Wednesday, August 20, 2008

Campak

Aku dapat chicken pox @ campak masa umur aku 23 kalau tak silap. Bayangkan orang 'tua' kena penyakit tu. Punyalah seksa. Sakitnya berkali ganda. Campaknya pun berganda banyak dan besar. Bintat-bintat bulat besar warna merah dan penuh dengan cecair. Aku perasan masa tengah makan malam dengan tunang aku yang sekarang dah jadi suami aku, lepas balik kerja. Ada bintat besar macam jerawat kat kening kiri. Aku jarang berjerawat. Kalau ada pun cinonit je. Dah ler besor, sakit pulak. Aku suspect campak ler sebab badan pun sengal sakit semacam. Aku call mak tanya aku pernah kena campak tak masa kecik. Mak kata dah pernah kena. So, takan kena lagi kan kan kan.

Untuk kepastian aku gi klinik. Doktor confirm chicken pox. Dapat MC 2 minggu. YIEHAAAA!!! Namun seronok sekejap je la. Punyalah sengsara. Dari 2 minggu membawak ke 1 bulan .. baru betul-betul clear segala gejala campak. Parut kemerah-merahan kat muka jangan cakap la kan. Nasib tak hitam. Masa tu Vitamin E cream jadi teman setia. Tempek kat parut bekas campak.

Alhamdulillah ... licin kulit I balik youuu .... hehehhe

Dan kini ... aku ditakdirkan berdepan dengan penyakit ni lagi. Adehhhh ... seksa. Tak boleh nak kemana!

Opppsss .. bukan aku .. tapi Irfan. Dah 2 minggu lebih. Nak beransur baik pun. Tunggu semua kudis yang dah kering tanggal dari kulit. Kat muka dah clear .. tinggal kat kaki je lagi. Sepanjang 2 minggu aku penjarakan dia dalam bilik. Jadi boss .. makan minum dihantar dalam bilik. Sampai menangis dia .. bukan sebab sakit tapi sebab bosan dan rindu nak main dengan Ali.

Nasib tak baik ... dah 2 hari Nisaa' pulak kena campak. Berjangkit dengan Irfan. Dalam aku dok kuarantinkan yang sulung tu .. yang nombor 4 tu kekadang hilang jugak masuk bilik cari abang dia. Sepanjang hari ni melekap je dengan aku. Merengek menangis gatal. Kesian dia. Macamana nak kuarantin budak kecik macam tu? Aku sekarang doa hari-hari jangan Ali pulak dapat.

Oh ya .. aku ada petua bagus untuk kurangkan gatal dan nak bagu campak cepat kering. Daun bambu yang dikisar campur bedak sejuk dah tak berkesan. Nangis-nangis Irfan tak nak pakai sebab pedih dan makin gatal.

So aku experiment pakai Nappy Rash Cream. Ya ... cream ruam lampin baby. hehehe .. SANGAT mustajab! Tak gatal dan sangat cepat mengeringkan bintat-bintat berair tu. Sungguh. Tatak bohong punya ...

Begitulah cuti sekolah kali ni .. terperangkap dirumah dan aku tak benarkan sesiapa pun termasuk adik-beradik aku datang ke rumah .....

17 comments:

Pa'chik said...

aku kena dulu, tapi tak sempat dia nak naik merata lah... tak tau pesal...
elok je aku amek emsi, balik umah... sekali takde hapa dah... ekekek...
rilek je lah dominggu... ekeke...

Pa'chik said...

sambung komen citer semalam tuh...

sekarang duk berangan nak jadik pm la pulak...
tak sedar yang dia dah gagal di ganung.. sampai dapat kusi paling sikit, tu pun ada ati nak bargein... hahahah...
aku komen kat si esemes tuh.. langsung tak nak pablish... ekekek... perangai buruk supe amnu... hahaha...

kenapa takde amek tindakan kat nasa dan konco-konco dia..
dia duk kata orang dah tak percaya nuar... tapi aku rasa, lagi ramai orang pas tak percaya dia... hahaha...

Zuraini said...

Salam...

Chiken pox kena masa umur 24 thn, mula tak tahu pun... mmg haru... dpt mc 2 minggu, tp hari ke 5 rasa dah ok... nak gi ofis kekwn tak beri... last2 ronda2 bandar JB & gi rumah Mak Busu... balik kena tegur dgn abang Chik, kebetulan masa balik tu hari hujan...

Baru2 ni lak dalam awal bulan Jun, kena campak (yang ruma tu jer), awalnya rasa sakit2 sendi, fikir sebab masa tu sibuk mengemas barang2 kat ofis ni, hari Ahad lak tu, siap terbaring lagi kat sofa ofis, kawan seofis dah risau (berdua ngan G jer), nak ke surau masa tu pun rasa sakit semua sendi2, dlm pada kesian G ketawakan gak, sbb tak pernah saya cam tu, kalau jalan punyalah laju... Sebelum tu sempat lagi gi beli makanan utk mkn thari hari tu. Esoknya, ambil EL 2 hari tu pun sebab fikirkan tak larat nak turun naik tangga utk ke surau & 'bilik kecik', maklum banggunan ofis sedang diubahsuai. Kekawan dah bising suruh gi klinik tak gi pun. Hari Rabu naik kerja, tengok muka kekwn mmg dia org risau sbb saya tak pernah2 cam tu. Dah hari Jumaat baru saya perasan yang saya kena campak, tu pun baru terperasankan ruam2 merah tu dan ada tanya pada seorg kakak, melalui sms jer. Hari Sabtu, rancang nak gi jemputan tak jadilah, tapi tetap dtg ofis. Hari Isnin bila G beritahu kekwn yang sebenarnya saya kena campak, mulalah dia org berceramah. Bila difikir2kan balik mmg nak gelak je sbb tak tahu sebenarnya masa tu tgh sakit. Mujur family tak perasan sangat...

Anonymous said...

pa'chik,
campak pun takut kat mu la. hahahha

pa'chik lagi,
aku heran kenapa gila kuasa sangat. mesti nik aziz pening kepala sungguh dengan puak2 ni sampai masuk spital dia.

Sungguh la .. buruk2 si mat sabu yang orang dok kutuk tak suka kata syiah bagai tu ... aku rasa dia lagi jelas tak bermuka. mudah bercakap dengan dia dan tak berputar belit. pada aku la ...

ko rasa anwar nak ke bagi pm kat pas? dia yang bertungkus lumus buat plan last2 pas yang dapat. betul la karpal cakap .. MP pas yang paling ciput .. apa kes nak jawatan pm pulak. tak logik betui la.

aku ni dok usha suami aku citer pasal apa jadi masa syura pasal muhabalah tu ... langsung tak nak citer. huh! hehehhe

sms tu? hahahaha ... 'wartawan' tu? aku rasa ko tau pendirian aku pasal mamat tu kan .. hehehehe

Anonymous said...

neen,
campak ruam ok lagi. tak seksa sangat nak kena kurung. hehehhe

Pa'chik said...

tu pasal aku kutuk esemes tu kat sini.. ekekek...

nuar tu dari dulu nak jadik piem.. mana ada dia nak kasik... masa bentuk pakatan pun cam ada ada janji nuar jadik piem kan....

la ni kan sibuk ugut nak kuar... hahaha... bodo betul... biar la tumbang dulu penjahat tuh... lepas tu tengok la cemana... ni lum apa-apa lagi dah ugut-ugut... ekekek... tu yang duk kalah je kat ganung... dia duk perasan menang dulu pasal orang suka, padahal amnu nak sabotaj si tua mokthar tuh...

bagi aku, kalau nuar buleh buat bagus untuk ekonomi, bagi je kat dia... pas buleh jaga bahagian berkaitan ugama dan maslahat ummah... propos dulu untuk buat hudhud... terangkan kat bukan Islam kebaikan hudhud dalam jaga kebajikan dan keselamatan orang awam...

dap tu tak berani nya nak keluar pakatan... kalau keluar pakatan, pakai sekali ni je dia merasa menang kat pineng tuh...

Anonymous said...

pa'chik,

personally ... hj hadi tu ok sebenarnya. tapi not a pm material la. lagi satu orang2 keliling dia tak byk membantu dia untuk jadi lebih mantap. dlm pas pun ada suku2 ni kan. ada yg totok, ada yg kononnya pro @ dr jim, ada abim. dia mcm susah sikit nak kawal .. tak mcm arwah ust fadzil. aku doa pas tak hilang fokus. agama didulukan .. kuasa tu kemudian pun takpe. mcm mu ckp .. pahamkan semua rakyat malaya ni .. baru pikir nak tubuh kerajaan islam yang total.

apa citer nik aziz? dah kuar spital? lagi satu .. husam kenapa mcm senyap je skrg?

Pa'chik said...

dah husam pun orang nak buang sekarang.. kat sini pun.. main politik melampau juga...

sibuk nak letak nik amar lah, mat ya'akob lah... yang penting bukan husam...

pasal husam ni stret sikit... penah je dia tolak itu abe jak penyelak kain... ekekek.. mujur je tak tersungkur orang tua tu... pasal nakkan balak la... susah la nak carik makan kalau lon renjer tu naik...

tambah ngan hasutan sayuti yang masih tak puas hati kes kambing tuh... penah je kena maki ngan aku sekali kat blog dia... asek duk ungkit pasal kambing, tah hapa-hapa...

susahnya ngan orang jenis ustat ni, asek mereka je betul.. hahah... susah nak dibawak berunding... kalau nak terus je buat negara Islam, tak payah masuk politik... kita jihad je terus, perang fisabilillah... baru buleh buat, kalau nak masuk politik, kena pakai strategi lah... lambat sikit takpe... dari gagal terus... umno dah berjaya momokkan orang kapir supaya takutkan Islam, tambah lagi ngan yahudi duk momokkan seluruh dunia, dan geng-geng pengebom berani mati tu, langsung tak membantu bila mereka tu asek duk bom tempat awam...

tambah ngan salah laku orang pas lagi... bila masa tuhan nak tolong...

Pa'chik said...

oitoit... apa kes pas sangor suh nuar bersumpah ni?? nak carik poin bg capaikan cita-cita penggila tanah tu ke? kemaruk beno nak jadik mb... hahaha...

13may said...

huiii....ketegur kot
hehhe hehe

Zuraini said...

Salam...

Citer pasal politik sekrg ni, bila diingat2 balik, ada di kalangan para sahabat Rasullulah s.a.w. yang lebih rela dipenjarakan dpd menerima kuasa dpd pemerintah, sedangkan kita di akhir zaman ini berebut2 nak kan kuasa tu.

Macam yang pa'chik sebut, dan itulah juga yang sering kita org ulas dari 8 Mac, ketepikan dulu nak bina negara Islam (bkn tinggalkan), yang penting sekarang ni tunjukan akan kelebihan Islam di dalam semua urusan kehidupan ini. Sekrg ni bukan non muslim yang tak leh terima cara Islam, tapi org Islam sendiri yang mcm tu - kerna mereka sendiri tak faham akan ajaran agama yang agong ni. Tengok jer mcm debat semalam bila Y B Lim ada sebut amar makruf nahi mungkar, sebelum ni dia ada sentuh ttg kepimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz. Ni tidak, lum apa2 dah nampak nak berebut kuasa. Tah apa2 tah...

Kekadang2 saya (juga rakan sekerja) pun pelik, bila sebut pasal nak bela Islam, bukan main bersemangat, tp perlakuan seharian kita mcm mana? Sumbangan yang dihulurkan adakah benar2 bersih?

Ada benarnya juga mereka digelar ustaz ni (bukan semuanya) susah sikit nak terima pandangan org lain, terutamanya kalau yang menegur tu org2 biasa jer. Ilmu itu milik Allah, tak semestinya org yang nampak rock tu dia tak tahu apa2, malahan kekadang tu mereka lebih tahu cuma dah mmg gayanya cam tu nak buat camna kan kan kan...

Apa khabar bebudak berlima tu, Nisaa' dah mula ada tanda2 ke? Kesian kan kalau yang kecik2 pun kena gak.

Chiken pox & campak tu dua-dua dah rasa, yg chiken pox tu alhamdulilah tak teruk sangat, tu yang mcm pelik bila lps tu G pun kena, dia siap ada mcm bernanah2 lagi, sedangkan saya cuma cecair tu jer & tak banyak, kat muka cuma ada 1 jer... tp mmg kejap jer. Yg campak lak, wpun setakat ruam2 merah & rasa gatal2, tapi rasa sengal2 kat seluruh badan tu lebih lama dpd chiken pox nyer.

akirasuri said...

Hoho! Laaa sudah kena campak ka?
Saya kena dulu tapi dia tak mau kuar sangat.. Agak2 kena kali kedua tak ek? Hohoh! Tamau!

Huahuahua!

Aritu sy ada dengar satu teori cane nuar blh jadik piem dlm masa 2 taun lagi.. Hoho.. Org2 dlm gak cite.. Rasa cam gila jek permainan tikus-tikus ni! :))

Anonymous said...

i like......

khairyn said...

has,

aku dah tak leh berblog pasal politik mesia ke apa ke.. sedang kebosanan sebab blog aku sudah dibaca seantero glasgow.dan politik glasgow lebih kurang sama hebatnya dengan politik mesia. cuma tak ada lagi kes dok main rektum ni.

aku naik menyampah dengan ke'ramai'an Malaysians kat sini. BOSAN.

kingbinjai said...

biasalah tu, manusia akan kena 2 kali demam campak seumur hidup dia, kali kedua kau kene masa umur aku 19 kalau tak silap

izinni said...

pa'chik,

maknanya bakal terkuburlah si husam nanti ek. hmmm ... husam ni takde geng. ehhehe ... hal dia je. orang susah nak ikut cara dia. aku sendiri pun kekadang menyampah. hehehhe ...

dia takde apa2 plan ke dalam pas? kekadang kena ambitious gak .. kalau tak abih puak2 gila kuasa yang amik alih nanti. apa agaknya plan tok guru untuk dia ek.

pasal pas selangor tu ... ontahlah jang oiii ... eden tak kuaso dah. heheheh ... ngarut lebih. dah ada exco dalam kerajaan pun tak nambah ada idea2 yang bernas pun. balik pulak mca selangor yang tungkus lumus buat proposal pasal masalah tol kat selangor ni. yang pas, pkr dok beria protest demo segala .. satu kertas kerja pun tak buat. buat hangin satu badan je aku. si hasan ali dah dapat exco terus sengap.

neen,
gitu la politik dan orang politik malaya ni. banyak perabih boreh je. pok pek pok je lebih.

izinni said...

eh .. cemana buleh terlepas jejaka pendaman malaya ni. hehehhe

ketegur ke may? tak kemana pun .. dok umah je .. makhluk mana pulak yang tegur tu. hehehhe

khairyn,
SAH! hang tak buleh duduk malaya dan bersama dengan orang malaya. heheheh ..
macamana depa boleh tau blog hang? oopsss .. lupa .. orang fofular la katakan. hehehe

tapi kan .. kalau ko nak citer pasal politik malaya ni pun apa salahnya? nanti depa serang hang ke kalau hang laser sangat ..

king,
oh gitu ya. maknanya anak2 aku akan kena lagi sekali la nanti ya. huhuhuhu...