Sunday, May 11, 2008

13 Mei - (2)

Rasa syak parti pemerintah terhadap rakyat sendiri memang telah terpupuk sejak zaman berzaman. Jika rakyat secara 'tiba-tiba' membuat keputusan untuk tidak menyokong parti yang memerintah, secara melulu rakyat akan dikatakan telah disogok dan sudah ditipu. Sentimen perkauman terus dimainkan.

Adakah rakyat betul-betul bodoh, lurus bendul dan tidak boleh berfikir secara waras?

Sejak dari mula lagi prejudis itu menebal terhadap parti pembangkang terutamanya PAS. Bukan itu sahaja, pemikiran dan kepercayaan mereka bahawa mereka 'sepatutnya' terus dibiar memerintah kerana telah 'berjasa' kepada rakyat dan negara, sangat menebal sehingga kini.

Muka 31
... Mungkin mereka telah menerima arahan daripada pehak2 tertentu, atau pun mereka telah di-ugut dan mereka mengundi Parti2 yang menentang Perikatan kerana takut. Apakala salah sa-orang daripada mereka itu di-soal kenapa mereka telah pergi ka-pondok chalun PAS, ia telah menjawab bahawa tidak ada sebab bagi orang2 China takut kapada PAS di-Kedah atau di-mana2 tempat yang lain sekali pun Parti itu mempunyai dasar anti orang2 China, kerana orang2 China di-Kelantan tidak teraniaya sekali pun Parti itu berkuasa di-negeri itu.
(Sangat prejudis andaian Tunku. Satu pemikiran yang telah berakar umbi dalam Amno sehingga kini.)

Muka 32
... Allahyarham Dato' Onn dengan sa-chara tidak langsong ada-lah bertanggong-jawab melahirkan PAS semasa beliau menjadi Yang di-Pertua Agong Umno. Ketika itu Badan yang tersebut di-namakan Jawatankuasa Ugama yang mempunyai tujuan untok menasehatkan Umno dalam segi ugama.
Bila Dato' Onn meninggalkan Umno, ahli2 Jawatankuasa Ugama itu kemudian-nya telah menukarkan chorak ugama kepada politik supaya dapat-lah ia-nya bertanding di-dalam Pilehanraya2 di-atas nama-nya sendiri.

Bab VIII
Pengundi2 Membuang Undi

Muka 73
... Mungkin juga boleh difahamkan bahawa pada hari itu saya bukan-lah sa-orang Perdana Menteri lagi tetapi sa-bagai sa-orang chalun yang menyerahkan nasib-nya kapada pengundi2 untok mendapat-kan persetujuan mereka menurut asas2 demokrasi.
... Surohanjaya Pilehanraya telah mengambil tanggongan yang penoh untok mengawal Pilehanraya itu, dan sa-belum pengundi2 memberi mandat mereka, dan sa-belum laporan2 di-terima menegani pengundian itu, tidak ada siapa pun yang dapat meramalkan hasil Pilehanraya itu.
Sunggoh pun terdapat kempen2 yang liar yang belum pernah saya alami di-masa yang lepas, saya merasa bagitu yakin bahawa Parti Perikatan akan menang sa-kali lagi dengan kelebehan dua pertiga sa-bagaimana dalam Pilehanraya2 yang lalu.

Bab IX
Hasil2 Yang Mengejutkan

Muka 80
...Perikatan boleh merasa yakin bahawa dengan jasa2 yang telah di-buat oleh-nya itu, ia akan mendapat sokongan daripada pengundi2, dan sa-kali pun boleh diramalkan keputusan2 Pilehanraya itu dengan berdasarkan kapada sambutan yang bagitu kechil terhadap parti2 lain di-masa2 yang lepas, tetapi puak2 pembangkang menggantongkan harapan-nya di-atas kemungkinan2 berlaku-nya sikap berpaling tadah di-kalangan pengundi2.

*Untuk rekod, waktu mengundi dulu sampai 8 malam.

Muka 82
... Sa-bagaimana yang telah berlaku dalam Pilehanraya2, keputusan pengiraan undi bagi kawasan2 dalam bandar telah di-ishtiharkan lebeh awal dari keputusan2 bagi kawasan2 luar bandar yang pengundi2-nya berselerak. Dari keputusan2 awal yang telah di-ishtiharkan sa-lepas sahaja dari tengah malam, maka terbayang-lah bahawa Perikatan di-Pulau Pinang akan hilang kuasa-nya.

... Pengundi2 di-Pulau Pinang, ia-itu sa-buah negeri yang terkenal sa-bagai sarang puak2 pelampau di-masa yang lepas, tidak lagi mempunyai Parti Buroh untok di-sokong, tetapi kejayaan Parti Gerakan, ia-itu sa-buah parti yang baru yang sa-orang demi sa-orang chalun2-nya telah berjaya di-perengkat negeri, ada-lah menunjokkan bahawa sikap berpaling tadah telah berlaku di-negeri itu. Sa-lepas daripada beberapa keputusan lagi di-ishtiharkan, maka makin jelas-lah bahawa Perikatan tidak ada harapan lagi untuk memegang kuasa di-Pulau Pinang.

... Keputusan2 yang memeranjatkan telah di-siarkan melalui radio dan talivishen. Parti2 Gerakan dan DAP telah mendapat kejayaan2 yang besar dalam kawasan2 Negeri Selangor, dan sa-lepas itu saya merasa amat terharu kerana keputusan2 di-negeri Kedah juga telah menunjokkan kekuatan Umno di-negeri itu juga telah goyang.

Muka 83

... Umno telah mengalami beberapa kekalahan di-dalam negeri saya sendiri sa-kali pun sa-tengah2-nya dengan kekalahan undi yang sangat kechil. Mithal-nya Menteri Penerangan dan Penyiaran, Enche' Senu bin Abdul Rahman telah tewas hanya dengan kekurangan lapan puloh lapan undi sahaja. Kira-nya beribu2 orang China memberi undi mereka kapada-nya, tentu-lah dia telah berjaya. Bagitu-lah juga keadaan yang terjadi di-atas diri Dr. Mahathir dan Enche' Mohamed Zahir.

.. Perbuatan berpaling tadah ini telah timbul dengan bagitu besar sa-hingga saya sendiri chuma dapat kelebehan undi kira2 tiga ribu, walhal di-masa yang lepas saya sentiasa-lah mendapat kelebehan undi sa-banyak sa-belas ribu atau pun lebeh.
(Sindrom menyalahkan orang lain daripada melihat kesilapan diri sendiri telah lama wujud dalam diri mereka-mereka ini. Sudah menjadi sifat yang diwarisi.)



.... bersambung.

13 comments:

Anonymous said...

Aku pun pernah baca buku ni. Cetakan pertama tahun 69 juga hehehe. First time baca aku dah rasa buku ni propaganda jer. Tapi yang buat aku teruja membacanya sebab ejaan lama tuh

Anonymous said...

Aku pun pernah baca buku ni. Cetakan pertama tahun 69 juga hehehe. First time baca aku dah rasa buku ni propaganda jer. Tapi yang buat aku teruja membacanya sebab ejaan lama tuh

izinni said...

khairyn,
memang totok-totok propaganda. aku rasa buku ni jadi kitab wajib semua pemimpim umno sebab apa yang tunku tulis dalam buku ni, selalu benor jadi. hehhehehe
aku pun suka ejaan lama tu. teringat masa sekolah rendah dulu. gitulah cara ejaan yang diajar kan kan kan

Pa'chik said...

haha... sama jugak orang pas pun... asik salah kan orang lain je... tang lemah diri sendiri.. heheh...
aku tak sempat belajar guna ejaan cara tuh..

buleh dah ko tulung cakap ngan makeluk amnu nih... rentikan lah duk sambut ulangtahun pertubuhan haram tuh... hahah...
deme tu kan ada pertubuhan baru yang lahir 19 februari rasanya... sambut yang itu lah... ekekke...

izinni said...

hahaha ... memang gitulah gayanya. Nanti aku petik tulisan Tunku pasal apa yang PAS dan DAP buat time pilehanraya tu. hehhehhe

makeluk amnu tu takda telinga. depa pekak tuli. heheheh

Zuraini said...

Salam...

selagi dlm diri puak2 tu tak ada sifat muhasabah diri selagi itulah depa dok menyalahkan org lain... nak gelak jer dengar ucapan Pak Lah sempena sambutan partinya... Suka ngan Dato' Onn & juga rakan2nya - wpun dia yg mengasaskan tp kerana ada yg tidak bersesuaian sanggup dia meninggalkannya. Cucunya tak berani lak cakap yg arwah datuknya tu pengkhianat, kalau org lain dah macam2 dikatanya. Tapikan amno yg frist tu kan dah meninggal, yang ada sekarang ni kan yang baru, knp depa tak sambut guna tarikh yang baru, kenapa mesti sambut yang dah meninggal tu kan … Kalau ditengok daripada sejarah mereka yang berani berjuang ni pegangan agamanya kuat kan…

akirasuri said...

Erm.. Sukalah sangat salah sana sini..
Padahal memang silap sendiri..
Alahai..

Manusia ni macam-macam.. dan mahluk yang kelakar! :))

DeeN said...

Err..
Tatau nak tulis apa. Perut tengah berkeroncong. So, dok leh nak pikio. Heheheheee..!!

Tp saya menyeru kepada orang2 ramai supaya menghentikan sikap saling menyalahkan sesama sendiri. Tak ada faedah pon!

Mak Su said...

sejarah utk diteladani ni, tq.

achik said...

biasalah tuding salah kat org lain.. mana nak nampak salah sendiri kan.. atau buat2 tak nampak sebenarnya.. huhu..

Zuraini said...

Salam...

Selamat Hari Ibu (maaf terlewat & terlupa).

Minggu lps gi Majlis Maulidur Rasul yg dianjurkan oleh PUSPANITA kat komp. Islam JB ngan kekwn ofis... tah kenapa masa baru diperdengarkan dgn lagu Mata Hati, mata dan mula berair tp msh boleh control lagi... tp bila part dah masuk bab2 permulaan kejadian kita di dlm rahim ibu2 kita (sambil dipertontonkan slidenya rasa lain sesgt) dah mula dah... tulah first time kekwn nampak saya mengalirkan air mata sbb selama ni saya dpt mempertahankannya (melarikan diri ke tempat lain, yg penting org tak nampak tp Allah ttp tahukan, betapa hipokritnya saya... hahaha.) Seblm ni dah biasa dah tengok gambar2 tu semua tp tak tahulah knp hari tu rasa lain benar. Bila blk ofis dan ada yg bertanya best ke ceramahnya? Komen yg sempat saya dengar, ramailah juga yg menangis - sambil kekwn yg gi tadi pandang2 saya krn kesanya nampak jelas di mata saya.

Apa pun alhamdulilah Allah lebih menyayangi arwah emak, Al Fatihah & doa buatnya, insya Allah.

izinni said...

aini,
tengok pak lah berucap pun macam tak daya .. lembekkk je.
orang2 dulu bukan takat kuat melayunya tapi kuat jugak sensitiviti agamanya walaupun tak warak. Cth masa isu Natrah .. mengamuk orang melayu masa tu. Sekarang?? Siap bagi 'izin' lagi nak murtad. huhuhuhu

akira,
ya. ya. itulah makhluk manusia. secara tak sedar kekadang kita sendiri ni pun macam tu kan. hehhehe

addeen,
ya. ya. kalau perut tengah lapar memang tak leh nak pikior apa2 kan. hehehhehe ...
errr .. tiap kali pilehanraya, makhluk yang selalu kena salah adalah bernama SPR. hehehhehe ... errr memang banyak salah pun kan kan kan ...

btw .. addeen .. nak tanya ni. Addeen orang Perlis kan .. ada lagi ke PENS Hotel kat sana?

izinni said...

maksu,
sejarah memang untuk diteladani tapi manusia selalunya tidak mahu menjadikan sejarah tu sebagai panduan untuk tidak lagi mengulangi salah silap orang2 dulu.

achik,
salah sendiri biasanya depa letak bawah kain kot .. hehehhe

salam kembali aini,
thanks for the wish :)
saya sendiri bila dah jadi ibu ni baru betul2 sedar peritnya ... bukan senang nak jadikan orang tu manusia dan manusia tu insan.

Al-Fatihah untuk ibu kamu juga ...