang mungkin terpaksa rela membaca hasil terjemahan aku yang mungkin juga menyakitkan bila dibaca. ;)
Terjemahan sudah aku kirim pada PTS sebentar tadi jam 9.59am. Akan aku nantikan maklum balas daripada mereka sebulan dari sekarang.

3)
Aku diminta seorang rakan untuk menguruskan satu tanggungjawab yang agak besar. Dipendekkan cerita, aku perlu mengepalai bahagian perhubungan media, komunikasi, protokol dan pengurusan acara untuk Malaysia Fest 2010 yang bakal diadakan di negara kincir angin dan bunga tulip. InsyaAllah, jika semuanya berjalan lancar - terutamanya dari segi kewangan - ia akan diadakan pada bulan Jun tahun hadapan.
Aku tolak pada mulanya pelawaan rakanku itu. Mana tidaknya. Begitu besar tanggungjawab yang perlu dipikul. Hendak menguruskan media bukan satu perkara yang mudah. Apalagi bila perlu menguruskan sesuatu acara formal dan protokolnya. AKU BUKAN SEORANG YANG MENGIKUT PROTOKOL. Hendak bangun 'meraikan' orang-orang 'terhormat' dalam apa-apa acara pun aku bengkeng.
Namun, hasil pujukan suami yang yakin akan kebolehanku (kata dialah) dan seorang lagi sahabat yang teruja dengan apa yang aku ceritakan, malah katanya hendak ikut serta membantu jika ada kelapangan ... aku terima juga tanggungjawab itu.
Aku tahu aku boleh buat. Sebab itu aku tolak pada mulanya. Ahh ... cuma aku yang tahu kenapa aku tolak walaupun aku tahu aku boleh buat.

4)
Kelmarin 30/8/2009 adalah ulangtahun pernikahan aku yang ke-12. Cepat masa berlalu. Tiada apa yang aku mahu dan pohonkan dariNya .. cuma kebahagiaan. Amin ...

Tuesday, August 18, 2009

Tak jadi ...

Rasanya aku terlupa bagitau yang rancangan bercuti ke Port Dickson terpaksa aku batalkan. Kenapa? Sebab semua tempat penginapan penuh.

Jadi aku buat rancangan untuk tukar lokasi. Ke Kuantan i.e Cherating atau Teluk Cempedak. Ada tempat penginapan yang sesuai. Tapi terpaksa batalkan juga. Kenapa? Sebab duit lambat sangat masuk. Ini pun aku masih menunggu.

Akhirnya terpaksa tangguh. Hmmm .... macam kes kursus terjemahan aku la ni. Tangguh sampai 2 tahun. Jangan bercuti pun tangguh lama gitu jugak. Kesian anak-anak. Depa dah berangan nak mandi laut. Nasib depa terima bila dipujuk. Kalau tak mahu merajuk panjang. Aku pun sedih gak ni sebab dah bertahun tak bercuti dan aku akui yang aku sangat-sangat memerlukan cuti.

Takpe. Kumpul duit balik. Lepas raya aku akan pastikan kami pergi jugak bercuti dan tidur di walau semalam pun di hotel. Ya. Anak-anak aku rasa tidur di hotel adalah sangat best. hehehe..

Errr ada sesiapa nak sponsor aku gi cuti-cuti? hahahahhaa ... :P

Monday, August 17, 2009

Aku suka ...

Malam tadi dalam aku menekan-nekan punat televisyen mencari rancangan yang boleh menjamu halwa mata dan telinga, aku terhenti di saluran tv2. Aku ingatkan ada konsert sebab begitu ramai sekali umat di auditorium berkenaan. Aku katakan 'umat' sebab sememangnya penuh dengan umat-umat sesaudara seIslam aku. Aku pun tunggu sebentar. Ohh .. rupanya rancangan kenyataan atau program realiti hasil 'pemikiran' hero 'pujaan ramai' si Rosyam Nor. Rupanya malam tadi sudah rancangan akhi dan ditayangkan secara langsung dari Negeri Sembilan.



Aku bukan mahu beri sebarang ulasan tentang apa yang terjadi di atas pentas. Ramai yang sudah sedia maklum akan aksi-aksi abang-adik serta adik-kakak peserta-peserta rancangan berkenaan. Bila aku katakan aksi abang-adik dan adik-kakak itu, fahamilah ya. Belum lagi aksi-aksi mak dan anak, bapak dan anak. Sungguh rapat dan erat sekali. Mereka sesungguhnya mempertahankan kepentingan mengeratkan tali silaturrahim.



Ohh ... aku tidak sepatutnya melarat ke perkara itu. Sedangkan lain yang ingin aku katakan.



Begini. Auditorium itu sememangnya penuh semalam. Sampai ada yang terpaksa duduk di tangga. Begitu hebat penangan rancangan mencari pelakon-pelakon 'berbakat' ini. Dari jumlah penonton itu, jika tidak separuh, suku daripada mereka adalah KANAK-KANAK. Ya. Kanak-kanak.



Rancangan yang tamat sekitar jam 11 malam mungkin. Esoknya, iaitu hari ini adalah hari persekolahan. Ada kanak-kanak ini selain dari sama-sama bersorak macam orang hilang akal, ada juga yang duduk seolah terpinga-pinga dan ada juga yang menguap tanda suka atau mengantuk. Ada juga sedap memeluk tubuh sambil mengusap-gusap lengan. Sejuk agaknya. Maklumlah penonton yang ramai pasti menyebabkan pihak pengurusan memaksimakan kekuatan penghawa dingin.



Ibu bapa dan saudara-mara yang membawa anak-anak ini ke rancangan ini tidak ada fikirankah? Balik lambat, tidur lambat, maka pasti akan bangun lambat. Dapat ibu bapa yang sporting, pasti anak-anak itu akan dibiarkan tidak ke sekolah kerana kepenatan.



Aku teringat kata-kata Menteri yang berkaitan dengan hal-ehwal kanak-kanak yang lantang menyatakan yang tindakan boleh diambil ke atas ibu bapa atau penjaga yang membawa anak-anak menyertai demonstrasi atas alasan membahayakan nyawa anak-anak berkenaan.



Sejauh mana seriusnya antara membawa anak-anak ke demonstrasi membantah kezaliman dan ketidakadilan pada hari Sabtu, dengan membawa anak-anak ke konsert-konsert hiburan melalaikan sambil melihat lelaki wanita bukan muhrin berpegangan dan berpelukan sehingga jauh malam di hari Ahad?



Tidak rasional pemikiran aku? Konsert tidak membahayakan dan tidak membawa kecederaan fizikal? Demonstrasi membawa bencana dan boleh menyebabkan kecederaan fizikal? Adakah kita mahu anak-anak kita lena dek hiburan dan menjahanamkan pemikiran kritis yang menentang ketidakadilan dan kezaliman?



Lepas ini marilah kita sama-sama bawa anak-anak ke konsert dan persembahan hiburan yang ada demi kesejahteraan negara.



Ohh ya. Pak Perdana Menteri nasihatkan rakyat jelata supaya elakkan berhimpun di tempat-tempat awam untuk mengelakkan penularan selsema babi. Baguskan? Sungguh prihatin. Aku suka.



Tiba-tiba, perhimpunan menyambut kemerdekaan akan tetap dilangsungkan tapi bukan di Dataran Merdeka atau tempat-tempat terbuka yang lain. Prihatin sungguh mereka kerana memindahkan lokasi sambutan di tempat TERTUTUP iaitu di Stadium Nasional Bukit Jalil.



Eh! Bukankah perhimpunan itu satu perhimpunan awam juga?



Oh! Tidak mengapa rasanya. Perhimpunan ini untuk menunjukkan rasa kecintaan kepada negara. Lagipun nasihat Pak Perdana Menteri itu dikeluarkan selepas perhimpunan 1 Ogos lalu. Jadi saranan itu tidak sesuai untuk sambutan 31 Ogos nanti. Ibu bapa yang ada anak-anak terlibat dalam persembahan sempena sambutan nanti pun tidak perlu khuatir akan penularan selsema babi sebab semuanya DEMI NEGARA yang TERCINTA.



MALAYSIA BOLEH!



Opsss ... itu tagline Pak Perdana Menteri yang lama. Sekarang Pak Perdana Menteri baru.



RAKYAT DIUTAMAKAN, PENCAPAIAN DIDAHULUKAN. Molek sangatlah tagline yang ini. Aku suka juga.

Sunday, August 09, 2009

Balasan dari wartawan yang hampir maut ...

Syukur saya, ada seorang yang pernah berkhidmat sebagai wartawan cuba memberi komen tentang kerja saya. Saya yakin saudara lebih memahami kerjaya ini. Saya tidak tahu sama ada saudari baca atau tidak artikel saya. Apa yang saya cuba beritahu adalah dari segi aspek keselamatan, jaket tak ade itu saje. Naik bot sejauh itu, tanpa jaket saudari rasa ok ker? Kita tak tahu apa yang akan terjadi dalam perjalanan itu. Saya mungkin buruk di mata saudari selepas menulis artikel tersebut tapi saya rasa puas kerana dapat memberi teguran kepada pihak penganjur supaya lain kali kalau dibuat trip tolong beri perhatian ttg aspek ini. Kalau saya takut, saya tak akan pergi awal2 lagi. Soal Palestin, Afganistan sume itu, semua menjadi idaman setiap reporter. Soal mati bukan keutamaan, kat mana-mana kita boleh mati even baring kat tilam di rumah.

Mengenai soal menghargai nelayan. Saya pergi bukan untuk melihat nelayan bekerja dan mereka tak kerja pun sepanjang perjalanan saya itu. Jika itu tujuan saya, saya tak perlu pergi dengan anjuran Kerajaan PR ini, banyak alternatif yang saya boleh cari. Tapi kami diberitahu akan dibawa ke pelantar minyak yang menjadi tuntutan kerajaan Kelantan. Untuk melihat kerja-kerja mengukur dan mencari fakta bahawa tuntutan itu logik..selepas mengharungi perjalanan pergi selama 13jam, kami hanya dapat amik gambar lampu2 pelantar sahaja. Saya rasa saudari cukup faham tugasan seperti ini kerana saudari juag merupakan bekas wartawan bukan. Jika itu yang terjadi apa hasil tulisan yang akan saudari akan cuba buat?

Jika saudari sedih dengan artikel saya, saya juga sedih kerana pengalaman 10 tahun saudari sebagai wartawan tidak mematangkan saudari. 10 tahun berkhidmat tetapi kerjaya ini tidak pernah memberi apa-apa kepada saudari sebeb itu saudari keluar dari bidang ini, btol saudari?

Kita bekerja sebagai wartawan, keselesaan buakn keutamaan. Kalau saya nak selesa baik saya kerja teller bank. 8 jam keje dalam air cond. Saya pasti saudari cukup maklum tentang itu.

Untuk pengetahuan saudari, saya bukan bloggers yang cuba menokok tambah cerita, menulis dengan kepentingan. Menyokong apa sahaja yang 'big boss' mereka buat, salah pun boleh dibetolkan supaya bos senang hati. Jangan terlalu taksub, fikir dengan otak yang waras. Tuhan bagi kita akal supaya dapat buat pertimbangan bukan sokong membabi buta. Yang hak tetap hak dan batil tetap juga batil. Renung-renungkan....

**********************************************

Aku tidak sunting walau sepatah perkataan pun. Apa lagi aku nak komen pasal 'wartawan' ni ya? hehehehe .... korang nilai sendirilah ;)

Korang rasa aku perlu balas ke tidak? ehehehhehe ...

Aku dah balas pun. hehehe .. Mula-mula ingat hendak dibiarkan dia 'gloat' dengan 'ilmu' yang dia ada. But, it is not easy being me ... i cannot resist to be ME!

So, here's my reply to him. Lepas ni aku akan bolayan kalau dia balas balik, sebab orang yang besar kepala ni tak guna dilayan.

Here goes ....

Alhamdulillah. Salam kelmarin tidak dijawab. Terima Kasih.

Saya tidak berniat hendak memberi ulasan panjang akan balasan saudara ini. I think in this matter, it looks like we agree to disagree as obviously we have different views. So, no matter what I say and what my view is, it would remain a fact that you will stand on your view and vice versa.

You asked what I'll do if I were in your position? Well, I have several things on my mind on what I shall do. But again, there's no need to share any of them. Benda dah jadi pun.

I like to quote you, "Jangan terlalu taksub, fikir dengan otak yang waras. Tuhan bagi kita akal supaya dapat buat pertimbangan bukan sokong membabi buta. Yang hak tetap hak dan batil tetap juga batil".

Thank You. It's a good one. I'll take that as an advice from a junior reporter to a former reporter who apparently had not learnt anything from her 10 years of reporting. Thank You.

Saya akan pegang kata-kata awak yang itu and I'll be keeping an eye on your reportings, supaya akal yang diberi Allah akan digunakan untuk membuat pertimbangan waras, bukan menyokong membabi buta. Betul sangatlah tu .. YANG HAK tetap HAK, yang BATIL, tetap juga BATIL.

Good Luck!