Thursday, November 15, 2007

Rahsia ...

Sebenarnya aku ni suka berahsia. Terutama tentang hal-hal peribadi. Hal-hal yang aku anggap milik aku seorang. Adakalanya sesetengah rahsia tu aku tidak suka berkongsi walaupun dengan orang paling rapat dengan aku i.e suami atau sahabat baik (khairyn, za).

Pendek kata, aku ni pandai simpan rahsia. hehehehe ... Orang takan tau rahsia orang lain dari aku. Walaupun orang kata wartawan ni kepoh dan tak pandai simpan rahsia, tapi aku ni pandai korek rahsia dan pandai pulak menyimpannya. Kalau rahsia orang aku boleh simpan, inikan pulak rahsia senditi. Lagilah aku pandai kambus ... baik punya kambus. I might be a serial-killer, you know! hahahhahahha

Pada aku, ada perkara yang bukan untuk dikongsi. Ada perkara yang hanya milik aku seorang. Sampaikan ada seorang teman merasa terpinggir semata-mata aku tidak pernah bercerita tentang siapa 'crush' terbesar aku masa sekolah kat atas bukit tu. Sampai sekarang aku tak bagitau dia walaupun selalu jugak dia mendesak. Pada aku, itu kisah silam. Tidak perlu diberitahu. Biar jadi rahsia sampai bila-bila.

Hari ini aku rasa aku nak berkongsi rahsia. Lama juga aku simpan rahsia ni. Berbulan-bulan. Hanya seketul dua manusia dalam dunia blog je yang tau pasal rahsia aku ni. hehehehhe

Mula-mula rasa macam tak nak bagitau. Tunggu bila dah 'jadi' baru nak war-warkan pada semua. Tapi, hati menggelitik pulak nak berkongsi. Apa orang kata .... berkongsi gembira dan duka.

Untuk pengetahuan semua, harta aku akan bertambah tidak lama lagi.

Ya. Harta dunia dan akhirat.

InsyaAllah, jika tiada aral melintang .... dipenghujung Januari atau awal Februari (minggu pertama), keluarga aku akan bertambah seorang lagi ahli.

Ya. Aku sekarang hamil. Habis November, genap 7 bulan kandungan ke-5 ni. Muhammad Irfan, Zinnirah, Syabil Iman dan Nisaa' Az-Zahraa bakal mendapat adik.

Doktor meramalkan 8 Februari. Tapi sejarah membuktikan zuriat-zuriat aku mahu melihat dunia lebih awal dari ramalan. Seminggu atau 2 minggu lebih awal.

Bin atau Binti tidaklah aku ketahui. Hanya Dia yang tahu. Jika yang dulu-dulu instict aku kuat, kali ini instict tu kurang melekat. Tak tau pulak kenapa. Mungkin belum sampai seru kot. Nama pun tak dipilih lagi. Nanti-nantilah ... yang penting selamat. Tentang nama ... aku, suami dan anak-anak ada 2 minggu selepas melahirkan untuk memilih yang sesuai.

Jadi ... ada lebih kurang 2 bulan lebih je lagi ya. hehehehhe ....

Nota kecik-kenot:
Pa'chik! Jangan harap aku nak bagi kat hang! hahhahahahaha :-P

27 comments:

Anonymous said...

tahniah..
moga dikurniakan Allah anak yg soleh dan solehah.. :)

Anonymous said...

tahniah..
moga dikurniakan Allah anak yg soleh dan solehah.. :)

Azhar Ahmad said...

Easanaya buk Izzi bagitau dulu dah ter'mengandung'. hahahah.. Tak bagitau brapa bulan palk... hahahha

Jaga makan elok2.

Anonymous said...

Tahniah juga.
Adam juga bakal dapat adik, dalam masa kurang lebih sebulan lagi. Insya Alllah.

Dan kami juga belum tahu lagi jantinanya :)

Girl A said...

kak has,
congratulations! i'm happy for you. no wonder senyap jer :D

Accia said...

Tahniah izinni,
semoga segalanya lancar, cepat atau lambat, inshaAllah.

Mak Su said...

hohoho..seronoknyer dia....

Anonymous said...

Tahniaahhhhhh oh sukanya. aku dah agak dah. lama ko hilang, macam merendam orang mabuk tak larat pulak. hehehe

Pa'chik said...

hahah.. tak nak lah yang kecik.. nak yang besar sikit tuh... ekekek...

oit.. anak sulung ko pegi tak hari kunen tuh?

tahniah la weh... semuga bayi nya sihat.. dan kau jugak... amiin...

Unknown said...

Yang ke-5? Kaya, kaya.

Anonymous said...

wah!
bertambah kayalah kak has :D

semoga semuanya selamat belaka..
jaga diri baek-baek :)

izinni said...

cik anon,
terima kasih. aminnnn ...

Bapak Ajehar,
hmmm rasanya idak pernah plak cerita apa2 pasal ni. hehheeh tapi takpelah. Pasal makan tu ..insyaAllah. walaupun selalu kena tegur dengan bos dulu sebab rancak sangat makan nenas. ekekekke

najmudin,
terima kasih. wahhh .. Adam pun sama ya. Macam kingbinjai la ya. Anak hujung tahun la ya. Sentiasa muda :-D
Tahniah saya pada najmudin dan zaujah.

aZaH,
thanks dear. bila la kita ni nak merasa happy untuk dia pulak ya? heheheheh

accia,
InsyaAllah. Semoga dipermudahkanNya. :)

Mak Su,
errrr takde plan nak menambah bilangan umat ke? hehehheeh

sangdiva,
hahhahaa .. ko tau je la kan. aku kalau berisi, mabuk ngalah mabuk laut. lembik semedang tak kira pagi ke, petang ke, malam ke.
errr ko tu bila lagi. isyyy .. jenuh aku tunggu ko ngan harny. hehehhehe
rajin2 tu call ler. aku ni nak ke BB shah alam tu malas ler bebenor walaupun tak sampai 15min pun.

pa'chik,
kalau yang kecik aku tak nak bagi .. inikan plak yang besar sikit tuh. hehehhee ...
irfan tak gi sebab hari kunen tu bertembung dengan hari sukan sekolah. aku berdemo kat tepi padang nengok anak2 bersukan. husband sorang je gi walaupun terjengket2 dek sebab kaki tu bisul. kena simbah jugak la.

Kata Tak Nak,
Alhamdulillah. Rezeki Allah.

akira san,
ha ah kaya bebenor teman ni. hehehhee ... terpikir gak. larat ke nak cukupkan kuota diri sendiri. masa memula kawin dulu, plan nak 6 orang. sekarang ni .. adehhhh ... macam tak larat je dah. hahhahahaa ...

Pa'chik said...

hahah.. kalau kena simbah.. sekali ngan mudin dan blekpepel lah... ekekek...

izinni said...

pa'chik,
aku punyala jeles bila dia balik dengan baju kuyup. hehhehee ... dia kata orang-orang dalam bas semua pandang.
kalau ko nak tau, budak kecik yang ko nak tu pandai demo. hari-hari dok angkat tangan kanan naik tinggi sambil teriak "TAKBIR!! Awwah-akbat" bila nampak ayah dia. hehehehe. siap teriak "hidup-hidup, hidup PAH!" hahahhaa .. penangan abang-abang dengan kakak dia dok ajar. pastu dia tepuk tangan ... "nishak andaiiii ..." hehehehhe

Pa'chik said...

hak hak... bagi aku lah wei... ekekek...

izinni said...

hehehhe ... kalau ko dengor dia bercakap, lagi la ko seronok. hehehhee ... pandai bercakap yang sorang ni. dengan ekspersi muka sekali. kekadang tak tau biji butir apa yang dicakap dia tapi seronok je kitaorang mengiakan. suka memanjat. teka .. tiap kali dia memanjat, melompat .. apa yang dicakapnya?? hehehhehe

Pa'chik said...

ntah... cemerlang gemilang terbilang kot?
ekekeke...

Anonymous said...

ala aku ni jangan ditunggu. belum berjodoh. dah tua2 ni tak de orang nak dah lagi.

orang lelaki sekarang ni cari yang genit, comel lote, manis, manja menawan.

perempuan keras kejung macam aku ni mana leh nak lawan

izinni said...

pa'chik,
cheh! ko fitnah anak aku ek. hehhehe
dia cakap .."ticakman...ticakman...ticakman ....
hehehe

div,
uiks .. udah clash ke? takpe div, kalau takde jodoh kat dunia ni .. insyaAllah jodoh ko memang dah sedia tunggu kat akhirat nanti.

khairyn said...

hahahaha

tapi kan ko selalu tak tahan ngan aku. Rahsia mu ada gak menjadi rahsia ku wohohoho.

Ko tak leh tahan ke sampai 22 Feb. Boleh sambut besdey ngan 'kawan' dia ni kakakakaka

take care dear

Pa'chik said...

hak hak...
fitnah ke lagu tu? ekeke... curiwang... taklehbilang... grentisnang... ekekeke....

zwitterion said...

bestnya dapat baby..:).moga dipermudahkan..

shafarina said...

Tahniah! Sekarang dah sarat la kan. Lebih kurang jek due kita, selang 2-3 minggu jek.

:)

CerminDiri said...

salam kehidupan,

tahniah!....bertambah lagi keluarga anda dan bertambah lagilah umat Islam di muka bumi ini.

achik said...

salam kak izinni.. tahniah2..
semoga dipermudahkan semuanya.. :)

LadyTiz said...

tahniah.. :)
kasi nama athirah kalau perempuan. hehehe..

Achik_Sufi said...

alhamdulillah...
bertambah lagi umat nabi muhammad...

semoga dipermudahkan ketika bersalin nanti n semoga anak c hat...amin.

dah siap nama ke belum...?