Friday, January 25, 2008

Cahayamata ...

Muhammad Irfan:

Tahun ni darjah 4. Minggu kedua bersekolah dia dah kena denda berdiri luar kelas. Irfan kata sebenarnya Irfan memang nakal kat sekolah. Cikgu-cikgu memang suka Irfan sebab Irfan pandai tapi Irfan nakal. Itu kata anak teruna aku yang sulung ni.
Dia kena denda berdiri luar kelas bukan kesalahan dia seratus peratus. Lebihnya salah ibu dia ni, rasanya. Irfan ada homework English Language which required him to paste a family photo in his exercise book. He had asked for a copy of our family photo. Honestly, we NEVER had a family photo. Memang tak pernah kitaorang amik gambar keluarga. The first time was during raya few years back. Itu ada atuk, nenek, pakcik, makcik segala la. Nisaa' pun masa tu dalam perut lagi. But keluarga Izinni dan KB beserta kesemua offsprings memang takde. Kenapa? Sebab izinni tak suka ambik gambar. Tak photogenic. I'll always look somehow weird in pictures.
Disebabkan tu, Irfan kena denda. Kesian dia.

Zinnirah:

Tahun ni darjah 2. Teruja dia sebab masuk first class in Year 2. She did well last year. Dapat nombor 3. Terbaik dikalangan pelajar perempuan. Jadi tahun ni dia berazam nak maintain performance.
Hari Selasa, masa aku jemput balik dari sekolah .. muka dia masam mencuka. Sangat moody. Bila ditanya tak dijawab. Sepanjang perjalanan balik sepanjang 15minit tu dia diam seribu bahasa. Tak bergurau senda langsung pun dengan Nisaa' yang asyik dok tegur 'kakak, kakak."
So, I just left her alone. After dinner, she looked rather okay, so I asked why she was so moody after school earlier that day.
Mula-mula tak nak cakap. Tapi lepas dipujuk, dibisik la ditelinga. "Kakak kena buli lagi." Aku dah agak, mesti kena buli dengan budak yang sama. Dia mengiyakan. Budak lelaki yang sorang ni memang selalu buli, kacau anak dara aku dari darjah 1 lagi. Ada je diusik, dikacaunya. Ambil pensil, pemadam, sorok buku, sorok botol air, sorok kain sekolah time PE. Ada sekali tu Zinnirah menangis sebab baju sekolah dia kena sorok .. time PE. Kawan-kawan dia dah pergi tolong ngadu kat Irfan. Apa lagi, Irfan sebab dah diamanahkan jaga adik kat sekolah ... cepat-cepat came to the rescue. Budak lelaki tu kena warning jangan usik Zinnirah lagi. Since then usikan dan bulian dah berkurangan. Tak sangka tahun ni mula balik. Kali ni kertas lukisan Zinnirah diambil dan diconteng. Terpaksalah Zinnirah mintak ehsan kawan lain. Kesian.
Another reason that made her all moody that day was ... she hasn't eaten anything at school. Breakfast menu was laksa and she doesn't like the canteen's laksa which she said made her stomach ache. So, she skipped breakfast. Later at noon, the menu was rice and masak kicap. She said she doesn't like the masak kicap, which I found weird. Kalau aku buat masak kicap kat rumah selalunya memang licin. Sejak bila pulak tak suka masak kicap. Macam-macam. Jadi kelaparan la dia seharian. Untuk pengetahuan, kitaorang memang tak bekalkan belanja harian untuk anak-anak ke sekolah sebab makan dah disediakan kat sekolah. Bayaran makanan termasuk dalam bayaran bulanan.

Syabil Iman:

Pagi tadi dia lambat sikit bangun. Selalunya bila abang dan kakak bangun nak bersiap ke sekolah, dia pun bangun sekali. Hari ni dia lambat. Jam 8 lebih baru jaga. Tak kisahlah sebab dia sekolah tengahari. Selalunya dia kecoh bila dah jaga. Kacau Nisaa', lari sana sini, lompat sana sini. Pagi tadi senyap semacam pulak.
"Ibu. Malam tadi Syabil nampak ibu. Ibu amik tangga katil Syabil letak kat dinding pastu ibu panjat duduk kat dinding. Ibu pandang je Syabil. Ibu cakap kat Syabil 'Tido'. Syabil tidolah balik. Tapi Syabil terjaga, nampak Nisaa' baring kat sebelah Syabil. Pastu Syabil tido lagi."
Huhuhuhuhu .. That was really spooky. Mana ada aku masuk bilik dia malam semalam. Bila aku tanya Ibu senyum ke tidak masa tengok tu, Syabil cakap tak senyum pun tapi asyik pandang Syabil je. Mata tak pejam (berkelip).
Huhuhuhuhu .. Aku bagitau dia mungkin dia mimpi je tu. Tapi beria-ia kata dia tak mimpi. Pasal dia kata dia nampak Nisaa' sama. Memang Nisaa' suka naik atas katil Syabil bila dia bangun pagi ... suka menyakat budak kecik tu.

Nisaa' Az-Zahraa:

Alahaiiii yang sorang ni. Makin manja dan mengada-ngada. Suka meleweh-leweh, jalan macam itik serama terkedek-kedek. Macam anak jepun terkedek-kedek pakai kimono sendat pun ada. Maklumlah tak lama sangat lagi nak dapat adik. Asyik melekap je 24jam. Tido nak berpegangan tangan bagai. Dah tido pun .. kalau aku hilang sat dalam 5minit, dia dah terjaga menangis mencari. Ada sekali tu aku turun nak minum kat dapur, bila aku naik .. dia dah duduk kat tangga nangis sedih. Alahaiii ....
Petah bercakap .. walaupun kekadang aku tak faham apa yang dicakapnya. Iyakan je la. Itu pun dah cukup buat dia senyum lebar. Sesiapa je lepas mandi dan bertukar baju terus ditegurnya .. "Abam omei .. Kakak omei .. Abin omei ... Ibu omei ... Ayah omei ..." Semuanya comel pada dia. Sebelum tido suka cubit2 pipi sendiri ... "Icha' omei tatik" ... boleh?! Tapi dia sedar diri. Bila ditanya mana hidung mek-mek ... terus dia picit-picit hidung dia sambil lompat-lompat seronok. hahahhahaa ... Yang pasti dia kesayangan semua dirumah. Irfan manjakan dia sungguh and she really adores Irfan. Kalau aku marah atau tegur dia sebab nakal ... dia carik 'Abam' dia mintak dipujuk. Kalau Irfan takde, baru cari Kakak atau Syabil.
Dalam 2 bulan lagi genap dia 2 tahun. Kejap je dah besar ... will miss my baby deeply ...

Yang-dalam-perut:

Selalu buat aku tak boleh tido malam. Masa ni la dia paling aktif buat lompatan junam, sommersault, kuak lentang dan macam-macam lagi. Sangat aktif. Buat aku sakit pinggang dan punggung selalu. Dah survey beberapa nama menarik untuk dia. Nama lelaki dan perempuan. Tapi satu pun tak confirm lagi. Kena buat pilihanraya. Nama yang dapat majoriti akan menjadi namanya.

Hmmmm diam tak diam .. dalam tempoh 10 tahun, aku dah ada 5 orang cahayamata. WOW! that's what one friend of mine exclaimed when she read my sms few weeks ago. Dia kata dia tak sangka yang aku akan ada anak sampai 5. Katanya aku dulu masa sekolah atas bukit bukan aku yang dia kenal sekarang. Mungkin sebab aku ni brutal dan laser masa sekolah dulu, so ramai yang tak sangka aku akan jadi seorang ibu beranak 5. hehehehehhe .. Welllll .... rezeki Allah. Errr ... kawan aku tu sampai sekarang belum berpunya. Entah bila la nak kawin ....

Nota kecik-kenot:
Ibu doa selalu semoga anak-anak ibu sentiasa bahagia dan dilindungiNya selalu, ditunjukkan jalan yang lurus dan benar sepanjang kehidupan, sentiasa mengingatiNya dan menghambakan diri padaNya ... Aminn ...

16 comments:

khairyn said...

Reflect Iz,

Dulu ko laser n brutal.. sekarang penyayang kan kan kan.. tak leh laser ngan brutal lagi kan kan kan hahahaha

Allah tu maha adil dan penyayang.. tak mahu ko selama-lamanya brutal hahahahahaha

eh... du'akan aku sekali ek..

insyaAllah anak2 ibu semuanya diberkati

izinni said...

ryn,
kalau aku brutal, laser lagi ... mesti kena tegur selalu dek suami. hehehhee ... penatlah dengar. so supan santun tu kena lebih ler sikit.

ya ya aku selalu doakan ko jugak. Doa cepat dapat jodoh dan cepat kaya. kekekkeke

Pa'chik said...

wei.. bab cepat kaya tu.. du'a kan aku sekali weh.. ekekeke..

bagi lah budak tu weiiii.... ekekek...
apsal tak photoshop je gambar famili... heheh..

Azhar Ahmad said...

Ahahahahah, saya tersa sejukkkkk je... Cerita pasal anak2 membuatkan hati saya meronta-ronta nak kawin... Adehhhh

izinni said...

pa'chik,
huh! mata duitan gak ko ek. hehehhee ...

kalau ko kaya macam ananda krishnan sekali pun, takan aku bagi dia kat ko ... hahahaha
macamana nak photoshop kalau photonya pun tak ada? :p

azhar,
adehhhhh ... takat meronta je tapi takde ikhtiar ke arah tu tak leh gak. hehhehe .. cepat abih sekolah, pastu keje .. pastu kawin. ;)

Anonymous said...

salam izinni,
seronok pulak dengar cerita anak-anak ni. teringat saya masa anak-anak saya kecil.

cakap pasal kuak lentang, begitulah keadaan arwah afifah masa nak keluar. langsung dia terpaksa dikeluarkan kot tingkap daripada kot pintu. kena bedahlah izinni!

apa pun, harap segalanya berjalan dengan lancar bila awak bersalin nanti, inshaAllah.

kingbinjai said...

uiks, yang bab syabil tu, bahaya tu

izinni said...

accia,
mesti rindu saat anak2 masih kecil kan. bila dah besar, depa more independant dan tak perlukan ibu lagi. mesti terasa sunyi.

harap idaklah sampai kena kuar ikut tingkap. biarlah normal biarpun sakit. ikut tingkap ni susah nak jaga diri sendiri nanti. banyak benda tak boleh nak buat.

terima kasih atas doa Accia tu. for updates samada saya dah bersalin ke belum, boleh la ke blog sahabat saya khairyn, ya.

king,
saya seriau. boleh bayangkan masa dia bercerita. serius muka dia masa explain. yakin sungguh dia yang dia nampak tu saya. meremang ...

Pa'chik said...

oit... kalau terus-terusan kumpulan perompak profesyenel tu dok memerintah.. kena lah jadik mata duitan... ekekeke.. penat ooo... rege barang asek naik naik naik...
alah... kalau kaya macam qarun? buleh?
takkan takde langsung gambar ko.. gambar kat ic ke.. buh je lah kat badan sapa-sapa.. ekekek.. macam anak puntianak tu.. konon-konon dipotosop lah gambar dia tuh.. ekekek...

Anonymous said...

Huhu..
Nisa tu macam saya masa kecik-kecik kan?
Hahak!
Nanti dah besar mesti anggun macam saya =))

Bila nak keluar yang dalam perut tu?
Huhu..
Moga selamat-selamat semuanya ek.. :)

MakcikMuda said...

waaa~

sonoknyer kak has.

nih yang rase nak kawen neh :|

ahaks!

kang da ade baby baru kang,beli2 la camera. nak gak nengok.

seronok tol. nnt lau rynn kawen,xnak ahh kije. ahaks!

khairyn said...

oh aku lupa nak sebut..

aku rasa yang dalam perut tu aktif taim malam sebab terkenan kat aku la tu.. ibu selalu borak taim Glasgow.. amacam????

DeeN said...

Alhamdulillah! Ramai anak rezki pun lebih. Saya ada anak gak, tapi anak tekak, anak rambut dgn anak mata jer la hehehehe....!! ;)

blackpurple @ jowopinter said...

Ceria-ceria dan cergas-cergas semuanya ya. Merekalah nanti yang mendoakan kesejahteraan kita.

Anak-anak 'nakal' tak apa jangan 'jahat'. Saya dulu kecil2 pun nakal sungguh, tapi dah besar sangat baik dan santun orangnya. Hehehe!

izinni said...

pa'chik,
kalau mu nak cepat kaya, mu jadi penyeludup profesional kat sungai golok nun. hehehhe
alahaiii .. anak pontianak tu ek. ni mesti antara yang pertama dok tatap gambar 'fotoshop' manusia tu. hahahahah ...
nanti2 la .. bila aku dah slim balik baru aku amik gambar. main lekat2 tak main la. hehehhe

cik akira ati san,
errr ... malangnya idak ler teman tau macamana gamaknya orangnya cik ati masa kecik-kecik. hehehhe .. bila besor suka tido, makan jajan, tenet. huhuhuhuhu ..
yang dalam perut ni? hmmm ikutkan telahan doktor due datenya 6hb, sehari sebelum masuk tahun tikus. ibunya nak dia keluar cepat sebab dah penat bawak perut dan badan. hehehhe..
nanti bila dah selamat, datang ler spital serdang ek. hehhehe

ryn Cowbra,
lagi sorang kemaruk nak kawin. abihkan belajor tu dulu ek. pastu nikah ler bila dah ada calon. pastu buleh dapat sedozen atau lebih anak .. kalau sanggup. hehhehe

jadi ibu sepenuh masa pun satu pekerjaan juga tau. kerja pejabat abih time 5. kerja ibu rumahtangga ni 24jam tanpa henti. ;)

khairyn,
ko tu .. tiap kali aku ngandung mesti kata terkenan kat ko. hehehehe ... abih dah tak buleh nak tido, ko plak ada .. sembang ler sampai lembik. pastu terus senang tido. ekekekke ...

@deen,
Alhamdulillah ... insyaAllah rezeki hamba Allah ni sentiasa ada. Ada orang takut nak beranak ramai .. takut miskin. Maklumlah perbelanjaan nak sara dan didik anak sekarang bukan murah. tapi, rezeki tu dari Allah. kena yakin setiap cahayamata tu ada rezekinya.
bila dah bertemu jodoh nanti .. ramailah anak betui .. bukan takat anak tekak, anak mata je .. hehehe

BP,
ya. merekalah yang mendoakan kita nanti, insyaAllah.

betul tu. nakal takpe. insyaAllah dah besar jadi manusia beriman dan takutkan Allah.

errr ... awak tu bila lagi. jangan biar si dia tunggu lama-lama ya. ;) Sifat sangat baik dan santun tu boleh gak dikongsi dengan yang tersayang. hehhehe

Anonymous said...

kak has... pas ni kalau ada rezeki lebih bleh arr tambah sampai 10 plak ek :D