Thursday, April 15, 2010
Friday, April 09, 2010
Bumi Hijau ...
Ya kawan-kawan. Hutan rimba di depan dan di belakang sudah dibersihkan. hehehehehe .. Daku merasa sungguh gembira dan teruja.
Setelah dibersihkan ... akhirnya barulah jelas di mata akan hasil2 'kebun' yang tidak seberapa ini. Tidak perlu lagi mereka berkongsi nutrien-nutrien tanah dengan saudara tiri berlainan gen ... si lalang! Menunggu masa ...
Namun begitu, pokok betik ini akan ditebang tidak lama lagi kerana tumbuh dan membesar betul-betul di tepi pintu pagar. Tapi tidak mengapa ya ... masih ada 2 lagi saudaranya yang akan mengambil alih peranannya sebagai pembekal betik segar.
dari minda
izinni
at
1:12:00 AM
4
minda berkongsi sembang
Thursday, April 01, 2010
4 tahun laa ...
Fuiyoooo ... lagi 7 hari genap sebulan blog ini gagal dikemaskini. Banyak sungguh sawangnya.
Sebenarnya tetiba pulak nak mengupdate ni sebab nak abadikan kenangan ulangtahun Nisaa' yang ke - 4. Macam baru je dia lahir ke dunia. Hari ni genap 4 tahun laaa ...
Nisaa' dah baca Iqra' sampai huruf 'ro'. Alhamdulillah lancar pembacaan dia setakat ni. Cakap pun makin petah dan banyak jugak permintaan nak itu, nak ini. Alhamdulillah, dia tak mintak suruh bawak party pack macam kawan2 lain ke sekolah. Kalau tak jenuh wei nak menurut. Aku bukan suka sangat dok layan kerenah gitu.
Jadi petang tadi aku pun masuklah dapur buatkan kek cekelat milo kukus sejibik untuk dia. Suka sangat la dia. Yang lain pun seronok sama sebab dapat makan kek. Lepas tu masing2 hyper semacam sebab terlebih gula la kot .. huhuhuhuhu ...
Meh la layan gambar besday si Nisaa' tadi.
dari minda
izinni
at
8:59:00 PM
5
minda berkongsi sembang
Monday, February 08, 2010
GEDIK!!
apasal gedik sangat kata sanggup bincang apa sahaja dengan umno? adehhhlaaaaaaaa!!! aku rasa nak jerit je. cakap la ... isu bincang dengan umno tidak timbul lagi .. tutup! tamat! sekarang hanya nak tumpu pada pakatan rakyat dan rakyat sahaja!! tak perlu nak bincang dengan umno dah sebab umno jelas sudah muflis! muflis segala-galanya!!
susah sangat ke???????????????
arrrghhhhhhhhh ..... elok 4 enjin yang hilang tu .. bila jumpa balik .. sumbat masuk dalam mulut2 depa ni!??!!!
GEDIK!!!!
dari minda
izinni
at
10:33:00 AM
7
minda berkongsi sembang
Saturday, February 06, 2010
It's all about Ali
Inilah wajah-wajah Ali sejak seawal usia 4 bulan. Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan dan tahun ke tahun ... Ali membesar menjadi seorang anak yang aktif, bijak dan pelawak. 
Hari ini genap Ali dua tahun. Sekejap sungguh masa berlalu. Semoga membesar menjadi anak yang soleh, InsyaAllah. Wajah Ali hari ini, kini, waktu ini.
Video-video Ali yang sempat di rakam sepanjang dia membesar ...
dari minda
izinni
at
9:45:00 PM
8
minda berkongsi sembang
Wednesday, February 03, 2010
Nak dengar lagu kanak-kanak?
heheheehe .. enjoy!
dari minda
izinni
at
9:20:00 PM
4
minda berkongsi sembang
Azan Maghrib
Entri tadi panjang sangat, so aku attach video Irfan azan Maghrib yang sempat aku rakam kat entri yang ini. Eloknya baca entri sebelum entri ni sebelum baca entri yang ini. Faham? hehehhee
Ohhh sebelum ada yang tanya kenapa Irfan 'baring" .. ni jawapannya ... dia berlatih penafasan. So suara keluar dari perut, bukan dari tekak. ala-ala AF gitu ... :P hahahahah ...
dari minda
izinni
at
3:13:00 PM
4
minda berkongsi sembang
