Sunday, August 03, 2008

Campur baur

fuhhh ... banyak betul benda, perkara yang jadi kat malaya ni. Rasanya kalau nak diulas satu persatu boleh bikin semput perut. Tiap kali baca atau dengar itu dan ini yang jadi macam-macam perasaan menyelinap. Marah, geram, sedih, kelakar. Ada masanya semua rasa bercampur baur. Apa yang jadi pun tak tau.

Harga minyak naik - Marah tak terkata. Walaupun depa kata bulan september nanti depa nak turunkan rega minyak .. marah aku masih meluap. Tiap kali isi minyak dan aku perhati nombor2 yang terpampang kat mesin pam tu .. sakit benor hati ni. Dulu RM10 boleh la dapat dalam 5 liter lebih. Tahan ler aku nak berulang-alik menghantar dan menjemput anak-anak. Ni RM20 baru lepas 7 liter je. Adehhhh ...

Harga barang-barang naik - SDA

Muzakarah @ Muqabalah @ apa-apa je la yang depa tak taruk namanya - Lawak & Marah. Tolonglahhhh .. aku bukan tak nak Melayu dan Umat Rasulullah kat Malaya ni bersatu padu tapi ... mengeluh aku dibuatnya. Benda macam ni la yang buat aku nak cakap omputih. What the HELL!? Why now? Why now when the other party is really in bad shape? Pas tak nak belajar dari kesilapan ke?
Lagi satu .. Ust Nasa (sapa yang bagi dia title tu sebenarnya?). Beria-ia nafi jumpa dengan pemimpin umno tapi last-last dah terbukti. Dah jadi penipu pulak ke? Dah nak jadi macam najib? Mula kata tak kenal pastu kata kenal?! Tolonglaaa ....
Aku sokong Tok Guru Nik Aziz 100%. Nak bincang jangan gedik pakai nama parti. Apasal yang gedik sangat pun aku tak tau. Awatnya pemimpin atas Pas gedik sangat.
Baguih jugak dah buat syura .. mesti dah kena debik satu2 dengan tok guru ngan harun din.

Liwat - Kelakar. Another one? Aduhhhh ... sungguh aku tak tau nak cakap apa. Lawak sungguh. Orang ni cakap lagu ni .. orang tu cakap lagu tu. Semuanya sumbang pada aku. Yang jadi pening kepala aku .. apa aku nak explain kat anak-anak aku liwat tu amenda?! Jimak pun aku tak abih explain. hehehhehe

Rosmah - Berbaur. Dia memang takde buat apa2 kat aku. Tapi perempuan yang satu ni memang ler muka tebal dek botox. hehehhe .. cakap pasal botox ... kelmarin tv3 tu close-up muka perempuan ni ... kaget aku dibuatnya. MasyaAllah ... muka tu dah macam dek kena sengat sarang tebuan. pastu berkilat je macam wax doll. hahahaha ...

Errr .. apa lagi ek ... banyak tapi tak cukup masa. Dah lama aku kat cc ni. heheheh nanti mencanak aku kena bayar. InsyaAllah minggu depan aku check komen-komen .. kalau ada la. hehehehhe .. maklumlah blog ni macam hidup segan mati tak mau gitu.

Nota kecik-kenot:
Ali dah 6 bulan. dah naik punggung .. tak lama lagi merangkak la tu. hehehehe

6 comments:

Pa'chik said...

suruh nasa tu benti je lah... menyemak je dia...
itu asanali pun... hahah... nyah kan saja...

kata sorang gei... nak liwat secara paksa ni susah... [kecoli berpestol-pestolan la...] mesti akibatkan kesan calar, lebam, tumbuk, sepak, terajang semua la...

kapanserama tu... hahaha...
benci sungguh nengok dia... kata lah laki dia si bijan tu terjadi jugak piem... elok je taim tu dia kena barah serbiks/tulang/tetek/darah/otak... semua sekali borong... hahahah...

ńĕĕń said...

Salam...

apa khabar?

dalam banyak2 tajuk, suka cara Tuan Guru Nik Aziz, lembut tapi tegas. Awalnya terkejut gak bila timbul bab muzakarah @ muqabalah tu... Dah boleh agak dah, itulah yang akan dijadikan isu... nak tunjuk yang depa2 ni boleh bekerjasama ngan Pas. Boleh caya
ke puak2 tu nak bela Islam...

akirasuri said...

Kak Has!!

Saya rindu dengan Ali yang macho dan tegap dan errr hensem dan emmm gagah itu :)) *Beria jek cakap.. tak apa nanti ai mesej2 yu*

:))

Berkenaan tanah melayu..
Huhu.. Saya adalah meluat dan menyampah.. Sakit hati wooo.. :(

achik said...

dia bukan pakai botox kak.. dia ikut petua si toyo.. makan tempe.. tu yg muka tegang giler tuh.. tak pun ikut kak nita, makan ulam2.. hahaha..

zwitterion said...

meluat dan menyampah..boring je nengok berita kat tibi atau sorathabaq..

13may said...

hehhe hehhe....

fokus kat permatang pauh plak :D