Sunday, August 24, 2008

Polan nak jadi Perdana Menteri ...

Perdana Menteri.

Jawatan paling tinggi dalam negara. Menteri paling besar. Dia boss kepada semua boss. Perdana Menteri adalah Bendahara. Jika Bendahara orang paling kanan dan kedua paling berkuasa dalam negara selepas Sultan, Perdana Menteri di zaman sekarang pula adalah paling berkuasa.

Apa reaksi kita bila seorang kanak-kanak baik lelaki atau perempuan mengatakan yang cita-cita mereka apabila besar nanti adalah untuk menjadi Perdana Menteri?

Mesti kita akan tersenyum kan. Mesti mak bapak kanak-kanak tu senyum lebar bangga.

Tapi jika seorang manusia dewasa mencanangkan dengan jelas dan penuh semangat yang dia mahu jadi Perdana Menteri ... apa agaknya reaksi kita?

Mungkin ada yang senyum sinis. Mungkin ada yang kata berangan mat jenin.

Kalau manusia dewasa itu dari parti A ... ramai yang mungkin kata tiada salahnya sebab ... ehh ... kesemua 5 Perdana Menteri dari parti tu apa ... jadi tidak mustahil kan kan kan ... jawatan itu kan hak turun temurun yang diperturunkan pada yang 'berhak' apabila tiba 'masanya'. Kan kan kan ...

Tapi jika yang bercita-cita besar itu dari parti lain selain dari parti A ... manusia itu dikatakan gila kuasa, tamak, too ambitious, tidak sabar, tidak layak, akan hancurkan negara, agen negara itu, agen negara ini dan macam-macam lagi gelaran.

Secara peribadi ... I am NOT a big fan of that person ... alahaiiii ... macam susah benar nak taip nama si polan tu. Korang paham la siapa polan tu kan kan kan ...

Pada aku polan tu bukannya bagus mana. Banyak tak betul pun. But again those from the other side are not that super great, right? Pokoknya semua tak bagus dan tak sesempurna mana.

Polan tu nak jadi Perdana Menteri. So? Lantak la dia. Salah ke dia nak jadi Perdana Menteri? Nak kena sopan santun konon macam mamat pekan kecik tu yang Allah je tau betapa menggelitiknya dia dan bini dia nak naik takhta. Sekurangnya Polan tu cakap terang dia nak jadi Perdana Menteri. Tak selindung. Takde konon-konon sopan santun.

Tak paham aku dengan perangai yang nak jatuhkan orang sampai macam tu sekali. Overkill sungguh. Pastu yang bertandingnya manusia lain .. yang beria kempen hari2 masuk tv orang lain pulak. Baik budak pekan tu yang bertanding je ... baru anak jantan.

Dalam aku malas nak tulis pasal politik ni ... tapi tulis jugak ... susah benar nak stop dari tulis. hehehhehe ...

Nota kecik-kenot:
Suami aku gi permatang pauh esok. Aku tak sabar nak dengar cerita. Hmmm ... nak ke dia bercerita? hahhahahah ...

3 comments:

Pa'chik said...

heheh... ada yang ngajak aku pegi...

malas ahh... apa kejad aku nak gi bersesak kat sana... ekekek...

orang pati dia kan terer sangat... buat sendiri je la... ekekek... dah semua nak bolot... siap orang dia yang kata pas takde hapa kat pineng...

tapi... ada ke yang nak keje bersungguh lam pati dia?? aku tengok banyak geng kecewa pati sarkis je...

Pa'chik said...

baru jumpa kawan aku yang gi sana...

kata dia... orang pati tu... tak reti nak buat kerja... tak tau cara kerja yang betul... lagi pulak cam susah nak bersatu... susah nak klik lah... tah hapa-hapa...

nak buat cula pun terkial-kial...

penin penin...

izinni said...

pa'chik,

hehehe .. memang orang2 pati tu tau menda. tau bising je. masa GE hari tu pun yang banyak keje pas le sebab pas lagi sistematik, grassroot kuat keje.

kita tunggu je la malam esok keputusannya.