Sembang-sembang ...
Masa baca pertanyaan-pertanyaan maut yang dilontarkan kenalan-kenalan akirasuri tentang kenapa orang Islam di Malaya perangai teruk walaupun mengaku Islam, geram pun ada. Nampak sangat duduk sahaja di Malaya tapi tidak tahu sedikit pun pasal bezanya Islam sebagai agama dan penganutnya. Yang pasti, Islam tiada cacat celanya. Yang cacat, yang cela, yang bengong ... semuanya jatuh pada penganutnya yang tidak pernah tahu dan mahu menjaga agama mereka. Akhirnya, orang bukan Islam pandang serong pada mereka, penganutnya yang soleh dan solehah dan agama Islam itu sendiri. Sangat mementingkan diri, bukan?
Alhamdulillah, dalam kekalutan pemikiran orang bukan Islam yang menjadi warganegara Malaya ini tentang Islam, rupanya masih ada melihat Islam dan penganutnya sebagai kelompok manusia yang baik dan setia pada agama.
Semalam, aku ke klinik. Semua anak-anak aku dari mereka bayi hingga sekarang, aku bawa ke klinik ini kalau mereka demam atau tidak sihat, terutamanya di waktu-waktu luar pejabat. Masa pejabat, aku bawa mereka ke klinik kerajaan sahaja. Percuma.
Pembantu klinik adalah seorang wanita warga Filipina yang sudah bertahun-tahun bekerja dengan doktor berkenaan. Dia hafal semua nama anak-anak aku. Malah, nampak sahaja muka aku, dia sudah tahu kad yang mana perlu diambil untuk diberi kepada doktor. Maknanya, aku memang tidak ada kad klinik untuk klinik yang satu ini.
Semasa menunggu doktor sampai ke klinik selepas berbuka puasa di rumah, aku bersembang-sembang dengan pembantu klinik itu. Dari sembang-sembang biasa, terus berkenaan berpuasa dan lebih lagi.
"I noticed that Malaysian Muslims are very loyal Muslims. They fast, they went to mosque for prayers. Every Friday, the Muslim men sacrifice their time and work for a while to go to the mosque to perform Friday prayer. The women wear decent clothing. They pray at the mosque, too. I like to see the Muslims here."
"In the Philippines, even here, not many Christians went to church anymore. Only women go. Men don't want to go. They busy with work only. Even the youngsters no longer follow Christianity and its tradition. They only like to celebrate festivals but don't want to pray."
Aku katakan pada dia yang setiap orang Islam mesti ikut Islam secara total, tidak boleh separuh-separuh.
"Is it difficult to be a Muslim?"
"No. Once you confirm and commit yourself to Islam, you don't find it difficult. Only those who have doubts, be it the new brothers or sisters in Islam or the existing Muslim, will find it difficult. That's why before one want to convert into Islam, they have to think hard and learn about the religion well, first because once you say the Syahadah, it means you commit yourself fully into the religion. And Islam is not forced on non-Muslims."
"I like that. It's difficult to find good Christians nowaday," kata dia.
Perbualan terhenti sebab doktor dah sampai. Ali demam 38*Celcius. Alhamdulillah, just feverish. No flu, no coughing.
6 comments:
kikiki... yang pegi dah la tak ramai... yang betul-betul percaya... separuh je kot...
kadang tu amek adat je...
hahaha
tu belum lagi yang bertanya kat kau - why muslims are terrorist? Why they blow themselves up? Is it true if they become suicide bombers, your God promise concubines/harem in paradise?
Jawab aku
You should ask the same questions to ETA, IRA and Tamil Tiger
Tapi jawapan yang pasti aku bagi bila orang non-muslim tanya adakah Islam itu mudah, aku kata tidak. Sangat payah.
Kecuali pada mereka yang percaya pada kebenaran, Islam itu memudahkan.
moga Ali cepat sembuh..& menjadi muslim sejati :)
Salam...
Awal Ramadhan baru2 ni, kawan non-muslim saya ada menyebut, doakan dia dpt berpuasa penuh sebulan tahun ni, melainkan hari 'cuti'. Dan sungguh dia berpuasa cara Islam hingga hari ni... Kiranya ni tahun ke3 dia berpuasa cara Islam bila masuk bulan Ramadhan... Moga Allah memberikan hidayah padanya, insya Allah.
Pernah masa berbuka thn lepas, dia boleh tanya, 'boleh ke bulan puasa ni org yang berpuasa, pakai cam tu?'. Sungguh masa tu saya tak perasan pun apa yang dia tanya, keadaan masa tu bising. Bila dia ulang lagi sekali dan caranya amat bersungguh2, baru saya faham apa maksudnya. Rupa2nya ada org kita yang berpakaian seksi masa tu. Lalu saya jawab, berpuasa itu mudah, tapi untuk mendapatkan apa puasa itu yang sebenarnya susah. Sama juga, antara puasa dan solat, ada yang mudah berpuasa tp cukup liat bila nak solat...
Pada dia saya terangkan sikit2 pasal Islam dan saya sebut juga, saya boleh tunjuk jalannya, tapi hidayah tu milik Allah. Tiada paksaan utk non-muslim bertukar kepada muslim, tapi bila dia dah bertukar, dia mestilah bersedia mematuhi setiap apa jua yang telah ditetapkan oleh Allah.
Pasal isu Kartika, saya terangkan akan hukum merotan dalam Islam yang amat jauh bezanya hukum sivil. Dia percaya agama Islam tu mmg yang terbaik, cuma penganut2nya jer ada yang bermasalah...
Semoga Ali cepat sembuh...
semoga Ali cepat sembuh..
err rasanya setakat ni x penah berdepan dgn soalan2 camtu..
Selamat Memenuhi Tanggungjawab Ramadhan.
Semoga tergolong dalam golongan Muttaqin!
Salam Ramadhan. Selamat memburu Lailatul Qadar!
Selamat menyambut syawal ;)
Post a Comment