Friday, December 07, 2007

Peristiwa ...

Banyak peristiwa yang berlaku dalam negara sekarang ni. Yang paling hangat tentunya tentang Hindraf. Begitu hebatnya penangan Hindraff sampaikan semua media-media utama negara masih tidak habis modal memperkatakannya. Ramai yang mahu beri pandangan dan pendapat. Dan sudah tentu, kesemuanya menghentam kumpulan berkenaan.
Peribadinya, aku sendiri tidak setuju dengan dakwaan-dakwaan yang dibuat kumpulan tu walaupun sedikit sebanyak kebenaran dibeberapa sudut, cuma diperbesar-besarkan Hindraf untuk menarik perhatian, terutamanya perhatian masyarakat antarabangsa. Aku paling tidak setuju mereka mahukan sokongan India dan Britain. Jika mereka masih di India, aku pasti mereka tidak seadanya sekarang. Entah apa jadi mereka disana. Britain? Bukankah penjajah ini yang bawa mereka masuk Tanah Melayu untuk dijadikan buruh estet? Dasar pecah dan perintah penjajah inilah yang menyebabkan susur galur mereka di sini menjadi seperti adanya sekarang. Dan itulah dasar yang diwarisi pemerintah hari ini. Dasar yang terus-menerus dipertahankan. Dasar yang akhirnya memakan diri sendiri tapi masih lagi terlalu angkuh untuk mengakui kesilapan.

Dalam sibuk satu negara memperkatakan tentang Hindraf, aku rasa ramai yang pandang sebelah mata dan dengar sebelah telinga tentang apa yang berlaku di Bukit Tinggi dalam tempoh 2 minggu ini.
Masih aku teringat kata-kata ramai pembesar negara akan kemakmuran negara ini yang wajib disyukuri rakyat. Betapa negara ini tidak seperti negara jiran yang ditimpa pelbagai musibah banjir besar, gempa bumi, tsunami dan macam-macam lagi. Ketika itu, amat kedengaran angkuh serta riak sekali kata-kata mereka.
Bila banjir besar melanda negeri yang tidak pernah ditimpa musibah itu sebelum ini, terkedu seribu bahasa sampai terpaksa pergi makan nasi kandar di negara orang.
Baru-baru ini, Bukit Tinggi pula dilanda sesuatu yang tidak disangka akan terjadi walaupun tidak membawa maut pada penghuni atau kerugian pada harta benda. Dalam tempoh 2 minggu, 4 gempa melanda tanah tinggi berkenaan. Kesemua gempa dibawah 4 skala Ritcher. Siapa sangka? Siapa menduga gempa walau sekelumit pun akan terjadi di Tanah Malaya? Bukankah kita terletak di kawasan bukan berisiko gempa .. tidak seperti negara jiran Indonesia dan Filipina, mahupun Jepun.
Tapi sehingga hari ini tiada satu pun kedengaran kata-kata dari pembesar-pembesar negara mengenai perkara ini. Diam seribu bahasa. Hilang kata-kata.

Tanda amaran merah sudah dikeluarkan Jabatan Meteorologi tapi hanya diwar-warkan untuk 3 negeri pantai timur tapi tidak mengenai hakikat yang sebenar di Johor juga. Kenapa? Isu banjir pun ada pilih kasih.

RM650juta. Aduhhhhhh!!! Sakit hati mendengarnya. Tidakkah ada satu pun kumpulan yang mahu protes? Semua mahu mengiyakan sahaja? Atas dasar itu hak manusia yang satu itu dan tiada siapa pun yang berhak mempertikai? Derhaka nanti dikata?
AKU PROTES!!!
Manusia-manusia itu seronok menasihatkan rakyat bersatu padu mengekalkan perpaduan dan keharmonian kaum. Aku rasa rakyat tiada masalah setakat ini. Jika ada pun ketidakharmonian, selalunya berpunca dari orang-orang diatas sana.
Macamana rakyat nak harmoni kalau harga barang naik? Macamana nak makmur dan padu kalau ada dikalangan yang tidak cukup makan?
Cukuplah apa yang ada tu. Tidak perlulah nak dibina yang baru. Duit yang nak ditabur tu bukan duit kamu!!

Satu lagi. Samada ada yang perasan atau tidak, aku tidak pasti. Tapi yang pasti, aku tidak nampak ada usaha media untuk merungkai atau sekurang-kurang menyelidik dan bertanya lebih lanjut mengenai perkara yang satu ni.
REHDA (korang carilah nama penuhnya sendiri ek! hehehe) buat pengumuman beberapa minggu lalu yang harga rumah akan dinaikkan dari 10% hingga 15%. Alasannya, harga bahan binaan naik ... apatah lagi harga bahan bakar pun naik.
Aduhhhhh!!! Kenapa aku rasa alasan diaorang tak munasabah? Kenapa pulak diaorang pulak yang pandai-pandai buat pengumuman tu? Kenapa tidak kerajaan?
Setahu aku ada sesetengah bahan binaan ditentukan oleh kerajaan. Maknanya ada harga siling. Kalau harga dah ditetapkan macam harga ayam tu .. macamana depa boleh suka-suka naikkan harga rumah tanpa merujuk pada Kementerian yang berkenaan dulu.
Kalau harga ikan, ayam, sayur .. bolehlah pengguna pantau dan lapor pada pihak yang berwajib tapi ini harga bahan binaan... bukan semua tahu harga sebenar. Rasanya sudah tiba masanya pihak yang berkuasa bagitau pengguna harga bahan-bahan binaan ni. Mana yang ada harga siling dan yang mana tak ada harga siling. Kemudian, beri juga harga bahan yang sama di negara jiran supaya boleh dibuat perbandingan supaya pengguna boleh "justify" alasan REHDA nak naikkan harga rumah.
Pada aku, REHDA yang ahlinya merupakan tokeh-tokeh besar semacam nak duga kerajaan. Kalau tak benarkan naik harga rumah, depa akan buat dalih stok bahan binaan tak ada, jadi banyak projek mungkin tergendala. Padahal, kerajaan tengah nak bangunkan segala jenis 'kakilima' pembangunan yang memerlukan banyak bahan binaan. Kalau pembekal, pengeluar bahan binaan buat hal, macamana 'kakilima-kakilima' ni nak jalan .. jadi terpaksa ikut rentak tokeh-tokeh ni dan benarkan naik harga rumah. Yang jadi mangsa? KITA laaa .. siapa lagi!! Tapi takde satu akhbar pun yang korek pasal benda ni.

Lebih kurang 30% penuntut IPTA mempunyai kecenderungan melakukan rasuah. Itu hasil kajian yang dibuat BPR dan Kementerian Pengajian Tinggi. Huh!! Walaupun kalau dalam pilihanraya 30% tu kira tak boleh dan tidak akan menang, tapi dalam kajian macam ni, pada aku hasil amat memberi kesan. Macamana budak-budak ni sampai boleh nak fikir macam tu? Aku masa sekolah dulu tak terfikir pun. Maknanya budak-budak IPT 30% tu mesti buat kerja-kerja rasuah masa tengah sekolah. Rasuah kawan, rasuah pensyarah, rasuah pak guard etc ... seram memikirkan budak-budak ni la yang akan pimpin anak-anak aku. Diaorang jadi macam tu sebab penangan 'gelombang' puteri merah jambu dengan sidekick putera ke?

Yang terbaru. Jadinya semalam kat Parlimen. Bila Zam goblokkan orang, semua senyap. Bila Zam kena goblok, kecoh satu dewan suruh tarik balik. Memang BODOH GOBLOK!!!

Nota kecik-kenot:
Sesi luah perasaan di isen yang ke-100 .. hehehhehee

9 comments:

Azhar Ahmad said...

Ahahahahah, panas pula saya di hari yang sejuk ni...

Mak Su said...

janganlah leka, ek

Pa'chik said...

haha.. dah ko tak nak jadik reporter dah.. sapa lagi nak meripot semua neh..

hindraf dibawak cerita sampai hari ni.. pasal mereka yang rancang semua tuh...
kumpulan Damai Melaya tuh yang nak mengapi-apikan pergaduhan antara kaum... tajaan GPMS jugak.. orang KeJi jugak... ekekek...

Pa'chik said...

selamat hari besdei lah... lewat..

hahah...

oit.. nak ke lesepi nak buat laksam tuh? nanti aku tanya mak aku.. tapi dia pun.. bukan reti sangat.. lama dah tak buat kata dia...

khairyn said...

hahahaha

aku harap anak sedara zam tak de baca ni.. tapi hari tu ada gak kami buat sesi mengutuk pak menakan dia kakakaka

she told me aku ambik salah course kalau nak kerja kat mesia hihihihi.. sangat la betulnya.

Pasal GOBLOK sangat setuju. Otak budak2 sekolah dah lepas level tip top, otak orang kat atas tu masih lagi tahap basic. Diaorang ingat bumi ni statik ke apa?Tak habis2 dengan modal bersyukurnya. Bangunan tak de pun di letak anti-gegar. Agaknya kalau bangunan runtuh pun kita patut bersyukur. Dah la tu insuran pun tak cover bencana alam ni.

Sampai bila nak menipu tu aku tak kisah sangat tapi majoriti kat malaya tu.. sampai bila nak kena tipu hidup2??

achik said...

M'sia ni berlagak sgt kunun terletak kat kawasan strategik yg bebas dari segala bencana.. lupa kot kalau Tuhan nak bagi bala, sekelip mata je.. huhuhu..

CerminDiri said...

salam kehidupan,

menutup cerita di atas cerita. perkara biasa....cuma kita jangan terleka.

izinni said...

azhar,
demam kura ke? :D

maksu,
insyaAllah belum pernah leka lagi ..

pa'chik,
huh! kalau aku jadik reporter lagi pun .. takan aku sorang je yang nak buat. tah apa2.

deme tu memang nak huru-harakan negara. si 'shima' tu dalam berita siang tadi siap cakap pemuda umno buat demo protes condoleza rice datang mesia tu lain sebab tak mendatangkan kekecohan dan ketegangan kaum katanya. kalau dah demo tu takde gak permit, demo haram gak ler namanya walaupun konon tak datang ketegangan kaum. bodoh!

huh! terima kasihlah .... lewat 12 hari mu! hehehe

susah ke buat laksam tu. kalau susah, bagi je la resipinya. buat belum tentu la kan ...hahahahha

khairyn,
lorr ... ko sekolah ngan anak penakan zam tu ke? kesian dia kan dapat pak penakan bengong macam zam tu.

itu belum si nazri aziz lagik. asik2 dia kata orang coward. dia tu berani benor ler tu.

masalahnya orang malaya rela ditipu ... hidup2 dan bila dah mati pun sanggup tertipu gak tu.

achik,
melayu kan mudah lupa .. sampai dah terjangkit penyakit lupa ni kat bangsa lain. huhuhuhu ...

CerminDiri,
salam kembali :)

ya. perkara biasa yang melekakan hingga bila musibah melanda terus dikatakan luar biasa ... macam citer banjir sekarang ni. dikatakan banjir luar biasa, hujan lebat luar biasa etc ...

cik ati said...

kak has!
epi belated besday :D
nak hadiah tak? :)

uhuhuhu!
sungguh mantap bila puan heripoter menulis..
sungguh panas :D