Sunday, August 31, 2008

Ramadhan .. bertemu jua kita ...

Sambil bersiap ni ...teman nak ucapkan Salam Ramadhan buat semua. Tak sangka bersua semula dengan Ramadhan yang sangat dirindui. Syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan sekali lagi untuk bertemu Ramadhan.

Kamu-kamu semua .. selamat puasa kita ya. Selamat berterawih malam ni. Selamat bersahur. Jangan malas-malas bangun sahur.

Bye .. nak gi surau berterawih sekeluarga. Ramadhan pertama buat Ali Qa'id :)

Apa itu Merdeka?


Aku masih mencari erti sebenar MERDEKA ...

Friday, August 29, 2008

1+1=11

Sekejap benar masa berlalu. Diam tak diam, sedar tak sedar ... dah masuk angka belasan.
Moga ke puluhan pula. InsyaAllah.

Monday, August 25, 2008

Aku, anak-anak dan hiburan ...

Boleh dikatakan aku dibesarkan tanpa banyak sekatan terutama dalam aspek pergaulan dan hiburan. Aku boleh tengok apa juga cerita di tv dan dibenarkan menonton wayang. Malah aku amat suka menonton wayang. Aku juga boleh berkawan dengan sesiapa sahaja. Boleh ada kawan lelaki. Mungkin mak dan ayah yakin yang aku tahu membezakan antara buruk dan baik. Aku cuma ada teman lelaki ketika aku dalam Form 6 dan teman itu akhirnya menjadi suami aku dan ayah kepada 5 orang anak kami. Alhamdulillah.

Cara pemikiran aku dulu mungkin berbeza dengan budak-budak sekarang yang sangat 'up-to-date' dan complicated. Waktu remaja pada aku, teman lelaki bukan pilihan. Apatah lagi aku bersekolah di sekolah menengah perempuan.

Untuk berlibur ... aku tidak ke konsert walaupun aku pernah teringin sangat nak pergi ke konsert "Dekat tapi Jauh" artis2 Roslan Aziz masa tu. Aku hanya sekali dua menjejakkan kaki ke tempat yang bernama disco di PJ. Itu pun atas dasar ingin tahu kenapa budak-budak kat sekolah aku gedik sangat nak ke sana hampir setiap minggu. Bila dah tahu ... hmmm tiada keistimewaan pun. Sebuah tempat yang gelap dengan lampu samar, bau asap rokok yang menusuk dan kumpulan2 budak sekolah yang 'high' minum Coke yang baru nak belajar bersosial. Jadi, disco bukan tempat aku.

Aku lebih selesa mendengar radio, melekap dengan walkman dengan berpuluh tape yang aku beli, tonton tv dan sekali sekala bila ada duit dan jika diizinkan ayah dan mak, aku dan kakak atau dengan kawan-kawan akan tengok wayang di panggung state di PJ. Hiburan sebegitu sudah memadai untuk aku. Mungkin ada yang akan kata ... dah zaman 80-an ... apa lagi yang ada kan. hehehhe .. but again I feel that was more than enough for me. Kiranya sifat ingin tahu aku tidak melampau. ehhehehhe ... aku ni mesti membosankan untuk remaja zaman sekarang kan kan kan ...

Kini aku sudah menjadi ibu. Bila tiba soal hiburan untuk anak-anak, aku dan suami amat particular. Dunia hiburan dan sosial zaman sekarang amat menakutkan. Tidak salah rasanya sebagai ibu aku berhati-hati demi keselamatan anak-anak aku dunia dan akhirat.

Aku izinkan mereka tonton kartun. Drama Melayu aku akan tapis tengok mana yang sesuai. Drama orang putih pun. Filem pun sama. Kami akan beli VCD dan tonton sama-sama dirumah. Aku lebih suka mereka tonton filem2 adventure atau sci-fi. Belum tiba masanya untuk bawa mereka ke panggung. InsyaAllah, mungkin apabila mereka sudah sedikit dewasa, aku akan bawa mereka juga nanti ... sebab aku pun mula-mula dibawa oleh mak dan ayah. Sekurangnya mereka tidak tahu dari orang lain.

Rancangan menyanyi amat tidak digalakkan ditonton, walaupun rancangan Akademi Nasyid. Sebabnya rancangan tu pada dah lebih kurang rancangan lain juga. Nyanyi nasyid tapi penontonnya aduhhh .. ala-ala jerit juga. Jadi rancangan menyanyi berbentuk realiti memang tiada tempat di rumah aku. Amazing Race tak apa. Ada unsur-unsur positif di situ. Lagipun aku tidak melanggan tv satelit itu. Anak-anak yang sudah faham selalunya tahu segala jenis rancangan itu dari sekolah. Dari kawan-kawan. Jadi tugas aku adalah menjelaskan kenapa rancangan sedemikian tidak sesuai untuk mereka.

Jadi apabila seorang guru mengatakan tidak mengapa untuk menonton High School Musical Ice Tour show di Bukit Jalil kerana yang tidak menutup aurat adalah mereka-mereka yang terbabit dalam persembahan itu, apa agaknya reaksi aku? Mestilah aku bengangkan ... apa teladan yang cuba cikgu tu tanamkan pada minda budak-budak setahun jagung?





Balik sekolah tadi Zinnirah bercerita dengan Irfan tentang kisah guru bahasa melayunya yang bertanya di kelas tentang siapa yang sudah menonton persembahan musikal itu. Ramai juga yang mengangkat tangan dan semuanya pelajar perempuan.

Seorang pelajar lelaki bangun dan memberi komen. "Eh .. mana boleh tengok cikgu. Tak bagus sebab seksi dan sentuh bukan muhrim." Itu kata-kata seorang budak yang belum akil baligh berusia 8 tahun.

Si polan yang berjawatan guru itu dengan yakin berkata, "Tak apa tengok. Yang tak tutup aurat orang tu, bukan kita."

Kenapa nak kelirukan fakta pada anak-anak? Maknanya kita boleh nengok orang berbogel asalkan kita sendiri menutup aurat? Itu yang cikgu itu cuba katakan? Tanya aku pada Zinnirah. Zinnirah kata mana boleh macam tu. Mana boleh tengok aurat orang lain.

Jadi .. kesimpulannya. Aku tidak akan confront guru itu. Aku akan tunggu. Kalau ada lagi kata-kata yang mengelirukan keluar dari mulut cikgu tu lagi ... aku sah-sah akan bersemuka dan tanya apa sebenarnya yang dia nak ajar budak-budak di sekolah agama tu.

Aku tanya Zinnirah .. dia nak tengok ke musikal tu sebab ramai kawan dia dah tengok. Dia kata, tak nak sebab takat menari-nari apa yang best sangat pun.

Untuk Zinnirah ... hujung minggu ni ibu dan ayah akan cari VCD pirated filem yang kakak nak tengok sangat tu. Kita boleh tonton 'Pirates of Carribean' sama-sama. Ya .. hiburan dibawah pengawasan. hehehhee ... Ahhhh ... Johnny Depp ....

Sunday, August 24, 2008

Polan nak jadi Perdana Menteri ...

Perdana Menteri.

Jawatan paling tinggi dalam negara. Menteri paling besar. Dia boss kepada semua boss. Perdana Menteri adalah Bendahara. Jika Bendahara orang paling kanan dan kedua paling berkuasa dalam negara selepas Sultan, Perdana Menteri di zaman sekarang pula adalah paling berkuasa.

Apa reaksi kita bila seorang kanak-kanak baik lelaki atau perempuan mengatakan yang cita-cita mereka apabila besar nanti adalah untuk menjadi Perdana Menteri?

Mesti kita akan tersenyum kan. Mesti mak bapak kanak-kanak tu senyum lebar bangga.

Tapi jika seorang manusia dewasa mencanangkan dengan jelas dan penuh semangat yang dia mahu jadi Perdana Menteri ... apa agaknya reaksi kita?

Mungkin ada yang senyum sinis. Mungkin ada yang kata berangan mat jenin.

Kalau manusia dewasa itu dari parti A ... ramai yang mungkin kata tiada salahnya sebab ... ehh ... kesemua 5 Perdana Menteri dari parti tu apa ... jadi tidak mustahil kan kan kan ... jawatan itu kan hak turun temurun yang diperturunkan pada yang 'berhak' apabila tiba 'masanya'. Kan kan kan ...

Tapi jika yang bercita-cita besar itu dari parti lain selain dari parti A ... manusia itu dikatakan gila kuasa, tamak, too ambitious, tidak sabar, tidak layak, akan hancurkan negara, agen negara itu, agen negara ini dan macam-macam lagi gelaran.

Secara peribadi ... I am NOT a big fan of that person ... alahaiiii ... macam susah benar nak taip nama si polan tu. Korang paham la siapa polan tu kan kan kan ...

Pada aku polan tu bukannya bagus mana. Banyak tak betul pun. But again those from the other side are not that super great, right? Pokoknya semua tak bagus dan tak sesempurna mana.

Polan tu nak jadi Perdana Menteri. So? Lantak la dia. Salah ke dia nak jadi Perdana Menteri? Nak kena sopan santun konon macam mamat pekan kecik tu yang Allah je tau betapa menggelitiknya dia dan bini dia nak naik takhta. Sekurangnya Polan tu cakap terang dia nak jadi Perdana Menteri. Tak selindung. Takde konon-konon sopan santun.

Tak paham aku dengan perangai yang nak jatuhkan orang sampai macam tu sekali. Overkill sungguh. Pastu yang bertandingnya manusia lain .. yang beria kempen hari2 masuk tv orang lain pulak. Baik budak pekan tu yang bertanding je ... baru anak jantan.

Dalam aku malas nak tulis pasal politik ni ... tapi tulis jugak ... susah benar nak stop dari tulis. hehehhehe ...

Nota kecik-kenot:
Suami aku gi permatang pauh esok. Aku tak sabar nak dengar cerita. Hmmm ... nak ke dia bercerita? hahhahahah ...

Saturday, August 23, 2008

Campak lagi ...

Rumah aku dah jadi mini hospital. Ada 4 orang pesakit. Semuanya mempunyai simptom yang sama. Bintat berair kemerahan merata badan dan muka. Demam malam. Gatal-gatal seluruh badan. Meragam power punya.

Nisaa', Syabil dan Ali ... seperti Irfan semuanya dijangkiti chicken pox. Campak bermaharajalela. Alhamdulillah Irfan dah ok ... minggu dah depan dah boleh mula sekolah. Muka, tangan dan kaki aku sapu krim vitamin E bagi hilang cepat parut tompok2 bulat keputih-putihan bak parut kurap itu.

Nisaa' dah kebah demam. Cuma tunggu semua bintat tu kering. Gejala gatal masih lagi kronik. Masalahnya dia tak bagi letak krim nappy rash tu terutama kat muka dia. So, satu je cara nak elak dia dari menggaru. Kalau dia start garu je aku kata aku nak sapu ubat .. terus tak jadi garu. hehehhee ... tapi dia tukar menggaru dengan merengek. adehhhh ... itulah part yang paling aku tak tahan ...

Syabil dan Ali dah masuk hari kedua. Muka dan badan masing2 dah penuh dengan bintat merah. Kesian Ali. Muka yang debab dan licin tu dah penuh dengan campak. Tapi masih aktif melingkar ke sana sini dan gelak ketawa bila diagah. Cuma bila badan panas je dia mula merengek mintak dukung.
Syabil pulak lemah je. Bila tengok dia lemah macam tu ... sedih pulak hati. Sebabnya dia la yang paling aktif kat rumah ni. Tak tau duduk diam. Dia pernah kata kalau duduk diam dia bosan. So bila tak sihat ni .. dia duduk diam je. Mesti bosan gila. Makan pun tak lalu.
Maknanya dia tak bersekolahnya minggu depan. Sian Syabil ...

Tinggal Zinnirah je yang takde gejala macam nak kena. Hopefully she's spared of it. InsyaAllah. Dia la jadi nurse bantu aku dengan adik2 dia yang tak sihat. Kesian, cuti sekolah tak dapat kemana-mana, padahal aku dah plan nak bawak depa pergi mandi-mandi kat Wetworld shah alam nun. Tapi mandi je la kat bilik air rumah. hehehhe
Bagus anak dara aku ni. Tolong sidai kain, angkat kain, menyapu, mop lantai, mandikan Nisaa', buatkan susu, sediakan diapers, baju adik-adik, jagakan adik bila aku tengah masak, mandi, makan, solat. Muka tu kekadang kemek gak ler tapi dia buat gak .... hehhehehe
So, esok aku suruh dia ikut pakcik dan atuk dia pergi kenduri kahwin kat Sendayan, N9. Sepupu aku belah arwah mak kawin. Anak Pak Long, abang mak. Biar dia rehat sehari jalan-jalan.

Jadi bila takde apa2 update tu maknanya aku sibuk jadi doktor dan jururawat untuk pesakit-pesakit aku ya. Penat wooo ... tak tido malam dibuatnya .... hehehehhe

Wednesday, August 20, 2008

Campak

Aku dapat chicken pox @ campak masa umur aku 23 kalau tak silap. Bayangkan orang 'tua' kena penyakit tu. Punyalah seksa. Sakitnya berkali ganda. Campaknya pun berganda banyak dan besar. Bintat-bintat bulat besar warna merah dan penuh dengan cecair. Aku perasan masa tengah makan malam dengan tunang aku yang sekarang dah jadi suami aku, lepas balik kerja. Ada bintat besar macam jerawat kat kening kiri. Aku jarang berjerawat. Kalau ada pun cinonit je. Dah ler besor, sakit pulak. Aku suspect campak ler sebab badan pun sengal sakit semacam. Aku call mak tanya aku pernah kena campak tak masa kecik. Mak kata dah pernah kena. So, takan kena lagi kan kan kan.

Untuk kepastian aku gi klinik. Doktor confirm chicken pox. Dapat MC 2 minggu. YIEHAAAA!!! Namun seronok sekejap je la. Punyalah sengsara. Dari 2 minggu membawak ke 1 bulan .. baru betul-betul clear segala gejala campak. Parut kemerah-merahan kat muka jangan cakap la kan. Nasib tak hitam. Masa tu Vitamin E cream jadi teman setia. Tempek kat parut bekas campak.

Alhamdulillah ... licin kulit I balik youuu .... hehehhe

Dan kini ... aku ditakdirkan berdepan dengan penyakit ni lagi. Adehhhh ... seksa. Tak boleh nak kemana!

Opppsss .. bukan aku .. tapi Irfan. Dah 2 minggu lebih. Nak beransur baik pun. Tunggu semua kudis yang dah kering tanggal dari kulit. Kat muka dah clear .. tinggal kat kaki je lagi. Sepanjang 2 minggu aku penjarakan dia dalam bilik. Jadi boss .. makan minum dihantar dalam bilik. Sampai menangis dia .. bukan sebab sakit tapi sebab bosan dan rindu nak main dengan Ali.

Nasib tak baik ... dah 2 hari Nisaa' pulak kena campak. Berjangkit dengan Irfan. Dalam aku dok kuarantinkan yang sulung tu .. yang nombor 4 tu kekadang hilang jugak masuk bilik cari abang dia. Sepanjang hari ni melekap je dengan aku. Merengek menangis gatal. Kesian dia. Macamana nak kuarantin budak kecik macam tu? Aku sekarang doa hari-hari jangan Ali pulak dapat.

Oh ya .. aku ada petua bagus untuk kurangkan gatal dan nak bagu campak cepat kering. Daun bambu yang dikisar campur bedak sejuk dah tak berkesan. Nangis-nangis Irfan tak nak pakai sebab pedih dan makin gatal.

So aku experiment pakai Nappy Rash Cream. Ya ... cream ruam lampin baby. hehehe .. SANGAT mustajab! Tak gatal dan sangat cepat mengeringkan bintat-bintat berair tu. Sungguh. Tatak bohong punya ...

Begitulah cuti sekolah kali ni .. terperangkap dirumah dan aku tak benarkan sesiapa pun termasuk adik-beradik aku datang ke rumah .....

Islam Rapuh?

Pada mulanya emosiku turut merasa negatif akan isu ini. Kenapa hendak dibahas dan dibincangkan lagi walhal mahkamah telah menetapkan duduk perkara? Adakah hendak dijolok sarang tebuan?

Itu antara persoalan yang terlintas dikepala aku. Tapi sejurus aku melihat segerombolan umat manusia yang beragama Islam dan berketurunan Melayu berhimpun dihadapan bangunan itu dan beria-ia membantah dan hampir bergaduh ... aku terfikir ... bukankah lebih baik dibiarkan sahaja perbahasan atau bicara itu?

Logik fikiranku berubah. Aku hairan dengan logik mereka yang membantah. Adakah begitu rapuh ugamaku? Adakah agamaku akan runtuh kerana sebilangan kecil manusia jahil yang berkumpul dengan alasan untuk mencari 'keadilan'?

Sungguh ... perasaan marahku pada kumpulan yang mencari 'keadilan' itu terus beralih arah. Aku marah pada mereka-mereka yang membantah itu. Nampak sangat dengkel dan cetek ilmu mereka.

Makin panas hati ini bila mengetahui yang majlis dihentikan ketika mereka yang arif tentang undang-undang Islam sedang memberi penjelasan kepada kelompok yang jahil itu.

Itu satu majlis terbuka. Sesiapa pun boleh masuk dan memberi buah fikiran mereka. Apakah sudah tiada lagi bijak pandai Islam dalam negara ini yang boleh ikut sama untuk mematahkan hujah-hujah dangkal mereka? Mana ulama'? Mana mufti-mufti? Adakah mufti-mufti hanya sibuk memikirkan cara bersumpah yang betul dalam Islam dan sebaliknya?

Inilah peluangnya untuk 'memalukan' mereka yang konon pandai dalam erti keadilan dan hak asasi manusia. Patahkan hujah mereka. Buat mereka malu sendiri. Buat mereka buka mata akan keadilan sebenar dalam Islam yang mereka jelas jahil mengenainya.

Mereka tidak tahu. Mungkin mereka tahu tapi enggan mengakuinya. Mereka mahu mengusutkan fikiran orang yang sudah sah-sah tidak tahu. Nah! Ambil peluang itu. Jelaskan dengan sejelas-jelasnya. Tutup mulut mereka. Biar mereka tidak lagi berani mempersoalkan tentang agamaku itu di lain masa dan ketika.

Aku cuba berada didalam kasut keluarga yang kononnya tertindas itu. Sedikit aku turut merasa rasa curiga dan kecewa mereka. Kenapa mereka begitu? Ya ... mereka takut. Mereka rasa mereka ditindas. Mereka rasa keluarga dan anak-anak mereka dirampas dari mereka. Jadi menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk mematahkan keraguan dan ketakutan mereka.

Mereka jadi begitu kerana kita juga. Kerana kita tidak jelaskan kepada mereka. Kerana kita biar mereka digula-gula pemerintah yang tidak mahu mereka tahu kebenaran dalam Islam. Kerana jika mereka terus alpa akan kebenaran itu, selama itulah Islam akan terus disalah erti. Bila Islam disalah erti, golongan itu akan terus berkuasa. Itu yang mereka mahu. Biar orang bukan Islam terus tidak tahu pasal Islam dan keadilannya.

Aku hairan kenapa golongan yang mengatakan mahu menegakkan syariat Islam tidak tampil dan turut serta memberi penjelasan. Mereka ada penyokong bukan Islam yang aku yakin sudah tahu akan keindahan Islam. Kalau tidak .. masakan mahu berada dibelakang nama Islam untuk berjuang. Nah! Inilah masanya 'digunakan' khidmat mereka ini untuk memberi penjelasan sama. Kenapa biarkan diri diperkotak-katik golongan yang terang-terang menolak Islam sebagai satu jalan hidup?

Jika selama-lamanya mahu dibuat secara tertutup .. sampai bila pun umat bukan Islam di Malaya ini akan terus buta. Sebuta umat Islam Melayu yang mahu terus buta demi kepentingan diri sendiri.

Dan dengan 'terbatalnya' majlis itu ... semakin jijiklah Islam dimata mereka yang bukan Islam. Sahlah tanggapan mereka yang Islam itu cetek dan tidak terbuka .. walhal Islamlah yang paling luas, paling terbuka dan paling indah.

Yang pasti agamaku tidak Rapuh .. malah amat kuat. Yang rapuh adalah umat yang cetek ilmu dan takut berjuang demi agama Allah ... demi Rasulullah ... betapa ruginya mereka ...

Dan aku .. semakin sedih. Apa akan jadi dengan masa depan anak-anakku dikalangan sebilangan umat yang serba dayus dalam menyatakan kebenaran secara terbuka dan berani ...

Tuesday, August 19, 2008

Penghargaan

Penghargaan tak terhingga buat peminat-peminat saya yang terus memberikan sokongan kepada saya selama ini. hehehehhe .... macam menang anugerah ... macam la femes sangat. keh keh keh

Sungguh .. terima kasih sangat kat pa'chik, neen, ati, zwit, achik dan ahmay yang rajin datang kongsi sembang kat rumah usang yang bersawang ni. Maaf sangat sebab tak terdaya layan sembang korang. Neen yang dok rajin baca cerita2 aku sebelum ni ... mesti perasan yang dulu aku rajin layan orang yang datang jengah sembang kat sini. Tapi apa kan daya ... sekarang kesempatan tu sangat terbatas.

InsyaAllah bermula malam ni aku akan cuba rajin semula berceloteh walaupun belum tentu ada yang baca. Besides, this is a personal blog. A place for me to express what I feel and think ... though not everything :)

Setelah lebih setahun berkecimpung dalam penulisan blog ni ... dah 2 orang hamba Allah blogger yang aku temu. Itu pun atas jempitan makan free. And me .. when it comes to free food ... hehehe ... sah-sah satu Smart Tunnel aku hulurkan. Siap bawak rombongan lagi anak cik kiah ni tau. hehehhee ...

Sepatutnya dah cerita lama tapi sebab masa dan rm tak mengizinkan aku tangguhkan dulu. Malangnya pertemuan kami tidak sempat disemadikan dengan sesi fotografi. kalau tak sakan berposing ... kan kan kan ...

Setelah bercengkerama kat alam maya selama lebih setahun .. aku bertemu jodoh dengan Ati kat rumah dia yang sangat nyaman sampai anak-anak aku terjatuh chenta. Oooooo ... gitu rupa Cik Ati kita. hehehhe ... comeyyyyyyyyy ... berkurung biru mengingatkan aku kat seseorang nun jauh kat tanah ratu yang suka benor lagu raya pasal baju kurung biru. Memandangkan dia tuan rumah dan aku salah seorang dari ratusan tamu yang hadir memeriahkan walimatulurus berkenaan ... tak panjang lebar sangat sembang kami. Tapi cukup bermakna ... terima kasih Ati sebab jemput dan layan ahkak dan anak2 yang hyper tu. hehhehe .. kira belated thanks via cyber ler ni.

Pastu diperkenalkan pulak dengan Wan. Sungguh tak berapa kenal dengan si dia tapi diberitahu selalu jugak dia melepak kat umah pa'chik. Sangat tampan anak terunanya. Walaupun tak sempat nak sembang sebab dah nak balik ... cukup berbesar hati sebab dapat bertemu muka. InsyaAllah di alam maya akan bersembang2 pula.

Yang paling mengesankan.. disaat bertentang mata dan bersalaman dengan ibunda Cik Ati. Aduhhh ... wajah persis ibunda yang telah pergi. Irfan yang bersalaman pun tak lekang pandangannya dari wajah ibunda Cik Ati. Dalam kereta ... Irfan kata ... "Ibu, mak Cik Ati tu macam nenek kan ..." Rindu ....

Dan yang pasti ... memang menyeronokkan berjalan ke rumah Ati. Suasana kampung yang damai .. berbukit bukau lagi. Setengah jam dari rumah aku ke sana. Memang best .. makannya pun best sampai tak sampai hati nak tambah sebab segan. hahhahaha ...

Dan pertama kali juga watak-watak Irfan, Zinnirah, Syabil, Nisaa' dan Ali muncul di depan mata Ati. Itulah buah hati ahkak ... takde tolok bandingnya harta dunia banding mereka berlima :-D

Penghargaan buat Ati dan keluarga. Bila laaaa giliran nasi mintak Ati pulak ek ..

Sunday, August 03, 2008

Campur baur

fuhhh ... banyak betul benda, perkara yang jadi kat malaya ni. Rasanya kalau nak diulas satu persatu boleh bikin semput perut. Tiap kali baca atau dengar itu dan ini yang jadi macam-macam perasaan menyelinap. Marah, geram, sedih, kelakar. Ada masanya semua rasa bercampur baur. Apa yang jadi pun tak tau.

Harga minyak naik - Marah tak terkata. Walaupun depa kata bulan september nanti depa nak turunkan rega minyak .. marah aku masih meluap. Tiap kali isi minyak dan aku perhati nombor2 yang terpampang kat mesin pam tu .. sakit benor hati ni. Dulu RM10 boleh la dapat dalam 5 liter lebih. Tahan ler aku nak berulang-alik menghantar dan menjemput anak-anak. Ni RM20 baru lepas 7 liter je. Adehhhh ...

Harga barang-barang naik - SDA

Muzakarah @ Muqabalah @ apa-apa je la yang depa tak taruk namanya - Lawak & Marah. Tolonglahhhh .. aku bukan tak nak Melayu dan Umat Rasulullah kat Malaya ni bersatu padu tapi ... mengeluh aku dibuatnya. Benda macam ni la yang buat aku nak cakap omputih. What the HELL!? Why now? Why now when the other party is really in bad shape? Pas tak nak belajar dari kesilapan ke?
Lagi satu .. Ust Nasa (sapa yang bagi dia title tu sebenarnya?). Beria-ia nafi jumpa dengan pemimpin umno tapi last-last dah terbukti. Dah jadi penipu pulak ke? Dah nak jadi macam najib? Mula kata tak kenal pastu kata kenal?! Tolonglaaa ....
Aku sokong Tok Guru Nik Aziz 100%. Nak bincang jangan gedik pakai nama parti. Apasal yang gedik sangat pun aku tak tau. Awatnya pemimpin atas Pas gedik sangat.
Baguih jugak dah buat syura .. mesti dah kena debik satu2 dengan tok guru ngan harun din.

Liwat - Kelakar. Another one? Aduhhhh ... sungguh aku tak tau nak cakap apa. Lawak sungguh. Orang ni cakap lagu ni .. orang tu cakap lagu tu. Semuanya sumbang pada aku. Yang jadi pening kepala aku .. apa aku nak explain kat anak-anak aku liwat tu amenda?! Jimak pun aku tak abih explain. hehehhehe

Rosmah - Berbaur. Dia memang takde buat apa2 kat aku. Tapi perempuan yang satu ni memang ler muka tebal dek botox. hehehhe .. cakap pasal botox ... kelmarin tv3 tu close-up muka perempuan ni ... kaget aku dibuatnya. MasyaAllah ... muka tu dah macam dek kena sengat sarang tebuan. pastu berkilat je macam wax doll. hahahaha ...

Errr .. apa lagi ek ... banyak tapi tak cukup masa. Dah lama aku kat cc ni. heheheh nanti mencanak aku kena bayar. InsyaAllah minggu depan aku check komen-komen .. kalau ada la. hehehehhe .. maklumlah blog ni macam hidup segan mati tak mau gitu.

Nota kecik-kenot:
Ali dah 6 bulan. dah naik punggung .. tak lama lagi merangkak la tu. hehehehe