Maaf (2)
Lokasi: Ruang makan
Masa: 9.15am
Ibu sedang memakaikan baju si kecil yang baru selesai dimandikan. Sambil dipakaikan pakaian, si kecil teragah-agah sambil ketawa.
Gadis kecil yang masuk mencecah usia 2 tahun awal bulan April lalu sedang menyuap kepingan roti ke dalam mulut. Sambil makan, sambil menyanyi. Lagu kegemarannya ketika ini ialah lagu Negaraku. Walaupun lirik telah diubahsuai mengikut seleranya sendiri, irama lagu kebangsaan itu tidak sedikit pun lari.
Nisaa':
Taja tita ima nini talaaaa .....
Ibu:
Nisaa'... masa makan tak baik nyanyi.
Nisaa':
Okey .... taja titaaaaa ima nini talaaaaa ...
Ibu:
Syabil ... ibu nak tanya ni. Syabil kena jujur ya .. tak boleh tipu nanti Allah marah.
Syabil:
Mesti nak tanya pasal sabin kena denda kan. Allah marah kita boleh mintak maaf kan?
Ibu:
Boleh .. tapi lagi bagus tak buat Allah marah. Kita orang apa?
Syabil:
Orang Islam. Orang Islam tak boleh bohong.
Ibu:
Ok. Cuba syabil cerita balik pasal syabil kena denda kurung dalam stor semalam/
Syabil:
Kan sabin kata sabin nakal dengan bising. cikgu denda la sabin.
Ibu:
Ok. Syabil buat apa sebenarnya?
Syabil:
Iya laaa ... sabin sembang2 dengan kawan. Kononnya cikgu nak solat. Cikgu cakap tak boleh bising. Sabin sembang jugak dengan kawan-kawan. Bising. Cikgu marah la sabin.
Ibu:
Kenapa syabil sorang je yang kena denda? Kan sembang sama2 dengan kawan.
Syabil:
Eh! kawan sabin pun kena denda la.
Ibu:
Masuk stor jugak?
Syabil:
Ya la. Stor tu dekat dengan kantin.
Ibu:
Masa cikgu bawak syabil nak kurung dalam stor, syabil ikut je ke ... syabil tak nak?
Syabil:
Sabin tak nak tapi cikgu tarik kerusi. Kononnya ini kerusi sekolah kan .. cikgu pegang kat sini kat tempat sandar sebab sabin tak nak bangun. (dalam waktu yang sama dia membuat demonstrasi bagaimana cikgu menarik kerusi.)
Ibu:
Pastu?
Syabil:
Pastu dia tarik tangan sabin.
Ibu:
Masa dalam stor tu sorang ke dengan kawan?
Syabil:
Sorang .. eh! sat .. sabin lupa ... luqman pun ada la.
Ketika ini ibu sudah merasakan ada yang tidak kena. Terlalu banyak kontradiksi dalam fakta yang diberi.
Ibu:
Takut? Buat apa?
Syabil:
Takut. Kitaorang sembang2.
Ibu:
Lama?
Syabil:
Entah ... lama kot.
Ibu:
Dah berapa kali syabil kena denda?
Syabil:
2 kali kot ...
Ibu:
Kenapa tak bagitau ibu?
Syabil:
Entah .. lupa pulak sabin ... hehehhee
Ibu
Ok .. ibu nak tanya ni. Syabil sayang ibu tak?
Syabil:
Iyaaa .. sayang la.
Ibu:
Syabil bagitau ibu betul2 .. betul ke cikgu denda kurung dalam stor? Kena jujur kan ...
Syabil:
.............. errrr .... sebenarnya sabin saja-saja je. Sabin main-main je.
Ibu:
Kenapa buat cerita macam tu? Tak baik .. kesian cikgu.
Syabil:
Entahhh .. tak tau. Sabin tiba-tiba je ingat macam tu ...
Ibu:
Tak baik buat cerita tak benar. Kesian cikgu. Dia ajar syabil nak bagi syabil pandai tapi syabil buat cerita tak bagus macam tu. Nasib ibu atau ayah tak pergi tanya cikgu ... kalau pegi, mesti cikgu syabil sedih. Ibu sedih syabil buat cerita macam tu ...
Pada ketika itu, Syabil sudah berubah air muka. Dari ceria bercerita ... wajahnya bertukar mendung. Mungkin baru terlintas difikirannya apa yang dibuatnya sebenarnya tidak betul. Ada riak mahu menangis.
Ibu:
Syabil kena minta maaf kat cikgu sebab syabil buat cerita bohong macam tu.
Syabil sudah mula menangis.
Syabil:
Ibuu .. sabin mintak maaf. sabin sedih sangat ...
Ibu:
Ok. Lain kali jangan buat macam tu lagi. Nanti takde siapa nak kawan dengan kita sebab kita bohong.
Syabil:
Sabin tak buat lagi ... sabin tak sengaja ...
Ibu:
Nanti pergi sekolah ... mintak maaf kat cikgu ya?
Syabil:
sabin takut ... nanti cikgu marah sabin
Ibu:
Nak takut kenapa? Ibu ada .. ibu temankan ...
Syabil:
Sabin tak tau nak cakap apa ...
Ibu:
Cakap .. Cikgu, saya minta maaf sebab selalu nakal.
Ketika itu, Syabil berjalan ke arah ibu sambil menangis teresak-esak dan memohon maaf berkali-kali. Dipeluknya ibu seerat mungkin.
Tengahari ketika didalam kereta menuju ke tadika, terkumat kamit mulut Syabil menghafal apa yang perlu diucapkan pada cikgunya nanti. Setibanya di sekolah, dia dengan ceria seolah tiada apa yang terjadi, turun dari kereta dan berlari anak masuk ke perkarangan sekolah. Awal-awal lagi sudah berpesan pada ibu supaya tidak menemankannya masuk ke sekolah. Katanya dia boleh minta maaf pada cikgu tanpa perlu ditemani ibu.
Dari jauh, ibu melihat Syabil menuju dengan penuh yakin ke arah cikgu yang sedang menunggu di perkarangan sekolah. Tangan kanan cikgu disambut Syabil untuk bersalam. Dia mendongak memandang ke wajah cikgu sambil berkata sesuatu. Selesai berkata-kata, tangan cikgu dicium. Cikgu tersenyum dan mengusap kepala anak muridnya yang berkopiah putih.
Ibu yang memerhati dari dalam kereta tersenyum lega. Setelah mengangguk ke arah cikgu, dia memandu kereta kecil berwarna jingga berlalu pergi ....
Nisaa':
Taja titaaaaa ima nini talaaaaa .... cicakmannnnn .... ibuuuu nak tchu-tchu ....
12 comments:
hikhik... buleh jadik penulis cereka kawan O'od nih...
pa'chik,
buat semput perut aku ada la. ehehhehe
kalau kawan O'od boleh jadi penulis cereka, mek kecik comey tu buleh jadi apa? penyanyi lagu negaraku kat tb1 dengan cicakman?!? hahahahhaha
Salam...
Bebudak ni kita kena cakap bebaik ngan dia org kan, terangkan mana baik mana buruk, mana yang betul mana yang salah. Kekdg cara mereka berkhayal tu tak terjangka kan. Dpt bayangkan waktu Syabil memeluk ibunya dgn erat sambil menangis teresak-esak. Yang Nisaa' tu cute kan nyanyiannya tu, kira oklah tu dia nyanyi lagu Negaraku dpd lagu jiwang yg tah apa2 tu.
Sabtu lps frist time gi majlis sambutan Hari Pekerja di Bkt Jalil, bila dengar cara Pak Lah bercakap, tak tahu nak kata apa, mcm tak bersemangat jer, ada masanya kami tertanya-tanya apa sebenarnya yg diucapkan olehnya.
salam aini,
dengan budak2 memang kena banyak main psychology. tapi ada masanya kita juga yang terkena psycho. hehehe
nisaa' memang suka nyanyi .. sekarang tengah kemaruk negaraku .. lepas2 lagu fiffy and flowertots.
tu la .. dia suruh bekerja dengan dia tapi dia macam tak lalu nak bekerja je. hehehhe
hehe.. sabin2!
sesetgh budak mmg camtu.. kuat berimaginasi.. kdg2 tu nakkan attention.. mmg diorg xtau betul ke salah..
nasiblah ada ibu yg mcm polis special branch.. ekeke..
nak culik sabin utk idea cerita cereka buleh? :))
nisaa oh nisaa,
mana datang cicakman ni?
am,
itulah sabin. naive dan sentiasa dialamnya sendiri.
jadi ibu ni kena ler jadi agen special branch jugak .. kalau tak menonong je gi 'serang' cikgu .. tak ke naya tu. hehhehe
culik laaaaa ... hhehehe
iryn,
cicakman datang dari syabil la. dia kuat mengikut. apa syabil buat, dia follow. syabil lompat cakap cicakman ... dia pun buat sama. yang peningnya aku la .. ada dua cicak dalam rumah yang tak buleh dibunuh. huhuhuhu
Hahak!
Comelnya si syabil ni..
Kuat berimaginasi ni.. Dah besar mesti boleh jadi penulis macam kak Has :)
ati,
hahahah penulis yang semedang writer's block?! hahahaha .. penat laaa kak khair hang dok bagi semangat suruh start tulis buku tapi tak gakkkkk start2. hehehhehe
idea dalam kepala melambak2 tapi tak sempat2 gak nak diterjemah dalam bentuk penulisan. haiiii ....
ntah nape kan,
tetibe ryn rase sedey jek bace kisah ini.
sabin dak baik.
dak2 tecip mane reti nak berbohong.
sbb tuh manyak sgt tunggang langgang cter die.hihik!
sabin baik.
wuuuu~
mau anak cam sabin nnt.
hahak!
adess!!nisaa' mmg pandai menambah perisa cerita ini :))
ryn,
sebab itu ibu dia ni rasa suspicious je. satu ... dia relax je macam takde apa2 jadi. pastu facts banyak kontradik antara satu sama lain. hehehhe ... nasib baik ibu dia dah ditrain untuk mengenal pasti cerita yang asli atau tidak. hehhehe ... nanti bila ryn dah keje jadi wartawan (errr .. kalau end up nak jadi wartawan laa .. mana tau jadi lain plak kan kan) tau la ryn dengan pelbagai ragam manusia ni :)
nak anak macam sabin?? hehhe .. kena bersedia juga dengan keultraman, kesuperman, kespiderman, kepowerangers, kecicakman dan bermacam2 ke lagi. sebabnya sabin sangatttttttt hyperactive. hehhehehe
untung dia beribubapakan izinni & hubby sebab izinni x cepat melatah..bukan apa, pernah jadi depan mata cikgu kena marah ngn seorang bapa sebab marah anak dia x pakai tali leher...anak dia bru masuk sekolah tu so lum ada tali leher sekolah tu..hanya sebab anak mengadu, ckp cikgu denda tnp usul periksa, diorg mrh cikgu balik...nk tau kenapa budak tu kena denda? sebab budak (13 tahun) tu melawan dengan kurang ajar (menengking) bukan sebab x pkai tali leher..dan lagi sedih saya dpt tau cikgu tu ada hubungkait (ala2 bau bacang) dgn ibu budak tu... sedih betul cikgu tu x sangka dia ada saudara macam budak tu agaknya...dunia dunia...
Post a Comment