Wednesday, November 19, 2008

Hip Hip Horray!

YEAY! HORRAY! HOIYEI!

Kerja yang ditatap selama 2 1/2 bulan telah dengan rasminya selesai. Dari muka pertama hingga muka terakhir. Tiada satu pun yang tinggal. Tiada satu huruf pun diabaikan.

Dengan ini tepat jam 4.40 pagi, tanggal 19 November, 2008, aku dengan rasminya boleh tidur dengan senyuman berpanjangan kerana beban yang lama dibahu sudah selesai digalas.

MASA UNTUK TIDOOOO dengan senyenyaknya .... ZzzzzzzzzZZZZzzzZZZZZZzZZzzzzZZZZZzzzzZZZZzzzzz

Sunday, November 09, 2008

Mari makan ...

Lama tak bercerita tentang benda makan.

Ni menu makan tengahari dan malam tadi.

(Ikan keli dibakar sebab ibu malas goreng. Asyik meletup je. Abis muka ibu yang 'cantik jelita' kena mintak panas. huhuhuhu ...)
Yang ini pulak kek coklat yang anak-anak minta buatkan. Sebenarnya depa nak chocolate cup cake. Aku buat kek besar sebab pada aku buat cup cake ni satu pembaziran sebab kena beli paper cup pastu lepas makan buang. Kan membazir tu ... hehhehe ..



Memandangkan dah berbelas tahun tak buat kek yang dibakar dalam oven sebab selalunya kukus je ... jadi hasil kek ini tidak begitu sempurna. hehhehe .. dipendekkan cerita .. hangus atas bawah! hahahhaha ..



Nasib tengahnya ok .. menjadi, tak bantat mendap ke apa. ekekekkee ...
Pastu dihias mengikut sesuka hati jiwa. Chocolate topping dengan badam cincang dan benda bulat2 kecik kaler-kaler tu. Irfan kata .."Wahhhh dramatiknya kek ni." huhuhuhu ... (bila dah dimekap, tak nampak cacat cela kan kan kan ... :D)
Acara makan pun bermula. Syabil dan Nisaa' ibu yang suap sebab ibu malas nak menyapu kalau depa makan tumpah-tumpah. hehehhehe ...
Dalam hangus pun ... habis jugak kek tu. Irfan siap second serving lagi. (errr yang tertinggal itu adalah kerak hangusnya :D)
Wajah-wajah gumbira selepas makan kek chocolate hangus ibu :D

Thursday, November 06, 2008

Apalah nak jadi ...

1)
Tadi bila pulang dari jemput Syabil dari kelas membaca, lalu di roundabout seksyen 15, Shah Alam. Kereta tidak banyak. Mungkin sebab sudah 9.45 malam. Ada sebuah Wira. Wira itu diparkir betul-betul di laluan dalam bulatan itu. Tiada lampu signal kanan diberi. Jika rosak, pasti lampu kecemasan dipasang. Pintu bahagian pemandu terbuka luas. Apa pulak masalahnya? Lampu di bulatan tidak semua terpasang jadi agak gelap. Rupanya ada pemandunya. Sedang berdiri. Berdiri di kaki siar bulatan. Kepala agak tertunduk. Kedua tangan di seluar bahagian depan.
Cheh!! Mangkuk ayun! Kencing rupanya. Mencurah banyak pulak tu macam air paip. Siap terdengar bunyi kencing yang mencurah. (Sebab tingkap ku buka luas. Maklumlah malam, kurang kenderaan, angin lebih nyaman dan sejuk.)
Tiada sivik langsung! Aku hon kuat, panjang!

===================================================

2)
Aku jarang ambil tahu kisah dunia hiburan. Dunia itu tidak banyak membawa faedah kecuali melalaikan. Ya. Sebab aku pun adakalanya terlalai juga. Tapi, satu kisah ini menarik minat aku pula disebabkan kependekan akal pelaku-pelakunya. Sudah bagai drama. Malah lebih sensasi dan menarik dari drama. Yang suka mengambil kesempatan pastinya media. Tapi aku tidak salahkan media sepenuhnya. Yang empunya-empunya diri patutnya lebih menggunakan akal dari emosi.
Ya. Marah. Terluka. Malu. Geram. Tapi perlukah diceritakan segalanya di depan satu Malaya? Bukankah bercerita kisah hal rumahtangga tidak elok dalam agama. Apatah lagi perkara yang buruk.
Tidak kira siapa yang betul atau salah. Allah lebih mengetahui. Yang pasti, kesannya pada anak-anak. Kasihan. Kisah buruk keluarga mereka dijaja sedemikian rupa. Banyak lagi jalan yang berakal dan bijak yang boleh diambil.
Yang sepatutnya membimbing, lepas bebas pula buat perangai. Kalau iya pun teringin mahu buka cawangan baru, berpada-padalah. Buatlah elok-elok. Macam mana nak memimpin jika diri sendiri tidak terpimpin?
Masih teringat kisah sang suami yang pernah dipetik mahu membimbing keluarganya dan menjadikan keluarganya sebagai contoh mengikut Islam Hadhari. Sampai sambut hari lahir anak pun secara Islam Hadhari.

====================================================

3)
Manusia semakin mengarut. Ada ke nak kahwin dengan watak kartun?!

====================================================

4)
What is it with some people about having more than 3 or 4 kids? Kenapa sesetengah orang pandang 'pelik' atau 'sinis' kalau ada 5, 6 atau lebih orang anak?
Kalau perempuan dikatakan kilang buat anak.
Kalau lelaki, amboiiiii bukan main puji kononnya power.
Ikut sedap mulut je ya!
Tolong laaaa ... zuriat itu ANUGERAH Allah yang sangat dan amat bernilai. Mungkin sekarang sesiapa yang ada ramai anak dilihat macam sengkek harta benda wang ringgit. Di kemudian hari? Bukan kah rezeki kurniaan Allah.
Aku pernah tanya Irfan, apa perasaan dia ada ramai adik-beradik. Manalah tau kan. Kot-kot segan pula.
Irfan kata dia ok je. Malah katanya, ramai kawan-kawan yang ada lebih dari 5 adik-beradik. Ada yang 6, 7, 8, 9, 10. 12 pun ada. Alhamdulillah. Walaupun kebanyakan yang menghantar anak-anak di sekolah itu memang berharta-benda, berduit dan berpangkat besar, tetapi 'harta' (baca anak-anak) mereka pun ramai juga. Pada aku, itulah harta yang tidak ternilai dan paling berharga.
Jadi ... come Saturday, kalau ada yang sinis sambil tersengih-sengih memperli aku pasal hakikat yang aku sudah beranak 5, siaplah korang. Dah lama tak laser ni!

=====================================================

5)
Bicara teknologi.

----------------------

"Al***. On way balik dari ambil Im***, tolong singgah M*D belikan bubur ayam untuk Ayah. Demam-demam tu, dia lalu makan itu je. Dah beli satu tengahari tadi. Malam ni an*** takut tak sempat nak hantar sebab kena hantar anak ke kelas."

"Al*** tak lalu situ. Terus masuk hiway. Nak elak jem."

-----------------------

"Ayah demam."

"Ada apa dalam frigde? Boleh nak masak."

"Tak ada apa. Jarang beli sebab jarang masak."

"Abih ayah makan apa selalu?"

"Ayah beli sendiri pastu masak. Kadang-kadang ayah beli je."

-----------------------

Hmmmmm ..... buat aku teringat pada Mak.
Al-Fatihah buat Mak. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Mak. Moga Mak tenang di sana.

Sunday, November 02, 2008

In the mood to laze ...

There's always be a time when I was just too lazy to cook. Today was the best example. Made some lempeng pisang and fried rice for breakfast. Come noon, I was simply too tired and lazy to rummage the fridge and start cooking. Really not in the mood to cook. The keli which I had defrosted, I placed it back in the freezer. There goes the plan to cook either Sambal Keli or Keli bakar with Air Asam.

What to do? Call for pizza delivery? Haiyaaa .. too costly la at this moment of time. Must finish work first before can eat pizza. Too lazy to make one, too. So tedious. Have to make the dough, dice all the toppings, buy the expensive cheese bla bla bla bla ...

Ahaaaa! Ayah was not home. Ada chance nak ngelat masak. Sms-ed him. "I'm not cooking. X larat." hahahahaha ...

"Oh. Ok. Nak beli apa? Kebetulan kat kedai makan ni."

Wahhhh ... pucuk dicita ulam mendatang. "Suka hati. X masak apa2 langsung."

An hour after that, Ayah came back with food. I was lying with Ali. Trying to put him to sleep so that Ibu can lazy around. The kids was jumping up and down. Not sure whether it was because of Ayah was home or because of the food.

Ayah started working on the rice. "Wahh .. ayah pandai masak nasi." Syabil innocently commented on Ayah's skill in cooking rice. Huh!!?? Not sure whether it was a compliment or otherwise. hahahahha

Ayah bought ikan pari bakar air asam (which was too sweet .. apahal la air asam manis bebenor?!), ayam masak merah (Irfan's favourite), udang goreng dengan kacang panjang (Zinnirah's fave) and a special sup campur for Ibu (ada daging, paru, perut .. taugeh, lobak jeruk .. fuh! heaven!)

Why the special soup? Errr .. Ibu was not feeling right kan? (X larat!)

When the rice was cooked, Ayah served lunch. The kids must be very hungry that they were unnaturally quite while eating. Selalunya ... Havoc wa cakap lu.

To make up for the 'lost' lunch, Ibu made baked macaroni with egg and minced chicken plus some blackpepper gravy. That's for dinner ;)

Thursday, October 30, 2008

A lost memory

Her fingers were busy typing. Once in a while, she changed the scanned document with a new one. The printer was working at full force. Scanning one paper after another. Things must get done before end of next week, she thought. That's the goal.


Suddenly, she stopped. So abrupt. She looked at the watch. The one at the bottom left of the computer screen. It's 10.45pm. Tired eyes went all alert. Her body stiffed.


She saved her work, grabbed the tudung and ran down the stairs. Two stairs at a go. She took the car keys, opened the door, locked it and ran to the car. She pressed on the gas pedal till it reached the bottom. She went real fast.


Within the longest 5 minutes of her life, she arrived. The premise on the first floor below the bank was dark. The grilled door was pad locked. Her heart sinked. She was terrified. She was really afraid. She cried. She searched along the shoplots. At the parking lots. Nothing. No where to be seen.


She went back to the car, shaking. Shaking hard. She was almost histerical. The only thing she could think was the police. She took one deep breath. Two. Three. Astafirrullah ....


Then, something snapped. She started to laugh. At the same time, tears came running on her cheeks. She started the ignition and drove back home with a lighted heart. This time, it took her the usual 15 minutes to arrive home.


She climbed the stairs and went straight to her son's room. There he was. Sound asleep. Snoring. Saliva on the pillow. The son, whom she had fetched at 9.30pm. The son, whom she had kissed good night and said a du'a during her solat. The son, whom she thought she had lost. Lost in her memory. A lost memory. A memory lost somewhere for a moment.

Tuesday, October 28, 2008

Curiosity of the darndest thing ...

Curiousity killed the cat = Inquisitiveness can lead one into dangerous situations (See here for the origin of the phrase)

Is being curious bad? How could being curious lead to dangerous situations?

Well, it is not bad to be curious. Curiousity is good. Good for the mind. It's part of learning process. A child who is curious is deemed smart. It's always good to ask questions. When one ask questions, one'll get answers. People build knowledge from being curious. It should be one of the criterias needed to be a good or perhaps excellent police, scientist or even journalist. As simple as that. Being curious.

BUT, there's always a thin line in everything. A thin line from being good to bad. When curiousity might lead into something dangerous or plain rudeness, it should STOP!

It was just a simple act. An act of a child. A curious child. Naive. Forgiveable.

It started with one naive curiousity. But it lead to another unthinkable one. An act that should be punished so that it would never ever happened again. A punishment not too harsh but enough to remind the child the importance of respect to another human being.

This morning:

"Kenapa Syabil buat macam tu?"
"Syabil nak tengok Lala pakai pampers ke tidak."
"Ok. Good enough reason. Tapi kenapa buat lagi sekali?"
"Errrrr ....."
"Syabil kena bagitau. Ibu nak tau kenapa Syabil buat benda tak bagus."
"Errrrr ..... Syabil nak ... Syabil nak tengok bunga Lala."
"Kenapa?"
"Nak tengok sama ke tak bunga Lala dengan Nisaa'."

Yesterday 6pm :
A neighbour's daughter Navella, who we fondly called Lala came over to the house to play with Nisaa'. She's only 3. A sweet, petite and happy girl. I was cooking in the kitchen. I heard them laughing, giggling. Nothing crossed my mind. Only happy children playing with each other.

Along came Irfan, running with a 'little' news. "Ibu ... Syabil bukak seluar Lala .. 2 kali."

At 6.30pm :
The rotan landed once on both Syabil's palms. It's either that or telling his ayah, which he begged not to tell. He cried .. hard. He went to bath and continue crying in bed till he fell asleep without eating dinner.

Well ... curiousity did kill the cat .. my own kitten ... anak kucing jantan aku. Pening kepala aku!

Nota kecik-kenot:
Cartoon was taken without permission from http://www.cartoonstock.com/lowres/mly0926l.jpg
Zinnirah has an update ;)

Saturday, October 25, 2008

40 tahun sudah ...



25 Oktober 1968.
Tarikh itu di hari ini. 40 tahun sudah berlalu.
Mak sudah dipanggil mengadapNya.
Tinggal ayah sendiri meniti usia tua hingga ke akhir usia.

"Nahh ... tunggu abang kat sana ya ..."
Ungkapan akhir ayah dalam sebak menahan tangis sebelum kain putih meliputi wajah mak.
Usia pernikahan mereka .. aku tidak pasti bisakah aku mencontohi.
Bercerai mati ... bertemu semula di sana, insyaAllah.

Nota kecik-kenot:
Gambar diambil ketika hari pertama Syawal 2004. Mak - Rokiah Mohd Amin dan ayah - Shaari Mohd Yunus, bergambar bersama Muhammad Irfan, Zinnirah dan Syabil Iman.

Ahhhh .. rindunya pada mak ...