Monday, December 03, 2007

Manis .. Adehhh ...

Sejak dua menjak ni dok teringin makan benda manis-manis walaupun aku tau aku tak sepatutnya makan benda manis selalu. Maklumlah, dah masuk 7 bulan ... kencing manis mudah menyerang kalau tak berhati-hati. Dari minggu lepas aku dok berangan nak makan kek gula hangus. Aku reti buat tapi sangatlaaaa malas nak menggodek-godek dapur buat kek ni. Idak ler susah mana pun tapi bila dah malas tu .. biasalah macam-macam alasan la kan. Aku pun sms la kakak aku. Dia pandai gak ler buat kek gula hangus ni. Aku tau .. kalau aku mintak dia buatkan mesti dia kembang setaman sebab dia ni suka benor kalau orang suruh dia masak. Maknanya masakan dia tu sedap la. Maklumlah ... dia memang tak berapa nak pandai nak masak sejak zaman anak dara lagi. Tapi, kalau dah pompuan tu ... tetap pompuan la kan. Bila dah kawin, terpaksa memandaikan diri masuk dapur dan masak. Specialty dia masak taucu. Memang sedap.

Berbalik pada kek gula hangus tu. Aku sms dia mintak tolong buatkan kalau dia tak sibuk dan tak menyusahkan. Maklumlah ... dia dah beranak kecik. Idak ler aku macam nak desak sangat kan. Dia sms aku balik. Dia kata .. bila dah siap dia akan call aku suruh aku amik kat rumah dia. Dan nak dijadikan cerita .... sampai sekarang dia tak call. Adehhh ....
So sampai sekarang ler aku tak dapat kek gula hangus aku tu. Adehhhh sekali lagi.

Dua tiga hari lepas ... tengah malam dalam pukul 1 pagi. Tengah buat job freelance tu .. tetiba teringin nak makan bubur pulut hitam dengan ais krim cekelat. Aku sms ler suami aku. Dia kata malam takde. Kalau siang ada la kat satu restoran ni. Aku ok kan je. Bukan tak leh nak buat. Idak ler susah pun. Takat rebus pulut hitam, masuk santan ngan gula ... dah siap. Tapi sekali sekala tu apa salahnya mintak dicarikan .. iya dak?
Dan nak dijadikan cerita ... sampai sekarang aku tak dapat gak bubur pulut hitam aku tu. Restoran tu tak bukak bisnes gamaknya ... atau suami aku lupa .. dan aku seperti biasa malas nak mengingatkan ... macam hari jumaat hari tu ... malas nak ingatkan sesapa yang hari tu adalah harijadi aku .. errr yang keberapa ek? korang agak2 je la ek .. rasanya dalam 35 kot. Adehhhh lagi ...

Akhirnya ... aku makan roti sapu mentega dengan gula je la untuk langsaikan craving aku ni.

Lepas ni aku tak tau aku teringin apa pulak .. Entah dapat entah idak. Adehhh ....
Masa ni laaa aku nak mak aku. Adehhhh untuk sekian kalinya .....

Nota kecik-kenot:
Hmmm .. macam nak Coke bubuh bebanyak ais je ... hmmmmm ...

11 comments:

Mak Su said...

alah.... ciannyer dia... dah dapat lum bubur pulut hitam tu?

achik said...

siannya kak izinni.. diorg terlupa kot.. huhuhu..

oh2 saya pun x dpt2 makan bubur pulut hitam sejak err sgt lama sampai tak ingat sejak bila teringin.. malas nak masak sendiri punya pasal.. ;p

kingbinjai said...

mengidam?

pB said...

mengidam .... ???

kesian bila baca setakat ni satu pun , tak dpt makan lagi ....

Anonymous said...

kalau ko bagi zurd kurier barang kat ko, ko akan tahu.. aku tak lupa pun

cuma ada sekiiiiiiiiiiit lewat saja

CerminDiri said...

salam kehidupan,

terkesianlah juga kat anda.....kat sini banyak makanan manis, nak kongsi bolehla...

zwitterion said...

ala..ingatkan je la..

KV said...

hehe..agaknya bukan mengidam kut. Kalo mengidam, mesti nangis bagai kalo tak dapat.;)

izinni said...

mak su,
belum .. dah terlupa kot. hehehhe

achik,
sian kan. tapi kan ... dah biasa sampai tak rasa apa pulak ;)

king,
ya :)

pb,
sebenornya saya ni jenis kalau tak dapat pun idak ler sampai merajuk panjang atau anak lahir meleleh air liur. tak tau plak kenapa ...

khairyn,
errr .. apa yang hang tak lupa tu? hehehhee

cermindiri,
takpe .. masih bertahan.

zwit,
camana nak ingatkan .. diri sendiri dah lupa. hehehhe

sepatu vincci,
issyyy macam tu ke? masuk ni dah 5 kali ngandung dan tiap kali mesti ada satu benda yang teringin tu tak dapat .. tapi idak ler sampai nak nangis.
saya rasa ... orang yang nangis2 ni sebab terlalu fikir pasal tu ke tahap ingat orang tak sayang kat dia. saya ni banyak benda dalam kepala dan banyak benda nak buat .. kekadang sampai terlupa apa yang diidamkan tu tak dapat lagi.

Unknown said...

uhhh...byk betul dia ngidam... tapi nasib baik tak ngidam pelik2... kalau tak nnt mesti lg pening org lain nak carik :D

akirasuri said...

woah!
dok mengidam-ngidam ke ni :D
mesti si kenit dalam tu nanti senyum manis jek..
harap-harap sengeh manis macam cik ati dia ni lah ek :p