Saturday, September 08, 2007

Puasa ...

9pm, Jumaat 7 hb September.

Zinnirah: Ibu, kakak dah nak tido.
Ibu: Ok. Macam biasa ... jangan lupa baca doa tidur, Al-fatihah, 3 Qul, syahadah, surah-surah hafazan sampai lelap, ya.
Zinnirah: Ok. Tapi ... esok ibu kejut kakak pukul 5 ya.
Ibu: Uikss. Ngapa awal? Belum masuk subuh pun.
Zinnirah: Kakak nak posa. Kakak ada tinggal sehari. Nak ganti.
Ibu: Ok. Tapi boleh ke tahan? Abang, adik tak puasa .. nanti kakak tak tahan.
Zinnirah: Boleh. Kakak tahan.

Ibu terjaga jam 6.30 pagi. Bagus kan? hehheheheh .. idak ler bersahur anak dara ibu. Bila ditanya nak teruskan puasa atau tidak, Zinnirah nekad nak teruskan.

10am, Sabtu 8 September

Zinnirah: Ibu. Kakak nak pergi library. Boleh tak?
Ibu: Boleh. Suruh abang, syabil siap-siap.

Aku hantar ke perpustakaan hipermedia MPSJ di Taipan. Lepas tu, aku dan Nisaa' pergi Mydin. SHOPPING!! hehehhehe
Beli ikan siakap 2 ekor. Itu je. Dah RM14.
Zinnirah suka ikan siakap bakar cicah sambal kicap.
Nak masak istimewa sikit sebab dia semangat sungguh berpuasa.

Jadi makan malam tadi agak 'extravaganza'.

Ikan siakap bakar cicah sambal kicap + cencalok.
Rendang ayam minang.
Sup bebola ayam dengan kentang + carrot.
Tumis bayam dengan sos tiram.

Zinnirah tambah 3 kali.

Hasilnya ... esok dia nak puasa lagi. Irfan pun sama. hehehhehehe

Nota kecik-kenot:
Aku bakar ikan balut guna daun bentuk hati yang besar. Daun dia tebal. Jadi bila bakar ikan, ayam ... air tak meleleh kuar macam kalau guna daun pisang. Selalu depa tanam sebagai landscape. Ada jenis besar, ada jenis kecik. Tumbuh rimbun jugak. Yang berdaun besar boleh naik tinggi. Senang amat nak jaga. Tak bersiram seminggu pun takpe. Sesapa yang pernah gi mydin usj, ada depa tanam sepanjang tepi entrance nak masuk parking tu. Tak berbunga.
Sebenarnya .. aku nak tau pokok tu pokok apa. hahahhaa ... blackie buleh tolong jawab kot. :-D

15 comments:

  1. seru apa sampai? seruan haji eh? :))

    daun tu nama dia, daun besar hati... hiks!

    ReplyDelete
  2. aku bisik kat telinga nisaa' supaya doakan hang nikah cepat2. doa budak kecik selalunya makbul. hehehe ... dah sampai seru tu. pastu gi haji sama2 zaujah ek.

    kerrr ko sebenornya dah ada isteri?! hahahahhaa

    ReplyDelete
  3. hahah... mana buleh bagi tau... kekekek...

    ReplyDelete
  4. alahai..

    nak mak. rindu. mak masak ikan kembong kicap pun sedap sangat sangat...... hehehe

    ReplyDelete
  5. huhu..
    elleh pokcik main rahsia-rahsia pulak..
    macam selebriti jek gamaknya..
    wakakaka..
    oh! kalau gitu saya nak mintak anak-anak buah saya doa sama la kat pokcik..
    ha ha ha...

    oh! bagusnya zinnirah..
    ni pun nak cop buat calon menantu la..
    ha ha ha..
    :p

    ReplyDelete
  6. ibunya rajin masak..anak2 jadi bersemangat nak puasa.bagus2x..:)

    ReplyDelete
  7. oit.. yang pakai kain steng ni, kakak-kakak seniyur aku... hahahah.... tua beno ko nih.. kekekek....

    ReplyDelete
  8. pa'chik,
    takpe .. aku tak tau ... ALLAH MAHA MENGETAHUI. ;)

    khairyn,
    baru hari tu masak kicap ikan kembong letak lada hitam.
    buat ler sendiri. bukan susah mana pun.

    akira san,
    pokcik tu perasan. hehehe mentang ramai perempuan dok usha dia kat blog dia. hahahaha

    errr pasal menantu tu ... kena solat dulu la ek, heheheh

    zwit,
    dah duduk rumah, kena rajin masak. dulu masa keje ada alasan untuk ngelat masak. hehehhe .. so sedap ke tak sedap, anak2 kenalah makan. hehhehe

    pa'chik,
    amboiiii sampai ke sini nak mempertahankan si eisraa panggil aku anti ek?! ahahahhaa .. gi nikah je la cepat. kalau dah ada .. tambah buat jadi nombor 2. kan ada kuota 3 lagi. hahahaha .. :P

    btw ... umur aku genap 35 hujung bulan november ni. anak dah 4. alhamdulillah. ko apa ada?

    ReplyDelete
  9. aku... e anak, 4 ibu... heheh...

    ReplyDelete
  10. woit woit.. bukan nak beking budak tu lah.. ko yang kata aku tua bangka.. hahah...

    ReplyDelete
  11. sodahlaaa .. lagi mau cover. hehhehe

    aku kata ko tua sebab ko sendiri yang buat pengakuan kat blog ko. :P kalau ikut statement ko tu ... aku ni kira muda dari ko la! hahahahha

    ni apa? -->> "ada 1 orang anak buah yang sedang melawat pa'chik yang dah tua ni"

    ReplyDelete
  12. 3 anak 4 ibu..
    eleh... itu tanda aku sedar dah tua... supaya lebih ingat akan mati... hahah....

    ReplyDelete
  13. kak has,cik akirasuri da cop zinnirah buat calon menantu.

    ryn nak cop irfan buat calon suami leh x?kehkeh!

    *kenyit2 mate*

    ReplyDelete
  14. Ehhh bolehke daun tu buat bakar ayam, daging segala? Tak berlendir ke?

    ReplyDelete