13 Mei - Countdown (1)
Dengan izin Allah s.w.t .. bermula malam ini aku akan memetik rangkap-rangkap nukilan Perdana Menteri Malaysia yang Pertama Tunku Abdul Rahman dari naskhah tulisannya "Sa-belum dan Sa-lepas Mei 13" terbitan Penerbitan Utusan Melayu, Kuala Lumpur.
Buku ini ditulis ketika Tunku berada 'sa-lama sa-puloh hari dan sa-puloh malam' di Hospital Universiti, Kuala Lumpur ketika menerima rawatan dan pembedahan mata, bermula 6 Jun 1969. Buku diterbitkan pada September 1969 dalam 3 edisi Inggeris, Rumi dan Jawi. Buku ini Ayah yang 'turunkan' untuk aku. Dia pernah menjadi totok parti keris itu. Malah pernah menjadi salah seorang anggota kumpulan koir parti itu setiap kali mereka bersidang lapang. Sekarang ...
Oh ya ... coretan tidak akan dibuat 5 hari berturut-turut tapi mengikut kelapangan waktu ibu beranak 5 ini. Harap maklum ya :-D
Diharap di hari negara ini akan menyambut 'ulangtahun' ke 39 peristiwa berdarah itu, diharap aku dan mungkin kamu dan kamu dan kamu yang membaca akan sedar akan bahayanya lakonan yang kini sedang dimainkan 'mereka-mereka' itu. Kamu dan kamu dan kamu tahu siapa 'mereka-mereka' itu. Jadi, tidak perlu aku menerangkan dengan terang.
Naskhah Tunku ini ditulis beberapa bulan selepas berlakunya peristiwa kekacauan kaum yang terjadi akibat parti GERAKAN yang ketika itu bertindak sebagai parti pembangkang, menang besar dalam pilihanraya umum pada tahun itu. Kekacauan antara 2 parti utama ketika itu - Gerakan sebagai pembangkang dan Umno sebagai parti tunjang dalam Perikatan.
Apa yang terjadi sekarang hampir serupa seperti apa yang terjadi pada tahun 1968 hingga 1969. Peristiwa-peristiwa yang berlaku dulu seolah terjadi lagi kini. Dan jangan terkejut jika mereka-mereka akan menggunakan alasan-alasan ini untuk memulakan apa yang tidak sepatutnya.
Bab II - Bayangan Masa Lampau
Muka 15
... Terdahulu daripada kejadian itu, tahun 1968 boleh-lah di-katakan aman di-dalam gelanggang politik sa-takat yang mengenai dengan Parti2 Pembangkang. Satu sahaja perkembangan yang baharu yang telah berlaku, ia-itu pengishtiharan bagi menubohkan sa-buah Badan Politik yang baru dalam bulan April, ia-itu Parti Gerakan, yang terdiri dari mereka yang menggelarkan diri mereka bijak pandai dan orang2 terpelajar yang pendirian-nya tidak sesuai dan menentang dasar2 Kerajaan Perikatan.
(Sekarang PKR?!)
Muka 16
... Tiba2 Parti Buroh telah meniru satu lagi perbuatan Barisan Sosialis, ia-itu satu langkah yang belum pernah terjadi di-dalam Negara kita yang demokratik dari semenjak merdeka. Mereka telah mengishtiharkan bahawa mereka akan menarek keluar dengan serta-merta kesemua ahli2-nya dari Parlimen atau Dewan2 Undangan Negeri. Dalam Parlimen mereka mempunyai dua orang ahli, ia-itu Dr. Tan Chee Khoon dan Enche' Lim Kean Siew.
Keputusan itu telah menimbulkan keadaan kelam-kabut dan perpechahan di-kalangan ahli2 mereka sendiri.
(Ura-ura Anwar untuk menarik ADR untuk lompat parti demi untuk jadi PM?!)
Bab III - Pilehanraya Umum
Muka 18
... Parti2 Politik pun mula-lah melipat-gandakan kempen2 yang telah pun mereka jalankan terdahulu dari ini sa-chara bersulit2. Dari perkembangan2 yang berlaku sa-lepas dari itu, maka dapat-lah di-duga bahawa Pilehanraya pada kali ini akan menjadi sunggoh hebat. Gerakan2 politik bertambah2 kuat dijalankan, dan apabila Hari Penamaan Chalun hampir tiba, berbagai2 tekaan di-atas pemilehan chalun telah timbul; dan Parti2 lawan pula sekali lagi telah chuba bersatu untok menentang Perikatan. Usaha mereka itu telah gagal, tetapi persetujuan terchapai di-kalangan beberapa buah Parti untok tidak bertanding antara satu sama lain.
(Agak sama kan suasana semasa PRU-12 yang lalu. Pakatan pembangkang yang kini membentuk PR)
* Untuk rekod, Perikatan pada ketika pilihanraya 1969 telah ditentang 6 buah parti pembangkang iaitu PAS yang ketika itu berkuasa di Kelantan, Gerakan, DAP, PPP (yang kini diterajui Kayveas) , Parti Rakyat dan Pertubohan China Malaysia Bersatu (UMCO).
Muka 21
... Dari permulaan kempen itu, PAS telah memainkan sentimen2 perkauman dan ugama untok mendapat sokongan dari orang2 Melayu di-Negeri2 selain dari Kelantan di-mana mereka telah pun memegang kuasa. Di-satu pehak lagi yang juga menjalankan kempen dengan bersunggoh2 ia-lah DAP, Gerakan dan PPP yang telah mengapi2kan perasaan dan sentimen orang2 China, dengan mengatakan bahawa mereka akan merampas hak2 orang2 Melayu sebagaimana terchatit dalam Perlembagaan; dan menekankan bahawa mereka akan mengamalkan dasar berbilang-bahasa di-Malaysia jika mereka menang dalam Pilehanraya itu.
(Lihat! Apa yang didakwa Tunku dulu, kini turut diapi-apikan oleh mereka-mereka itu! Seolah-olah mereka TIDAK langsung bermain sentimen sehingga keris bogel dijulang ke langit demi Ketuanan Melayu!)
... insyaAllah akan bersambung.
12 comments:
Wah! Itu nakshah cetakan yang asal ya? Bernilai itu. Aku punya, ejaannya sudah moden. Bukan lagi sa-belum dan sa-lepas! :)
Ya. yang asal. Masih molek lagi cover dan keseluruhan buku. Macam buku baru sebab dijaga rapi :)
hikhik... kaundaun ye...
ada satu lagi yang sedikit sama...
orang nombor dua... bapak dan anak.. hohoho...
dah jadi macam zaman kesultanan dulu pulak ... pemimpin diwariskan. hehhehe ..
menarik jugak ni
whoaaa~
tabik sbb nengok tulesan lama. ahaks!
adess!
ntah nape,skang ryn takut jek tengok keadaan politik neh.
Peristiwa berdarah itu rupa2nya tak dijadikan sebagai pengajaran.
*tepuk2 dahi*
Countdown apa tu kak Has? ;)
nampak best :)
menarik!
13may kate nampak best sbb besdei die urg siap buat buku :P
maksu,
kalau ekau baco buku ni sendiri .. lagi menarik.
ryn,
sebab tu kita kena selalu alert.
best kan nengok ejaan lama ni. hehhehe
adeen,
biasalah ... manusia kan species mudah lupa .. terutamanya orang melayu. hehehehe
kalau merdeka, tahun baru ada countdown ... 13 mei pun patut ada countdown jugak. hehehhe
ahmay,
ahhhh lama tak nampak kat sini. hehehe ... countdown besday hang ni. hehehhe
mimi,
nanti kalau ada rejeki, kamu baca buku ni ... sangat menarik propaganda tunku.
ryn,
masa buku ni ditulis, may pun tak lahir lagi. hehehhehe
Post a Comment