Tuesday, September 29, 2009

Ramadhan berlalu ... Syawal datang lagi ...

Selamat Hari Raya Eidul Fitri. Maaf Zahir Batin. Maaf terkasar bahasa. Maaf tersinggung perasaan.

Hampir sebulan sepi tanpa berita. Apa khabar semua? Didoakan semuanya sihat sejahtera hendaknya. Aku alhamdulillah sihat. Anak-anak pun sihat. Oppsss .. ketika ini Nisaa' kurang sihat. Dah 3 hari dok cirit birit tapi tidak serius. Masih lalu makan dan minum. Ali sakit kaki sebab semalam buat pemeriksaan dan kena injection sedas kat peha kiri. Sebelum kena dok sengih-sengih. Masuk je jarum kat peha terus terbeliak mata pastu nangis. ahahhahaa

Alhamdulillah juga, Ramadhan sudah dilalui dengan jayanya. Diterima atau tidak, hanya Allah yang tahu. Pertama Syawal tahun ni, kami sekeluarga beraya di rumah sendiri. YA! Rumah sendiri. Tak balik Tapah atau Bukit Beruntung. Sebabnya ayah baru 4 hari keluar hospital. Jadi dia tak nak balik Bukit Beruntung. Dia stay dan beraya di rumah aku sampai raya ke-2 sebab adik-beradik yang lain balik rumah mertua. Entah kenapa aku rasa seronok beraya di rumah sendiri. Tak rasa stress dan sungguh relax. Just anak2 je yang bosan sikit sebab beraya kat sini apa yang ada pun kan. Nak beraya rumah orang pun, kebanyakan dah balik kampung. Kami balik ke Tapah petang raya ke-2. Raya kali ni, 4 hari di Tapah memang sakan berjalan merata rumah sedara-mara. Khamis sebelum balik KL semula, bawak anak-anak mandi sungai kat Batu 7. Memang dah routine. Kalau tak muka masing2 jadi sememeh je.

Oklah ... aku share gambar2 masa puasa dengan raya.

Kat surau sementara nak tunggu berbuka.


Aktiviti malam raya - Masak Rendang Ayam Pencen & Kuah Kacang Daging Cincang




Pagi Raya



Raya di Tapah - Aktiviti mandi-manda di Batu 7

4 comments:

achik said...

selamat hari raya kak izinni.. maaf zahir batin..

izinni said...

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin juga buat Achik sekeluarga . Bila la kita dapat jumpa ek. Akira akak dah banyak kali jumpa. Dah beraya-raya pun :)

Pa'chik said...

selamat ari raya weh...

DeeN said...

Salam,

Selamat hari raya, maaf zahir & batin, kak!

Gambar Ali posing paling sweet & cool! Cute sangat! :)