Tuesday, September 01, 2009

Kenapa mesti ada tajuk? Aku amatlah lemah bila tiba bahagian ni ...

Rupanya sudah 14 hari blog ini tidak dikemaskini. Sibuk? Tidak juga. Cuma tidak tahu hendak dibicarakan tentang apa walaupun banyak yang berlaku. Orang kata blog adalah tempat luahan perasaan yang paling cocok. Ya ke? Jika blog itu dibaca oleh orang-orang asing atau 'total strangers', mungkin betullah kata orang itu. Tapi jika empunya blog itu sudah dikenali, perasaan untuk meluahkan segalanya itu secara automatik terbantut. Terasa amat tidak selesa untuk berkata apa-apa yang sensitif dan sulit mengenai diri sendiri. Akhirnya, tinggal cuma catatan sehari-hari yang adakalanya membosankan untuk ditulis dan mungkin akan bosan dibaca orang lain (ada ke yang masih baca blog ni?). Kesudahannya, gersanglah blog itu tanpa sebarang kisah dan cerita.

But life goes on.

Mungkin aku akan bercerita sedikit sebanyak apa yang berlaku terhadap diriku sepanjang 14 hari lalu. Bukan yang sulit dan sensitif.

1)
11 hari berpuasa, 9 hari berbuka di surau seperti tahun-tahun yang sudah. Makan berjemaah. Solat Maghrib, Isya' dan Terawih berjemaah. Anak-anak yang paling seronok termasuk Ali. Punya seronok, bila pulang terus tidur kepenatan dengan tangan mendepa ke belakang DAN berdengkur. Ramai juga yang datang berterawih. Ramai anak dara. Sayang kurang menutup aurat. Maksudnya, masih ada yang berseluar jeans ketat, berbaju ketat. Datang dengan ibu dan ayah. Oh ya. Nanti aku akan rakamkan gelagat anak-anak semasa di surau, insyaAllah.

2)
Aku memohon sebagai penterjemah sambilan dengan PTS Publication selepas terbaca iklan mencari penterjemah di laman sesawang syarikat penerbitan itu. Aku hadir ke taklimat ringkas PTS di pejabatnya di Batu Caves, Selasa lepas. Sesat pada mulanya mencari lokasi PTS. Rupanya alamat salah. Di laman alamat yang tertulis adalah Pusat Perindustrian Batu Caves sedangkan lokasi sebenar di Dolomite Business Centre. Melilau mencari tidak berjumpa. Rupanya bukan aku sahaja yang bermasalah sama.
Selesai taklimat ringkas, kami (ada lebih 18 orang kalau tidak silap pengiraanku) diminta mengambil salinan beberapa halaman novel berbahasa Inggeris yang perlu kami bawa pulang untuk diterjemah. Setiap buku ada 2 halaman. Kami diberi masa seminggu untuk menterjemah dan minima 3 buah terjemahan buku perlu dihantar. Aku terjemah 5 tajuk (bermakna 10 muka).
1) The Curious Incident of the Dog in the Night-Time (Mark Haddon)
2) Where Rainbows End (Cecelia Anern)
3) Remember Me? (Sophie Kinsella)
4) The Da Vinci Code (Dan Brown)
5) Snow (Orhan Pamuk)
Memang mencabar, walaupun hanya 2 halaman setiap tajuk. Membuatkan aku tertanya-tanya samada aku layak digelar penterjemah. Apa pun terima kasih tidak terhingga buat Khairyn yang mungkin terpaksa rela membaca hasil terjemahan aku yang mungkin juga menyakitkan bila dibaca. ;)
Terjemahan sudah aku kirim pada PTS sebentar tadi jam 9.59am. Akan aku nantikan maklum balas daripada mereka sebulan dari sekarang.

3)
Aku diminta seorang rakan untuk menguruskan satu tanggungjawab yang agak besar. Dipendekkan cerita, aku perlu mengepalai bahagian perhubungan media, komunikasi, protokol dan pengurusan acara untuk Malaysia Fest 2010 yang bakal diadakan di negara kincir angin dan bunga tulip. InsyaAllah, jika semuanya berjalan lancar - terutamanya dari segi kewangan - ia akan diadakan pada bulan Jun tahun hadapan.
Aku tolak pada mulanya pelawaan rakanku itu. Mana tidaknya. Begitu besar tanggungjawab yang perlu dipikul. Hendak menguruskan media bukan satu perkara yang mudah. Apalagi bila perlu menguruskan sesuatu acara formal dan protokolnya. AKU BUKAN SEORANG YANG MENGIKUT PROTOKOL. Hendak bangun 'meraikan' orang-orang 'terhormat' dalam apa-apa acara pun aku bengkeng.
Namun, hasil pujukan suami yang yakin akan kebolehanku (kata dialah) dan seorang lagi sahabat yang teruja dengan apa yang aku ceritakan, malah katanya hendak ikut serta membantu jika ada kelapangan ... aku terima juga tanggungjawab itu.
Aku tahu aku boleh buat. Sebab itu aku tolak pada mulanya. Ahh ... cuma aku yang tahu kenapa aku tolak walaupun aku tahu aku boleh buat.

4)
Kelmarin 30/8/2009 adalah ulangtahun pernikahan aku yang ke-12. Cepat masa berlalu. Tiada apa yang aku mahu dan pohonkan dariNya .. cuma kebahagiaan. Amin ...

6 comments:

Zuraini said...

Salam...

Alhamdulilah & Tahniah sempena ulang tahun perkahwinan yg ke 12.

Tengok gelagat bebudak berpuasa seronok ... mcm2 gaya... semlm bawa anak2 saudara seramai 6 org - 8 thn - 16 thn berbuka di luar... seblm tu jejln dulu kat shopping comp., punyalah ramai org... terus masuk kedai buku & belikan apa yang sesuai... mmg tulah port bila keluar dgn anak2 saudara... lepas tu ke kedai mainan... setakat tengok2 jer... berbuka di area ofis - dah biasa kat situ dan dah kenal (kemudahan bersolat pun senang)...

tulah kan... dalam nak beribadat kekadang kita tertipu dgn etika berpakaian menurut Islam... ramai yang beranggapan asal dah bertudung tu dah cukup... ada artikal yang pernah saya baca tajuknya Pakaian Halal Tetapi Haram... semakin ramai (perempuan) yang berpakaian tapi bertelanjang...

utk tugasan Malaysia Fest 2010 tu, tahniah juga... saya juga antara yang sering mempersoalkan bila dikehendaki bangun bila org2 'besar' tiba... dan mcm2 lagi... sering saya sebut, Nabi Muhammad s.a.w. pun tidak benarkan para sahabat r.a. bangun bila Baginda s.a.w. menghadiri sesuatu majlis...

achik said...

rindunya nak berterawih berjemaah.. slalunya malam pertama pegi gak masjid, tapi tahun ni mak tak larat.. buat kat rumah je..

good luck.. semoa semuanya dipermudahkan..

happy anniversary.. :)

Rozita said...

cuba sebelum mengalah

Pa'chik said...

kikiki... apa daaaa... ingat tutup kedai terus dah... :P

Mak Su said...

wow! saya selalu mimpikan utk buat kerja2 terjemahan, tapi tak tahu jalan... :(

moga berjaya :)

izinni said...

neen,
gitulah adanya. Kadang2 tak faham kenapa depa ni nak pakai tudung kalau taknak tutup aurat dengan betul. Rasa macam mempermain-mainkan je fungsi tudung tu yang sebenarnya untuk menutup aurat rambut. Tu belum lagi yang bila duduk nampak lurah punggung semua tu. adehhh .. bukan takat anak dara, yang bergelar mak orang/bini orang pun macam tu jugak. peliknya husband2 orang yang macam gitu tak ralat ke orang dok perhatikan isteri depa? bangga kot. hmmmm

achik,
takpe. berjemaah dengan mak kat rumah pun ok. sama pahalanya dengan ke masjid/surau :)

ya. harap2 dipermudahkan segala urusan and thanks for the wish.

ree,
tak mengalah. cuma faham kemampuan diri yang akan buat segala benda jika orang2 bawahan yang sepatutnya buat kerja tu tapi tak buat. sebab tu yang fikir panjang nak terima atau tidak. tak nak terperangkap dan akhirnya kelelahan sendirian. benda sepatutnya menyeronokkan nanti jadi menjengkelkan. tu yang tak nak tu ;)

pa'chik,
mu nak aku tutup kedai terus ke? kalau apa2 mu nak kata kat aku, mu offline message je la aku kat YM, emel ke. sebab emel insyaAllah aku selalu check.