Kalau ...
Sungguh aku merasa seolah-olah negara ini akan 'berperang' semula. Maksud aku, berpilihanraya semula. Semua isu-isu yang dimainkan dan dicanangkan lebih canggih dari masa pilihanraya.
Buat aku terfikir ... seronok juga kalau aku masih lagi wartawan di masa-masa begini. Seronok pulangkan soalan-soalan batu buah keras. Melantun-lantun gamaknya ...
Bayangkan ... di sidang akhbar TPM yang membuat kenyataan tiada siapa patut pertikai keputusan Sultan Perak. Terus aku akan angkat tangan untuk bertanya soalan ...
"Datuk Seri ... bagaimana pula dengan tindakan 23 ADUN Terengganu yang terang-terangan mempertikai keputusan pemangku Sultan mengenai perlantikan Menteri Besar Terengganu? Dan apa pula tindakan yang telah diambil PDRM terhadap kumpulan yang merentang kain menggelar Sultan sebagai Natang atau Binatang? Minta Datuk Seri komen juga kenyataan Perdana Menteri yang turut mempertikai perlantikan berkenaan dengan menyatakan ianya tidak mengikut perlembagaan, sama seperti apa yang diutarakan Pengerusi DAP Karpal Singh semalam."
Apa rasanya komen anak sulung bekas perdana menteri Malaysia ke-2 yang tak pernah hidup susah dan tak pernah berjimat tapi suruh rakyat yang susah papa kedana untuk berjimat cermat, ketika isteri dia boleh pergi ke luar negara berbelanja ratus ribu tak ingat dunia akhirat.
Pada aku yang tak berapa nak reti pasal perlembagaan ni .... the sultan has the right to do what he 'thinks' right within his rights. There might be a wisdom as to why he had asked the Menteri Besar to reinstate the joker. I refuse to speculate what was in his mind.
Yang lawaknya, semua habis kecoh pasal hal ni. Menyalak. Sungguh. Kalah salakan anjing liar. Sebetulnya aku bukannya suka si Benggali tua tu. Dia dah nyanyuk bagi aku dan suka buat statement yang mengarut semata-mata mahu dilihat masih relevan dalam dunia politik negara. Sepatutnya dia dah lama bersara. Biar anak dia si YB Puchong tu pulak melompat-lompat dan meroyan kat parlimen.
Semua sekarang dah pakat lupa dan buat-buat tak ingat apa yang jadi kat Terengganu dan Perlis yang pada aku lagi parah dari apa yang jadi kat Perak. Sah-sah MB Perak tak bantah titah sultan dia. Cuma si benggali tua tu je yang buat teguran berdasarkan tafsiran perlembagaan yang dia faham. Lagipun, teguran dia tu secara tak langsung membela gak puak-puak yang kurang ajar dan membinatangkan sultan terengganu yang juga Agong Malaysia ni.
Sekarang kemungkinan pendakwaan akan dibuat. Rajin si Ghani ya. Yang kat Terengganu tu dah terang lagi bersuluh menghina tak pulak didakwa. Padahal berlambak laporan polis dah dibuat. Lawak sungguh depa ni.
Hah! Ada pulak sorang manusia bengong yang kononnya lulusan UITM dah buat laporan polis pasal dakwa dia kerajaan negeri Selangor yang baru masih tempoh pantang 2 bulan tak tunaikan janji-janji yang dibuat dalam manifesto pilihanraya. Dia kata, "Tipah tertipooooo ....". Dia rasa diperdaya.
Lagi satu bengong. Buka pekong di dada. Mengaku lulusan universiti tapi boleh tertipu dan terperdaya. hahahahhahahaha
Kalau aku jumpa budak lulusan universiti tu aku nak tanya ... errr kalau aku masih wartawan laa kan ...
"Saudara/Saudari tidak berhasrat untuk ambil tindakan yang sama terhadap kerajaan persekutuan yang banyak juga membuat janji sejak 50 tahun dulu tapi banyak juga tidak menepati janji?"
Rasanya apa agaknya lulusan universiti tu nak jawab ya?!
Itu belum lagi apa si Chedet cakap tadi. Wahhh! Katanya kalau negara dipimpin pembangkang, depa akan mempertikaikan hak-hak sultan melayu sebab sekarang pun dah macam tu. Huh?!
Gamaknya siapa yang mula plot pertikaian hak dan kuasa sultan-sultan ni? Bukan dia ke?
Apa rasanya aku nak tanya kat dia kalau aku wartawan lagi ...
"Bukankah kerajaan BN yang memulakan pertikaian mengenai hak dan kuasa raja melayu sepertimana yang Tun lakukan selepas 2 tahun menjadi Perdana menteri pada tahun 1983 dengan meminda perlembagaan bagi menghadkan kuasa2 raja melayu. Jadi mengapa teguran pihak lain selain parti pemerintah dianggap satu aksi penderhakaan dan penghinaan terhadap raja-raja melayu sedangkan pindaan yang dibuat pada zaman Tun berkuasa tidak membolehkan raja-raja melayu terlibat secara langsung dalam politik dan pengendalian pentadbiran kerajaan?"
Wahhhh ... seronok berangan tapi itulah ... sekadar angan yang penuh dengan kalau itu dan ini .... macam la kalau aku masih wartawan ... depa akan bagi aku tanya macam tu .. mesti kena halau punyalah ... hahahhaha
Hmmmm .... Lepas ni lawak apa pulak badut-badut tu nak buat. Elok juga ... hilangkan sikit stress aku dengan banyak ketawa. Bak kata orang putih ... Laughter's the best Medicine.
hahahahahahahhahhahahaaaaachhhhoooooommmmmm! .... adehhhhhh
Nota kecik-kenot:
Rujuk artikel di sini berkaitan apa yang berlaku di zaman Tun mengenai hak dan kuasa raja-raja melayu. It is really a good read.
19 comments:
Salam kak,
Wah! U rowk la akak. Su'alan yg sgt berani mati. Dan besar kemungkinan tak akan disiarkan dlm mana2 akhbar arus perdana. Kecuali diblog2 'setinggan' (bak kata Pa'chik) macam kita semua. Huh! Tp saya sukalah su'alan kalau akak tuh. Bila agaknya nak jadi kenyataan ek? [berangan juga].
Aisey lupa tny kabar. Err .. akak sihat? Baby dah besar? ;)
Pergh!! Lama2 sekali komen terus leh jadik 1st pengomen. Terujenyee! Rasa cam 'berdebat' kat parlimen plak. Heheheheheee!! ;)
addeen,
salam kembali.
dah namanya pun soalan berkalau .. batu ler jadinya. hehhehhe ...
takan jadi kenyataan sebab dah lama tinggalkan kerjaya tu dan insyaAllah tak nak dah buat keje tu. heehheheh .. lain ler kalau jadi bos besar .. arah2 orang bawah tanya .. errr buleh gak dipertimbang. hahahha .. berangan lagik!!
alhamdulillah sihat2 macam tu la .. ada batuk2 gatal yang dah sebulan tak kebah lagi. baby alhamdulillah jugak dah genap 3 bulan 6hb hari tu. yang 4 lagi makin kian membesar :)
dan tahniah sebab jadi pengkumen pertama ... selalunya si pa'chik dengan aini. hehehhee
izinni,
aku rasa KALAU kau masih lagi wartawan, kau mesti tanya soalan-soalan tu dan wartawan-wartawan lain akan menyuakan pita rakaman masing-masing dan tv menghalakan lensa menunggu jawapan Tun, Menteri dan budak UITM.
Macam kau tak tahu. Dah lupa ke dulu time PC selalu kena macam tu? Sampai semua orang tunggu soalan-soalan maut dari ahchooo! Bersin plak :D
hahahahaha
khairyn,
tapi kan ... masih tak buleh lawan Best Journalist of the Year gitu .. hehehe.
aku bukan apa ... geram sgt bila tgk berita ... sekor pun tak tanya yang obvious nih!
panjangnya seh... tak sempat nak baca semua. i'll come back later at home. (kalau Maxis BB mengizinkan!)
whoa!
tabik spring la dgn kak has.
kalaulah ryn sehebat kak has.
kalaulah tivi/suratkhabar siaran soklan2 kak has.
mekaseh yew kak has sbb menghapdetkan ryn dgn ape yg blaku di luar sane. ahaks!
munyik cam da x mengadap kaum manusia jek :))
mudin,
panjang ke? tak terasa pulak masa menaip .. hehhe
ryn,
ryn akan jadi hebat jugak. sungguh. yang penting kena berani.
takpe .. tak tau pun takpe. study je.. nak exam kan :)
memula sekali.. time kasih wei.. aku ingat nak tulis dah.. sama je isinya.. hahah.. tapi.. takde selera pulak nak campur hal pulitik bodoh rakyat melaya ni...
cuma yang sebaiknya.. ko hati-hati lah skit... beli je beras kalau ada.. takut kang... ada yang buat gila dekat-dekat nak sambut hari jadi pertubuhan yang dah haram tu...
dekat pulak ngan peristiwa dulu... dan keadaan pun sedikit lebih kurang sama.. mereka tengah kalah... teruk.
hati-hati lah wei...
oit.. betul ke meleimel dah bebas balik? hahah... masuk balik lah...
Salam…
Masa tengok berita semlm (masih kat ofis), kita org dok gelak jer dengar kisah kat dewan & pasal aduan yg dibuat oleh lulusan U tu. Apa punya sengal lah dia tu, dah tak der citer lain ke yg nak diadukan. Yg si Karpal tu lak, biar jerlah dia tu, org tua kan mmg cam tu, yg nak bertegang2 urat ngan dia apa hal. MB Perak & Sultan tak der apa2 pun. Apa pun okey jugalah tu, boleh gak hilangkan keserabutan fikiran kita org ni - mana nak siapkan utk closing, mana nak layan kerenah audit.
Hari ni lak, bila Pak Lah sentuh lagi pasal raja berperlembagaan, confirm Pak Lah ni terlupa sejarah yang puak dia dah buat kat Perlis & Terengganu. Memang betullah puak depa ni mudah lupa mcm yg sering disebut2 (siap bersajak lagi) oleh mantan PM yg lps, sbb dia pun lupa sejarah (sebahagiannya) yg pernah dia buat dulu2 berkenaan dgn raja2 melayu. Tu lum lagi masuk bab2 yg lain, lagi banyak yg dia telah terlupa.
Masa berkumpul ngan kekwn ofis tadi, kita org dok fikir gak, tak der isu yg lebih bernas yang boleh dibahaskan ke selain itu semua. Rasanya banyak lagikan isu2 yang lebih memerlukan perhatian & tindakan.
Sebenarnya kepala ni dah beberapa hari ni mcm tak balance jer… tanda2 awal low blood pressure dah mula menampakan dirinya lagi… malas betul nak ke klinik... kad insurans tiap tahun sykt ganti, tu pun baru sekali guna, penghujung 2006 – gara2 ada lamb, tahu takut, tp takat tu jerlah bila doctor sahkan ianya jenis liquid & tidak perlukan pembedahan, alhamdulilah…
isyyy ko ni pa'chik ... insyaAllah tak jadi apa-apa. aku bersangka baik ni.
tapi kan ... suami aku hari tu dia bawak balik 3 bungkus beras 10 kilo. musykil aku sat ... hmmmm ... dia bila ditanya tak pernahnya nak jawab .. adehhhh ...
cer email aku maklumat apa yang hang ada. aku ada orang dalam kat umah ni pun tak nak kongsi2. dia takut aku citer kat blog kot ... adehhh ... sangka buruk ngan aku la tu ... hehehhe
MM dah bebas ... cirit! masih bawah media prima laaa .. takde bebas mana pun.
aku ni sekali dah cakap babai .. tak mahu aku gi kat tempat tu balik. besides environment dah beza.
neen @ aini,
melayu depa yang mudah lupa. insyaAllah kita jenis yang tak mudah lupa.
depa sengaja mainkan isu ni .. macam ada perancangan disebaliknya. bak yang dihintkan pa'chik .. 13 mei kan dah dekat dan depa pulak kalah teruk.
kalau tak sihat tu elok la pegi check. tak rugi pun .. tak kuar sesen pun. kalau badan sakit macamana nak kerja dengan cemerlang. nak beribadat pun tak larat.
gi je la klinik. dapat mc buleh rehatkan sekejap kepala dari segala hal pasal closing itu ini tu.
haha.. mana ada.. aku.. gatspiling je... heheh...
dulu pun dia dah nak buat gak.. yang masa indrap tu.. tapi gagal...
harap orang tak bodoh ikut depa dah la...
pasal somi ko beli beras banyak tu.. hahah.. tu pasal dia takut beras abis lah... sekarang ni susah gak nak dapat... ada orang kata, bekalan dalam negara sekarang cuma untuk tiga bulan.. lepas tiga bulan.. takut harga melantun-lantun je...
ah... dah baca. Tapi no komen. Sebab apa yang kamu katakan adalah exactly apa yang kami rakan-rakan bersembang masa rehat tengahari tadi. :)
Salam...
Thanks... MC? Mcm lawak jer dengar, bukannya apa, adalah beberapa kali saya ke klinik, baik masa di JB ni mahupun masa di Segamat, dah terang2 saya sakit, ada yg mmg demam & ada yg sakit mata, doctor tu tak beri MC pun, tp boleh pulak dia kata, 'ok, balik ni awak rehat ye'. Terus saya masuk ofis semula isi borang cuti... kekwn ofis pun terkejut bila saya beritahu tak dpt MC. Agaknya doctor tu terabun sikit kot, tak dpt bezakan antara yg dah bekerja ngan yg masih belajar. Yang peliknya bila org lain mudah lak dpt MC wpun tak sakit apa2. Dan kalaulah MC tu boleh di forward2 kan, rasanya hampir setahun jumlahnya. Kekwn tegur gak - rugi sykt bayarkan insurans utk saya tp tak guna. Alhamdulilah, Allah beri kesihatan yg baik, gaknya sbb dari kecik2 dulu2 dah puas sakit, pantang silap sikit & ada orang jaga - arwah emak, lah ni sendiri - seberapa boleh tak nak susahkan abang2 & kakak2 ipar.
Mmg dah plan nak bercuti pun, insya Allah 15 Mei ni nak ke KL - tapi apa2 pun kena siapkan semua kerja yg berkaitan ngan closing & audit - kalau tak lagi tak aman nak bercuti.
Maaf dah keluar tajuk.
13 Mei - itulah bila org tak dpt terima hakikat yg mereka dah kalah.
Kekawan pernah galakkan saya masuk dunia politik ni - alasannya banyak yg saya tahu. Kira boleh join kwn kita org yang sorg tu - org kuat (dia tak tahu pun yg saya ni di pihak lawan sbb bila dia ckp saya ye kan jer) wakil Prt. Sulong BP. Cukuplah setakat ambil tahu - amanah yang dah sedia tergalas di bahu ni utk diri sendiri pun dah terasa beratnya, ni pulak nak tambah lagi, minta maaflah bebanyak.
pa'chik,
sebab dah pandai la tak jadi apa2. yang penting orang melayu kita jangan melatah macam orang melayu depa. jangan jadi macam harun idris tu. memang la aku tabik dia berani lawan cina2 yang kurang ajar tapi sekarang kita bertindak guna akal .. bukan lagi perasaan.
tu laa .. apa la suami aku ni. terikut2 panik ler pulak. hehehhe .. takpe .. elok gak. anak aku ramai. hehehhe
mudin,
Alhamdulillah khatam juga. hehhehe
aini,
kalau rasa masih boleh bawak diri tu .. teruskan je la.
tak semestinya aktif politik untuk bawa perubahan ;)
mau tak panik... sawah kat myanmar dah tenggelam... lagi la teruk...
memang bala sungguh dah ni...
moh kita tanam ubi kayu. sedap bakar ke rebus ke cicah sambal belacan atau kelapa gula. huhuhu
Post a Comment