Wednesday, December 31, 2008

Ohhh 8 lagi ...

Ohhh ... Lepas fikir sederhana panjang ... aku buat keputusan untuk meneruskan hayat blog ni. Mana la tau tetiba datang meroyan nak menulis nanti ... ada gak tempat aku nak lampiaskan kan kan kan. Jadi, pada yang masih berminat nak meneruskan aktiviti menjenguk ke sini .. dipersilakan dengan senang hati. Pada yang dah meluat tu dan dah tak kuasa nak baca tulisan tah apa-apa aku tu ... dipersilakan jugalah.

Ohhh ... Since aku ada la mood banyak sikit malam ni ... nak meraban lebih sikit jugak la.

Ohhh ... malam ni malam terakhir tahun Masihi ek. Ohhh oleh kerana itu ... aku nak ucapkan Selamat Meneruskan kehidupan di tahun Hijrah 1430 ini. Kejap lagi berlumba-lumbalah orang nengok bunga api. Mungkin ada jugak la satu, dua percikan bunga api di angkasa akan dapat aku saksikan dari tingkap rumah aku ni. Selalunya bunga api dari Bandar Sunway nampak jugak laaa ... pastu kalau cuaca cerah ... nun yang kat puncak genting highland pun buleh nampak.

Ohhh ... baru dapat berita. Anak-anak aku dapat adik sepupu baru. Lelaki. Baru je lahir 9.15pm tadi. Baru sangat lagilah. Tah-tah masa aku menaip ni pun ... misi-misi kat Hospital Serdang tu dok mandikan baby tu. Baby tu anak no.3 abang suami aku. Kira abang ipar aku lah kan. Jauh jugak jarak usia baby tu dengan kakak dia. 8 tahun. Alhamdulillah ... semuanya selamat. Aku tumpang gembira untuk biras aku tu. Dia tu punyalah penyegan ... mengandung pun tak bagitau aku. Tup-tup balik raya hari tu .. baru la aku tau dia mengandung. Itu pun dah masuk 7 bulan. Punyalah dia sorok perut .. letak beg nak cover. hehehhehe ... dia segan sebab umur dah nak 40. Ok la tu kan ... aku seronok sangat sebab dah 2 kali dia keguguran.
So esok ... nak gi Hospital Serdang. Hehehehhehe ... BEST! Nanti amik gambar tayang kat sini. Sah-sah muka baby tak ada iras anak-anak aku. Muka-muka anak buah suami aku dari abang-abang dia semua ada gene mamak. Hensem dan lawa-lawa ...
Ehhh .. anak2 aku pun hensem dan lawa gak apa ... walaupun sepet. hehhehehe

Ohhh ... Minggu depan sekolah dah nak mula kan. Huh! Sekejap je 2008 dah habis. Irfan masuk darjah 5, Zinnirah darjah 3. Yang paling aku tak sangka ... Syabil akan masuk darjah 1. Teruja dia. Buku, baju dah beli. Kasut tak beli sebab pakai kasut kakak yang masih elok.
Syabil tak sekolah sama dengan abang dengan kakak. Dia terpaksa kami masukkan ke sekolah lain yang jumlah pelajarnya tidak seramai sekolah integrasi. Masih ke sekolah agama berbayar. Syabil ada sedikit masalah pembelajaran. Disebabkan dia sangat aktif, dia mempunyai tahap tumpuan yang sangat terhad. Mudah bosan, mudah mengelamun, mudah kebosanan. Syabil perlu sentiasa bergerak. Kalau suruh diam ... tertidur la dia kebosanan. Disebabkan attention span dia sangat terhad, dia susah nak mengikuti pembelajaran. 2 tahun di taska, Syabil masih belum boleh membaca dengan lancar. Masih merangkak-rangkak. Hinggakan sepanjang cuti sekolah ni kami masukkan dia ke kelas Cepat Membaca, sebab dia tak boleh belajar dengan ibu dia ni. Kalau belajar dengan ibu, kesudahannya mesti tangisan merajuk. Adehhhh ...
Alhamdulillah ada perkembangan positif ... tapi dia perlukan guru yang boleh berikan tumpuan yang lebih untuk dia. Itu sebabnya dia tak boleh sekolah sama dengan abang dan kakak. InsyaAllah ... tahun 2 nanti, dia akan dimasukkan disekolah yang sama.
Doakan Syabil ya ...

Ohhh ... Ali akan masuk 11 bulan, 6 hari lagi. Ali dah berjalan jatuh. Jika dilepaskan, 4,5 langkah dia berjalan. Dah boleh berdiri. Dah pandai mengacah ajak bermain. Manja dengan ayah. Pantang nampak ayah, minta didukung. Ali dah pandai makan. Ali makan banyakkkkk ...
Ibu buat bubur nasi macam-macam perisa untuk Ali. Bubur ayam kentang carrot, bubur ikan, bubur kacang badam, bubur aprikot, bubur epal dengan madu, bubur daging, bubur labu ...
Ali paling suka bubur labu dan bubur epal sebab manis. Ali makan nasi 2 kali sehari. Lepas makan 3 senduk bubur, Ali akan minum susu dan terus tidur nyenyak.
Ohhh ... gigi Ali dah ada 6 batang :D

Ohhh ... aku berhenti dulu la. Bila rajin, aku tulis lagi, InsyaAllah.

Monday, December 29, 2008

Aku bosan ... korang tak bosan ke?

Ini tulisan aku yang 214 dalam blog ni dalam tempoh 1 tahun 9 bulan.
Sejak akhir-akhir ni semangat nak menulis di blog dah teramat-amat kusam. Malas sungguh. Naik menyampah pun ada nengok blog ni. hehehehhehe ...
Ada masanya ada banyak benda aku nak tulis. Macam-macam isu aku nak huraikan. Tapi bila masuk malam je ... lepas kerja dah selesai dan anak-anak dah tido ... aku terus hilang emosi nak tulis apa yang aku dok rasa dan fikir di siang hari tu. Akhirnya ... aku malas nak update. Kalau update pun, dengan syarat je .. asalkan ada.
Dalam kamera tu pun ada gak gambar-gambar benda makan yang aku dok masak tapi malas sungguh laaaa nak upload. hehehheeh ...
Ada gambar roti daging, roti hotdog .. homemade gitu. Lenguh tangan aku 2 hari dok menguli tepung sebab nak buat roti wooooo ... ekekekkeke ...

Jadi hati aku ni sungguh laaa nak menghabiskan je riwayat blog ni. Dari dok menyemak je takde sumbangan apa-apa. Lagipun orang yang dok baca dah makin kurang ... walaupun aku sebenarnya lagi suka kalau tak ramai yang baca ... boleh aku meraban ikut suka atok nenek opah tokwan aku. Tapi bila takde orang komen, aku rasa lain la pulak ... hahahahhaa
Baik tutup je la kan ... atau diVVIPkan ...

Korang (kalau ada yang baca la kan kan kan ...) tak bosan ke nengok blog ni? Tak rasa menyemak ke ibu anak lima ni dok meraban tah apa bendanya. hehehhehe ...

Pa'chik ... mu tak bosan ke weiiiiiiii? ekekekkee ...
Moh ler kita tutup blog secara berjemaah ... nak tak? hehehehehhe ...

Monday, December 22, 2008

Blue ...

"When I'm feeling blue ... all I have to do ... is take a look at you .. then i'm not so blue ..."


Phil Collins - Groovy Kind of Love(1998)
~
Yes. I am feeling blue right now. But I can no longer take a look at her to ease the blue and that's why I'm so blue.
~
I'm missing her so badly. Not a second of my life that I forget her. She's always be apart of me. I regret that I could not take care of her as much as I'd love to. I regret it when I had to skip a night from being by her side. I never told her I love her. I only told her a day before she left me. I told her I love her so much. I told her I wanted her to be alright. I told her I need her.
I kiss her forehead. I kiss her cheeks. I told her not to worry as we love her dearly.
I know she was listening. Tears streamed down her cheeks. She was sobbing as her body trembles a little.
That night I left with a light heart. But the next day my world fell apart.
Ohhh ... how much I miss her.
~
Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan
Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
jadikanlah itu semua penyebab kurangnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka, sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir dan
Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin..
~
Ilaahii lastu lil firdausi ahlaa
wa laa aqwaa 'alaa naaril jahiimi
Fa hablii taubatan waghfir zunuubii
fa innaka ghaafirudzdzambil 'azhiimi
Dzunuubii mitslu a'daadir rimaali fa hablii taubatan yaa dzaaljalaali
Wa 'umrii naaqishun fii kulli yaumi wa dzambii zaa-idun kaifah timaali
Ilaahii 'abdukal 'aashii ataaka muqirran bidzdzunuubi wa qad da'aaka
Fa in taghfir fa anta lidzaaka ahlun wa in tathrud faman narjuu siwaaka
~
Wahai Tuhanku Aku Tidak layak untuk syurgaMu
Tetapi aku tidak pula sanggup menanggung siksa NerakaMu
Dari itu kurniakanlah ampunan kepadaku ampunkanlah Dosa ku
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengampun Dosa-Dosa besar
Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
terimalah taubatku wahai Tuhan yang Maha Tinggi
Dan usiaku berkurangan setiap hari
sedangkan dosaku pula bertambah setiap masa
Tuhanku, hambaMu yang sering melakukan maksiat telah datang kepadaMu
Sentiasa membuat dosa, dan sesungguhnya telah berdoa kepadaMu
Jika Kau ampunkan, maka itu adalah hakMu
Dan jika Kau tinggalkan, maka siapa lagi yang hendak kami harapkan sepertiMu...

Saturday, December 20, 2008

Wednesday, December 17, 2008

Orang muda ...

Kronologi perjalanan Muhammad Irfan untuk menjadi seorang 'ORANG MUDA'.


Hujan di petang Sabtu ...


Senyum .. macho! Jauh mengelamun ... Minuman terakhir sebelum berpantang ...


Awan (kiri) cerita tentang mimpi ... Ohhh ... panjang langkah lepas berkhatan ...


Berbaringlah ... Masing-masing mengenang nasib ... tak boleh nak melompat seminggu ...


Ohhh .. arwah moyang dia, Haji Hamzah Basri memang panggil dia 'orang muda' sejak dia bayi lagi sampailah arwah pergi mengadap Penciptanya 3 tahun lalu. Sebelum subuh, dalam perjalanan ke masjid untuk berjemaah, dia akan singgah di rumah anak bongsunya mengejutkan semua orang. "Orang mudaaaaa ...." itu panggilan pertamanya tiap kali masuk ke rumah. Begitulah rutin arwah itu tiap kali kami pulang ke kampung. Irfan memang cicit kesayangan walaupun dia ramai lagi cicit dari cucu-cucu yang lain. Maklumlah, ayah irfan cucu kesayangannya. Sekarang tiada lagi panggilan 'orang muda'. Cicit yang seorang ini sudah pun menjadi ORANG MUDA.



Untuk ORANG MUDA, ibu doakan perjalanan hidup kamu selepas ini penuh kesabaran, tawaduk dan kematangan. Perbaiki yang tidak baik. Yang sudah baik, baguskan lagi. Belajar rajin, tekun mengaji ... cari ilmu dan amalkan. Jaga iman. Jaga akidah. Sesungguh garisan kelabu itu semakin lebar. Pilih dan buat keputusan yang terbaik. Jika salah langkah, betulkan dan jangan ulangi. Lalui hidup dengan penuh kegembiraan. Ibu sentiasa mendoakan. Hanya yang terbaik untuk kamu. Aminnn ...

Monday, December 15, 2008

Malas ... Dah besar ...

MALAS!
====================================================

Malas nak upload gambar sebenarnya. Nantilah malam-malam sikit, kalau aku rajin aku upload ler gambar apa yang sempat snap tu. Kalau kemalasan tu melebihi tahap kerajinan, lambat ler sikit. Aku cerita-cerita dulu la. Panjang ler jugak ... kalau nak baca sampai abih .. baguslaa .. kalau malas tu ... takpe .. aku paham. Memang jenuh nak baca benda panjang-panjang ni. :D

Cerita budak-budak nak masuk jawi ni macam-macam sebenarnya. Dengar depa bersembang sesama sendiri pun dah buat kita senyum sampai ke telinga. Kreatif sungguh daya imaginasi depa ni. Semuanya sebab nak tutup kalut dan takut. Dalam hati, depa je la yang tau. Kan Kan Kan Pa'chik? hehehhehee

Yang berkhatan hari Ahad baru ni 3 orang. Anak bujang aku, Irfan dan 2 orang adik sepupu suami. Yang sorang tu baya Irfan, nak masuk Tahun 5. Yang sorang tu adik dia, nak masuk Tahun 2. Yang kecik tu la yang paling banyak mulut. Kecoh jugak ler pot pet dia tu. Maklumlah anak bongsu. Manja dan keletah tu lebih sikit.

Hari Sabtu tengahari, keluarga suami buat kenduri nak meraikan yang 3 orang ni. Dalca, ayam masak merah, kurma kambing, sambal belacan, ulam-ulam, ikan masin goreng bawang, sayur campur. Ada bahulu, ada wajik yang sangat sedap. Memang sangat elaborate menu kalau kami berkenduri. Kalah kenduri orang berwalimatus urus. Oh ya ... gambar benda makan, aku tak sempat snap sebab aku sibuk buat kerja .. kang kena tegur plak dek mak mertua. Orang sibuk buat keje, aku sibuk nak ngambik gambor le pulak :P.

"Irfan takut tak?" aku tanya malam Sabtu sebelum dia nak tido. Kekononnya cuba nak mendalami hati anak aku tu la. Nampak relax semacam je.
"Takut sikit-sikit je." Dia tunjuk macho beb!

Paginya aku tanya lagi. Yang sebenarnya aku yang lebih-lebih gelabah. hehehehe .. maklumlah anak sulung. Yang pertama. Dah sunat ni maknanya anak aku dah besor ler kan. Dah jadi anak muda. A young man. No longer a kid. He's going to be 11, next year May.

"Macamana pagi ni."
"Takut jugak. Mesti sakit."
"InsyaAllah tak sakit sangat. Banyakkan zikir, ingatkan Allah. Ready sungguh ke ni?"
"Boleh la kot. Alif kan bu, dia kata dia takut tapi dah ready nak sunat sebab dia nak kawin."

hahahahahahhahahaha ....

"Alif bangga bu. Dia kata ada 2 girlfriend."

hahahahahhahahahaha .... adeh laaaaa ... itu cerita Irfan pasal adik sepupu suami aku yang sepatutnya dipanggil pakcik.

Kalau petang Sabtu depa seronok lepas bebas mandi hujan, pagi tu depa dimandikan dengan air limau. Kemudian disiapkan dengan pakaian baru, pelikat baru. Tapi Irfan tak mahu berpelikat baru. Dia nak pakai pelikat ayahnya. Melihat Irfan berkain pelikat dah nak buat aku sebak ... huwaaaaaa .. anak aku dah pakai kain pelikattttt!!!!

Suami aku kata aku tak payah ikut sekali ke klinik. Isyyyyy mana boleh!!! aku mesti ada sana. It's an important thing for me. I have to be there to witness my boy turning into a man.
Itulah kan ... lelaki ni ambil mudah je apa yang ibu ni rasa dan fikir kan kan kan. Jangan gitu, anak masuk jawi tu macam nak lepaskan anak dari pelukan seorang ibu tau. Mana tau lepas ni Irfan dah tak mahu dipeluk-peluk, dicium-cium. Kesian aku ... huhuhuhuhu

Dalam kereta Irfan banyak bermenung. Aku biarkan. Biar dia layan perasaan yang bercampur baur tu.

Jam 10 sampai ke klinik di pekan Tapah. Agak lama juga menunggu. Rupanya hari Ahad memang hari berkhatan 'sedunia'. Lima, enam orang budak-budak lelaki yang membondong kain pelikat lalu depan kami. Ada yang sengih, ada yang kelat, ada yang nak menangis, ada yang berkerut. Macam-macam reaksi muka.

Irfan, Alif dan Wan akan disunatkan secara moden. Guna Smart Clamp. Dikatakan ianya cepat, mudah, sakit yang minima, kurang pendarahan, tidak bernanah dan cepat sembuh. Clamp yang berbentuk cincin itu pun ada macam-macam saiz bergantung kepada errrr ... ehhh korang tau-tau je la kan :P ekekekkeke

Sementara menunggu tu, Wan si kecik debab tu pun bercerita tentang mimpi dia. Sadis sungguh mimpi yang mungkin juga idea imaginasi yang terlebih kreatif.

"Awan mimpi ... awan kena sunat dengan mesin potong rumput, alif sunat dengan parang, Irfan pulak dengan gergaji ... sakittttt ... darah memancut-mancut macam air paip. Betulllll ..."
Dipendekkan cerita, Alif masuk dulu. Abang-abang dia yang menemankan. Tak dengar eheh! pun. Dalam 15 minit, Alif keluar dengan sengih senget. Laju woooo dia jalan keluar sampai kena tegur dengan mak dia. ekekekekkeke

Pastu si mulut kecoh pulak masuk. Tiba-tiba dengar dia menjerit .. "Adoiiiiii! Sakitttt!!!! Makkkkk tolonggggg sakittttt!" hahahahhahahaha .. tu la .. orang yang kecoh selalunya yang penakut sebenarnya.

Lepas tu senyap. 10 minit lepas tu dia keluar dengan senyum lebar .. jalan laju macam takde apa-apa. Rupanya jeritan bukan pasal bersunat tapi pasal kena suntik ubat bius :P
Kata abang-abang dia, depa terpaksa tekan kepala Wan sebab sibuk nak nengok apa yang doktor tu buat. Pastu mulut tak abih bising tanya macam-macam .. pakai parang ke, pakai pisau ke, pakai mesin potong rumput ke .. ekekekkekeke

Tiba masa Irfan, ayah masuk sekali. Ibu nak masuk tapi rasa macam tak sopan la pulak kan. Buat segan je anak aku nanti. hehehhehe ...

Pun senyap. Ibu yang detak detuk. Sebak ... tak tau nak explain kenapa ... tapi itulah ... sebak je hati ni. Irfan keluar ... senyum jugak. Cuma dia lebih slow and steady masa berjalan ;) .. ibu sempat snap gambar lagi tu! heheheh .. pelik orang Tapah nengok aku! ekekekeke
Dipendekkan cerita yang sudah sedia panjang ... petang tu lepas Asar aku bersiap-siap nak balik. Irfan dan Zinnirah tinggal di Tapah untuk seminggu. Kalau bawak balik, Irfan kata nanti dia kebosanan. Sebab tu tinggalkan dia ... boleh la 3 orang muda itu berteman-teman dan membanding-banding. hehehhehe

Call tadi Irfan dengarnya ok. Cuma kerinduan katanya. Rindu ibu, ayah, Syabil, Nisaa' dan terutamanya Ali. Takpe ... hari jumaat ibu balik Tapah, insyaAllah. Kalau dah baik ... sebelum balik USJ ... ibu dengan ayah bawak mandi sungai kat Batu 7 ... errr kalau tak hujan lerr ... hehehehhe ...
Nota kecik-kenot:
Ohhhh ... anak ibu dah besar ... I'm missing my baby ... :(

Thursday, December 11, 2008

Positif ...

Positif. Memang sukar untuk berfikir secara positif jika dikelilingi juak-juak yang tidak positif. Apa lagi bila disogok perkara negatif didepan mata.

Kali ini aku cuba untuk berfikiran positif. Mana tahu sikap aku boleh berubah menjadi lebih baik terhadap orang lain. Tapi agak sukar untuk menjadi positif jika dilayan seperti tidak berharga.

Tidak mengapa ... layan sahaja.

Ohhh bercakap tentang Bukit Antarabangsa. Banyak perkara negatif yang terpa ditelinga. Naik bosan pun ya. Tapi, mari kita lihat dari sudut positif. Negara kita perlu dibangunkan. Bila berkata tentang pembangunan, kawasan perumahan dan perniagaan perlu diujudkan. Jadi peluang pekerjaan dan tempat tinggal yang sesuai dapat ditawarkan kepada rakyat.

Tidak salah membangunkan kawasan Hulu Klang/Bukit Antarabangsa itu. Bencana boleh berlaku dimana-mana pun atas kehendakNya. Bukan di Bukit Antarabangsa sahaja. Tapi apa usaha kita untuk memastikan apa pun musibah kita dapat menghadapinya dengan tenang tanpa tuding menuding?

Kenapa kita tidak mencontohi Hong Kong misalnya. Pulau itu muka buminya berbukit bukau juga, tapi jarang atau hampir tidak dengar tentang kisah tanah runtuh di sana. Apa kelebihan mereka berbanding kita?

Jepun pula. Ohh ... negara pulau itu sering dilanda gempa. Perkataan 'Tsunami' itu sendiri berasal dari sana. Gempa bukan kecil-kecil skala ritcher. Tapi bangunan-bangunan yang mereka bina tetap utuh. Tidak banyak yang runtuh menyembah bumi. Apa kelebihan mereka berbanding kita?

Mungkin kita alpa. Kita selalu riak. Ohhh ... gempa, tsunami, ribut tropika, puting beliung, dentuman gunung berapi .. semua itu tidak akan terjadi kepada kita. Kita berada diluar lingkaran bencana alam.

Sampai bila kita mahu berfikiran begitu? Allah, jika mahu menimpakan bala dan musibah, mudah sahaja ... Kun fayakun. Sekelip mata atau tak sempat mata berkelip, jadilah apa yang telah ditentukanNya.

Tapi adakalanya bila kita ditimpa musibah, kita lupa diri juga. Mula mahu merengek-rengek dan bertanya kenapa aku, bukan orang lain. Mulalah mahu dipujuk dan dirayu. Kononnya, aku sedang bersedih ni ... aku ditimpa musibah ... kasihanilah aku ... aku sedang susah. Bila perhatian diberi, senyap seketika. Hati mula senang, mungkin. Ohhh ... ramai yang menyokong aku. Aku tidak bersendirian.

Tiba masa diri sudah keluar dari musibah ... sudah kembali seperti sediakala ... apa lagaknya pula. Lupa segala pujukan. Lupa segala simpati. Ohhh ... aku sudah tidak perlukan semua itu lagi. Aku sudah temui apa yang menyenangkan hati.

Diharap mereka-mereka di Bukit Antarabangsa sedar diri mereka. Aku enggan lagi bicara tentang ini selepas ini. Aku hanya akan memerhati dari sudut sendiri. Melihat dan tersenyum sendiri. Senyum kelat atau senyum jijik. Terpulang pada apa yang dihidangkan ...

Ohhh ... rasanya bicara itu tadi sudah tidak positif. Lihat ... aku memang susah untuk positif. Sudah sebati. Positifku bila dengan orang-orang terdekat. Tapi sampai bila kan ... jadi aku perlu positif pada semua. Tidak boleh memilih-milih. Tidak baik ...

Pengakhiran bicaraku yang cuba jadi positif tapi kurang positif ... InsyaAllah ... mereka akan lebih menghargai :)