Thursday, May 29, 2008

Permainan jiwa ...

Permainan jiwa ni memang menyesakkan.
Entah kenapa sejak akhir-akhir ini emosi dan jiwa aku diuji sungguh-sungguh.
Samada hendak dilayan atau diabaikan. Akal juga yang perlu main peranan.
Emosi sedih dan lara aku sudah berjaya aku atasi. Perasaan itu aku jadikan dorongan untuk menjadi lebih baik.
Tapi aku kan manusia. Tidak mampu nak puaskan hati semua. Dalam masa yang sama hati sendiri perlu juga dijaga untuk tidak menjadi gila.
Seperti biasa ada sahaja yang tidak kena. Ada sahaja yang tak puas hati dan gemar adu domba. Gemar bermain api menyemarakkan rasa yang sudah terkilan.
Aduuhhh ... tiap aku juga yang jadi mangsa. Kenapa aku? Kenapa masih tidak puas hati?
Aku sudah menjauh diri. Aku tidak ganggu hidupnya lagi. Sebolehnya aku beralah dalam segala hal dan perkara.
Tapi tidak puas hati juga. Cari juga salah walau sekelumit cuma.
Mahu aku berdepan dan bertanya?
Tapi apa sudahnya?
Pasti berkerat arang pula nanti.
Jadi apa jadinya ... beralah terus?
Aku boleh ... tapi sampai bila hati terus dikacau gugat?
GILA!

Nota kecik-kenot:
Pada yang rajin jengah blog waris-waris aku ... silakan la ... dah ada entri baru :)

18 comments:

MakcikMuda said...

mengalah tak bererti kalah.

:)

jage diri bebaik,kak has!

Pa'chik said...

ni pehal pulak weh...

oit oit.. leh carik ucapan asri muda lepas pas kalah dulu dak? ucapan muktamar ke-28... tulun! tulun!!

Zuraini said...

Salam...

‘Katakan terus terang apa yang terasa di hati, asal engkau yakin itu benar. Itulah sifat sederhana. Kalau telah yakin bahawa kita berdiri pada kebenaran, walaupun orang akan menolak, percayalah bahawa nanti akan diterimanya juga.’ – Prof. HAMKA

apa pun yang berlaku semoga Izinni tabah dalam menghadapi apa jua dugaan yang mendatang, yang benar pasti terserlah jua, insya Allah.

achik said...

huhu.. mengapakah???
bertabahlah!!!

Anonymous said...

Kak Has!

Go go! :)
Ai doa baek-baek untuk yu..
Insya-Allah..

blackpurple @ jowopinter said...

Emosi seperti pasaran saham. Turun, naik. Melonjak, menjunam, merudum.

13may said...

hmmmm.....moga tabah!

:)

Mak Su said...

buat buat bodoh jer

Pa'chik said...

izi, takziah...
al-fatihah buat bunda hang..
semuga roh nya ditempatkan Allah dalam kalangan mereka yang dikasihiNya... amiin...

Zuraini said...

Salam...

betul ke khabar ni? Takziah & al-Fatihah buat arwah emaknya. Sesungguhnya Allah lebih menyayanginya dari kita semua, semoga rohnya ditempatkan bersama-sama mereka yang dikasihi Nya... insya Allah, amin.....

achik said...

salam kak,

takziah.. semoga rohnya dicucuri rahmat.. al-fatihah..

kingbinjai said...

salam takziah.

MakcikMuda said...

takziah,kak has.

Allah lebih sayangkan bonda.
kite yang hidup mesti teruskan kehidupan.

bonda kak has tak tinggalkan kak has. dia cume pergi jauh sikit dari kak has.
dlm hati, dlm jiwa.
dia sentiasa ada.

kuat ya,kak has.

Anonymous said...

cuba buat sesuatu yang mengembirakan.

DeeN said...

Maaf Kak Has.
Takziah sekali lagi!
Hari tuh just pesan kat atie jer.
Moga Kak Has lebih tabah!
Yes, you are!

Zuraini said...

Salam...

apa khabar?

-our- said...

Salam...
Takziah atas permergian ibu mu..
Sabar dengan apa yang berlaku..

BaYu SenJa said...

hati....
huh,
hati-hati ya :)