Heboh! ...
"Assalamualaikum Dato'. Diharap dato' sedang berehat dengan tenang di malam Ahad ini kerana sebagai penduduk, saya kesal dengan gangguan dari konsert di stadium malam ini. Saya menetap di Jalan Batu 3, berhampiran sekolah teknik. Bunyi dari konsert boleh didengar hingga ke dalam rumah walaupun semua tingkap dan pintu tertutup rapat. Amat menyedihkan kerajaan negeri membenarkan kacau ganggu sebegini atas nama 'hiburan' keluarga. Tahniah buat kerajaan negeri maju - Puan H*****a"
Itu isi kandungan sms yang aku kirimkan khas untuk Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Dato' Ramli Mahmud.
Mulanya nak berkirim sms terus pada Pak Menteri Besar tapi nombor handphone dia aku dah usirkan jauh-jauh dari memori sim card aku. Yang ada cuma nombor abang Ramli aku dengan Khairyn yang sorang ni. hehehhee
Begitulah ... Negari Maju ni sekarang dah semakin maju dan makmur dengan pelbagai hiburan untuk keluarga. Heboh dan kecoh. Sampaikan aku yang kat dalam bilik dengan tingkap tertutup rapat, boleh dengar biji butir lirik yang dinyanyikan si penyanyi kumpulan Slam tu. Belum lagi terasa gegaran dentuman sound system ... memang canggih la sampai aku rasa dinding rumah bergegar sama. Mula-mula aku ingatkan jiran sebelah pasang radio kuat-kuat. Tapi dah 3 tahun aku duduk sini, tak pernah sekali pun jiran aku yang bujang dan beragama Kristian tu membuat onar bising dan maksiat lain. Jadi, untuk kepastian aku tukar la siaran televisyen ke saluran yang dok taja bendalah heboh tu. SAH! memang ler si slam tu tengah nyanyi!
Jarak stadium shah alam dari rumah aku adalah dalam 6 kilometer. Bayangkan orang-orang yang duduk dekat dengan stadium. Kat TTDI, kat seksyen 13. Mesti lagi bingit. Kalau sampai ke rumah aku boleh dengar, kat Masjid Negeri pun mesti boleh dengar gak kan. Tapi, Ahad malam Isnin, mesti masjid tutup awal kot.
Aku sms suami cerita pasal kacau ganggu tu. Suami aku kata, kalau berlaku gempa betul pun depa yang gebang kat situ tak perasan sebab ingat gegar dari sound system. Aduhhh ....
Nota kecik-kenot:
Sampai sekarang abang Ramli tak balas sms tu. hehehhehehe
20 comments:
haha.. marah benor neh.. ekekek...
gi baling molotov koktel dalam pat lima puluh bijik bagus neh.. ekekeke...
hehe.. aku pun dah lupa pasal resepi laksam tu.. esok lusa lah aku letak kat blog resepi tuh..
isyyyy mana ada marah. sukaaaaa sangat. dapat dengor 'live' performance gitu.
Jadi confirmlah rumah kamu berdekatan dengan tempat tinggal kami. Buat open house bila-bila jangan lupa jemput ya?
Confirm kami hadir :)
abg ramli abis kredit kot.. hehehe.. ;p
camne ek penonton2 yg duk depan stage tu?? tak pekak ke diorg?? huhuhu..
uk aloh..... tsk tsk tsk
abg ramli tak dengar bunyi sms masuk..rumah dia pun kene gegar ngan pesta jom..jom..jom..
aik takk masuk komeng saya?
dengki!!
erkk.. rumah si ramli tu kat mana?
jom kita pasang spiker besar pastu pasang lagu kuat-kuat kat tepi rumah dia!
ha ha ha!
pssttt: yu sehat? :)
salam.
lame x pak kak has. teruja abes nengok name kak has kat blog maksu. trus masuk sini. ahaks!
rasenyer abg ramli abes crdt. xpon,henset die silent. ahaks !
salam,kak has.
banyak makan manis,urg ckp kan,anak pun jd manis. hihik !
kwang kwang kwang
abe Ramli ek. Jap jap aku ada lagi ke no hp dia. ntah2 dah tukar no tak, has? uish tah mana2 tah aku letak no tel 'orang-orang penting' ni hehehe
Dorang ni kan nak jadikan konsert ni 'staple food' generasi muda. Macam hari tu, aku baca pasal konsert led zeppelin kat london. Sanggup bayar beribu2 £ semata2 nak tengok konsert. Mungkin tak lama lagi mesia pun jadi macam tu, cuma mungkin penyanyi local takkan jadi superstar tahap dunia macam tu lah.
Bila hidup dah tak ada arah, nyawa jadi makin murah.
salam kehidupan,
takut-takut dorang akan terus lalai dalam nikmat tersebut. semoga mereka diberi hidayah.
ini no Dato' Khir Toyo
019 3537337
salam,
barangkali kredit dia dah kosong kot.. sebab tu xleh balas sms..
agaknya la..
(",)
terkadang achik hairan dan pelik dengan kerajaan kita nie...katanya mahukan masyarakat yang bertatasusila tetapi apa yang mereka lakukan hanyalah menambahkan keburukan yang sudahpun parah.
p/s:pakat undi pimpinan yang berwibawa...
mudin,
rasanya dah lama kompom rumah kita ni memang dekat tapi tak tau ler sedekat mana. hehehhee kamu area TTDIjaya ke? InsyaAllah ada rezeki dan ada kerajinan, aku bukak ler rumah ni nanti. hehhehe
Sebetulnya aku tak berapa gemar buat open house ni. Tetamu buleh datang bila2 masa. insyaAllah akan dilayan seadanya kalau ada dirumah. :)
achik,
mungkin la kot. Pak Khir tak naikkan gaji dia kot. hehehhe
penonton? masa nengok kat tv tu .. semuanya dok terkinja2 macam beruk. beruk pun dah pandai buat maths. hehhehe
mak su,
tu la .. kesian kan. :)
kemat,
apa khabar kemat sekarang. dah ada tanda2 nak jadi ayahanda ke? ;)
ntah2 abang ramli pun ada kat konsert. buat pemantauan. hehehhe
akira san,
hahahhaa komen hang kena telan ke?
rumah si ramli tu area shah alam jugak. seksyen berapa tak berapa nak tau. mungkin kat kawasan perumahan eksklusif exco kat sek 13 tu kot.
pasang spiker kat depan umah dia? tak sampai 5min, pulis datang. hehehhehe
p/s: i sihat2 aje yuuuu ..;)
pengusaha cowbra,
salam kembali ... errrr .. sapa ek? dah tukar nama la pulak. hehehhee
henset abang ramli dah termasuk dalam toilet bowl kot. hehehhe
isyyy ... tak makan manis pun semua anak2 kita tersangatlah manis mcm ibu depa gak! huhuhuhu
khairyn,
idak tukar. itulah nombor dia. aku rasa dia saja tak nak reply. mungkin tak tau nak jawab apa. hehhehe. takut jadi statement pulak nanti.
sekarang kat mesia pun macam tu. konsert my chemical romance hari tu, uikksss ... ramai siot yang gi. budak2 bangsa kita gak yang ramai. tak kisah berapa pun tiket depa sanggup redah. konsert artis malaya takat jom heboh tu je la. konsert free.
belum lagi konsert realiti shows. almost every week ada kat tv. penat aku. tah bila la aku ni nak gi NZ. hehhehe tapi krol tak berapa nak berkenan. kurang mencabar katanya. hahhahaa
CerminDiri,
Moga mereka dapat hidayah. Tapi macamana kalau yang ke sana tu pun terdiri dari golongan yang bawak anak2 sama? sungguh merisaukan.
pB,
alahaiiii pB. terima kasih banyak. akan saya simpan dalam memori hp saya nombor Mas Khir ni. huhuhuhu
gugar,
salam kembali,
mungkin ya. mungkin tidak. semua berkemungkinan.
Achik_Sufi,
mereka mau itu semua tapi dalam waktu yang sama mereka nak rakyat lalai supaya tak perlu fikir atau bertindak bila ada perkara yang pincang berlaku dalam pentadbiran, sosial dan ekonomi. Sebab tu ramai yang bersikap tidak apa .. asalkan tidak jadi pada mereka dan keluarga mereka.
kalau ramai yang sedar nanti ... kerajaan yang susah sebab mungkin akan ada banyak demo plak nanti sebab segala ketidakpuasan hati rakyat tak dapat nak channel ke saluran yang makin corrupt.
well, undila lagi dorang tu
weh.. dah terai buat laksam tuh? jadi dak?
aku cukup tak berkenan ngan program camtu.....!
Post a Comment