13 Mei - 39 Tahun Sudah Berlalu (Akhir)
Bab X
Mabok "Kemenangan"
Muka 87
... Sebagaimana yang telah saya sebutkan di-atas tadi, keputusan2 pilehanraya pada kali ini telah memeranjatkan semua pehak parti2 politik. Saya perchaya mereka yang se-habis terperanjat sa-kali ia-lah DAP dan parti baru Gerakan di-atas kejayaan2 yang mereka sendiri tidak sangka. Mereka terus merasa sombong dan bongkak.
Dengan kelakuan sombong yang mereka tunjokkan itu, maka tidak-lah boleh hendak disalahkan jika pelawat2 dari luar negeri menyangka bahawa parti2 itu-lah yang telah memenangi pilehanraya2 itu pada keselurohan-nya. Parti2 itu dengan tidak berlengah2 lagi mengatorkan perayaan2 menyambut 'kemenangan' mereka.
Pada pagi Ithnin, 12hb Mei, Dr Tan Chee Khoon yang telah memenangi kerusi dalam kawasan Batu, Selangor dengan kelebehan undi yang besar, telah meminta kebenaran Polis untok mengadakan satu perarakan kemenangan oleh anggota2 Parti Gerakan-nya. Satu permit telah di-keluarkan dengan sharat perarakan itu melalui jalan2 yang telah di-setujui oleh polis. DAP pula telah membuat keputusan hendak mengadakan perarakan pada hari esok-nya, hari Thalatha, 13hb Mei dengan tidak mendapatkan kebenaran polis. Chadangan ini tidak di-teruskan. DAP telah champor sama dalam perarakan Gerakan.
Muka 90
...Sa-telah perarakan yang berlesen itu tamat, perarakan2 haram yang penoh dengan perbuatan dan kelakuan biadab dan samseng telah di-adakan. Mereka telah melanggar perentah2 polis, dan melalui jalan2 yang tidak di-beri kebenaran sa-hingga menggendalakan lalu lintas. Perasaan gila kemenangan telah memunchak dan tidak terkawal lagi, dan pehak Komunis pasti pula mengambil kesempatan menghasut dan menghangatkan perasaan mereka. Orang2 yang menang pilehanraya itu telah membuat satu kekhilapan yang besar, sa-kali pun mungkin mereka tidak bertanggong-jawab atas kejadian itu.
Perarakan haram ini telah masok ka-Jalan Campbell dan Jalan Hale, ia-itu jalan2 menghala masok ka-Kampong Baharu di-mana tiga puloh ribu orang2 Melayu telah hidup dengan rukun damai dalam kawasan mereka sendiri yang terletak di-tengah2 bandar Kuala Lumpur dari semenjak bertahun2. Jalan Hale ia-lah sa-batang jalan besar di-Kampong Baharu. Di-sapanjang2 jalan itu mereka telah bertempek sorak, dan apakala mereka berada di-kawasan orang2 Melayu itu, mereka telah mengejek2 dan menunjokkan kebesaran mereka untok menaikkan perasaan marah orang2 Melayu.
Nota: Ada gambar dalam buku ini yang menunjukkan orang2 Cina yang menyertai perarakan 'kemenangan' pada 13 Mei telah menunjukkan batang-batang penyapu kepada orang-orang Melayu yang membawa maksud "penyapu untok menyapu orang2 Melayu."
(Gambar diambil tanpa kebenaran dari sini)
Bab XI
Api Menyala Malam
Muka 98
... Dia (KSU sulit Tunku) telah memberitahu saya bahawa Umno akan mengadakan satu perarakan untok merayakan kemenangan parti, dan mereka yang akan mengambil bahagian akan berhimpun di-rumah Menteri Besar Selangor, Dato' Harun bin Haji Idris di-Jalan Raja Muda.
Muka 99
... Tunjok2 perasaan yang di-lakukan oleh Gerakan pada 12hb Mei bukan sahaja telah menimbulkan perasaan marah orang2 Melayu bahkan juga telah menyakitkan hati mereka. Saya sendiri bimbang perarakan yang akan di-adakan oleh Umno itu mungkin membawa kapada kekachauan.
Muka 100
... Dalam masa kami (Tunku dan Tun Sambathan) melanjutkan perbualan2 itu, satu panggilan talipon telah di-terima pada jam 6.45 petang, meyatakan bahawa satu kejadian yang ngeri telah berlaku di-Jalan Raja Muda dalam mana beberapa orang China telah di-serang.
Muka 101
Tidak lama kemudian, Enche' Mansor, Ketua Lalu Lintas Polis Kuala Lumpur, dan satu dua orang lagi telah datang berjumpa saya dan memberitahu bahawa beberapa kejadian pembunohan telah berlaku. Bandar Kuala Lumpur terus di-letakkan di-bawah perentah berkurong mulai 7.00 petang. Pasokan2 Keselamatan telah keluar mengawal dan ashkar2 telah di-panggil untok membantu.
Muka 106
... Kuala Lumpur telah menjadi satu bandar yang terang dengan api kebakaran2 dan dapat di-lihat dengan jelas daripada rumah saya yang terletak di-atas bukit. Ini-lah satu pandangan yang sangat meyedehkan dan saya tidak sangka saya akan menyaksikan kejadian yang saperti itu sa-masa hayat saya. Api yang menjilat bangunan itu telah menghanguskan segala usaha2 saya dalam beberapa tahun yang lepas untok menjadikan Malaysia sa-bagai sa-buah negara yang bahagia dan aman, dan juga menghanchorkan impian saya hendak menjadi Perdana Menteri yang sa-habis2 bahagia sa-kali di-dalam dunia.
Muka 109
... Ketika mereka sedang berhimpun di-halaman rumah Dato' Harun, tiba2 perkhabaran telah di-terima yang menyatakan bahawa orang2 China telah menyerang orang2 Melayu di-Setapak, kira2 satu atau dua batu hala ka-Utara, sa-masa orang2 Melayu itu sedang dalam perjalanan hendak mengabil bahagian dalam perarakan yang akan bergerak dari Jalan Raja Muda. Perkhabaran itu segera menaikkan berang orang2 Melayu yang sedang berhimpun, dan mereka terus mengamok dengan tidak dapat di-kawal lagi. Dua orang China yang melalui jalan itu dengan menonggang motosikal telah di-serang dan di-bunoh. Dengan itu bermula-lah rusohan 13hb Mei yang meletuskan kekachauan yang belum pernah berlaku saperti-nya dalam sejarah Malaysia.
------------------------------------------
Begitulah sedikit sebanyak petikan-petikan tulisan Almarhum Tunku dalam bukunya. Buku yang setebal 259 muka ini memang amat menarik dibaca, sementelah bahasa dan tulisan rumi Melayu lama yang sangat unik. Secara peribadi buku ini aku anggap lebih kepada satu tulisan propaganda.
Pada yang berminat, eloklah cari dan baca buku ini. Memang menarik dan secara tidak langsung banyak pengajarannya juga.
Nota kecik-kenot:
Sempena usia rusuhan 13 Mei telah mencapai 39 tahun hari ini .... aku ingin mengucapkan SELAMAT HARIJADI kepada 13May. hehehehhee ....
11 comments:
tamat jugak ye.. selamat arijadi gak lah buat budak mei..
hahahha ... nasib 3 episod je kan. kalau tak musti mu buhsan gile. heheheh
dah semua-semua pun sama-sama yang rancang.. haha... takkan cina emsiey tak terlibat.. hahaha....
yang sampai duk bawah mageran negeri semekin ni... mereka juga...
yang gaduh di tahun 80an dulu, yang kena tangkap... orang lain... haha...
yang nak mandikan keris ngan darah orang cina... sudahnya duk nombor dua....
selamat hari jadik terlewat kat maymay..
oh oh! Besarnya penyapu tu :|
Kalau buat sapu umah saya kompem tugasan cepat selesai :))
last2 khir toyo yg kena sapu.. hehehe.. ;p
Salam...
tengok gaya gambar org yg dibulatkan tu ada cam gaya yg bergayut kat pokok2...
tuk menarik sokongan, isu perkauman sering digunakan... mereka2 yg tak perasan mudah diperdayakan...
Good Luck & Salam Ulang Tahun buat Irfan dan Zinnirah utk exam (Y) & birthday (^) mereka
selamat hari jadi maymay.. :)
ngeri keadaan 13 mei.. ishk... bersyukur x perlu lalui lgi.. amin.
ya aku pun baca dah buku ni. Terpaksa refer pada pak aku pasal peristiwa 13 may ni.
baca dengan minda yang terbuka. There's always two sides of coin kan?
tak pe la aku pun ucapkan selamat ulang tahun pada ahmay kat blog kau ni hahahaha
pa'chik,
ya ya .. semuanya ada cerita disebaliknya. tapi disebabkan sejarah kita depa yang risalahkan, ramai yang tak tau kebenaran atau tak mahu tahu yang betul.
ati,
ya. betui tu. sekali sapu je dah settle. hehhee
achik,
ha ha ha .. sekarang cuba nak sapu balik 'dosa2' silam dengan jadi goblog!
aini,
sekarang pun ramai apa yang nak jadi makhluk2 kat pokok tu ... kat parlimen ramai. hehehe
tyra,
insyaAllah ...
khairyn,
ya .. there is always two sides of the coin. tugas kita untuk cari dan fahami side yang lagi satu tu jugak.
apa versi pak ko?
Αlsо visіt my blog ρоst: payday loan online
My page ; payday loan,
& No report work on- employ exigent Payday Loans Online Loans No
citeMedical ply Or Medical Testing Company Payday Homework - WhereFlows And Undervalued stocks With
high gear cash renting Your condomutual Funds In India-A
Moneymaking investing pick What A PaydayFiscal option
For A payday loans Online register For Your Payday Loans Online
secondPayday Loans Online Learners The Top 10 Worst PC Viruses Of All
Post a Comment