Saturday, January 12, 2008

Apa khabar semua? ...

Assalamualaikum ... Apa khabar semua?

Tengah asyik mendengar alunan tarannum surah Al-Baqarah dari Quran Explorer. Tenang hati. Yang dalam perut ni pun elok tak meragam buat sommersault macam selalu. Sat lagi masuk maghrib. Lama tak kemaskini blog ni. Malas, tak ada idea, malas. Nak on komputer pun macam satu beban besar sekarang. Kalau cik abang on komputer, baru la tumpang sekaki. Kalau tak, tak kuasa.

Pertama nak ucap Tahniah tak terhingga buat Najmudin atas kehadiran orang baru dalam keluarga. Tahu pun dari khairyn sebab tak bertandang ke blog sesiapa pun sekarang. Jadi idak ler tau Adam atau Hawa dan nama yang dimahkotakan pada si kecil itu.

Kedua. Takziah buat King dan Queen atas kehilangan. Moga tabah menghadapi dugaanNya. InsyaAllah, ada rezeki si abang akan dapat adik juga tak lama lagi. Salam buat Queen. Pasti hiba hatinya kehilangan si jantung hati yang tak sempat melihat dunia.

Berhenti sat. Nak lunaskan tanggungjawab dulu ....

Bersambung .....

Ketiga. Salam Maal Hijrah buat semua. Moga tahun baru 1429 Hijriah ini akan menambah iman dan amal kita semua, InsyaAllah.

Keempat. Ada 2,3 minggu lagi nak melahirkan. Kali ni terasa lama pula. Doktor kata kedudukan dan lokasi dah strategik. Tengah sibuk mengemas rumah. Dari dapur, ke bilik-bilik, ke ruang tamu, ke bilik air, ke laman rumah depan dan belakang. Nak sambut ahli baru, rumah kenalah bersih dan tidak kecah sana sini. Seperti biasa lepas mengemas, badan jadi lembik. Semuanya sakit. Salah satu sebab kuat untuk tidak melayari internet macam selalu.

Kelima. Sungguh kurang idea dan mungkin penyakit malas makin mencengkam. Ada banyak perkara yang terjadi dalam sebulan dua ni tapi berat sungguh jari ni nak menaip. Mana yang tersalah gi kenduri kawin, mak mertua masuk hospital, adik lelaki tunggal tamatkan zaman bujang dan macam-macam lagi. Rasanya kalau kalian semua nak tau perkembangan atau apa2 cerita, tanya je la ek. InsyaAllah akan dijawab. Rasanya cara tu lagi mudah. Itupun kalau belum meletup la ek. Bila dah meletup tu mungkin berminggu balik blog ni senyap. Apa2 perkembangan sila bertanyakan pada khairyn ya. (macam yang pa'chik buat. hehehhehe ....)

Nota kecik-kenot:
Pa'chik... hang buat apa kat ipoh?
Khairyn ... hang suka buat aku sebak. Menci.

20 comments:

MakcikMuda said...

salam,kak has.

semoga dipermudahkan nnt ya.

rindu pulak rasenyer. sbb tuh jenguk blog kak has.

nampak kak has tinggal pesan kat tingkap umah si arm. hihik!

anyway,didoakan semuanya baik2 belaka ya.

Azhar Ahmad said...

Owhhh buk izzi dah sarat dahh... Semoga beroleh anak yang soleh...

Pa'chik said...

anak mudin perempuan, nama alya wafiyah...
anak wan, nama ahmad fahim...
yang ko nya.. bila diyu? pas tu... hantar lah budak yang besar sikit tu kumah aku ya... ekekke...

Pa'chik said...

satu lagi.. ko hapdet genap sa-bulan sekali ya.. ekekek...

Pa'chik said...

aku.. kat ipoh? tunggu bas nak gi penang... tu.. lama dulu lah.. tahun smilan puluh tujuh dulu... lepas tu.. takde gi ipoh lagi dah...

izinni said...

salam ryn,
jenuh pikir sapalah yang jadi usahawan tani bela ular. hehehhe ..
rindu awak jugak :D macamana study? insyaAllah. minta dipermudahkan juga kali ni. Terima kasih atas doa.

azhar,
ha ah .. udah sarat la kiranya ni. menunggu minggu :)

pa'chik,
amboiiii .. sampai 3 msg hang tinggal kat aku naaa .. hehehehe rindu bebenor ler tu. hahaha
happy belated birthday ek. Aku tak tau plak bila makin tua, terus jadi 'baby'. hahahhaha

alhamdulillah ... sedap nama anak mudin ngan anak wan. Moga anak-anak tu membesar jadi anak soleh dan solehah. InsyaAllah ...

aku? kad doktor cakap aku due 6/2 tapi sejarah aku, selalunya dua minggu awal.
errr ... hentikan ler nak mintak anak aku tu. hehhehee....jangan harap aku nak bagi!

aku sindri tak perasan aku hapdet blog genap sebulan dari entri yang lepas. hehehhee

hang takde kat ipoh? abih ngapa live traffic feed kat blog khairyn repot yang hang ada kat ipoh la, tapah la ...

Anonymous said...

Hahaha... terima kasih Pakchik jadi tukang bawak khabar... :D

Semoga dipermudahkan untuk kamu. Allahuma yassir wa la tu'assir. Amin :)

izinni said...

mudin,
hantar orang rumah balik kampung ek? apasal tak jaga sendiri? ngelat ke? hehehhehe
Tahniah buat awak dan isteri. mesti adam sangat gumbira dapat adik. cukup sepasang .. Alhamdulillah

Pa'chik said...

izi,
aku punya IP tu... hakhak.. memang macam tu lah.. tapi selalu ke kuantan, terengganu je... tak tau lah bila pulak gi ipoh nih... aku.. kat umah... ekekke...

achik said...

salam kak izinni..

wah lagi 2-3 minggu je nak bersalin rupanya.. cepat sungguh dah 9 bulan ek.. (padahal akak kata kali ni rasa lama).. hehe.. moga semuanya selamat.. :)

so'od said...

salam kak has..:)
harap.sihat.selamat.selalu.

izinni said...

pa'chik,
IP hang pun macam hang jugak .. tak betui. hehehhee

achik,
pada orang yang nengok atau dengor je memang ler rasa kejap. pada orang yang membawanya ... adehhhh rasa satu saat macam 1 jam gitu. hehhehe

am,
insyaAllah. mudah-mudahan dipermudahkan bila tiba masanya nanti. rasa macam nak gi berperang je ni. hehehhehe

Pa'chik said...

mana ada tak betul.. itu topeng lah... ekeke...

kingbinjai said...

terima kasih ke atas ingatan semoga tuhan merahmati anda

DeeN said...

Mudahan akak dan baby selamat. Insya Allah dipermudahkan. kak khair pun sibuk gak skang neh kut.. hehehe

khairyn said...

cepatlah beranak weh!

izinni said...

king,
walaupun jarang online dan menyinggah ke blog2 lain, ingatan tu selalu ada. InsyaAllah. Jaga diri dan queen bebaik ya.

Deen,
rasanya pertama kali kat sini ya? terima kasih atas doa tu. khairyn? dia tak sibuk pun buat2 sibuk gak. hehhehe

khairyn,
ko ingat aku nak lambat ke? hehhehehe

izinni said...

king,
walaupun jarang online dan menyinggah ke blog2 lain, ingatan tu selalu ada. InsyaAllah. Jaga diri dan queen bebaik ya.

Deen,
rasanya pertama kali kat sini ya? terima kasih atas doa tu. khairyn? dia tak sibuk pun buat2 sibuk gak. hehhehe

khairyn,
ko ingat aku nak lambat ke? hehhehehe

blackpurple @ jowopinter said...

Salam,

Lama dah tak jenguk sini. Dah ada cerita baru rupanya. :D

Anonymous said...

Bila nak keluar ni :)
Tak perasan pulak dah dihapdet :)