Sunday, September 09, 2007

Majlis ...

Surah Luqman ayat 5 - 6

Firman Allah yang bermaksud:

Dan ada di antara manusia: Orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.
Dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, berpalinglah dia dengan angkuhnya, seolah-olah ada penyumbat pada kedua telinganya; maka gembirakanlah dia dengan balasan azab yang tidak terperi sakitnya.

Nota kecik-kenot:
Terpandang 2 foto Pak Lah ketika tilawah Al-Quran baru-baru ini. Satu tengah menguap, satu sedang duduk bersandar dengan muka yang amat membosankan dan mata hampir terlelap.
Teringat juga kala Pak Lah dan isteri barunya menyaksikan konsert di Seri Perdana, Putrajaya ketika berdiri meraikan lagu "Malaysiaku Gemilang". Gembira bertepuk tangan bersama-sama artis yang menyanyi, muka sungguh bersemangat.
2 majlis yang berbeza tapi waktu yang sama - MALAM.

23 comments:

  1. pa'chik,
    orang malaya ni pun dah biasa sampai tak rasa apa-apa dah nengok macam tu.

    ReplyDelete
  2. islam had-hari..
    sebab tu kena puji..
    menguap bila mengaji..
    suka ria bila menyanyi..
    macam-macam hari ini..
    alahai bila nak sedar diri..

    huhu..

    ReplyDelete
  3. agaknye dia tgh menghayati kot *sangka baik*

    ReplyDelete
  4. maybe dia pun macam aku gak...

    thinking with eyes closed.

    ReplyDelete
  5. uiks !

    xleh sangke buruk.

    mungkin die tgh mhayati bacaan2 tersebut.

    ahaks!

    ReplyDelete
  6. isk isk...
    cuba nak paham kot :)

    hmm..
    (sambil geleng kepala)

    ReplyDelete
  7. mungkin bagi die menguap tanda beri perhatian..

    selamat berpuasa...

    ReplyDelete
  8. hehhe....selamat berpuasa Puan :)

    ReplyDelete
  9. Mata kadang salah melihat....
    Mulut kadang salah berucap....
    Hati kadang salah menduga.....
    Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada....

    == Mohon Maaf Lahir dan Bathin ==

    MARHABAN YAA RAMADHAN

    SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA
    SEMOGA KITA DAPAT MENJALANKAN IBADAH PUASA
    DENGAN OPTIMAL,
    AAMIN.

    ReplyDelete
  10. selamat menjalani ibadah puasa.. :)

    ReplyDelete
  11. Ehmmmmm...[nota kecik-kenot itu...]

    Selamat berpuasa.

    ReplyDelete
  12. Tahniah pada setan setan kerana berjaya buat Pak Lah jadi gitu ...

    ReplyDelete
  13. salam kehidupan,

    kitalah sebenarnya orang yang akan menyedarkannya. siapa lagi kalau bukan kita orangnya. rakyat prihatin.

    ReplyDelete
  14. salam kehidupan,

    salam aidilfitri buat anda dari cermin yang diperantauan. salam ampun juga maaf atas ketaksiran yang ditonjolkan diri.

    ReplyDelete
  15. Salam,
    Selamat Hari Raya..
    Maaf Zahir batin...

    saya sudahi dgn ucapan:
    Kalau ada sumur kat ladang
    Boleh la kita mandi
    Kalau ada kuih dlm balang
    Jgn malu malu pos mai kat sini

    :)

    ReplyDelete
  16. selamat hari raya.. maaf zahir batin.. :)

    ReplyDelete
  17. Salam Aidil Fitri dan maaf zahir batin, izinni! :)

    ReplyDelete
  18. dia dh tua tuh.
    selamat hari raya!
    maaf dh lame tak jenguk. :)

    ReplyDelete