Thursday, May 29, 2008

Permainan jiwa ...

Permainan jiwa ni memang menyesakkan.
Entah kenapa sejak akhir-akhir ini emosi dan jiwa aku diuji sungguh-sungguh.
Samada hendak dilayan atau diabaikan. Akal juga yang perlu main peranan.
Emosi sedih dan lara aku sudah berjaya aku atasi. Perasaan itu aku jadikan dorongan untuk menjadi lebih baik.
Tapi aku kan manusia. Tidak mampu nak puaskan hati semua. Dalam masa yang sama hati sendiri perlu juga dijaga untuk tidak menjadi gila.
Seperti biasa ada sahaja yang tidak kena. Ada sahaja yang tak puas hati dan gemar adu domba. Gemar bermain api menyemarakkan rasa yang sudah terkilan.
Aduuhhh ... tiap aku juga yang jadi mangsa. Kenapa aku? Kenapa masih tidak puas hati?
Aku sudah menjauh diri. Aku tidak ganggu hidupnya lagi. Sebolehnya aku beralah dalam segala hal dan perkara.
Tapi tidak puas hati juga. Cari juga salah walau sekelumit cuma.
Mahu aku berdepan dan bertanya?
Tapi apa sudahnya?
Pasti berkerat arang pula nanti.
Jadi apa jadinya ... beralah terus?
Aku boleh ... tapi sampai bila hati terus dikacau gugat?
GILA!

Nota kecik-kenot:
Pada yang rajin jengah blog waris-waris aku ... silakan la ... dah ada entri baru :)

Sunday, May 25, 2008

:'(

* imejan diambil tanpa izin dari sini






Orang kata tangisan bisa meredakan kepedihan dan kesedihan
Tapi mengapa tangisan kali ini makin membarahkan kesayuan
Hingga tidak terdaya lagi hati ini menahan sebak di dada
Merobek jiwa dan perasaan
Ya Allah! Berikan aku kekuatan dan ketabahan dalam menerima ujianMu kali ini
Aku perlukan kekuatan itu ... sehingga tiba masanya ... masa yang akan menerjah
Bila dan ketika Kau menetapkannya ...

Dan pabila ketika dan saat itu tiba ... permudahkanlah Ya! Rabbi, permudahkanlah ...

Nota kecik-kenot:
:'(

Friday, May 23, 2008

BODOH!

Pengarah Eksekutif Womens Aid Organisation (WAO) Ivy Josiah tidak bersetuju dengan saranan PKPIM agar polisi pakaian seragam sekolah pelajar perempuan disemak semula. Ivy berkata yang perlu adalah untuk menyemak semula 'tanggapan-tanggapan salah' berkenaan pakaian wanita. Kata beliau kes rogol berlaku bukan kerana pakaian, ianya akibat kuasa yang si rogol rasakan ia miliki terhadap mangsanya.

*Sumber dari The Star. Cari sendiri la artikel pasal ni. Aku tak daya lagi ni ...

Kenapa yang bukan Islam sibuk? Suruh je la anak-anak perempuan korang pakai pinafore tu. Jangan pakai baju kurung sekolah. Isyyy .. nanti aku pulak dikatakan racist. hahahahah .. pedulik apa!?
Kalau macam tu baik semua perempuan kat Malaya tak payah pakai baju. Berbogel je ... sebab kes rogol bukan sebab pakaian kan kan kan ... duhh!!???!!!

Bodoh-bodoh kat SIS pun makin bengap! Ada ke nak kaitkan baju seragam putih tu dengan baju berkabung perempuan Melayu. HALOOOO!!! Masa arwah tok wan aku meninggal aku pakai baju merah lagi! Masa arwah atok suami aku meninggal, aku pakai baju warna warni tau!! Sejak bila berkabung pompuan melayu pakai baju putih semata??!! Pastu terus membodohkan diri sendiri dengan mengaitkan dengan nenek-nenek dan makcik-makcik dalam amno pulak dahh. adehhhhh .... sempitnya akaiiii ....

The Star dari hari ke hari nak mencabar Islam. Apa??!! Korang tau sangat ke pasal Islam? Bagi cadangan sikit dikatakan Taliban la, itu la ini la. Korang yang bukan2 Islam dalam Star tu jaga la agama korang sendiri. Sibuk nak campur hal ehwal orang Islam dan hukum hakamnya.

Aku ni dari dulu lagi dok terfikir kenapa kat Malaya ni takde satu pun NGO Islam yang betul2 kuat dan berwibawa. Yang boleh sangkal mangkuk-mangkuk hayun yang suka sangat sibuk hal orang Islam. PAS pun senyap je .. apa cerita?? dah menang terus jadi bisu?!

Dah la aku tak kebah demam lagi ni .. buat aku ngamuk je sampai terpaksa lepas geram dalam blog!?! huh!! &%*^#$%&#)_@(_)$#$*^$ ..

ok la ... nak sambung baring balik .. adehhhhh ...


UPDATE (8.50pm):

Mereka sering berkata, orang lelaki mesti jaga mata dari pandang yang bukan-bukan. Memang betul. Aku setuju sangat. Islam sendiri menyuruh umatnya lelaki yang beriman supaya menjaga pandangan mereka. Perkara yang sama termasuk untuk perempuan. Kan Islam saksama.

Jadi .. diandaikan lelaki-lelaki Islam kat Malaya ni semuanya beriman dan betul-betul jaga pandangan dari melihat perkara yang haram ... ALHAMDULILLAH. Tapi HAKIKATnya ... berapa kerat yang betul-betul macam tu??

Jadi .. diandaikan semua lelaki-lelaki beriman ini dah tunduk abih dan paling abih bila ada perempuan bukan muhrim lalu didepan atau ditepi depa ... adakah ini memberi lesen kepada perempuan-perempuan ini untuk lepas bebas berbuat dan berpakaian sesuka hati mereka?

Mereka boleh pakai coli dan seluar dalam sambil jalan-jalan di bandar ... boleh berbogel bila bershopping .. ehhhh .. kalau dah gemar berbogel tak perlu bershopping lagi. Budaya nudism di Eropah boleh dipraktikkan di Malaya. WOW!! pasti tiada jenayah seks termasuk rogol sebab semua lelaki Malaya sungguh-sungguh beriman dan menjaga nafsu mereka.

Tolonglah... setiap satu umat Allah ada tanggungjawab masing-masing. Kita memang boleh salahkan orang lain bila terjadi sesuatu musibah tapi adakah kita lihat dan peduli salah diri kita sendiri?

Biarlah orang Islam jaga agama Islam. Orang bukan Islam JANGAN dan TIDAK BERHAK campur sebab orang Islam tidak pernah dan TIDAK HINGIN nak campur agama kamu semua, sebab agama kami sudah cukup sempurna. Agama kamu, kamu punya ... jadi jaga bebaik. Agama aku .. ISLAM .. aku punya dan suka hati aku nak buat apa pun berlandaskan syariat yang telah ditetapkan agama aku.

Kalau masih tak faham .. belajar. Kalau tak nak belajar .. duduk diam-diam jangan menyibuk!

Tuesday, May 20, 2008

Saturday, May 17, 2008

Jalan-jalan

Ya. Ya. Patutnya bukan ini yang patut keluar. Isen yang sepatutnya disambung terbengkalai sekejap. Sebab satu hari sibuk dengan anak-anak. Kemas rumah. Suruh anak-anak basuh semua bilik air sementara ibu mop lantai satu rumah. Satu projek gotong-royong raksasa gitu.

Tengahari buat kek. Untuk harijadi Irfan (17hb) dan Zinnirah (14hb). Pastu masak untuk makan malam. Special la sikit. Sup daging, bawal sweet sour, ayam goreng, sayur sawi kicap. Lepas makan, potong kek. Lepas tu tapau lauk untuk hantar pada mak dan ayah di Alam Megah. Lepas Maghrib, bergerak ke Alam Megah.

Bersembang-sembang. Anak adik Aqil Najmi masuk hospital di Melaka. Adik yang keberatan untuk berpantang di rumah mertua terpaksa mengalah sebab suami beria-ia menyuruh. Aqil suka nangis malam. Bila Aqil nangis tak nak berenti walaupun dipujuk, didodoi, diberi susu ... adik pun nangis sama. Bila Aqil tetap dengan tangisnya, adik dah tak tau nak buat apa. Dia minta tolong pada mertua untuk belikan nestum. YAAAA ... budak belum sebulan dah nak dibagi nestum .. adehhhhh. Adik yakin anaknya lapar walaupun dah minum susu ... sebab Aqil asyik menangis.

Pergilah mertua membelikan setin nestum untuk Aqil. Adik bancuh campur dengan susu. Aqil pun hisap. Diam. Kemudian menangis. Lagi. Kali ni lagi teruk. Tangis bagai kesakitan. Adik periksa perut Aqil. Dah tegang. Dah keras perut Aqil. Adik nangis. Rupanya nestum yang dibeli sudah tamat tarikh luput. Adik panik. Beritahu mertua kenapa beli nestum tak periksa tarikh luput. Mertua selamba berkata .. "Tak tau pulak." Adik sudah bengang. Telefon suami yang ada di Lembah Klang, bekerja. Suami bergegas jemput Alya Qaisara dari rumah pengasuh dan terus pecut balik Melaka.

Aqil dibawa ke hospital. Kena tahan ..... Adik kata, x-ray semua ok. Darah ok. Kencing ok. Berak ok. Takde keracunan. Cuma perut tu je keras dek kekembungan. InsyaAllah, esok mungkin keluar hospital.

Aku menyaran supaya balik aje ke Lembah Klang ni. Mudah. Aku ada. Abang dia ada. Mak dan ayah pun ada. Bukan apa. Mertua rupanya tak pernah menjaga budak. Rupanya, masa mertua bersalin anak-anaknya, semuanya dibela dan diuruskan orang tuanya. Mertua hanya menyusu anak sahaja. Mungkin kerana itu, mertua tidak tahu nak buat apa bila sudah bermenantu dan bercucu.

Dipendekkan cerita .. lepas basuh pinggan mangkuk lepas ayah makan, aku pun berangkat nak balik. Anak-anak tak mahu balik. Nak jalan-jalan. Nak tengok Masjid Shah Alam dengan Masjid Negara. Aku turutkan. Sekali-sekala, apa salahnya. Nak bawa siang, panas. Malam sedap sikit berewang. Sejuk. Jalan tak sesak.

Singgah isi minyak distesen cengkerang. Sebab pam stesen ni laju. Tak macam pam stesen titisan hijau tu .. slow ya amat. Lepas isi perut kereta sampai separuh kenyang, perjalanan diteruskan menghala ke Shah Alam. Destinasi Masjid Negeri Selangor. Tiba di bulatan selepas Istana Shah Alam, terpampang masjid biru itu. Cantik.

Perjalanan terus ke Lebuhraya Persekutuan menuju ke ibu kota. 15 minit kemudian sampai di Kuala Lumpur. Aku tunjukkan Muzium Negara, Stesen KTMB dan akhirnya Masjid Negara. Gaya pelancong pula. Maklumlah dah berbulan tak masuk Kuala Lumpur. Itu aku. Anak-anak lebih lama dari aku.

Bila menuju ke arah dataran, aku kaget .. laaa jalan tutup la pulak. Ada lampu-lampu laser dan khemah berwarna ungu di atas padang Dataran. Kemudian teringat, malam ni malam Ahad .. memang ler jalan depan Dataran tu tutup untuk beri peluang pada manusia untuk berendek dan berpeleseran. Sungguh aku lupa .. sebab dah bertahun tak ke situ. Ada dalam 10 tahun kot tak ke pasar malam Jalan TAR. huhuhuhuhu ....

Ramainya umat. 95% Melayu yang mungkin beragama Islam. Mana yang duduk lepak ditepi bahu jalan, berjalan-jalan berpelukan sambil leher teleng ke bahu, mana yang duduk mengangkang di atas kapcai sambil upacara raba dan sentuh berjalan dengan lancar, mana yang keluarga membawa anak-anak kecil ..... hmmm macam tak sesuai sebab pandangan anak-anak kecil itu dinodai dek pemandangan yang jijik dan memualkan. Salah satu sebab aku sendiri tak pernah membawa anak-anak aku ke situ. Kasihan mata mereka.

Lepas pusing dan anak-anak dah puas jadi pelancong dengan ooooo dan aaaaahhhh .... destinasi seterusnya adalah .. RUMAH. Syabil dah ngantuk tapi katanya tak nak tidur sebab nak teman ibu. Yang lain semua dah pengsan, terlentuk. Aku bawak laju sebab kesian kat syabil. 10 minit dari Istana Negara hingga ke Plaza Tol Batu 3. Walaupun laju tapi masih berhemah dan berhati-hati.

Sampai di rumah jam tepat 11.06pm. Kepenatan. Lepas pastikan anak-anak semuanya selesa tidur di katil masing-masing, aku mula membuka fail dokumen kisah mentari merah. Jari-jemari mula menaip ... hmmmmm .... taip dan padam .. taip dan padam ... akhirnya aku tutup fail dan taip isen ini. hehhehehe

Esok-esok malam ajelah disambung cerita tu yea ....

Friday, May 16, 2008

Mentari Merah Nakba-Shatila

Wajah itu kusam tapi masih mampu tersenyum tatkala melihat sekumpulan anak-anak bermain di lorong sempit itu. Wajah itu jelas sekali telah dimamah usia. Wajah itu tersirat dengan pelbagai cerita suka dan begitu banyak duka. Garis-garis kedut di wajah seakan bercerita akan setiap detik kehidupannya. Sudah hampir 32 tahun pemilik wajah tua itu tinggal di penempatan daif itu. Tiada yang istimewa dan gah pada setiap rumah-rumah di sepanjang lorong sempit itu. Ada ratusan lorong-lorong kecil di daerah itu. Ribuan rumah biarpun seperti kotak yang sempit berbumbungkan atap zink, ianya syurga dunia bagi orang-orang sepertinya. Syurga Shatila. Syurga pelarian. Syurga bagi anak-anak itu.

Sana. Ya. Itu namanya. Biarpun wajah yang makin dijamah usia dan ketika itu nampak kelam dan kusam, masih terpampang iras kejelitaan ketika mudanya. Sinar mata itu. Sinar yang tidak dapat dinafikan mampu menusuk hati sesiapa sahaja yang memandang. Sinar yang garang. Sinar semangat yang tidak pernah luntur walaupun sesaat. Semangat mahukan keadilan. Semangat mahukan semula haknya. Haknya yang sudah dirampas dengan begitu kejam. Tanpa belas. Tanpa kasihan.

Sana Muhammad. Helaian rambut putih yang terkeluar dari hijab hitam yang dipakainya dihela perlahan. Dia masih lagi duduk diluar rumah kotak itu. Dia masih lagi duduk di atas bangku kayu yang ditukang sendiri anak lelakinya, Hussin. Hussin, satu-satunya zuriatnya. Anak yang dikandungnya ketika terpaksa meninggalkan kampung halaman. Anak yang lahir dibumi pelarian ini. Anak yang membesar di rumah kotak di lorong sempit ini. Anak yang hampir mati kerana tidak cukup makan. Anak yang sentiasa sakit kerana kurangnya zat dan ubat. Anak yang tidak dapat bersekolah dengan sempurna dek segala kekurangan. Anak yang sentiasa berlari ketakutan lalu menyorok dibawah satu-satunya katil di dalam satu-satunya bilik di rumah kotak keluarga itu, tiap kali mendengar bunyi letupan atau bedilan.

Ya. Dalam segala kepayahan itu, Hussin hidup. Dengan kuasa dan izin Allah, Hussin kini sudah pun mencapai usia 34 tahun. Hussin yang masih tidak berumahtangga. Hussin yang kini menyara mereka berdua selepas suami Sana meninggalkan alam fana ini 5 tahun lalu. Tidak banyak yang Hussin terima tapi memadailah dapat menjamah sedikit makanan sekali sehari. Rezeki Allah tidak pernah putus untuk mereka biarpun hanya sekeping roti yang dikongsi dua.

Sana tidak merungut. Dia malah bersyukur. Bersyukur kerana diberi peluang oleh Yang Maha Esa untuk terus hidup. Peluang untuk melihat anak-anak yang sedang seronok bermain itu. Seolah-olah tiada yang menghantui mereka. Seolah-olah kepayahan tiada dalam kamus hidup mereka. Gelak tawa mereka mengubat perit dihati yang tidak pernah pun sembuh.
Sana masih ingat. Ingatan pada peristiwa itu tidak pernah dan tidak akan padam sehingga Allah mencabut nyawanya.

Hari Ahad. Tengahari. Sana yang sedang sarat 8 bulan sedang berada di dapur. Biarpun hari itu suaminya tidak pulang makan tengahari seperti lazimnya kerana perjumpaan dengan pelanggan di pejabat, Sana menjamah beberapa butir tamar bagi mengisi perutnya. Makin sarat, makin kurang selera makannya.

Gelas yang berisi air suam dicapai dari atas meja. Dengan sekelip mata, gelas itu terjatuh dari genggaman. MasyaAllah … dentuman itu begitu kuat. Memang sudah lazim dentuman demi dentuman terjadi sejak kebelakangan ini.

“Yahudi jahanam betul-betul mahu mengusir umat Palestin dari tanahair tercinta ini. Ya! Allah berikan kami kekuatan. Ya! Allah selamatkan Palestin. Ya! Rahim selamatkan umatMu. Ya Allah! selamatkan suamiku. ” Doa tidak lepas dari bibirnya. Sana berjalan ke arah tingkap. Dari jauh kepulan demi kepulan asap kelabu di kaki langit Jaffa. Di salah satu bangunan di kota itu, suami Sana, Ahmed sedang berada. Hatinya berdebar-debar.

Sana mencapai talifon untuk menghubungi pejabat suaminya tapi talian sekali lagi telah mati. Pasti letupan itu telah mematikan semua talian komunikasi, detik hati Sana. Sana masuk ke bilik. Dicapainya radio kecil terletak dimeja kecil ditepi katil. Siaran radio Jewish Clandestine sedang ke udara. Seperti biasa sejak beberapa bulan yang lalu, siaran yang dalam bahasa Arab itu seolah-olah mengingatkan atau lebih tepat memberi amaran agar penduduk Jaffa segera meninggalkan kota itu.

“Tinggalkan Jaffa sebelum rumah-rumah kamu diletupkan. Tinggalkan Jaffa kerana apabila ianya berlaku, hanya sekumpulan gagak-gagak hitam yang akan meratap kemusnahan kediaman kamu.” Begitu angkuh.

Sana duduk di tepi katil. Tangannya mengurut-ngurut perut yang semakin membesar. Setelah 5 tahun menanti, anugerah inilah yang ditunggu-tunggu Sana dan Ahmed. Doa dan harapan mereka hanya pada bayi ini. Bayi yang bakal menyambung keturunan keluarga mereka. Suara amaran penuh angkuh dari radio masih lagi terngiang-ngiang di telinga Sana. Terus ingatan Sana terhambur pada apa yang berlaku beberapa minggu lalu.

250 saudaranya dibunuh kejam. Saudara Palestinnya dirobek badan mereka, ditikam, ditembak. Mayat mereka bergelimpangan. Ada yang dibuang ke dalam parit. Dicampak ke dalam perigi desa. Ada yang sudah tidak berkepala. Anak-anak kecil. Wanita muda. Wanita tua. Wanita hamil. Tiada pilih kasih. Tiada berkecuali. Semuanya dikorbankan demi cita-cita besar Yahudi. Kampung kecil Deir Yassin dipinggir bandar Jerusalem musnah. Penduduknya dicabut nyawa mereka seolah-olah tiada harga nyawa mereka itu. Tanpa perikemanusian, mahupun perikebinatangan. Dan salah seorang dari mereka, adik perempuan Sana yang sedang hamil 3 bulan. Rania telah diperkosa dan dibunuh. Perutnya robek. Mayatnya dibiar terperosok dibawah dapur. Anak perempuan Rania, Wadha berusia 3 tahun. Sama nasib anak kecil itu. Setelah ditembak, mayatnya dihumban ke dalam parit depan rumahnya. Suami Rania, Abdullah sehingga hari ini masih lagi hilang.

Lamunan Sana tersentak tatkala mendengar ketukan kuat di pintu unitnya yang berbilik 3 di tingkat 2, apartment bertingkat 5, dipinggir bandar Jaffa itu. Air mata yang mengalir laju ketika mengenang kejadian yang menimpa satu-satunya keluarganya yang tinggal, disapu menggunakan hujung tangan baju. Ahh ... pasti Ahmed, detik hati Sana sambil memanjat kesyukuran ke hadrat Ilahi. Berlari dia ke arah pintu.


bersambung….

Thursday, May 15, 2008

Hadiah untuk Zinnirah ...

Memandangkan ibu kekurangan pitih .. ibu telah memerah daya kreativiti otak dengan menggunakan barangan terpakai dan apa yang ada dalam rumah untuk menghasilkan sebuah hadiah ulangtahun ke-8 yang ibu harap Zinnirah akan suka dan gunakan selalu.
Resepinya:
Halaman white board terpakai (bukan yang keras tu)
Super Glue
Kertas-kertas warna warni (dibentuk mengikut kesukaan hati)
Kertas Manila untuk border
Gunting

Hasilnya lebih kurang cenggini la:

*Message board Zinnirah*


Nota kecik-kenot:
Lepas ni nak kena perah otak lagi untuk hasilkan something untuk Irfan pulak. hmmm .. ANY IDEA what to make for a 10-year-old boy?