Saturday, May 17, 2008

Jalan-jalan

Ya. Ya. Patutnya bukan ini yang patut keluar. Isen yang sepatutnya disambung terbengkalai sekejap. Sebab satu hari sibuk dengan anak-anak. Kemas rumah. Suruh anak-anak basuh semua bilik air sementara ibu mop lantai satu rumah. Satu projek gotong-royong raksasa gitu.

Tengahari buat kek. Untuk harijadi Irfan (17hb) dan Zinnirah (14hb). Pastu masak untuk makan malam. Special la sikit. Sup daging, bawal sweet sour, ayam goreng, sayur sawi kicap. Lepas makan, potong kek. Lepas tu tapau lauk untuk hantar pada mak dan ayah di Alam Megah. Lepas Maghrib, bergerak ke Alam Megah.

Bersembang-sembang. Anak adik Aqil Najmi masuk hospital di Melaka. Adik yang keberatan untuk berpantang di rumah mertua terpaksa mengalah sebab suami beria-ia menyuruh. Aqil suka nangis malam. Bila Aqil nangis tak nak berenti walaupun dipujuk, didodoi, diberi susu ... adik pun nangis sama. Bila Aqil tetap dengan tangisnya, adik dah tak tau nak buat apa. Dia minta tolong pada mertua untuk belikan nestum. YAAAA ... budak belum sebulan dah nak dibagi nestum .. adehhhhh. Adik yakin anaknya lapar walaupun dah minum susu ... sebab Aqil asyik menangis.

Pergilah mertua membelikan setin nestum untuk Aqil. Adik bancuh campur dengan susu. Aqil pun hisap. Diam. Kemudian menangis. Lagi. Kali ni lagi teruk. Tangis bagai kesakitan. Adik periksa perut Aqil. Dah tegang. Dah keras perut Aqil. Adik nangis. Rupanya nestum yang dibeli sudah tamat tarikh luput. Adik panik. Beritahu mertua kenapa beli nestum tak periksa tarikh luput. Mertua selamba berkata .. "Tak tau pulak." Adik sudah bengang. Telefon suami yang ada di Lembah Klang, bekerja. Suami bergegas jemput Alya Qaisara dari rumah pengasuh dan terus pecut balik Melaka.

Aqil dibawa ke hospital. Kena tahan ..... Adik kata, x-ray semua ok. Darah ok. Kencing ok. Berak ok. Takde keracunan. Cuma perut tu je keras dek kekembungan. InsyaAllah, esok mungkin keluar hospital.

Aku menyaran supaya balik aje ke Lembah Klang ni. Mudah. Aku ada. Abang dia ada. Mak dan ayah pun ada. Bukan apa. Mertua rupanya tak pernah menjaga budak. Rupanya, masa mertua bersalin anak-anaknya, semuanya dibela dan diuruskan orang tuanya. Mertua hanya menyusu anak sahaja. Mungkin kerana itu, mertua tidak tahu nak buat apa bila sudah bermenantu dan bercucu.

Dipendekkan cerita .. lepas basuh pinggan mangkuk lepas ayah makan, aku pun berangkat nak balik. Anak-anak tak mahu balik. Nak jalan-jalan. Nak tengok Masjid Shah Alam dengan Masjid Negara. Aku turutkan. Sekali-sekala, apa salahnya. Nak bawa siang, panas. Malam sedap sikit berewang. Sejuk. Jalan tak sesak.

Singgah isi minyak distesen cengkerang. Sebab pam stesen ni laju. Tak macam pam stesen titisan hijau tu .. slow ya amat. Lepas isi perut kereta sampai separuh kenyang, perjalanan diteruskan menghala ke Shah Alam. Destinasi Masjid Negeri Selangor. Tiba di bulatan selepas Istana Shah Alam, terpampang masjid biru itu. Cantik.

Perjalanan terus ke Lebuhraya Persekutuan menuju ke ibu kota. 15 minit kemudian sampai di Kuala Lumpur. Aku tunjukkan Muzium Negara, Stesen KTMB dan akhirnya Masjid Negara. Gaya pelancong pula. Maklumlah dah berbulan tak masuk Kuala Lumpur. Itu aku. Anak-anak lebih lama dari aku.

Bila menuju ke arah dataran, aku kaget .. laaa jalan tutup la pulak. Ada lampu-lampu laser dan khemah berwarna ungu di atas padang Dataran. Kemudian teringat, malam ni malam Ahad .. memang ler jalan depan Dataran tu tutup untuk beri peluang pada manusia untuk berendek dan berpeleseran. Sungguh aku lupa .. sebab dah bertahun tak ke situ. Ada dalam 10 tahun kot tak ke pasar malam Jalan TAR. huhuhuhuhu ....

Ramainya umat. 95% Melayu yang mungkin beragama Islam. Mana yang duduk lepak ditepi bahu jalan, berjalan-jalan berpelukan sambil leher teleng ke bahu, mana yang duduk mengangkang di atas kapcai sambil upacara raba dan sentuh berjalan dengan lancar, mana yang keluarga membawa anak-anak kecil ..... hmmm macam tak sesuai sebab pandangan anak-anak kecil itu dinodai dek pemandangan yang jijik dan memualkan. Salah satu sebab aku sendiri tak pernah membawa anak-anak aku ke situ. Kasihan mata mereka.

Lepas pusing dan anak-anak dah puas jadi pelancong dengan ooooo dan aaaaahhhh .... destinasi seterusnya adalah .. RUMAH. Syabil dah ngantuk tapi katanya tak nak tidur sebab nak teman ibu. Yang lain semua dah pengsan, terlentuk. Aku bawak laju sebab kesian kat syabil. 10 minit dari Istana Negara hingga ke Plaza Tol Batu 3. Walaupun laju tapi masih berhemah dan berhati-hati.

Sampai di rumah jam tepat 11.06pm. Kepenatan. Lepas pastikan anak-anak semuanya selesa tidur di katil masing-masing, aku mula membuka fail dokumen kisah mentari merah. Jari-jemari mula menaip ... hmmmmm .... taip dan padam .. taip dan padam ... akhirnya aku tutup fail dan taip isen ini. hehhehehe

Esok-esok malam ajelah disambung cerita tu yea ....

10 comments:

Anonymous said...

Selamat hari lahir untuk Irfan. :)

khairyn said...

selamat ulang tahun untuk Muhammad Irfan.

Berkenaan mata.. aku cuba juga lindung mata ni dari tengok benda bukan-bukan.. tapi hahahaha..

kingbinjai said...

seronok kalau jln ngan anak anak ni. selamat hari jadi semoga panjang umur dan murah rejeki

Pa'chik said...

ish.. tu pun jangan... teringin nak jaga cucu.. heheh...

izinni said...

mudin,
terima kasih on behalf irfan :)

khairyn,
ooohhh jaga mata memang susah. hehehhe

king,
seronok dan adakalanya tensi. hehehhe ... bila mood depa tak ok .. kekadang bantai depa bertelagah dalam kereta. heheheh

pa'chik,
mu teringin nak bercucu ke?

MakcikMuda said...

ngeee~

sonoknyer dpt jenjalan.
ryn pon da lame x melihat donia :|

happy besdei,irfan!
sonoknyer makan2.
*lapar*

akirasuri said...

Waaa!
Beshnya jalan-jalan :|
*jeles*

Hepi besdet Irfan.. :D
Rajin-rajin hapdet blog ek :D

achik said...

aqil najmi tu anak pertama adik akak ke?

hepi belated besday irfan.. :)

LadyTiz said...

Selamat hari jadi irfan dan zinnirah.. jadi anak baek2 ye.. :)

aritu sy pergi masjid negeri kt shah alam tu..
tempat jemaah muslimah kat tingkat keberapa entah.. tinggi gila nak kena naik bnyk anak tangga.. peha sy sampai cram bila sudah solat. sakit gila nk turun balik ke ground floor masjid. x praktikal langsung tmpat solat.. camane makcik2 naik naik tinggi sgt? sy yg muda ni pun cram peha.

huhu.. terpnjng lak wat sessi luahan perasaan.. hiks.. :D

izinni said...

ryn,
kesian dia .. takpe .. dah abih peksa ... keluarlah melihat donia ya. hehhee

ati,
tiap kali disuruh buat 'karangan' baru ... katanya malas. hehhehe

achik,
anak no.2. yang sulung alya qaisara, dah setahun lebih. sebab yang sulung pun dia buat camtu dan takde masalah, so yang no.2 pun dia nak buat gitu jugak.

tyra,
yaaaaa ... sangat tidak praktikal dan tidak child-friendly. boleh tercabut kepala lutut naik tangga yang sangat2 curam. masa gi sana dulu, terpaksa tinggalkan irfan yang baru setahun lebih dengan anak2 dara yang tak boleh solat kat bawah. itulah pertama dan terakhir .. tak nak solat sana dah.