Tuesday, July 08, 2008

Terima Kasih

(Tarik nafas panjangggggg ......... lepas pelan-pelannnnnnnn .....)

Salam ...Lama tak jenguk rumah ni. Nak kata rindu tidak jugak tapi rindu kat kawan-kawan yang rajin jenguk walaupun belum tentu ada apa-apa khabar atau tulisan yang terbaru. Talian hayat yang kat rumah telah diarwahkan oleh yang 'berkuasa' sebab tak bayar duit kopi depa .. hehehhee ..Ni dapat 'pelepasan' dari tugas. Lepas hantar anak-anak ke sekolah, singgah ziarah pusara mak .. yaaaa dalam hujan ... :)Pastu ke pusat multimedia mpsj untuk check email dan ya ... ke sini.

Apa khabar? Sihat semua hendaknya.Banyak yang jadi dalam tempoh lama menghilang ni. Yang paling terkesan .. pemergian mak. Allah dah jemput mak. Mak kembali ke Rahmatullah pada hari Ali Qa'id genap 4 bulan - 6.6.08. Ramai yang dah tau kan. Terima kasih pada Khairyn dan Ati @ Akira. Terima Kasih juga pada semua yang menyampai ucap takziah dan mengirim doa buat mak. Aku sangat-sangat menghargai. Terharu sangat.

Kelmarin genap sebulan mak pergi. Sebetulnya sampai sekarang hati masih berat dan rindu-rinduan. Banyak yang terkumpul dalam hati ni tapi belum masa untuk diluahkan semuanya. Biarlah rasa yang ada ini disimpan kedap dulu dalam hati.Sebenarnya banyak yang nak ditulis tapi masa singkat sangat. Ada masa dan peluang nanti aku akan curi masa dalam sejam untuk singgah ke cc ... insyaAllah. Lepas ni nak bertandang ke blog2 yang lain. Nak baca apa yang aku tertinggal ... tapi belum tentu aku akan tinggal jejak :)

Jaga diri baik-baik.

6 comments:

ńĕĕń said...

Salam...

Alhamdulilah, dah kembali semula...

Ahad lepas, 060708, dek kebosanan saya baca en3 di blog ni yang lepas-lepas...

Al Fatihah buat arwah emak Izinni, Allah lebih menyayanginya dari kita semua...

Pa'chik said...

wei.. bak la ucapan tu... hahah... takde yang lam format doc ke? aku nak imel bg kat tuan keng je...

achik said...

salam takziah skali lagi..

jaga diri kak.. :)

kingbinjai said...

jaga diri :)

Mr penyubiru said...

salam takziah. semoga roh mak awak dicucuri rahmatNya.AlFatihah tuk arwah.amiin.

13may said...

moga ceria selalu :)